Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, December 21, 2012

Luahan rasa seorang anak.....


Bermacam dugaan yang datang.

Sehari sebelum nikah adik aku, Mak jatuh. Aku rasa Mak pitam dulu baru jatuh. Sebabnya lebam dan bengkak di bucu mata dan kepalanya sangat teruk. Masa memula tengok aku mengucap panjang.

Malam sebelumnya aku urut satu badannya. Sebelum tu Mak dah memang tak sihat. Masuk hospital kejap kena masuk air sebab muntah2 sama macam aku kena macam aku cerita sebelum ni. Yang bestnya Mak kena sehari selepas aku kena. Entahlah.. Lepas urut tu Mak nampak lega. Nampak dia kuat sedikit. Aku pun bukan pandai urut sangat, setakat hilang2kan lenguh boleh lah. Tapi Mak cakap tangan aku sedap bila urut dia. Macam tangan arwah Abah. Berapa kali Mak cakap macam tu masa malam aku urut dia. Bergenang juga air mata ni dibuatnya.

Alhamdulillah Mak is getting better. Lebam dah berkurangan tapi masih nampak juga. Bayangkan adalah besar botol mineral kecil tu masa memula jatuh. Aku tuam dgn ais sampai Mak tertidur. Aku temankan Mak tidur dalam bilik. Aku tak sampai hati nak tinggalkan Mak sorang dalam bilik walaupun dia tidur. Mahu dibawa ke klinik pun jenuh dipujuk. Nasib baik mahu juga dia pergi.

Kejadian Mak jatuh buat aku terfikir. Apa jadi kalau Mak jatuh masa tiada sorang pun di rumah? Nauzubillah!!! Buat aku berfikir panjang. Apa pengorbanan aku sebagai anak? Betul lah org cakap. Anak 10 orang boleh dijaga oleh ibu bapa, tapi sorang anak pun taleh jaga ibu bapa macam mana dia orang jaga kita kan? Aku sedih. Terikat dgn tanggungjawab kerja di KL. Dalam masa yang sama Mak di Johor. Bukan aku tidak ada adik beradik yang lain. Tapi aku fikir masing2 ada komitmen pada keluarga. Kalau mereka terfikir keadaan Mak, alhamdulillah. Pepandai lah memasing jalankan tanggungjawab mereka. Dah besar.

Masa masuk hospital sebelum ini pun jiran aku yang hantarkan. Aku betul2 sedih. Dalam 6 orang anak yang Mak ada, tapi bila Mak sakit begitu secara mendadak, yang datang membantu anak jiranku. Alangkah bagusnya kalau aku yg ada di rumah. 

Dah lama bergelumang dalam kepala aku. Sebelum Mak jatuh aku dah terfikir untuk pulang semula ke Johor untuk lebih dekat dgn Mak. Samada masih bekerja atau pun aku nekad berhenti kerja dan fokus pada small bisness aku. Entahlah.

Ramai yang suruh aku fikirkan semula keputusan balik ke kampung. Memang betul gaji yang aku dapat sekarang lumayan,siapa nak beri kan? Tetapi dalam masa yang sama aku yakin dgn bisness kecilan aku ini aku mampu untuk dapat sama atau lebih. Cuma faktor usaha, dan yang paling penting kesihatan aku kena dalam keadaan yg baik. Dan aku pernah buktikan semasa aku ambil unpaid leave ketika aku mengandung dahulu.

Tapi dalam masa yang sama aku fikirkan keselesaan suamiku nanti. Rumah Mak memang besar. Apa taknya, 40 x 70 kaki... Memang boleh main dodge ball kat hall rumah Mak tu. Lagi pulak siap ditambah lagi dapur di belakang bila rumah baru siap dulu. Dalam plan asal tak pulak dia nak tambah. Cumanya aku takut ada benda2 yang tak diingini terjadi, takut ada kejadian mengungkit ke nanti, kejadian Mak terasa hati ke nanti.. ahhhh banyaknya yang aku fikirkan. Almaklumlah kesah2 anak menantu tinggal serumah dgn orang tua ni banyak kesahnya kan. Tapi aku betul2 sedih kenangkan Mak yang tinggal seorang diri.

