Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, July 29, 2013

Berakhir sudah satu penantian


Alhamdulillah..

Penantian aku berakhir sudah.

Takut memang ada. Cabaran pasti lebih. Tapi hidup mesti diteruskan.

Kalian di luar sana, doakanlah yang terbaik untuk diriku. Walau kita tidak kenal, tidak pernah berjumpa, doa kalian amat aku hargai. Maaf juga kerana tidak malu untuk aku pinta sepicing doa dari kalian semua. Aku doakan kalian semua diberkati oleh Allah hendaknya. Amin...



Saat menerima kertas itu agak menggigil juga tangan ni. Bercampur baur perasaan ini. Semoga langkah ku lebih panjang.

Selamat tinggal. Selamat datang dunia baru yang mendatang.

Terima kasih buat segalanya.

Terima kasih Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku, janganlah Kau persulitkan. Terima kasih Ya Allah, kerana masih mendengar rintihan doa ku di sebalik segala kekurangan dan kealpaan aku.

Sesungguhnya kau lah Ya Rahman.. Ya Rahim..


Thursday, July 25, 2013

Merahnya Mak Ngah!!


Dress warna merah ni datangnya jauh nun di sana dari Labuan.

Kain nya unik. Tak pasti apa tajuk kain dia hehehe.. yang pasti memang susah nak digayakan dgn manik.

Masalah utama aku bila nak manikkan dress ini adalah jenis kainnya yang umpama lace; bersulam dan berlubang sana sini. Memang dilapiskan dengan lining dari warna yang sama juga. Tapi untuk jahit manik tembus sampai ke lining adalah bukan style aku. Plus, liningnya bukan jenis jahit mati dengan lapisan atas. Dia jahit sket2 je di bahagian dada. Silap haribulan ko syok sendiri jahit manik sampai tembus ke lining, dress tu boleh jadi senget benget sebab jatuh kain tak cantik.

Sememangnya kalau aku jahit manik untuk jenis baju yang berlining, sebolehnya aku elak untuk jahit terus bersama liningnya. Kecuali, kalau lining yang dijahit terus dengan lapisan atasnya tu jenis fit. Macam jenis kebaya yang berdat tu kan. Jenis kalau kita jahit mati dengan lining dia pun tak jejaskan flow kain.

Ini dah lah jenis dress, karang tak pasal senget dress dia hehehehe...

Jadi the best way is to combine some 3D elements so dat manik nampak penuh. Pening gak aku nak larikan benang bila jahit sebab nak elak dari nampak dek lubang2 sulam tu. Nak susun manik pun satu hal jugak hehehehe..

Tapi ni satu pengalaman kat aku jahit jenis baju macam ni. Betul kata orang banyak berjalan luas pengalaman, banyak menjahit??? Kebas tangan!!! Hahahahahaha... Kidding.. I always enjoy do the beading embellishment. Somehow I felt that it's a therapy for myself.

Ok, let's enjoy the beading work that I've done for the RED dress... Huhuuu...


Overview of the dress






A little tangling at bottom part



The request is to have black theme. Tapi aku pepandai ubah sket jadi blue black hehehe...


3D elements...


 Ok dek non.. Akak nak rajinkan diri buat daun 3D ni. Best tak akak? Sambil ngadap PC sambil tangan menyulam 3D. Tu lah antara benefits dia buat 3D ni. Tak payah ko nak usung kain ke hulu hilir. Dalam kereta pun boleh sambil2 ko tunggu anak balik sekolah tu kan? Canner? Aaaaaa meh la datang umah akak heheheheheheheheh.....



Erti hidup bukan untuk tunjuk apa yang kita mampu...


Hebat sangatkah rasanya memakai beg tangan berjenama PRADA sedangkan ianya dibeli secara ansuran?

Sedangkan banyak keperluan diri yang kurang? Bukan setakat keperluan diri, keperluan anak2 yang belum terlangsai?

No!! I am not talking about Raya preparation. I am talking about the reality of life.

