Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, May 27, 2013

Beading Patch Lace; Aku yang keriakan


Hai pembaca yang budiman... selamat sore... kalian sihat? Aku juga sihat.. Hehehe.. Drama sinetron. Well... hidup memang macam drama kan? Sendiri jadi pengarah sendiri jadi pelakonlah. Jadi sila berlakon dengan penuh penghayatan ye adik2... Nanti hujung tahun ko bagi trofi best actor kat diri sendiri tau... Clap!! Clap!! Clap!! Ha masa tu jangan lupa tempah baju bling2 kat akak PepariDsign tau!!!! Muahahahaha....

Aku nak berlagak sikit dalam entry ni. So aku dah warning awal2.. Jadi kalau tanak tengok keberlagakan aku dengan lebih lanjut sila tekan butang pangkah di hujung kanan belah atas monitor anda ya. Kalau nak tengok jauh mana aku berlagak meh la teruskan baca. Hehehe.. Mau kena maki aku ni karang haha..

Aku nak berlagak ni... sila baca dengan penuh tawaduk ya :P



Apa yang nak diberlagakkan??




Tengoklah ni....................




























     
Marbellesss tak uolsss???







Muahahahahahaha..... Berlagak tak? Penuh keriakan kan? Korang tau kenapa aku riak? Sebabnya aku kan agak lembap bila bab beading + patch lace ni kan.. So bila diasak dan dicabar, aku rasa eh pandai jugak aku nak memanikkan atas lace ni hahaha..  Korang maafkanlah keterujaan aku yang dah jadi riak takabur ni hehehehehe... :P

Jujurnya, memang aku sangat lemah dalam menghasilkan seni manik bersama tampalan lace. Kalau korang perasan, sekarang ni trend patch lace. Well aku masih ada lagi satu pemikiran yang mungkin orang cakap agak orthodox, tapi itulah aku. Peduli la kan buah pikiran aku pun hehe..

Pada aku, seni tampalan lace bersama manik ni perlukan satu tahap kesenian dan kretiviti yang tinggi. Sangat tinggi. Maaf, aku tak pandang setakat kalau kau tampal lace lepas tu kau tabur pearl sejengkal2. Sorry.. aku pandang sekilas lalu je. Jangan marah tau. Sebab aku rasa tu kerja orang malas! Nak duit tapi malas! Memang kadang customer jenis tak kesah, tapi kita as beader kena ada effort juga.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, lace tu sendiri dah cantik dah kan? Betul tak? Lagi kalau lace jenis mahal. Memang tak perlu dah kau tambah manik dah cantik dah. Tapi kadang orang kita ni memang sukakan sesuatu yang cantik nak lebih lagi.. Nak cantik lagi. Lalu dimanikkan lagi atas lace. Memang kalau kena gaya nampak sangat elegance and exclusive. Tapi kalau tak kena gaya, alahai kau beli lace RM600/meter pun nampak cheapskate dik. Lagi pulak kalau jenis malas main tampal batu besar2 atas lace tu.. Choiiiii!!! Marah akak tauuu!!! Kau dah kenapa???

So bila customer ni nak kan tampalan lace, siap diberi contoh baju artis lagi kau. Kau memang kelas dik!!! Hehehe.. Seriously taste customer ni memang high. Aku salute. Sebab punya citarasa yang tinggi dan jenis tak kisah nak spend untuk nampak cantik menawan. Sentiasa menjaga penampilannya.

Jadi awalnya aku memang buntu. Jenuh aku nak gayakan lace tu kat dress berlining ni. Oh tak masuk lagi kira dengan betapa mencabar nya nak jahit ya uols.. Korang bayangkan lah, berlining dgn kain shiffon (kalau tak silap aku). Dengan tangan aku saiz XXL ni nak seluk baju saiz XS, cuba kau bayangkan??? Hazab uolss!! Berpeluh2 akak nak menjahit.. Seriously, sangat mencabar.. Especially bab tangan dia. Manik di baju ni dihilitekan di bahagian depan dari bahu ke pinggang kemudian bahu ke lengan.

