Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, June 20, 2013

Cantik meletops!!!



Memang cantik meletops!!!!! First time aku tengok memang sangat teruja!! Aku suka design nya yang simple tapi elegant. And yang penting, workmanship yang sangat halus!! Memang thumb ups!!!



Apa dia?



Jeng jeng jeng.......






































Merah yang menawan....


Close up

Nak meletops lagi??










The Golden Brown...  Sukaaaaaaa

Close up







Yang satu ni laki akak cakap macam tali jam hehehe.. Style, smart and elegant...






Grey... Memang kemas kan?

Close up


Cantik kan all design bracelet ni? And yes dibuat dari manik berkualiti tinggi. Nak buat bracelet ni taleh semberono je pakai manik biasa2. Walaupun kadang manik Jepun, tapi masih ada jenis/grade dia yang paling bagus.

Ini adalah hasil kerjatangan yang sangat halus pada aku dari seorang yang pernah belajar manik dengan ku. Seorang yang sangat sempoi dan sporting!! Dan sangat klasik. Ku panggil dia K Som...

Baru2 ni K Som datang lagi for a special session with me. A session yang dia bayar khas untuk spend time dengan aku untuk belajar dengan lebih dekat lagi bagaimana nak dapatkan touch PepariDsign kekdahnya!!! Hahahaha.. Sampaikan macam mana aku simpul and matikan benang pun dia nak tau. Kekekeke.. Really fun spending time with her. 

Orang nya sangat pemurah. Tak kedekut lebih2 lagi dari segi menuntut ilmu. K Som bukan dari KL ya.. Bukan dari Semenanjung. Datang jauh nun dari Seberang Tambak sana.... Tapi disebabkan keinginan menuntut ilmu meluap2 sanggup dia datang naik KL. Aku memang tabik spring kat K Som ni. 

Bila tengah belajar dia keluarkan gelang2 dia ni.... aku bebetul excited. Sebab cantik sangat!! Oh jangan jeles ya, aku dah tempah untuk 3 designs ni khas untuk tangan ku yg debab ini hahaha.. 

Aku sukakan designnya yang simple, yet elegant. Nampak sangat stylo and kemas. And design dia tak flat macam bracelet biasa yang org buat pakai manik selalu tu. Design dia ada volume, ada part yang menggelembung, ada part yang ke dalam.. Arghh... sangat sesuai dengan jiwa raga ku. 

Kalau korang rasa2 berminat nak tempah boleh la PM akak di peparidsign@gmail.com ya. Sebab akak kita sorang ni pemalu sangat.. ehehehehe.. At least buat masa ini lah. 

But u trust me, aku memang agak cerewet bab2 workmanship. Sekilas aku pandang pada gelang2 ni terus aku jatuh chenta pandang pertama. Apa tunggu lagi korang, raya nak dekat dah ni. Tak cukup baju bling2, meh bling2 kan tangan pulak heheheeh.... :)



Beading Tips: On Patch Lace



Kalau korang perasan patch lace with beading ni skang tengah trend. Memasing nak buat patch lace kat baju.

Quite a number jugak tempahan yang aku dapat on patch lace ni. Cantik ke patch lace with beads ni?

Well pada aku, kalau kena gaya memang nampak cantik dan exclusive. Tapi kalau tak kena gaya memang ke lautan Hindi terus jawabnya.

Aku minta maaf awal2 kalau ada yang terasa dengan luahan coretan aku kali ini. Kreativiti memang tak ada had nya. Tapi pada aku tayah lah kreatif sangat sampai tampal bunga reben berketul2 atas lace yang dah bersulam cantik. Kalau theme warnanya masih senada ada nada keampunan di situ, tapi kalau dah baju warna pink, lace color biru, ko pi tampal bunga reben ros warna merah pulak.. pastu ko tabur pearl berselerak besar kecik2 lain2 color. Adoi.. mak pitam uolss!!!!

Entry sebelum ni aku berlagak bagai bukanlah nak tunjuk pandai. Aku geram sebenarnya. Kenapa? Sebab aku rasa aku masih belum find a way how to make a simple design yet elegant with patch lace ni. Susah!! Memang susah pada aku untuk manikkan lace ni.

Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku memang prefer corded lace. Tapi aku perasan, ramai orang suka beli lace biasa yang buat lining baju tu then potong border lace bawah dia je. Lace tu kan lebar macam kain juga, jadi pada aku rugi sangat. Sebab, kau pakai bawah dia je, then lace yg bersulam bahagian atas tu nak buat apa pulak? Jadi sebab tu aku memang sarankan, kalau kau suka patch lace, beli yang jenis memang khas untuk tampalan sulaman. Bukan jenis yg khas untuk lining kain tu. Sebab bila aku buat comparison, ada beza sulam pada lace yg selalu org buat untuk lining baju nikah tu and lace untuk khas sulaman tampal.

Kualiti sulam benang untuk jenis lace lining baju biasa tu selalunya tak tebal sangat. Benang senang tercabut. Berbeza dengan jenis corded lace. Sulaman tebal dan benang sukar tercabut.

Dan aku perhatikan, ramai yang ambil mudah bila jahit lace di atas kain. Hanya ambil atas dan bawah lace sahaja. Pada pendapat aku, sekiranya border lace yang digunakan lebar, bahagian tengah lace juga WAJIB di jahit di atas kain sama. Ini bagi memudahkan proses jahitan manik dilakukan. Walaupun atas dan bawah border lace sudah di jahit atas kain, tapi kadang kala bila proses jahitan manik dilakukan, kedudukan lace akan lari sedikit disebabkan manik yang dijahit.

Proses jahitan lace secara manual memang leceh. Sebab tu aku prefer customer siap terus hantar kain yang sudah dijahitkan lace terus. Kalau tak jenuh aku nak sembat lace tu guna tangan. Akak tak ada machine uols. Lagi satu kalau tailor yang buat pakai mesin jahit, jahitan tu lagi kemas. Tapi pelik gak sbb ada gak tailor tak reti buat. Aku lagi la tak tau hehehe...Lepas ni ko hantar lagi separate aku caj lagi mahal sbb satu kerja akak kena jahit manually lace ko dik hahahaha... Eh akak tak jelujur kasar tau dik.. nak mati kena seranah kang tercabut. Akak jahit sembat tau dik.. Lagi la kalau yang border atas bawah tu.. kena sembat halus dik.... Sian akak dik :)

Ok.. selalunya, kalau aku la kan, aku suka corded lace jenis yang tak beberapa lebar sangat. Aku kan suka menambah kerja2 sendiri, jadi aku tak terus tampal atas kain macam tu je. Tangan aku gatal, suka potong kecik2 ikut tepi sulam tu, then aku susun2 atas kain. Ini kalau pakai lace yang aku provide lah. Lepas dah cantik kat mata aku, baru aku jelujur kasar dgn benang warna contra untuk tetapkan kedudukan lace tu sebelum aku jahit full sembat.


Contoh macam baju ni. Lace akak yang sediakan. Jadi perasan tak jelujur kasar tu akak guna benang warna oren? 



Ko bayangkan dik, gigih tak akak nak sembat sesatu keliling lace tu? hehehe.. Sorry la akak memang suka up kan diri sendiri kakakaka...

Lepas siap sembat semua baru akak mulakan memanik. Selalunya bila sembat akak gunakan benang sama color dgn lace tu supaya tak nampak benang.

Kena pandai pilih ruang yang mana perlu dimanikkan. Ruang yang mana perlu dikosongkan. Aku sampai sekarang failed!!! Masih mencari dan mengasah skill supaya aku rasa senang je jahit manik dgn lace ni.

Untuk baju ni memang agak heavy. Sebab aku macam dirasuk apa tah ahahahaha... Semangat lace tu dah meresap kot. Rajin gak aku nak manikkan biku2 lace ni.



 
Ok close up... Saja nak show up kegigihan sendiri hehe...


 
Close up lagi. Just to share macam mana aku play color dekat area bunga lace tu. Aku pun bukan pandai mana.




 
Close up sket macam mana kat area hujung lace tu aku manikkan.


Dress ni datangnya dengan selendang. Jadi kat bahagian shawl tu pun perlu dimanikkan juga. Kalau berminat dengan design macam ni boleh la PM akak. Jangan la sesegan ehehehehe...

Nanti sesenang akak share lain pic on patch lace ya?