Kita hidup biar berpada. Tak ada apa yang perlu kita buktikan untuk tunjukkan kita ini masih lagi wujud.

Aku bukanlah gemar sangat bertukar kasut atau beg tangan. Lebih2 lagi lepas operation, bawak hand bag pun dah rasa lenguh and sakit semacam. And aku malas nak tukar2 isi kandungan dia kalau beli handbag baru. Sekarang ni memang aku jalan lenggang kangkung je. Malas nak bawak handbag.

Aku tau ramai perempuan kat luar sana yang gila hand bag. Setiap bulan berganti baru. Kalau mampu apa salahnya. Aku cakap terus terang mungkin juga aku belum mampu. Alhamdulillah nafsu aku tidak ke arah itu, dan didorong oleh faktor kesihatan juga hehehehe... See? Semua ada hikmah dia kan? Hahahaha

Nasihat aku, biarlah keperluan didahulukan. Tak perlu lah beriya nak berhutang bagai semata2 nak bergaya. Semata2 nak tunjuk kat orang yang hey aku juga mampu ok. Tak perlu kau nak buktikan apa yang kau mampu miliki pada orang lain. Hakikat yang kadang perlu akur yang hidup amat perit sekali. Duit tak datang terbang berbondong2 pada kita. Tak juga dia tumbuh melata bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Sebab tu kadang aku jadi serba salah. Melihat sesuatu yang totally against apa yang aku believe. Against pendirian hidup aku. Mungkin aku agak ketinggalan zaman tapi biarlah... Apa guna nak menunjuk sedangkan sudahnya diri sendiri makan hati bila dicerca orang lain. Tau malu diperkatakan orang tapi tak pernah malu pada diri sendiri.



Some important beading tips that I remember....



  1. Try avoid using washable air brush pen on any silk material when you sketch a design. The color of pen will be erased, however there might be a stain left on the silk. More on bleach stain. Try to use chalk based pencil instead.
  2. Buy beads in small pack is expensive. Invest in bigger pack of 100g or 1 pound. Start with common color that you always use e.g. silver, gold.
  3. Some fabrics need to be ironed first before you start beading on them
  4. And some fabrics demand your fingernails to be cut clean
Hmmm... apa lagi eh? ehehehe.. Aircond sejuk bagai ni buat aku perasan macam kat London kejap wahahahahahahahaha....

Betul. Certain fabrik yang fragile kadang senang tersangkut pada hujung jari kalau ada lebihan daging2 or kuku yang panjang. Jadi sememangnya dinasihatkan sila potong kuku pendek dan trim cantik di kelilingnya.

Jangan takut nak beli manik in 100g. Memang nampak banyak kan? Tapi mulakan dengan warna2 yang selalu kita gunakan. Percayalah, sangat berbaloi! Dan percayalah kalau kedai kata 10g pack tu, kadang tak sampai pun, dalam 8g je dia letak, except for Apple beads.

Bagi penggemar sequins, try avoid warna yang shocking... macam shocking pink.. Sebab ada potensi untuk warna nya luntur. Luntur je tak apa, silap haribulan, warna baju pun rosak. So avoid guna warna2 terang untuk fabrik yang warna putih etc. Nanti warna tu turun kat baju. Kalau ko buat kat baju pengantin lagi lah. Tak pasal je rosak baju orang.

Apa lagi ya?

Tips nak kasi ayam masak kicap sedap? Hahahahahaha.. Melencong lagi akak ko ni kan? Ayam masak kicap menjadi carta juara menu akak di bulan puasa ni. Asal tanya Mr BK ayam nak masak apa bebalik masak kicap dia request. Kicap pun kicap lah.. sesuai sangat dengan kulit dia hahahahahaha... Syhhh!!

Ni versi akak as orang Johor ya. And korang jangan tak tahu, menu wajib di pagi raya ni tau. Orang Jawa lah katakan... 