Uhhhh nanti akak cite macam mana process jahit dia ya? Entry ni akak nak berlagak je hahahahahah... Petir kat luar sana tu.. Takut!!! 





Riak lagi.. hahahaha

Jangan marah naaaaaa....


:P

Tuesday, May 21, 2013

Nilai harga diri seorang anak bernama si Tanggang....


Aku tak kenal siapa Afiq Muiz ni dgn gossip dia si budak Eina tu.. Eh ye ka eja nama macam tu? Kosser la akak nak Google benda tak berpekdah ni hehehe.. Akak kan ilmiah orang nya hahaha...

Cuma bila kesempatan tengok kat Melodi Ahad lepas baru lah aku perasan muka pelakon ni. Citer apa ya dia berlakon? Entah.. Akak tak pernah tengok so far. Uii beriya akak siap berhenti masak jap semata nak tgk Melodi. Sebabnya tetiba terdengar suara ibu menangis di TV. Terus akak matikan api zassss duduk jap depan TV. Kak Nammmmm sangat kan??

Sedih nya lahai ye?? Credit pic to wanista.com


Oh kisahnya begitu. Sedih. Dah la dekat dgn sambutan Hari Ibu itu sendiri. Tergamak pulak seorang anak cakap macam tu sekali dekat ibu kandung dia?


Sedih lagi hati seorang ibu ini..... Credit pic from beautifulnara.com

Aku rasa, walaupun lah kekdahnya dia yang betul, tak perlulah sampai macam tu. Buat kenyataan terbuka macam tu. Buka pekung di dada. Lelagi si Eina yang aku nampak lelebih. Menangis dgn mekap 18 tiang.. Adoi kenapa mekap cam tu dik? Takut akak tgk. Lagi bila ko nangis2 cam tu. Ngeri dik!

Tiada nilai seorang ibu letakkan untuk besarkan seorang anak. Betul sekali. Kenapa sampai tergamak keluarkan statement yang ibunya tidak sayang padanya? Hanya sayang pada duit sahaja?

Buruk baik hal keluarga,. lagilah membabitkan seorang ibu yang melahirkan kita tak perlulah kita cerita di khalayak ramai. Sebaiknya berdiam diri adalah lebih baik pada aku. Lihat contoh Najwa Latif. Yang pada aku punya akal fikiran sempadan apabila dituduh bapanya dia seorang anak derhaka, dia mengambil pendekatan yang berbeza dgn Afiz ni. Diasak bagaimana oleh wartawan sampaikan bergenang airmatanya pun dia tetap menjawab " No komen". Di usia belasan tahun, aku lihat dia seorang anak yang baik. Tahu menilai mana baik mana buruknya. Kita doakan dia terus berjaya.

Berbalik kepada Afiq, kenapa akak terpanggil nak celoteh cerita dia. Sebab akak rasa dia buat publisiti murahan. Tapi yang akak tak boleh terima si Eina tu lelebih pulak hahaha.. Ko diam2 dah lah. Kalau kau diam2 je.. entah2 org lagi simpati dgn ko. Ni ko sama naik tocang malah lebih kuah dari sudu orang pun jadi menyampah. Tak kenal tapi dah menyampah.. Sian ko dik.. Eh kena saman tak kalau tulis macam ni?? Kang tak pasal lak akak dapat surat saman... ngeri mak uolss!!!

Sebagai anak, aku rasa jahat macam mana pun ibu kita, tetap syurga itu di bawah tapak kaki dia. Tetap wajibbbbb!!!! Jangankan bersuara tinggi, kadang kita menjawab dalam hati pun padahnya azab dik... Walau sedetik ah pun... Betapa mulianya Allah letakkan darjat seorang ibu.

Mungkin ini teladan bagi kita semua.. jangan jadi tanggang moden ya...

Pepari Junior.....



Saja nak update pasal budak kecik ni pulak. Nak edit gambar manik malas haha.. Korang layan je la ye..

