Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, June 20, 2012

Material Memanik: Filigree

Material yg kita gunakan dalam jahitan memanik sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan design. Jadi aku selalu berpendapat kepelbagaian material yg digunakan dalam satu design manik amat penting.

Maaf aku pohon dulu kalau apa yg ingin aku kongsikan ni mungkin ada pemanik di luar sana yg tak setuju. Seperti biasa, sidang hadirin yg budiman sekelian, kalau tak setuju leh tekan button "X" kat belah kanan atas tu ya? Hehehe...

Kali ni aku cerita dulu pasal filigree. Menatang apa ya filigree ni? Filigree ni salah satu dari bahan yg digunakan dalam jahitan kreatif. Ikutlah kreativiti masing². Boleh dijahit di baju, di bag, pensil case, beg uncang, beg telekung, nak cucuk kat candle jadi perhiasan pun boleh.. jadi pendant pun boleh, pendek kata, ikut lah kreativiti dikau. Tak ada org nak cakap salah ke apa. Kalau derang kondem lebih² maknanya dia jeles... Hahahaha..

Filigree ni selalunya materialnya dari jenis besi. Kemudian disalut dgn campuran apa aku tak pasti, berwarna chrome, emas atau silver. Tapi yg the latest ni warna nya berwarna warni. Ada pink, biru, kuning, hijau macam² lagi lah. Aku kurang berkenan jenis yg berwarna warni. Sbbnya, pada aku bila dah design filigree itself nampak klasik, tak perlu nak colorful bagai. Macam tak masuk pulak aku rasa. :)

Qualiti? Tgk jenis. Ada yg memang tak cantik sangat coating nya. Nampak besi capuk². Kena pandai pilih. So far yg aku guna alhamdulillah ok. Lain lah kalau kau kikis dgn pisau bagai memang lah kompem tanggal dik!! Tapi tak dinafikan jugak, dalam 1 pack tu of coz ada yg defect nya. Aku suspect filigree ni dia bakar dalam sekam lah. Sbb bila aku beli dalam pack besar tu sure ada daun² kering sekali. :)

Dia datang dalam memacam bentuk, design and size. Macam gambar di bawah ni antara yg pernah ada dalam koleksi aku. Sekarang suppliers aku dah tak bawak masuk stok macam ni. Jadi mana yg tinggal je lah dalam stok aku skang. Kalau ada yg berminat nak beli leh PM aku ya... (sempat kan aku promo hahaha)

Ok adik², mari kita masuk kelas filigree kejap.. :P



 Yg ni besar dalam 2 inch.  Tebal sbb kelopak bunga tu cembung ke atas. 


Ni jenis yg flat..


Ala² Islamik sket design ni kan? 

 Bentuk bunga pun ada.. Pilih je yg kita suka..
 
 Kerawang... 
  
  Aku memang tak minat dgn dsgn ni. Tapi entah macam mana bila aku apply kan pada baju kawan aku nampak cantik pulak (perasan aku lah)

Yg ni comel je kan? Klasik sangat..

Aku suka sangat design filigree yg ni..


Yg ni pun ada Islamik nya touch sket kan?

See? Ada macam² design filigree ni. Bukan senang nak match kan filigree dgn baju and nak tambah manik lagi. Kena pandai gayakannya. Silap jahit, tenggelam filigree ni. Baik tayah letak langsung pada aku. Pernah juga ada org tag aku di FB dgn tajuk mukadimah nya eheheh.. "Crumble Filigree".. Belek punya belek gambarnya, aku tak nampak pun filigree?? Laa rupanya dia jahit filigree lepas tu atas tu dia tutup dgn manik. Hmmm.. al kesah nya.. Dik, kalau akak kan, tayah la kau pepenat jahit filigree tu pastu ko tutup pulak langsung tak nampak filigree tu... Motif?? Buat penat ko je dik!! Tu kalau akak lah...

Ada pulak yg baju nya dah penuh sarat dgn motif bunga² dan daun, ditambah dgn filigree ni. Hmm.. Sekali lagi aku rasa kurang sesuai. Tak ada kesinambungan di situ. Aku still dgn pendapat aku yg filigree ni akan nampak cantik kalau kau jahit dia kat baju kosong. And ko kena nampak kan filigree nya pattern tu. Tu pun tujuan asal kita jahit ye tak? Nak nampak and tunjuk benda tu,. Ni kalau kita jahit pastu benda tu tak significant, tak nampak, main hide and seek, baik kita simpan je benda ni. Guna kat baju lain. Jimat kos dan tenaga! Hehehehe... 

