Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, June 7, 2012

Cuti nan panjang

Memang lama aku cuti. Cuti dari bliogging. Cuti sakit. Cuti dari bekerja. Cuti memanik. ]

Bila dah lama bercuti, nak mulakan semula aktiviti macam biasa jadi janggal. Memanik aku dah mulakan slowly. Tak lah produktif sangat tapi berjalan lah juga dari tak bersentuh baju org. Cuma dateline aku terlari lebih lah. Nasib baik Mr Asst. sudah boleh follow track aku. Kalau laju dia pun laju, tapi kena aku gerak sama lah. Aku cuti dia pun amik cuti jugak. Sabar...

Cuti dari kerja pejabat memang dah lama. Bila masuk memang tak ada kerja lagi buat aku. Tapi yg. agak menjengkelkan bila ada pula yg terlebih ambil berat bertanya khabar mana hilangnya kejap ada kejap tak ada. Siap tanya aku sambung cuti sakit ke cuti tahunan? Amboi, ada hutang kerjakah aku dengan kau? Tapi aku malas nak panjang2, senyum simpul je lah. Nikmat diam tu lagi indah aku rasa.

Operation kali ke-2 untuk buang CSF leak rupanya tidak lah seindah yang di sangka. Tapi mungkin juga sebab operation dilakukan di tempat yg sama di L5 yg aku buat di awal tahun. Bayangkanlah selang 4 bulan tempat yg sama juga di belah digodeh. Mungkin aku akan lebih cepat sembuh kalau kurang renyah pergerakan ku. Tapi mana mungkin, Humairah juga perlukan perhatianku. Mahu di dukung. Cuma aku tidak berani dukung secara berdiri. Paling tidak hanya ku pangku.

Serik. Sebabnya, sekali aku pernah mendukungnya sambil berdiri. Itu pun terpaksa kerana Mr Asst, terpaksa alihkan kereta sewaktu tengah makan di luar. Kalau tidak kena angkut dgn MPPJ yg sakan sangat nak meronda masa tu. Yg pelik nya tempat tu dah memang crammed, well known area, and lunch hour tayah la ko nak tow jugak kete org. Jadi bila dah kepanasan si kecik dah bosan meraung2 kat kedai makan. Dek tanak org ramai risau dgn tangisan dia aku cuba bangun beralih memujuk.

Sudahnya? Malam tu aku ok lagi. Tapi menjelang pagi satu badan crammed! MasyaAllah!! Sakit nya bukan kepalang. Tak tergambar aku macam mana sakitnya. Macam ibarat simpul biawak di betis, tapi dgn sekala yg besar di bahagian pinggang kemudian siap rasa benda tu terlekat, means sakit dia pause kejap. Aku memang menjerit2 di pagi hari sampaikan Humairah dalam buaian pun menjerit sama sebab terkejut. Mr Asst. pun sama terkejut sampai tatau nak buat apa. Aku lagi tatau nak buat apa. Ikutkan sahaja pergerakan sakit tu. Sudahnya sampai ke petang aku tak boleh bergerak langsung. Nak tanak kena gak gerak nak membuang air. Dgn aku datang uzurnya masa tu. Nasib baik dah hujung2. Sudahnya merangkak ke tandas. Berpaut di toilet bowl. Memang tiada kudrat langsung hendak berdiri tegak. Bagaikan ada satu tarikan graviti yg sangat kuat tarik aku ke bawah.

Bila ingat balik, agak lama juga aku tak boleh berdiri dan bergerak. Dalam 4-5 hari. Mungkin akibat angkat Humairah, muscle aku jadi crammed. So since then memang aku tak pernah lagi angkat dia bila berdiri. Nak susukan pun sekarang dibaringkan bebetul di sebelah aku. Kalau di kebawah ke beralih arah ke aku main tarik je hehehehehe.... Sorry sayang.

Alhamdulillah.. kesihatan bertambah baik. Cumanya bila di pejabat, lama sangat duduk ada lah sakit memana bahagian. Kalau di rumah boleh lah aku baring sejam dua. Kat opis malas pula nak landing kat surau sbbnya aku nak baring pun keadaannya kena selesa. Dah bertebuk 3 kali tulang belakang aku ni jadi agak sensitif sket hehehehe... InsyaAllah, pengalaman sebelum ni, boleh kuat semula cuma takes time.

Projek memanik juga tergendala. Ada baju yg tak sempat siap on time. Maaf sangat2.... Memang tak dijangka jadi macam ni. Tapi apapun ada juga yg sempat ku siapkan sepanjang minggu2 ketidaksihatan aku hehehehe........


Apa pun enjoy lah few pic gambar manik lama aku ni ya... Another Crumble. :)

Enjoy!!!


 Last year project

 Close up








No comments:

Post a Comment