Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, June 11, 2012

Peluklah... Ciumlah...

Sejauh mana kita zahirkan kasih sayang kita pada seseorang dengan bahasa tubuh badan?

 Saya sayang awak! - Ihsan Google

Jujurnya aku bukan jenis org yg begitu. Mungkin cara aku dibesarkan. Tetapi kini aku makin cuba untuk belajar zahirkan kasih sayang. Apalah sangat setakat peluk dan cium org yg kita sayang kan?

 Tengok? Tak malu pun depa.. Heee gerammm!!! - Ihsan Google

Percaya atau tidak, aku hanya belajar cium pipi mak aku setelah aku berjauhan darinya. Seingat aku ketika di sekolah menengah, ketika aku belajar di asrama, aku hanya salam dan cium tangan mak dan arwah abah. Cukup takat itu. Mungkin sebab aku dah dibiasakan begitulah caranya bersalaman dengan org tua.

Kemudian menginjak ke usia selepas persekolahan, agak berjauhan sedikit dgn parents, baru aku belajar peluk dan cium mak aku. Tapi hanya Mak sahaja. Tidak Abah. Mungkin aku malu. Dan sehingga kini aku teruskan amalan ini. Tetapi aku masih malu untuk tetiba cium Mak aku tanpa sebarang tujuan. Macam ramai kawan2 aku selamba boleh cium Mak wish Happy Birthday ke Happy Mother's Day ke.. Aku tidak. Satu mungkin aku tak reti buat sambutan macam tu. Dan tak pernah diajar pun.. cuma tahun ni aku terlebih syahdu siap tempah kad khas buat Mak aku sempena Hari Ibu baru ni. Saja je nak dapat feel.. Siap pos laju. Tapi Mak aku senyap je tade cakap pape.. Tunggu2 gak aku respon dia. Ke Mak aku sama malu? Hahahahahaha.....

Sebenarnya, pada aku bagus kita zahirkan kasih sayang kita. Apatah lagi dengan org tua kita. Mak dan abah kita. Abang dan kakak2 kita. Aku cakap abang sebab aku ada sorang je Abang hehehe... Ajarlah anak2 kita untuk tunjuk kan kita kasih dan sayang. Pupuk dan semailah amalan peluk atau cium ni sedari kecil. Cuma amalan cium tu pada aku berpadalah.. Kadang org salah erti pulak bila tgk anak dara besar2 cium2 ayah dia dedepan org ramai... ehehehehe.. Lagi2 kalau anak manja jenis meleseh2 nak pegang2 tangan ayah dia. Kawan aku terlebih manja sangat sampai org ingat dia tu skandal bapak dia pulak dah! Tak ke haru! Biarlah kena pada cara dan tempatnya ya..

Aku ingin kongsikan satu pengalaman yg sampai kini aku agak kesal. Kesal kerana aku tidak berkesempatan untuk zahirkan kasih sayang aku yg terakhir buat arwah Abah ketika penghujung nyawanya. Untuk makluman, arwah Abahku sakit tidak lama. Hanya sekejap sahaja disahkan sakit jantung yg mana aku dan keluarga langsung tidak tahu. Dan aku percaya arwah juga tidak pernah tahu. Rupanya selama ini sakit di dada adalah salah satu petunjuk. Tapi arwah memang seorang yg tidak pernah akur pada sakit. Padanya hanya angin biasa, dan biasanya bawang putih lah yg akan dijadikan ulaman untuk buang angin. Pernah tekanan darah tingginya melebihi bacaan 200!! Ditahan untuk dihantar ke hospital, tapi berkeras ingin balik ke rumah juga. Bukan calang2 arwah melawan sakit. Habis dikutipnya buah mengkudu dan dijadikan jus sebagai penawarnya.

Aku masih ingat. Hari tersebut hari ke 2 terakhir umat Islam berpuasa pada tahun 2007. Aku sepatutnya pulang lebih awal, tapi itulah ketentuan Allah kan, dan juga kesilapan diri aku juga sebenarnya. Jadi aku pulang sudah agak petang. Sebelum itu akak aku sudah maklumkan arwah Abah sudah berada di hospital di mana akak aku bertugas.

Abah ditempatkan di ICU. Keadaannya stabil cuma doktor mahu monitor degupan jantungnya yg tidak kemas. Alhamdulillah ke semua adik beradikku ada di sana. Abang ku tiba agak lewat selepas aku.

Hanya 2 org sahaja dibenarkan masuk serentak untuk melawat Abah. Aku masuk beberapa kali. Ada ketikanya Abah sedar. Ada ketikanya Abah tertidur. Aku tidak pasti bila, tetapi ada satu detik yg aku masuk, aku teringin sangat nak peluk Abah. Abah hanya baring masa tu. Aku memang sangat2 nak peluk tapi aku tewas dgn rasa malu aku.

Akhirnya dengan tersekat suara aku hanya bertanya pelan.

" Abah rasa sakit kat dada?"

" Dah tak sakit sangat... Cuma kalau bernafas rasa sakit sikit.. " Jawab Abah

Aku urut dada Abah perlahan-lahan. Aku cuba rasakan sakit yang Abah rasakan ketika itu. Dan sebenarnya aku cuba sampaikan dan zahirkan rasa kasih dan sayang aku pada Abah.

Arwah Abah meninggal dinihari ketika org mula untuk bersahur di Ramadhan terakhir1428H. Hanya akak aku yg berada di hospital ketika itu.

Pesanan terakhir yang aku ingat Abah beritahu pada Mak untuk Raya tu.

"Nanti esok pergi pasar tani dengan Kak Mik (panggilan nama aku) beli barang basah...." Tersenyum aku bila dengar Mak bercerita.

Kini aku hanya ada Mak untuk aku tumpahkan segala kasih sayang aku. Tapi hakikatnya aku masih tidak mampu untuk peluk dan cium Mak selalu. Kenapa susah sangat aku pun tak pasti. Tapi aku sudah berani untuk suarakan dan katakan padanya " Kak Mik sayang Mak" Dulu aku tidak pernah luahkan begitu.

Kawan, jangan jadi macam aku. Tewas pada rasa malu yg tidak bertempat. Luahkan dan zahirkan kasih sayang anda pada mereka yg anda sayang. Selagi nyawa dan hayat di kandung badan.

Al Fatihah untuk arwah Abah. Saya rindu Abah.


No comments:

Post a Comment