Now dah almost 2 years. Bulan lapan nanti insyaAllah genap lah dia 2 tahun. Gambar ni masa dia setahun 4 bulan kot macam tu.. baru tegap nak jalan.

Everyday ada je benda baru dia belajar. Sekarang tak boleh cakap nasty word nanti bahana dia follow. Cepat je dia ingat. Macam semalam bila Mr BK amik aku saja dia phewwit kan sorang amoi terus eh dia pun phewit gak hahaha..

Ada one morning dia bangun dulu. Duduk memain sebelah aku sambil sandar2 badan. Tetiba je...

"Mama jom.. "

"Jom mana dik?"

"Jom.. Mummy.. Babang.."

Hahaha.. gelak besar terus aku. Dia ajak aku gi umah Mummy dia.. sabar je lah. Lepas tu petang tu dia upgrade pulak.. "Mama jom kedai" Hamboiiii.. pandai dah ajak kedai ni..

Pandai bodek jugak. Panja meja aku buat kerja " Mama.. antikkkkk" dengan lenggok suara dia. Dengan harapan dapat kacau aku jahit.. Auta lebih dia ni. Ikut sapelah tu kan? Hehehe...




Jom jalan..

Jangan lupa bawak bekal air masak tau..

Comel tak view belakang saya? Hahaha





Simple 3D Beading Embroidery Version PepariDsign... Jom!!!


Salam Uols!!

Lama kan akak tak bersiaran.. adalah kesah nya tu.. hehe.. rindu tak ngan akak? Alahai akak sorang je la rindu kat blog ni hahaha...

Alkesahnya, tak bape nak sihat.. sihat badan dan minda.. celaru bagai la dik non.. penat akak.. Otak tak berapa nak tenang jadi baik kita tayah serabut nak berceloteh. Karang merapu meraban.

Okes, akak dah tenang sikit dah ni. Mari kita buat siaran lintas langsung dari PepariDsign Collection.

Tuan baju ni memang akak suka orangnya. Pilihan baju yang suka mencabar kreativiti akak. Pilihan kain yang rare dan juga warnanya. Kali ni warnanya 3 tone; kelabu, biru and a bit pinkish.. Cuba ko pikir nak buat color tone cemana tu?? Hazab tau akak nak godeh otak hahaha.. Tak lah.. akak suka je..

She wants something simple yet nampak alive. Akak being typical, tetiba je uih nak alive jom lah buat 3D. Simple version je la. Akak bukan lah pandai mana buat manik 3D ni kan. And akak try buat kelainan sedikit untuk baju ni.

Kali ni akak buat heavy main focus di bahagian siku lengan. Enhance kan di situ kemudian bawa sedikit ke atas bahu. Dan di sebelah lengan pula akak enhance kan pula di bahagian bahu. Di bahagian sikunya lite2 je. Kiranya design ni tak symmetry. Akak kan suka benda2 yg freestylo ni.

Tips untuk combine 3D dgn jahitan manik biasa atas baju ni pada akak depending pada individu. Sebenarnya kalau nak ikut senang jahit jahit yang flat dulu baru jahit 3D nya. Sbb nanti benang tu tade lah senang tersangkut kat manik yang tersembul tu. Tapi, kadang kita perlukan penanda. Penanda apa pulak Kak Pepari ni? hehehe..

Macam ni, certain design kita nak nampakkan sesuatu. Contoh dalam design ni akak nak nampak kan batu dan juga daun tu (sila dapatkan nota 3D Release 1 & 2 PepariDsign untuk belajar macam mana hehehehe...sempat promo kan?). Then, yang mini Crumble tepi2 tu akak tambah kendian. Sebabnya akak buat yang 3D dulu nak tgk balance macam mana. Then lepas tu final touch yang tabur2 tu and also 3D yang macam bentuk reben berbelit tu. Yang tu akak jahit loose baru jahit kat baju. Nak jahit terus kat baju pun boleh.