Anggaran setengah ekor ayam (versi tak perlu goreng ayam terlebih dahulu)

  1. Tumis kan 3 sekawan, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia & kunyit yang telah di blend halus. Tumis sehingga naik bau. 
  2. Kemudian masuk dalam 2 sudu besar cili yang di kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 sudu sos cili, 1 sudu sos tomato.
  4. Masukkan ketumbar yang telah di sangan dan di blend. Kalau tak pakai je serbuk ketumbar pun ok.Boleh lah campak kan barang sebatang serai.
  5. Kemudian masukkan ayam & kentang dipotong baji kalau korang suka. 
  6. Biarkan sekejap, then baru masukkan kicap. Aku prefer kicap manis. 
  7. Masukkan sedikit air untuk kuah dan untuk senang empukkan ayam
  8. Selalunya aku letak sikit je garam untuk balancekan rasa kicap manis tadi. And sebab tambah sikit air jadi kicap dah kurang rasa.
  9. Last sekali boleh lah masukkan belahan bawang besar dan juga lada merah sebagai hiasan. 
Selalunya kalau masak dalam skala besar, contoh untuk raya, ayam tu digoreng terlebih dahulu. Tapi setakat 3 suku sahaja. Jangan terlalu kering.

Menu wajib orang Jawa di pagi Raya;

  • Ketupat
  • Ayam kicap (wajib ada)
  • Sambal jawa (kicap)
  • Kuah lodeh
  • Rendang (optional)

Mak aku pernah masak ayam kurma masa Raya, tak laku uols, ayam masak kicap jugak jadi pujaan!!!

So lepas ni kalau korang beraya kat umah orang Jawa. Dihidangkan pula ayam masak kicap, tak payah la kau nak buat muka kelat2 keji ya.. Ya aku tau, kalau tak raya pun boleh makan kan ayam kicap ni? Habis, rendang semua tu pun boleh je dapat kalau tak raya? Dah tak payah nak buat muka pepelik.

Jom gi pasar Ramadhan... Akak tak jumpa lagi lah pecal yang sedap... Mak Cik yang berniaga kat BK5 tahun lepas tak ada pulak tahun ni.






Simple Beading Embellishment, tetapi tetap Crumble nak enterframe.


No Crumble for this design. Ok tipu. Ada, but a mini Crumble hehehe... Kata tokei Crumble kan? Harus lah Crumble dan PepariDsign tak dapat dipisahkan hahahaha...

Harus ada yang tersedak bagai kan? Alahai dik, kasi chance lah akak kau ni nak bergumbira barang seketika di bulan Ramadhan yang mulia ni hehehe.. Simpan je lah sebarang makian kalian itu. :P

Kurang pasti jenis material fabriknya. Yang pasti agak raw materialnya. Juga agak jarang. Berwarna peach, dihiasi dengan sedikit sulaman di bahagian badan bajunya.  Kombinasi warna agak pale.

Corak di bahagian hujung lengannya agak berbeza dengan corak di bahagian badan baju. Di lengannya terdapat seperti border 1 inch dari hujung lengan. Melihat saja pada border tu, bagaikan tersekat juga kreativiti aku. 

Agak lama untuk dapatkan ilham. Akhirnya aku ambil sedikit elemen bunga dan warna daripada motif design di bahagian badannya. Selalunya begitulah yang aku lakukan sekiranya baju bercorak jarang2... Ambil salah satu elemen yang ada pada corak motif tersebut untuk kita manikkan nanti.

Malas nak celoteh pepanjang, kita cuci mata je lah ye. Design ni sesuai juga nak dibuat di kain yang plain. Ala ala design Batilda tapi version yang sangat simple. 



Motif bunga bersulam pada bahagian badan baju


Bahagian hujung lengan yang dimanikkan. Dua lengan dicantumkan. Bangga pulak sebab bertemu cantik je hehehe...


Close up.. Teknik tali air + teknik manik iring pintal.




Crumble tetap terselit walau di mana jua hahahaha....      



