Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, June 7, 2012

Mahal ke Crumble PepariDsign?

Semalam sebelum tidur, sempat aku buat beberapa senaman ringan yg telah diajar oleh physiotherapist. Tak adalah susah mana pun setakat renggangkan pinggang dan kaki. Tapi kelakar masa memula dia ajar dia dok tanya kenapa akak semput? Malu aku. Padahal senaman ringan bukan berlari2 bagai pun. Rupanya baru aku perasan, dah berapa lama aku langsung tak pernah bersenam!!!! Tu yg nak angkat kaki pun rasa berat nya ya ampun!

Bila buat senaman malam tadi tetiba terdetik. Rasanya ada baik aku rekod tahap proses penyembuhan aku ni. Boleh buat ref. sendiri. Kadang bila pinggang dah macam ni tak perasan kat mana silapnya tetiba datang je sakit. Jadi kalau aku dapat rekod aktiviti harian mungkin aku boleh refer balik. Kat mana nak update? Kat blog la hahahaha.. naseb lah ya kalau ada yang terbaca rasa boring nya pempuan sorang ni hehehehe...

So semalam, untuk rekod pinggang sebelah kanan terasa sangat sakit. Aku rasa sbb aku duduk non-stop. Dari pagi till petang. Then malam aku sambung jahit manik dalam2 hours. Boleh di kontrol lagi. Cuma tidur malam aku tidak pakai bengkung. Saja mau test bangun pagi esok ok ke tak without bengkung. Nak kasi muscle relax sket. Oh ya aku pakai 2 bengkung kalau siang. Bengkung bahagian punggung and pinggang. Kalau malam selalu aku bukak yg pinggang tu sbb tak selesa. Ada tulang keras bahagian belakangnya. Jadi semalam aku tak ambil langsung drugs, cuma makan 7 Herbs Ginseng macam selalu. Pagi tadi bila bangun, bila tekan2 bahagian bawah rusuk kanan dekat dgn pinggang terasa sakit. Mungkin ada muscle yg bengkak. Buat senaman angkat kaki kanan terasa sangat, bila tinggikan kepala pun terasa, sudahnya aku baring mengiring rata dan cuba buat senaman angkat kaki sambil urut pelan2 bahagian kanan. Alhamdulillah proses bangun dari katil pun mudah pagi ni. Tak perlu duduk terlalu lama sebelum aku berdiri. Sekarang ni pergerakan aku terhad pada pergerakan bersudut tepat je hehehe... Kiranya kalau nak bangun aku kena pusing badan tegak. Lepas tu nak duduk pun kena dari posisi mengiring tegak duduk. Overall aku puas hati dgn progress semalam. Hari ni kita tgk samada pinggang aku cukup bertahan kuat atau tidak berbanding semalam.

Aku sebenarnya lama dah ingin kongsi pasal benda ni. Ramai yang bertanyakan kos upah manik Crumble yg aku jahit. Mungkin ada yg terkejut sebaik sahaja aku bagikan quotation. Tapi rasa nya berbaloi dgn apa terhasil. Meh sini akak citer sket lebih kurang kos bahan sahaja ya adik2.. tak termasuk tenaga upah, dan idea kreatif yang kena diambil kira juga. Memanik ni bukan macam jahit baju, potong baju terus jahit straight. Eh jahit baju pun susah jugak, maksud aku kat sini, kalau baju kurung ke baju modern ke cara jahitan dia sama je,. Tada ubah2 setiap kali jahit. Kos bahan yg aku nak cerita ni untuk lengan dan leher lebih kurang lah.

Firstly, average harga manik Jepun harganya RM4.50/10g.

Close up sket.. Cer teka bape gram sebelah tangan sahaja? :)


Bahan manik untuk lapisan pertama sahaja aku dah gunakan dalam 50-60gram
Warna ke 1 : 50g
Warna ke 2 : 40g
Warna ke 3 : 40g
Warna ke 4 : 40g
Total manik je dah lebih kurang RM90 kat sini.

Project raya 2011


Penggunaan batu2 bergantung pada jenis/quality. Selalunya aku gunakan dalam 5-6 jenis untuk batuan yang besar. Harga untuk setiap 10g dalam RM4. Untuk keseluruhan baju rasanya average dalam 30-40g. Kat sini je lebih kurang RM10-15

Kalau takat hilite bunga je tak makan banyak manik. Tapi makan idea :)



Kemudian aku juga selalu beri bonus pada baju customer yg mana aku gunakan premium item samada batu kristal/ materials dari Apple beads/ kadang guna swarovski glass pearl. Yg ni bergantung juga pada cost customer. Tetapi memang kalau budget yg kecil pun aku tetap add value dgn gabungkan dgn premium item ni. Yg ni depends, let say dalam RM15-30.