Ok stop celoteh. Akak ko ni kalau dapat mengetuk keyboard memang macam tak cukup tanah je kan?  Hahaha.. Jom lah kita cuci mata. Kali ni akak rajin share banyak sket gambar. Tapi Rizalman cakap tak elok share bebanyak. Nanti banyak yang suka plagiat, tak menggalakkan minda orang. Orang jadi tak produktive tak innovative. Which is true sangat. Tapi sapelah akak nak bandingkan dgn Rizalman tu kan? Akak pasrah dik.. hehehe

Jom!!




Bahagian atas bahu di bawa sedikit ke bahagian belakang


 Close up di bahagian bahu depan (side yang heavy)


Main focus dekat bahagian siku baju...


 Close up


 More close up


Simple touch bahagian bahu di lengan yang heavy tadi...


Well... akak suka gak dgn design yang ini. Sebab buat something difference. Ye lah manjang orang nak Crumble je kan.. Yang best nya, ramai lak yg suka dgn design ni. Siap nak buat baju dgn kain 3 tone macam ni gak hahaha.. Termasuk lah akak.. Boleh?

Lepas ni tunggu another design from PepariDsign on patching lace pulak ya. So korang kena rerajinlah singgah sini tengok bila lah akak nak share kan design tu... Jangan malas tau!!!!! Janji tau... Akak sayang korang.. Muah sket..


Thursday, May 2, 2013

It's time to finish your beading project!!!!




"If a cluttered desk is a sign of a cluttered mind, of what, then is an empty desk a sign?" 

~Albert Einstein


So which one is your desk? Mine? Definitely cluttered!!! 

I can have more than 5 beading projects at one time. When one corner of my dining table is full of beads, then I move to the next corner. Then, when all seats are occupied with the cloth and so on, move to the next spare wooden desk.. and now add one flip desk. Fuh!!!

Definitely, kadang bila tengah buat satu baju, tetiba idea datang bergolek2 teringatkan yg satu lagi baju, jadi bangun ambil dan terjemahkan dulu idea tu.. hehehe.. sebab tu kadang berhelai2 baju atas setiap kerusi meja makan aku.

Cuma sejak si kecil pandai nak memanik sama, jadi kena pandai susun manik. Alhamdulillah, dia jarang mengacau, cuma pantang lah tengok aku duduk berjam kat meja. Boring sikit dia datang lah nak jahit sama kononnya. Eh jangan tak tau, dah pandai masukkan manik dalam jarum ok.. dia tgk aku buat. Dia pun buat.. Masuk pulak tu manik tu hehehe.. Nanti aku share gambar si kecik berangan nak memanik ya.. 

Soalan entry kali ini, bila anda rasa masa yang sesuai untuk siapkan beading project anda?

Kalau aku? Firstly bila financial aku menjadi masalah hahaha.. bila pulak tak jadi masalahnya kan? Dengan keadaan aku macam ni.. always u olsss!!!

Seriously, bila aku rasa dah banyak sangat manik berterabur atas meja. Dah tak ada alas lapik yang nak digunakan (ada, tapi aku malas nak kotorkan sbb semua Mr BK dah cuci bersih seputih salju hahaha). Then aku rimas tgk benang2 yang bergolek2 atas meja. 

And last sekali bila tgk kengkawan menjahit, aku berkobar2 nak siapkan hahahaha.. Oh ada lagi satu faktor... bila aku teringatkan quote ni ' tak boleh bazirkan masa walau sedetik' wah berkobar2 aku nak siap kan manik... 



 Serabut ke kak???



Korang pulak macam mana??



p/s: rekod paling cepat aku siapkan sebelahlengan: 4 jam... perghhh!! marathon tak hengat... jahit sambil mata jeling jam kat dinding hahahaha.... 

Warna warni manik dan kehidupan


Warna hidup dengan warna manik dalam hidup aku kadang macam ada persamaan.

Kadang bila emosi swing melanda, kalau ke laut, biru lah dia. Kalau ke hutan, hijau lah dia.. Kalau tertonggeng ke tanah, coklat lah dia... hehehehe.. Dah rentikan karut ini wahai Umi..