Bila sorang2, Mak kurang makan. Bayangkan, kalau dah makan pagi dia tak makan tengahari sampai la malam. Mana tak nya sakit perut, gastrik semua tu datang. Bila disuruh makan jawabnya malas. Tapi Mak akan makan bila anak2 balik rumah. Sebenarnya Mak kesunyian. Mak tak ada kawan nak bercerita, nak mengadu nasib, nak luahkan perasaan. Memang aku boleh dikatakan setiap hari telefon bertanya khabar, tapi tak sama dgn adanya seseorang di sisinya. Memang akak aku juga rajin menjenguknya di hujung minggu, tapi tak sama dgn adanya seseorang disisinya di dalam rumah yang besar begitu.

Teringat dulu masa aku berpantang lama di rumah Mak. Walaupun dalam hari, aku masih boleh memasak. Memang ketara sangat nampak berat badan mak bertambah. Mak aku naik sampai 4kg sepanjang aku berada di rumah. Seronok tengok Mak makan. Kadang ye je dia cakap tanak makan, tapi bila tgk aku dan Mr BK makan dia pun join sama hehehe.. Comel lahai...

Baru ni bila telefon Mak bagitau dia tak boleh tidur. Kena tidur di ruang tamu sambil TV di hidupkan. Seolah tidak boleh tidur bila sendirian. Kasihan Mak. Bila tak boleh tidur, kepala pun jadi sakit. Berhari2 lamanya. Mak memang agak fragile selepas arwah Abah pergi. Lepas arwah meninggal, agak lama Mak nak pulih semangatnya.

Aku perlukan sokongan, perlukan kata semangat, perlukan yang membina. Kalau ada yang sudi memberi pendapat amat aku hargai.

Sebenarnya aku dah beberapa kali buat solat istikharah minta penunjuk, sudah 2 kali aku mimpikan Mak.. Subhanallah.. Ya Allah bantulah aku. Berilah petunjuk dan hidayahMu.....

Thursday, December 20, 2012

Dah lah malas, curi orang punya pulak tu.. nahas lah kau!


Korang bayangkan dan cuba fikirkan apa tindakan yang perlu aku ambil.

Ditirunya nota aku bulat2. Kemudian di combine kan dgn gambar2 design beader lain. Dibuatnya promo kononnya ada 250 design dalam nota dia. Dijual dgn harga murah dari harga beader lain. Kononnya sangat berbaloi2....

Sanggupkan? And ada juga seorang manusia macam ni? And seorang yg namanya perempuan pula tu. Maaf tapi aku rasa keji sangat perangai kamu sebagai seorang perempuan. Lagi pulak kalau kamu dah berstatus ibu.

Alhamdulillah, aku diberi ramai kawan2 online yg baik dari yg tak baik. Ramai yang memberi info pada ku. Thanks korang.

Kepada si polan, nantikan... Kau nak jumpa kat mahkamah tak? Tunggu ye..

Mekasey..

P/S: eh lupa lak, apa kita nak buat ya dgn org macam ni???

Thursday, December 6, 2012

Malaysia perlu lebih ramai Safee Sali



Sebenarnya aku bukanlah penyokong tegar Harimau Malaya. Ambil pusing pun bila Team Malaysia lawan.

Semi final nanti Harimau Malaya jumpa Gajah Putih hehehe.. Kecik perut aku bila bayangkan match tu nanti. Entah kenapa terbayang2 macam team kita kena perkotak katikkan. Aku tengok macam mana Thailand nya game. Memang pantas game dia. Skill each player pun memang bagus. Tapi ni dari mata aku yg rabun lah ye. Karang ada pulak fanatik yg mengaum kat aku :P

Aku tak tau kenapa tapi aku sangat suka cara Safee Sali main. Dia macam kat his own league which is aku rasa tak ada lagi player kita yang skill and cara main dia sama level. Cuma baru ni aku rasa ada yg bakal menjadi pelapis beliau. Yeah.. Wan Zack Haikal.

Aku rasa  mamat ni makin hensem sejak solo ni hehehehe

 Mantap wooo... kena tackle pun maintan je hehe.. hensem jugak dia ni kan?

Dengan gaya tubuh badan yg tegap, aku yakin Wan Zack boleh jadi striker ulung Harimau Malaya kelak. Lariannya laju. Walaupun dia agak muda dan skill agak kurang especially bab hantarannya yg banyak miss… tapi dia ni player yg unpredictable pada aku. Jadi dalam unpredictable dia tu ada kelebihannya. Aku harap Wan Zack diberi lebih peluang untuk beraksi.