Crumble tidak perlu heavy bila combine dengan design yang lain. Bila tengok semula design ni aku terbayang lagu Bunga Matahari by Maya tu... Ceria semacam je kan




Wednesday, July 24, 2013

Corat coret di pertengah Ramadhan.. tak dilupakan design manik yang super simple....


Kejap je kan masa berlalu? Dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa.

Aku masih menjadi hamba nafsu.. masih rindukan air kathira. Dan masih mencari, tapi tidak ketemuan... Alahai tekak. Aku nak yang macam air kathira Abu Bakar kat JB nun di sana, walaupun rasanya sekarang sudah tidak sesedap dulu. Sayangnya lahai...

Teringat masa zaman sekolah di asrama dulu. Kalau ada kawan2 yang dapat peluang ke pasar Ramadhan wajib di kirim air kathira Abu Bakar. Simpan dalam peti ais Ko-op... Esoknya ambil macam makan aiskrim.. Lembut nya.. Nyaman kat tekak.

And aku masih mencari murtabak style orang Johor. Aku tak tau kenapa semua murtabak yang aku jumpa kat KL ni semua warna kuning. Kecik pulak tu. Pastu main tuang2 inti dia tu. Tak style ok!!!! Derhaka sangat dengan murtabak style Johor hahahaha.. Tapi aku ada nampak kain rentang kat area bazar PUJ ni. Dengan konfidennya dia tulis " Menu Murtabak Johor". Lebih kurang macam tu lah. Tak sempat aku nak jengah sebab memangku si kecik dalam kereta. Si suami je turun, tapi aku tak kirim, sebab takut tak kena dengan mata aku pulak. Aku ni jenis beli makanan tengok pada rupa dulu. Nampak menarik cantik tertarik selalunya sedap lah tu hahahaha.. Best tak teori aku?

Korang tau macam mana murtabak Johor yang aku idamkan tu? Kulitnya ditebar besar macam nak buat roti canai. Kemudian dipecahkan telur sebiji di atasnya. Kemudian ditabur daging cincang yang telah dimasak bersama bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian barulah ditutup dengan kulit murtabak tu, then letak atas kuali leper. Bukannya tebar besar tapak tangan aku je ni pastu curah bancuhan telur yang dicampur sama ayam or daging. Pastu warna kuning semacam. Oh plss....

Alamak... bebel sorang2 macam ni, teringat kat one of family yang meniaga murtabak kat area Kota Tinggi. Aku tak pasti bapanya masih ada lagi atau tidak. Tapi seingat aku, beberapa tahun lepas aku tak nampak lagi kelibat bapanya. Tinggal anak2 perempuannya sahaja. Yes!! Perempuan ok...!! Menebar roti lagak macam orang lelaki. Alamak... ada lagi tak eh derang jual?? Memang sangat marbelessss... OMG... Ni lah padahnya cakap pasal makanan kan? No wonder orang bebel2 marah2 bila blogger upload gambar makanan. Ni baru cerita pun dah tergugat dah hahahahaha....

Dah masuk minggu ke 3 jugak, karipap masih berada dalam senarai kuih yang wajib aku cari kalau ke bazar. Entah kenapa, kena sumpahan karipap ke apa aku ni. Tapi hati aku berbuku betul kalau orang jual karipap memain. Bukan susah mana nak buat karipap, tapi kenapa ambil kesempatan? Eceh kalau senang sangat buat lah sendiri!! Memang dah terpasang niat dari sebelum berpuasa nak buat stock frozen karipap. Tapi sudahnya, tangan aku sibuk menggentel manik.

Berpeluang sekali berbuka di luar buat aku insaf sekejap. Insaf tengok kakak2 dan mak cik2 yang gigih bershopping sakan. Walaupun waktu tengah berbuka!!! Nampak dari tempat duduk aku berbondong2 orang di kedai kasut, kedai baju tatkala azan berkumandang. Wah!! Sungguh hebat mereka ini. Kenyang gamaknya dengan baju2 tu. Aku masih belum berkemampuan nak buat begitu hehehehe... Wajib di isi dulu perut aku yang manja ni. Tapi tak lah semanja Mr BK. Bulan puasa ni, satu hal aku nak melayan kerenahnya. Orang lelaki ni bulan puasa lain macam nafsu amarah dia kan? Kalau tak sabar mau gaduh hari2 hahahahaha...