Kawan2 sihat? Aku sihat alhamdulillah.

Humairah kedemamam. Alhamdulillah tak bape teruk, dan paling bersyukur hanya demam sahaja. Memang risau kalau dia mula batuk. Senang sangat nanti kena lung infection. Karang tak pasal asyik nak berpicnic je hehe..

Kali ni aku just nak share satu lagi collection Crumble dari PepariDsign. Baju yang warnanya agak gelap; warna ala ala hijau lumut. Mulanya mahu ku padankan dgn material filigree, tapi warna filigree yang agak gelap agak tak padan. Jadi aku decided up kan warna baju dgn warna yang agak colorful.

Nothing special, again it's Crumble from me :) . So jom kita cuci mata...


 
Warna warni hidup kita....  Cantik tak? Please cakap cantik... hehehe...
 

Cuba ko teka ada berapa warna semua? 
 

Manik di bahagian hujung lengan.. di bawa ke atas dengan lingkaran pintal.. Tapi sebab laki den yang amik gambar, hancussss............



Rasanya aku perlu untuk share di sini tentang harga upah manik dari PepariDsign. Dulu aku pernah cerita dan celoteh panjang macam mana harga manik.. Sila cari.. Cuma aku tak share exactly berapa sekian harganya untuk sekian design.

Unfair aku nak declare terus bagi fix price sbb memanik adalah kerjatangan yang tak sama setiap hasilnya. Jadi untuk memudahkan yang bertanya berapa range harga manik yang aku kenakan aku share kan sedikit. Jangan korang tergezut sudah lah.. Kang tade pulak nak hantar baju kat akak kekekekekeke... 

Baiklah, untuk lengan sahaja, selalunya range of price start from 200++.. kau jangan pulak pegang bulat2 RM200 ya... kang ada pulak yang cakap eh akak cakap kat blog RM200... bukan dik.. tu harga akan bermula dari situ.. bergantung pada materials, jenis manik, jenis fabrik, design.

Korang semua tengok macam mana Crumble aku kan?? And korang juga boleh bandingkan dengan design Crumble yang dibuat oleh beader lain. Jadi korang ada akal dan mata untuk jadi hakim, sila bandingkan. Perbandingan ini perlu dan WAJIB kerana korang yang akan membayarnya. Jadi nilaikan. Bandingkan, kehalusan seni tangan memasing. Aku tidak mahu komen lanjut kerana korang sendiri yang punya kuasa mengupah kami ini sebagai beader. Buat pilihan yang terbaik.

Cuma, ya alang2 aku dah berceloteh ni, ada sedikit kekesalan kadang. Bukan apa, dengan material yang digunakan kadang aku kenal bahan yang agak murah.. terutamanya bagi yang suka menggunakan pearl. Kemudian dgn layering Crumble yang plain, ada juga dikalangan beader yang caj dgn harga yang agak mahal pada aku. 

Bandingkan; dengan harga yang kadang lagi mahal dari aku kenakan, lebar manik yang core itu kadang tidak sampai 1 inch pun. Lepas tu layering yang sangat lah nipis.. sedangkan aku minimum pun 3 layer.. material manik yang murah, contoh pearl yang dibeli dgn harga RM1/string.. Satu string ada lebih 50 biji... sedangkan aku gunakan APPLE Pearl yang harganya RM4.50/pack yang mana untuk saiz pearl 6mm adalah dalam 15 biji gitu.. Jadi korang bandingkan sendiri... Itu tak termasuk workmanship ya adik2... Kehalusan dan kesenian menjahit manik itu sendiri penting... Belum lagi bab idea mengadun warna untuk naik kan seri baju. Eh percaya tak ada beader yang caj RM100 hanya pada idea design sahaja.. Aaaaa lepas ni aku pun nak buat cam tu la hahahahaha... Berani tak dik?

Berani lah.. Kalau berani meh try satu Crumble version PepariDsign.. :P