Lain dari tu aku rasa defense kena lebih ampuh lagi. Aku tak tau kenapa si kembar tu still ada. Sbb aku tak rasa skill dia bagus pun. Asyik bocor je, dengan gaya ganas bila tackle lawan. Entah, maybe dia je antara yang terbaik Malaysia ada as a defender. Kesian kan kita?

Goalkeeper?  Ehehehehe… kenapa Apek tak main eh? Tanya sama Dato’ lah.. as a coach sure dia ada reason yg tersendiri.

Cakap pasal coach, kadang kesian dgn Dato’ Rajagopal. Bila menang disanjung2.. bila kalah dimaki2… jangan di tarik balik title Dato’ tu sudah lah. Sebenarnya kalau kalah tu salah siapa ya? Player ke coach? Kalau coach berbuih mulut cakap cam ni tapi player degil kepala batu macam mana?

Penyakit utama yg aku tgk, player kita suka sangat tunggu bola. Gerammmmmm!!!!! Dulu aku main basketball, memang coach aku akan menjerit bergema satu padang lah kalau ko main tunggu je bola sampai kat ko. Sebab tu bila passing bola jangan terus direct pada org tu. Pass ke depan sket ke apa ke.. kasi org tu move… And one more thing, tak ada rebound lepas try shoot. Most of player tgk je bola tu terkena tiang palang gol ke player ke.. Bukan nya nak meluru try lagi buat another try, ni tgk je la bola tu at the end sampai kat tangan goalie… Sedihhhh…….

Dah.. sekian coretan pasal bola.. Semoga team kita menang di semi final nanti. Yang sebenarnya perut aku kecut ni dok fikirkan lawan Thailand nanti. Tak pasal je kan? Macam tade menda lain ko nak pk dah??

p/s:  aku suka sangat komen explayer negara pagi tadi kat MHI TV3, tak kesah main kat mana pun kalau kita ada game sendiri, sure kita boleh main dgn baik. Kena ada imaginasi yg kuat macam mana nak lawan….. See?? The power of imagination hehehehehe…. I loikeeeee… Macam manik pun kena imagine jugak... opsss tetiba dari bola ke manik hahaha

Wednesday, December 5, 2012

Muntah IJO



Semalam keadaan kesihatan aku memang tak bagus. Muntah dari pagi hingga ke petang!! Rasanya tak pernah lagi aku muntah begini teruk. Datang dengan pakej sekali ceret beret. Yang keluar hanyalah air sahaja! 

Malam masa tidur aku sudah rasa semacam. Badan ku seram sejuk. Aku jarang berselimut kalau tidur, tapi malam kelmarin aku berselimut hingga ke pagi.

Paginya aku muntah tanpa sempat aku ke bilik air. Habis cadar dan bantal. Padahal baru sahaja ditukar oleh cik abang. Entah kenapa tidak boleh ditahan2 dan semacam tak sedar bila muntah. Bangun terus mandi. Menggigil aku! Keluar dari toilet terus berselubung di bawah selimut tebal. Kesian si kecik, terpinga2 sebab bangun dalam keadaan terkejut. Nasib baik mood dia ok. 

Tak tahu berapa kali aku muntah. Cream creaker and oats yg aku cuba makan untuk alas perut pun habis keluar semua. Termasuklah ubat biji2 hitam tu. Semuanya out!! Sudahnya melepek aku seharian di atas katil. Nak bangun pun dah tak larat. Kesian Mr ISBK sbb dialah yg kena cuci bila aku muntah atas tilam. 

By noon, aku suruh Mr ISBK beli 100plus. Alhamdulillah muntah kurang. Mr ISBK paksa aku makan nasi + sup ayam yg dia beli. Adalah 4 sudu macam tu aku telan. Tu pun makan sama kepala terlentok2 atas meja. Masa ni kepala dah berat. Sakit bukan kepalang. 

Nak ke klinik pun tak larat nak bangun. Petang, aku minta pain killer dari Mr ISBK, Alhamdulillah, ada kurangnya rasa tak sedap badan aku. Lewat senja baru aku betul2 larat bangun. Lepas Maghrib baru aku pergi ke klinik. Dapat sedas injection untuk stop kan muntah2. Ubat? Jangan cerita lah. Sebeban!!! Jenuh nak telan. 