Berpeluang juga tengok orang buka puasa duduk je di tepi kaki lima kedai2. Lepas makan sambung shopping lagi. Perghh!!! Penangan raya kan? Aku ni teringin gak nak menyesakkan diri kat Jalan TAR. Tapi bila fikir balik dengan kerenah si kecik tu, mati terus nafsu hahahaha..

Sebenarnya, berbuka di luar sebabnya aku refill stock manik. Gila kau!!! Orang raya beli barang kemas.. Aku beli manik... Ko ado?? Lepas beli dok sengih sorang2 ngadap stok manik tu hahahaha... Tak habis kat kedai, kat rumah aku sambung lagi sengihan. Hahaha.. Gila meroyan!! Duit tu kalau aku tukar kan dengan barang kemas memang lepas lah cincin emas sebentuk!!

Aku memang macam ni. Kalau lepas beli manik, pegang plastik tu macam tanak kasi lepas. Macam beli emas kekdahnya hahahaha.. Kalau nak tinggalkan dalam kereta, kena make sure tutup elok2 jangan kasi orang nampak wakakakakaka... Tension je Mr BK nak layan soalan aku tanya banyak kali, selamat tak manik tu? Hahahahaha... Gila weh.. bukan sket2 kalau beli.. memamg beratus kalau sekali beli. Sebab tu aku malas nak pergi kedai amoi tu. Dia dah mandrem aku rasanya ni.. :)

Masih belum beli sebarang persiapan Raya untuk aku dan suami. Dulukan si kecik. Baru belikan dia kasut yang kebetulan semua yang ada dah ketat untuk dia. And adalah baju. Tu pun aku dah belasah suh dia pakai hahahaha...

Kuih raya? Aku dambakan rempeyek yang Mak mertua aku buat hahahahahaha.... Macam lah orang tua tu kuat lagi. Eh tapi dalam tak sihat tu karang ko tengok lah, ada je kuih bahulu dia buat. Kuih ros lah.. Eh kuat lagi tu. Seriously, peyek yang MIL aku buat sangat sedap. Dia goreng 2 kali. Tepung dia putih cantik gebu, lembut tapi rangup... Aku tak rajin nak buat goreng 2 kali tu...

Aku sebenarnya dari sebelum puasa lagi teringin nak buat sendiri peyek ni. Beriya ok beli bahan2 dia. Kemain aku beli kacang tanah sebeban tak hingat!!! Sudahnya, cantik je aku tengok kacang tu dalam plastik kat rak dapur. Kadang si Humairah rajin dia susun2 lah plastik kacang tu hahahahaha.... 

Pagi ni sahur aku terlebih rajin. Dah beberapa hari aku teringin nak makan sambal udang lawankan dengan sayur pucuk labu masak lemak. Kekdahnya pucuk labu selamat bersemayam dah 1 minggu dalam fridge. Tapi pasangannya labu aku tak beli. So semalam sempat ke pasar borong, aku beli sekilo udang besar2 size ibu jari aku. Memula mintak setengah kilo je. Tapi bila aku tengok setengah kilo tu macam sekali masak je, sebab aku ni macam ada saka udang ke apa tak tau lah. Suka sangat!! Aku leh makan raw je cam tu tau! Nyumss... Terus tamak haloba datang, suh apek tu cukupkan sekilo hehehehe.. Betul pun, pagi tadi masak sambal udang je dah separuh. Gila ko sahur masak beriya bagai. Nasib baik aku tahan nafsu dari nak masak sotong goreng tepung. Kalah mood nak masak masa berbuka hahaha...

