Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Saturday, April 27, 2013

Belajar memanik


Kepada yang berminat nak belajar manik dengan aku, nak belajar Crumble boleh, nak belajar 3D boleh, nak belajar basic pun boleh.....

Sekarang aku belum ready nak buat kelas dalam skala yang besar. Jadi aku lebih suka jemput sesiapa yang berhajat nak belajar datanglah ke rumah. Selalunya weekend. Jadi weekend ni hari Ahad aku agak free.

Sabtu lepas ada akak datang belajar Crumble advance. Jauh dia datang dari Tg Malim. Kelakar orang nya. Tak kering gusi dengar celotehnya.

Jadi kalau ada yang berhajat nak belajar memanik, boleh je PM aku di email peparidsign@gmail.com ataupun contact direct di 0132717091.

Bayaran? Boleh dirunding. Aku bukan zalim sangat. Aku faham kadang keinginan kita ni berhimpit2 dengan keadaan kita, terutamanya faktor kewangan. Jadi aku agak flexible. Kalau betul niatnya nak belajar datang je lah dulu. InsyaAllah ada jalannya..

Jadi jangan segan jangan malu Ahad ni 28 April 2013 ada yang nak belajar Crumble advance, jadi mari kita temankan mereka itu. Hehehe..




p/s: cuti sekolah nanti aku ingat nak buat kelas untuk bebudak sekolah lah... nak join tak adik2? acik tak garang tau... kita belajar simple2 je.. mak2 kata apa? sila angkat tangan undi..


Friday, April 26, 2013

PROMOSI NOTA PEPARIDSIGN!!


Promosi nota PepariDsign masih available.. 

Dapatkan ke tiga2 nota dari PepariDsign dengan hanya RM220. Free postage. Setiap nota disertakan dengan set manik dan juga fabrik untuk tujuan anda praktiskan terus.

Nota didatangkan dalam bentuk illustration dan juga gambar step by step berwarna. Setiap tips disertakan untuk setiap teknik.

Nota yang kami sediakan;

  1. Crumble : Harga RM87/set
    Teknik utama bagaimana untuk dapatkan seni jahitan Crumble yang halus dan kemas. Tanpa merosakkan fabrik yang dijahit dengan membentuk longkang di bahagian belakangnya. Tips bagaimana peranan warna juga disertakan sekali. Juga terdapat lakaran bagaimana Crumble boleh disuaipadankan dengan teknik jahitan lain untuk dapatkan design yang berlainan..



  2. 3D Teknik Balut Batu Cabochon : Harga RM60/set

    Tips and teknik membalut batu. Amat sesuai untuk design yang smart and elegant. Teknik yang berbeza sekiranya menggunakan batu yang bersaiz besar tinggi dan juga batu sew on stone yang leper. Juga disertakan tips sekiranya berlaku kiraan ganjil dan juga genap dalam jahitan. Setiap teknik pendekatan yang berlainan



  3. 3D Teknik Membuat Daun dengan jahitan Peyote: Harga RM80/set
    Terdapat teknik membuat daun secara free style di atas kain. Juga disertakan bagaimana membuat projek manik secara loose tanpa dijahit atas fabrik. Teknik buat daun sebelah yang berbiku, dan bagaimana membuat daun full dan juga ciptaan rasmi bentuk "Mushroom Loop" dari PepariDsign. Disertakan sekali tips bagaimana teknik yang sama boleh membentuk bunga dan bentuk yang pelbagai. 














Promosi untuk 3 nota ini hanyalah RM220 sahaja. FREE postage. Juga promosi FREE postage untuk pembelian salah satu 2 nota daripada di atas. 


Sekiranya berminat, boleh hubungi kami di peparidsign@gmail.com atau hubungi terus di talian 013-2717091. 


Jutaan terima kasih kepada yang telah membeli nota dari kami. Sebarang komen amat dihargai untuk tujuan penambah baikan nota dan servis. Juga kami amat terharu dengan sambutan dan sokongan dari anda semua. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami.


Terima kasih.

Wednesday, April 24, 2013

Pokoknya..pokok KOBIS.....


Suka makan kobis? Aku suka.. ada orang cakap tak berkhasiat.. tapi semalam aku baca article how cabbage can reduce cholesterol. Tapi aku malas nak share hehehe.. Jahat tak? Tak.. aku saja suh korang jadi rajin sila Google sendiri hahaha...

Dah lama aku perhatikan.

Melayu yang kebanyakannya Islam ni kadang yang berniaga main semberono je bab2 basuh membasuh sayur2 ni.. terutamanya KOBIS.

Selalunya aku perhatikan, kobis di racik halus barulah di basuh. Ada juga yang lagi senang potong2 terus campak dalam kuali. Tak ada basuh2 dah.

Aku pernah tengok satu Uncle bangsa Cina basuh kobis punyalah syahdu dan sendu. Seriously, dia belek satu persatu kelopak kobis tu. Diurut2 kelopak kobis tu di bawah cucur air yang mengalir. Kemudian ditoskan dalam tapis. Begitu pembersihnya Uncle ini. Aku perhatikan cara dia cuci kepala ikan pun begitu juga. Diurut2 insang kepala ikan berulang kali. Di belek2 kalau ada lagi sisik di badan ikan. Almaklum Uncle ni meniaga kari kepala ikan padang yang amat sedapppp.. dan halal yang pastinya ya.

Aku memang dah diajar kalau basuh sayur kobis, harus di kopak kan kelopaknya. Kemudian dibasuh di bawah air yang mengalir. Jadi aku memang agak menyampah kalau orang simply basuh kobis semberono macam tu je.

Nak dijadikan cerita, ada one time kenduri kat rumah aku. Aku tengok makcik yang pegang kobis tu dah ready dah nak potong kobis. Aku dah tanya tanak basuh dulu ke? Tape nanti kita potong kita basuh kendian.. Wah.. baiklah makcik.. sebab kau tua dari aku, jadi aku ikut lah jalan gaya mu..

Tiba2 dia menjerit... Hamik ko.. Berjulur kepala cacing besar gabak kat papat potong tu hahahahahaha....

Cuba bayangkan, cacing tu selamat di racik masuk dalam perut? Sodapppppppppppppp............

Sekian, entry merapu yg lama aku pendamkan dalam kepala hahaha...

p/s: kedai kari kepala ikan padang tu kat Uptown Damansara. Kalau gi kol 9pm onwards selalunya dah yileksss...