Today, ada sikit rasa mual nak muntah tapi boleh dikontrol lagi. Perut pun ada rasa kurang sedap.

Tak pernah aku kena macam ni teruk sekali. Tapi yg best nya selera makan tak ada hehehehe.. berangan leh kurus wakakakakaka…. Hari ni pun makan nasi separuh tak habis.. Lagi la berangan aku ni kan? Muehehehe…

Friday, November 30, 2012

Semalam... itu semalam....


"Yang itu hitam jugak.. Mesti adik beradik"...

"Kembar kot..".....


Antara perbualan 2 beradik si Akak dan Adik yang sempat ku dengari waktu menikmati makan tengahari di medan selera berdekatan dengan rumah ku.

Tersenyum aku. Imaginasi kanak2 kan? Simple tapi kadang lucu. Yang diandaikan kembar tu 2 ekor kucing hitam bertompok putih. Memang seakan sama. Pandai je bebudak ni meneka. Hehehe....

................................................................................................


Rasa hati yang jauh dibawa pergi. Semangat hilang di pagut entah ke mana. Kenapa? Apa salah aku pada kau? Kaya sangatkah aku yang perlu kau cemburui? Gembira engkau sekarang?

Sesungguhnya memang aku berdoa,, sekiranya apa yang berlaku sekarang memang datangnya dari Allah, maka aku redha.. tapi kalau datang dari khianat kau, maka aku doakan semoga ianya pulang semula pada empunya badan, dan tidak akan sembuh selagi kau meminta maaf pada ku....

Kejam? Sepinggan nasi goreng kalau di hulur pada kita maka perlulah di balas jua pinggan itu kepada tuannya bukan? 

I had enough. Penat melayan segala emosi dan natijah nya pada diri aku dan keluarga ku. Semoga aku jadi lebih kuat dan gaban!!!! Hehehehe....

p/s: anak dara aku dah pandai berjalan.. dah sebulan dah jugak...  tersenyum sorang2 aku tgk menggayakan badan bila berjalan.. kekwat pulak tu bila dah kuat tanak di pegang tangannya. 


Wednesday, November 7, 2012

Ku punya teman sejati....



Dia memang tak sempurna. Banyak celanya. Aku akui.

Mungkin dia tak sehebat orang lain. Tapi hebat di mataku. Walaupun tidak pernah aku luahkan padanya secara langsung.
Bukan sahaja peneman kala aku gembira, malah tika aku berduka lara. Tetap sabar meladeni segala kerenah emosi ku. Mendengar keluh kesah ku.
Dia juga seorang pembantu yang rajin. Walau kadang dengan cara dia yang tersendiri. Walau tidak menepati cara yang aku ingini.

Aku bersyukur kerana punya dia disisi ku. Walau aku sedar dia hanya pinjaman seketika. Aku hargai pinjaman Mu yang amat bernilai ini. Semoga kami tetap tabah bersama melalui hari2 yang mendatang.



Dan, dia juga chef Maggie ku yang best! Tak ada orang aku rasa masak Maggie sesedap dia masak. Aku pun tak tau kenapa.Hehehehehehe... I love you!

Terima kasih atas segalanya!!


Rindu yang terpendam



Wahai hati, janganlah terlalu keras dikau. Wahai hati, lembutlah dikau. Namun keraskanlah dirimu menghadapi segala dugaan ini.

Memang agak kurang tenang dalam hati ini. Bercelaru.  Macam air pasang. Bila pasang rasa bagai mahu pecah dada ku. Bila surut, dapatlah aku berpijak di bumi nyata.

Mana silapnya? Silap pada diri aku sendiri. Aku tidak tuding pada orang lain. Setiap keputusan aku yang tentukan. Jadinya buat apa mahu ku tuding jari pada sesiapa? Walaupun kadang keputusan yang dibuat bukan kehendak diri sendiri semata mahu memberi kepuasan pada yang lain. Aku lah itu. Betul, kadang aku terlalu lembut hati untuk mengalah untuk mereka semua. 