Makanya pagi tadi menu aku sambal udang berlawankan sayur lemak pucuk labu + labu dan juga lebihan berbuka ayam masak kicap. Oh nyaman.. Yang kelakarnya kan, sebelum tidur tu aku macam dah terliur2 nak makan sambal udang. Macam tak boleh ditahan2 gitu. Kejap2 aku tengok jam dah pukul berapa. Last2 dari pukul 3 pagi aku dah tak boleh tidur hahahaha.. Tapi gila awal aku nak masak kol 3 kan? Golek2... Kol 4 aku dah bangun ko!! Semangat tak semangat aku kalau bab makan kakakakakaka... Siap dah plan ok nak makan nasi banyak masa sahur. Dah ke mana dah niat nak makan roti je masa sahur hahahahaha...

Hari ni masih belum ada keputusan nak berbuka kat mana. Rasa macam nak masak. Tapi Mr BK suka bantutkan semangat aku. Kesian lah apa lah kat aku penat lepas balik kerja. Yang sebenarnya dia suka nak membeli kat luar. Ehehe.. macam aku tatau :P

Ok sebagai tidak menghampakan korang, aku sharekan design manik yang aku kira antara simple untuk korang buat sendiri. Mind you, design ni simple, tapi leceh. Kenapa leceh? Sebab the frame yang gunakan manik silver tu guna teknik tali air. Teknik ni adalah antara teknik yang senang tapi leceh. Leceh sebab every stitch kena ada susup semula ke belakang, then bila dah siap form yang nak dibentuk tu, kena pulak susup the whole thing nak nampak cantik. Part tali air ni lah yang leceh sket.....  Ni design lama dah. Dah few years back... Tahun ni ada customer request design macam ni. Aku ikutkan je. Cuma theme kali ini aku buat ala ala ceria gitu.

Jom, cepat cuci mata.. :)

Manik di leher dan lengan baju


Close up lengan


Ok.. close up lagi dekat


Sila lah ye cuba kawan2.. Den nak kasi resepi tak pandai, jadi den kasi lah gambar manik je hahahaha.....



p/s: menunggu nak bayar kasut si kecik, aku jeling orang sebelum aku. Wau!!! Shopping untuk seorang anak lebih dari RM1K!!! Kau mampu????












Promosi Kuih Raya 2013


This is sticky post, please scroll down for new entry..  :)


Standard kan perempuan? Puasa belum tentu habis ganti sebok nak citer pasal kuih raya hehehe...
Jangan dik.. sila ganti puasa dulu ya. Kalau dah ganti baru boleh baca habis entry ni haha...

Aku memang tak kesah pasal bab makan. Well korang pun tau kan, sbb tgk saiz badan pun tau haha.. tapi aku cerewet gak pasal makan. Cerewet dari segi kesedapan rasa tu pasti lah. Sebab tu aku amat bengang kalau orang dok citer tempat makan tu sedap kemain tapi ya hampunnnn hazabbb rupanya di tekak aku. Contohnya Ikan Bakar Sekinchan hahahahaha!!! Mati aku kena saman ke tak lepas ni kondem kedai ni. Serious tak sedap!!!! Jangan pergi ok. Mahal je harap. Baik korang bakar sendiri ikan kat rumah.

Jadi kependekan cerita dan motif entry aku adalah, nak makan kena yang sedap di tekak. So kuih raya pun macam tu jugak. Kalau kat opis aku dedulu masa zaman aku sihat segar bugar, aku lah agent kuih raya. Tapi bukan sebarangan kuih, kuih yang sedap sahaja hahaha.. So kekakak kat opis tu dah tau, nak cari kuih raya yang special and sedap cari aku. Tapi since tak berapa sihat aku stop..

Tapi kali ni aku berkenan pulak nak tolong promote sbb kuih yang Nenek Uda (yes pangkat nenek) buat ni sangat sedap!! Especially her Tart Nenas and Kek Kukus Buah... Tersangat sedap!!! Tolong lah beli hehehe.. Trust me, kalau sedap memang aku cakap sedap. kalau tak aku belasah je cakap tak sedap ehehehe..