Jadi rasanya kawan2 pun boleh kira kos anggaran kasar untuk bahan manik sahaja. Gedebak gedebuk dah memang seratus lebih kos nya. Jadi agak kejam kalau minta jahitkan manik untuk satu baju dgn kos bawah dari RM200. Aku harap dgn berkongsi info begini lebih memudahkan kawan2 yg berminat dgn jahitan manik untuk memahami bagaimana cara aku mengenakan caj baju. Dan cuba untuk appreciate hasil kerjatangan manik yg dihasilkan.

Itu belum masuk jenis fabrik baju lagi. Shiffon insyaAllah aku masih ok lagi. Jenis lace untuk baju pengantin kadang agak leceh. Walaupun hanya untuk hilite kan sulam2 yg dah sedia ada. Sebabnya kain lace atau net ni terlalu fragile and jarang jalinan benangnya. Kalau tak pandai curi, nampak benang berselirat dari atas. Dah tak cantik.Yg paling aku tak suka jenis kain dah ada beads..Lepas tu minta ditambah lagi on top of those beads. Nak tanak kena susup and jahit semula beads yg dah sedia ada. Sbb nya jahitan manik yg dah sedia ada pada fabrik selalunya memang tak kukuh. Belum jahit pun kadang dah ada yg tanggal2. Belum lagi dapat tailor yg bukak sket jahitan manik tu pastu lupa nak sambung balik. Sudahnya nanti bila digabungkan dgn jahitan manik yg baru nampak kelakar sbb ada yg rompong sana sini. Selalunya manik yg dah sedia ada ni, kalau dah tercabut satu, nescaya yg lainpun akan terikut sama hehehehehe.. Percayalah. Jadi pemanik macam aku ada 2 kali kerja, nak tambah baru and then nak kena make effort untuk jahit semula yg lama sedia ada. Fuh!! Kesian tak kami? Kesianlah :P ....

Kadang ada yg berlayer kemudian dijahit mati terus. Makin susah aku nak jahit sbb kena curi betul2.. kalau tidak nanti terjahit lapisan bawah naya je. Kain tak jatuh cantik. Kadang ada pulak yg jenis cuff tapi entah macam mana kain gam nya terbalik pulak dijahit oleh tailor hehehe... Pernah juga aku dapat kes macam ni. Satu hal nak jahit manik di lengannya. Kadang jenis kain yg kena hujung kuku pun benang nya tertarik. Hal2 macam ni pun kadang kena consider juga.

Ada juga yg nak cepat. Terpaksa juga kadang, sbb aku jenis tak sampai hati. Lagi pulak kalau org nak pakai special event.. Terpaksa kerja express lebih dari biasa. Cuma dengan keadaan sekarang aku tak berani nak ambil express project macam ni.. Kadang apa yg kita plan tak jadi. Allah lagi Maha Mengetahui segala perjalananNya.

Kesimpulannya, tepuk lah dada tanya selera anda macam mana. Aku bukan nak cakap aku terer mana jahit. Tak pernah pun sekali terlintas nak caj perasan glamer ke apa, cumanya aku memang minat jahit manik ni. Bila jahit tu rasa macam seluruh jiwa raga tumpah kat manik tu. Kadang kesian dgn anak kecil. Seb baik dia ok jenis behave. Tapi tade lah sampai abaikan dia pulak. Minta hargai sket sahaja usaha aku ni.. itu je. hehehehe... Ye lah akak dan adik2 ku sekelian, aku kerja opis macam biasa. Balik jadi suri rumah macam biasa. Masa yg ada pun sekejap je untuk jahit manik, sebab tu tumpah segala raga hahahaha... Pastu nak caj sekali pinggang dah sezen ni, mana nak cari? kekekekeke... Kidding..

So lepas ni jangan lah serik nak tempah baju dgn saya ya? Tempahan raya ni masih ada kekosongan untuk sepasang dua lagi. Saya memang tak amik banyak. Sbb tanak menangis di pagi raya hahahaha..











5 comments:

  1. rasenye harga akk tu da berbaloi kot...
    akk mmg guna apple beads kan
    org yg x menjahit xtau nak nilai r

    ReplyDelete
  2. utk raya ada kosong lagi? ..
    cam nak hantar baju boleh

    ReplyDelete
  3. setuju sgt law semua custumer fham isi hati dan isi padu itu manik.....tp susahlah kadang2 nak puaskan hati dorang..bila nak crumble..nak chantek tp harge nak paling murah...seddey nyerrr

    ReplyDelete
  4. Salam,

    blh x sy nk mtk copy..ape yg akak tulis,mmg sebijik sebijon mcm yg sy nk luahkan tp tak terluah kt keyboard ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nak copy ke mana lak tu? ahahah kidding.. sila lah kalau memberi manfaat...

      Delete