Aku dalam kerinduan sebenarnya. Rindu pada Mak di kampung. Tapi entah kenapa tiada kemahuan mahu bertanya khabar. Terukkan aku? Apa jenis anak aku ini mahu memanjangkan emosi tidak keruan ini. Entahlah. Rindu tapi seakan ada tembok batu dalam hati ini. Tergamakkan aku? Nanti biar aku rasa bila Mak sudah tiada barulah aku tahu bagaimana tiada jalan hubung lain waima satu pun. Biar aku rasa? Jangan kau menyesal!

Menjadi seorang anak dan kakak sepatutnya hala tuju dan gerak langkahnya seiring. Mesra seiya sekata. Tapi kadang meladeni yang satu ini bisa buat jantung aku gugur. Bukan sekali dua berantakan. Hingga aku sanggup hayun kaki keluar dari rumah di kala umat Islam mahu meraikan Raya Qurban. Bukan hingusan lagi aku tika itu. Tapi jiwa aku begitu remuk. Bila kebenaran yang amat sukar aku nyatakan pada Mak, hanya kerana menjaga aib seorang adik. 

Mana silapnya aku kurang pasti. Mungkin terlebih dilayan. Terlampau diberi muka. Aku tak salahkan Mak. Puas dah berlembut, meninggi suara, tapi tiada kesan. Kalau ada pun mungkin sekejap cuma. Hinggalah teragedi terjadi baru ada kurangnya. Namun, yang lain pula dipersalahkan. Tidak ambil berat. Tidak prihatin. 

Aku mahu bagaimana lagi? Kalau aku tidak sayang makanya aku tidak akan bersuara walau sepicing. Lantaklah kau nak buat apa pun. Tapi bila aku bersuara lantang dikatanya aku tidak sayang. Mahu lari. Jadi orang tua itu harus menelan rasa marah, takut2 kalau dia lari. 

Kau mahu lari ke mana? Sedangkan bersusah payah sedikit di rantau orang mencari orang tua itu? Ke mana kau mahu pergi? Sebenarnya kau yang prejudis terhadap kami. Berprasangka. Jangan jadikan kesilapan sendiri sebagai modal untuk salahkan orang lain. Sepatutnya ia menjadi pedoman kekhilafan diri sendiri. Bukan sebab orang lain kau jadi begitu. Kau jadi begitu sebab kau sendiri yang pilih. 

Ya, aku punya anak sekarang. Dan aku pernah muda. Pernah lalui zaman remaja. Pernah juga terkucil. Tapi seingat aku, setiap kekurangan dan kesusahan itu aku jadikan supaya tidak berulang semula. Jadikan pengajaran. Tapi kenapa tidak dia?

Dan, tidak perlu ingatkan bahawa anak aku suatu hari nanti akan besar. Itu hakikat yang aku sedar. Dan aku akui, memang aku takut hendak besarkan dia dalam keadaan duniawi sekarang. Tidak dapat aku bayangkan nanti peredaran zaman yang berubah semakin mendadak. Semoga aku tabah melaluinya. Semoga jalan yang aku pilih untuk membesarkannya tidak merosakkannya. Dan, kau: aku minta satu sahaja, berdoalah. 

Thursday, November 1, 2012

Misteri Nusantara Melanda


Memang betul ada yang boleh nampak. Ada yang tak boleh. Ada yang semulajadi nampak. Ada yang diberikan nampak. Aku? Aku tak nampak. Dan aku tak ingin nampak pun!

Apa yang dinampakkannya? Penampakan apa? Hehehehe...

Misteri nusantara kan dunia ni?

Sebelum tu, aku minta maaf kerana lama berdiam diri. Kadang diberi ujian demi ujian dalam masa yang sama ni terkalah juga diri ini. Jadi aku rasa berdiam diri untuk seketika lebih baik. Dalam keadaan yang huru hara tak perlu nak kecoh2 sangat.

Alhamdulillah keadaan kembali tenang. Syukur. Cuma memang terganggu sangat aku beberapa minggu yang lepas. Dengan gangguan kesihatan diri sendiri. Anakanda tersayang. Suami tersayang. Ibu tersayang. Huh memacam....

Misteri nusantara aku tak adalah misteri mana cuma ada org yg berkebolehan nampak telah menyuarakan sesuatu apa yang dia nampak pada aku. Wallahualam. Aku tanak tahu apa dia nampak. Tapi unsur yang jahat lah. Yang mahukan aku jatuh dan terus jatuh. Juga wallahualam. Cuma kebetulan yang terlalu significant berlaku satu demi satu. Tak nak percaya pun tak boleh juga. Cuma aku percaya wujud nya sihir dalam Islam. Jin dan syaitan juga wujud.