Tahun lepas aku tolong promote tart nenas and kek kukus buah je. Tolong pun last minute and aku tak lah promote mana pun. Setakat jamu orang yang datang rumah belajar manik and bawak gi gathering pemanik. So last year most of the customers memang di kalangan org2 manik je lah hehe.. tu pun tak menang tangan gak aku nak handle.

So tahun ni Nek Uda bagi sample kuih raya agak banyak jenis pada aku. Kalau korang rasa nak beli boleh la contact aku ya.. Mana yang sedap memang akan aku recommend. Cuma kadang sedap kat tekak aku tak sedap kat tekak orang. Contoh macam cookies yang ada flava strawberry, tak semua orang suka.

Meh lah kita cuci mata dgn cookies pulak ya. Asyik manik je boring pulak korang. :)




The BEST EVER!! Tart Nenas RM55 (100pcs).

Aku tak tau kenapa tart dia sedap sampaikan Mak aku yang tak minat sangat cookies ni pun suka sangat dgn tart ni. Siap pesan dgn aku awal2 tahun ni dia nak berapa balang hahaha. And yes, Mr BK yang tak suka cookies pun sangat suka dgn tart ni. Humairah pun pandai, bebanyak kuih yang ada dia asik lah cari balang kuih ni. Sudahnya bebanyak sample yang aku ada Tart Nenas ni habis dulu hahahaha... Terpaksa order lain lah jawabnya kalau orang nak rasa nanti :)


Yang ni pun aku suka Strawberry Cookies. RM50 (100pcs)


Also pujaan hatiku walaupun aku bukanlah penggemar coklat. Badamnya sebiji seketul gitu ok.
Almond London RM55 (100pcs)



Alkisah masa aku pergi rumah Nek Uda ni, dia tengah menggentel kuih Almond London tu. Alahai korang, punya lah telaten (org jawa cakap)... sama je cookies tu dia bentukkan atas loyang. Semua sama ok.. macam pakai mesin. Memang sangat berseni lah tangannya..


Kuaci Cookies. RM50 (100pcs)
A bit sweet to me sebab ada taburan gula atas tu.


Delight Cookies. RM55 (100pcs) .
Yang ini pun aku order for raya nanti.. Sedappp!!

Mazola Gajus. RM55 (100pcs)


Kek Kukus Buah (Weight: Approx 2.2++ Kg)
Kek ni pernah jadi hantaran buat adik aku kawen hari tu. Semua dok puji sedap.



Kek Kukus aku lupa nak tanya berapa harga dia hahaha.. Kalau tak silap aku dalam 50+.. tapi nanti aku confirm balik eh kengkawan.. (nak jadi agent tapi tak tau harga poyooooo la kau Umi)

Okes aku update: Harga dia RM65 sebiji. Sorry aku ingat yang 5 je. Masa aku beli aritu aku timbang almost 2.4kg. Jadi aku tak berani nak letak exact berat berapa. So yang confirm berat dia lebih dari 2kg...

So kalau nak rasa yang dedekat dgn aku tu leh lah aku pass kan sample. Kalau jauh tu aku mintak mahap ya. Owh kuih ini juga boleh di order untuk orang yang duduk JB. Sebab dia ada juga agent di sana. So orang Johor boleh lah kalau nak order.

Kalau korang berminat tau kan nak cari akak kat mana? Boleh contact akak di 0132717091 or email akak di peparidsign@gmail.com dengan tajuk utama Kuih Raya. Karang akak kompius hehehe.. Dah makin tua ni kadang macam banyak benda terkompius. So jangan sesegan, mari2 order kuih raya dengan akak... :)

Those yang nak order awal masa puasa lepas terawikh nak ngup ngap depan TV pun dah boleh start order. In fact dah ada yang order dah pun before puasa ni.

Yang stay area Puchong, Sri Kembangan, Bangsar, dan area berdekatan boleh lah aku buat free delivery kalau nak. So kalau nak order tau kan mana nak cari akak?