Ada pulak yg jahit filigree ni terjongkit².. Alamak dik, tak sakit ke nanti kalau tercucuk badan si pemakai? Eh, aku tak memain tau. Ada yg jahit filigree yg bentuk daun macam kat atas tu, dia jahit benda tu satu side sahaja, satu side lagi ternaik ke atas. Ala² 3D kot kekdahnya. Perlu diingat, material nya walau dari besi dia flexible, boleh bengkok². Jadi kalau kita jahit dia terjungkit macam tu, possibility nak cepat patah amatlah tinggi ya! Jadi bersedia lah kalau customer tu marah².. hehehehe

Macam mana nak jahit? Always remember thi, anything flat, goes flat. Maksud nya, benda ni kan flat, jadi ko jahit di flat terus atas kain. Tayah nak kreatif lelebih ko jungkit kan dia lah bagai ya.. Tak perlu! Filigree ni kan ada lubang² tu? Jahit curi macam kita jahit batu sew on stone tu di bahagian yg ada lubang² tu. Kalau nak kukuh, and size yg besar, kenalah jahit curi tu di setiap penjuru yg berkenaan lah. And kalau boleh gunakan benang yg warna seakan warna filigree, baru nampak cantik dan kemas. Kalau kau malas akak tak leh nak buat apa dik hehe.. Tapi sebaiknya gunakan warna benang yg dekat dgn warna filigree. Buatnya baju tu color merah ke kuning? Tetiba ada secoet color kuing kat filigree tu..  Macam cacat sket lah dik..

Ok kelas kita dah abes.. Jadi kalau nak gunakan material filigree ni, kena ambil kira faktor keseluruhan baju tu nanti nampak macam mana. Kalau rasa sesuai boleh la dipadankan. Kalau rasa serabut, abaikan je.. Tak semestinya org lain guna filigree kita nak guna gak.. Aha.. ini satu trend lagi ni, org lain pakai tu eh kita pun sebok nak gak pakai.. Tapi tu nanti kita cite lain kali ya dik. Akak tau ko dah boring baca akak nya coret moret ni ehehehe.. 

OK mari kita lihat design yg satu ni. Cukup lagh satu ni dulu. Baju kebaya pink. Kainnya bercorak petak². Ada elemen geometric gitu. Jadi dalam aku rasa design filigree yg no#006 (refer gambar atas) tu tak cantik. Rupanya bila kerah sket otak ni dia jadi cantik pulak dalam design baju kebaya ni. Bila nampak cantik, baru ramai nak beli design yg satu ni kekekekekekeke... Kalau tak slow je dia jalan hahahaha.... Pandai tak strategi akak ko nih? Hahahaha.. Jgn mare.. Memain je dik.. 

Ok lah.. enjoy!!!!

 Close up. Ni bahagian tengah baju kebaya. Another tips, it goes well with sew on stone.. Kalau tutup pun biar jgn the whole thing tak nampak..


Yg ni bahagian lengan baju. Aku combine Crumble dgn filigree..
 

 Ok full view... Cantik tak dik? Akak perasan macam cantik je ahahahaha....



 Best tak kelas filigree kita hari ni? :P

p/s: eh kalau korang order stok tak ada jgn marah aku ya....  marah kat supplier

12 comments:

  1. Tak payah tanyalah kalau kakak bukan cantik lagi memang klasss.... saaangat cantik. Kalau jiran kakaklah nie mesti dah kakak terjah tiap hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      eii jgn puji lelebih.. kembang dah sememangnya kembang. Jiran senegeri je lah kita ehehe.. Kira ok lah akak terjah blog yg tak seberapa ni..

      Delete
  2. Salam Ziarah pepari,

    Amboi shantek sangat..auntie nak beli dan cuba bega2 letak kat jubah..InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Aunty Nani,

      Haa.. saya teringat aunty ada beli beads nak jahit kat jubah kan? Yg ni cantik gak..kalau aunty ada jumpa kat kedai beli lah..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. creative nya awak....
    hebat2... suka kite tgk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err tak hebat mana pun.. masih belajar dan bertatih.. :)

      Delete
  5. waduh dik oii...

    naik berkerawang bijik mata akak...
    lawa2nya..........

    mmg gifted la awak nih!
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... kurniaan Allah kak.. saja suka suki hehe.. meh sini apron akak saya bling2 kan nak tak? sure melertopss kekekekeke...

      Delete
  6. salam.....akk jual lg filigree tu?... brape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      mana yg tinggal stok je dik.. kira pakai timbang.. RM3.50/10gram.. kalau yg besar dapat dalam 4-5 pcs, kalau yg size sedang dalam 20 pcs... boleh view kat my album di FB.. :) TQ dear

      Delete
  7. salam kak ada stok x lagi filigree ni?

    ReplyDelete