Aku sendiri kadang alpa dgn dunia. Hal akhirat kadang tercampak ke mana dek kerana dunia. Jadi pendinding diri pun kurang. Tapi pelik juga, apa yang didengki sangat dengan aku? Diberi bayangan siapa, tapi aku tak boleh nak teka.. Menyesal bertanya hahaha.. Sudahnya aku jadi keliru. Last2 malas nak fikir2.. Doa aku memang kalau betul ada yang hasad dengki dengan aku supaya dia berbaik dgn aku jadi kawan aku. Tapi sekarang ni yg namanya kawan baik pun boleh tikam belakang ye tak?

Kelakar ada seram pun ada bila berubat. Bila seram tetiba meremang je bulu roma aku. Jarang sangat aku nak rasa macam tu. Berubat pun pertama kali jadi agak kejakunan di situ. Itulah namanya pengalaman hidup.

Korang kat luar sana nasihat dari aku sentiasa berhati2 dalam berkawan. Kadang orang yang tak disangka2 sebenarnya musuh dalam selimut.

Aku mohon maaf sbb dalam masa kekalutan ni aku seperti berada di dalam dunia sendiri. HP memang tak berjawab. Macam hilang semangat dibuatnya. Padahal baju bermanik dah siap jahit tapi aku macam jadi orang bodoh. Tak dihantar baju. Tak dihubungi empunya baju. Aku bebetul mohon maaf. Sebenarnya bukan kali pertama kejadian ni, dah berlaku beberapa kali semenjak aku berkecimpung dalam bidang manik ni.

Pernah baju dijahit tertetas maniknya. Pernah bila pegang jarum bisa di jari jemari bukan main lagi. Bagai kena tusuk duri sembilu. Pernah baju yang di jahit terpaksa dibuka maniknya berkali2. Memacam lagi lah kejadian2 pelik2. Semangat aku pernah bagai hilang di awangan. Tidak peduli orang di sekeliling. Aku bagai ralit dengan dunia sendiri. Apa yang aku ralitkan pun tak pasti. Tak hingin berjumpa dgn org langsung! Bayangkan, kalau nak naik lif pun tak nak ada org dalam lif tu! Aku sanggup tunggu sehingga aku seorang sahaja yang naik. Na'uzubillah!

Kesian juga pada Mr BK. Sebabnya dia juga kena tempiasnya. Cuma mungkin dia lebih kuat dari aku. Dalam keadaan tergugat tu banyak benda yang dia perlu jaga. Ye lah jadi ketua keluarga bukan senangkan? Besar tanggungjawabnya. Bersabarlah ya sayang... Eceh gelis lak kekekekeke...

Ok.. InsyaAllah, doakanlah yang terbaik untuk aku. Aku juga turut doakan yg terbaik untuk sahabat2 aku.. semoga kita semua dilindungi dari segala kejahatan. Di berkati dengan segala kebaikan.

Just nak share few pics anakanda terchenta.

8 months old, waiting for Mama's appointment at Pantai Hospital

9 months old; @ Burger King The Mines

10 months old; tidur pun senyum budak kecik ni..


Gila bergambar hahaha





Kesimpulannya, Humairah memang senang sangat senyum. Both Nenek and her Tok Mak panggil kerang busuk hahaha.. Tak apalah dik.. Senyum kan sedekah. Banyak dah sedekah adik ye.. :)

Tuesday, October 9, 2012

Mohon maaf dan sila beri kerjasama

A very short entry.

First of all, aku minta maaf kalau masih ada yang belum dapat sijil kehadiran kelas Crumble anjuran PepariDsign. Sebenarnya Mr BK dah settle kan end of last year semua pending sijil. Tapi it seems that ada yang masih belum dapat which is segala kesulitan memang amat aku kesali.

Mungkin ada overlook nama dalam list. Kalau ada yang belum dapat lagi, harap dapat berikan details nama, and IC no anda pada kami. Mohon maaf kalau ada yang dah lama attend tapi still tak dapat. Jadi berikan details anda sekali lagi pada kami samada tinggalkan komen di sini atau lebih baiknya email pada aku di peparidsign@gmail.com