013-2717091 / peparidsign@gmail.com




Friday, July 19, 2013

Promosi Nota 3D PepariDsign



Salam Korang...

Good news!!

Promosi nota 3D from PepariDsign!!

Korang akan dapat sample daun and Mushroom Loop bila korang beli nota 3D from PepariDsign. Harga untuk 2 nota 3D Release 1 & 2 hanyalah RM140. FREE postage.



See the daun? Tapi idak ler besau gittew sample nya :)


Daun and mushroom and also cabochon.. :)


How you can combine the leaves and mushroom loop in design


Nota Crumble masih ada lagi, don't worry. Harganya RM87/set.

Kalau beli 3 terus nota ni, harga promosi masih available at RM220. FREE postage. :)

Kalau rasa nak belajar sendiri, tak sempat nak singgah rumah akak hehehe.. jemput lah beli nota akak ni.

Kalau berminat sila SMS akak di 0132717091 or email akak di peparidsign@gmail.com



Wednesday, July 17, 2013

Seriously simple beading design that you can do by ur own for ur baju raya.


Is it too long for a post title? Muahaha.. I loike.. :P

Pejam celik mata dah 9th Ramadhan dah today. Cepat kan masa berlalu? Pretty sure kaum ibu mesti pening kepala nak susun atur keperluan Raya. Yang anak dara sure nak baju yang meletops kan. Harus lah design peplum jadi trend Raya tahun ni. Confirm pergi beraya sana sini karang aku nampak peplum. Sigh...

Jangan tanya aku. Sebab kain aku tak berhantar pun kat tailor hahaha.. Beli kemain beriya tapi sudahnya tak berjahit lagi. Tengoklah, agak2 tak sempat nak beli aku tgk baju mana yang boleh di transform kan jadi baju raya karang..

Untuk korang yang sukakan bling2.. tapi mungkin tak sempat nak hantar tempah manik, maybe korang boleh buat sendiri design yang aku share kan dalam entry ni.

Seriously simple sangat. Tak perlu berlayer. Kalau korang tak pernah pegang manik pun aku rasa korang still boleh buat.

Design ni sesuai untuk baju plain, or any kain yang bercorak geometrik/abstrak. So kalau ada baju raya korang jenis yang plain, then kainnya berkotak ke berjalur ke, sesuai lah kot gamaknya design ni. Well, suit yourself lah hehe..



Overview...


Simple je kan?

Hanya perlukan korang jahit manik tu tegak je. Then tetepi tu korang taburkan sket manik2 and small sew on stones. Dalam design ni aku combine kan sekali dengan crystal. Sebab pada pendapat aku, design ni simple, so I need something premium to add the value in the design.


The 3 stones in the middle are crystal


both hands...


Close up


Untuk jahitan manik silver yang menegak tu gunakan teknik tali air dengan kiraan 6 biji manik sahaja. Maksudnya, masukkan 6 biji manik sekali gus, then jahit kat kain, then reverse 3 beads, keluarkan semula jarum ke atas kain, then susup 3 biji manik forward. Tips nak nampak cantik, lepas siap all the lines, susupkan semula benang tu sepanjang2 lines tu. Barulah line nampak solid.
Lepas siap lines, korang jahitkan lah manik2 di bucu2 lines tu with the stones as well. 

Simple je kan? Satu malam boleh siap ni sementara korang tunggu rendang Raya korang masak kat kuali leh la buat ni hehehe.. 

Selamat mencuba!!



Tuntutlah ilmu walau hingga ke negara China


Percayalah. Ilmu memang penyuluh hidup.

Mak pernah beritahu aku lebih kurang begini.

"Buatlah apa yang terbaik. Selagi ada ilmu, kat mana tercampak pun insyaAllah kita boleh teruskan kehidupan" 

Memang betul apa yang Mak cakap. Hidup tanpa ilmu ni kosong. Kita kena selalu dahagakan ilmu.

Aku memang hormat pada mereka yang tidak pernah berkira langsung hanya kerana untuk menuntut ilmu. Tak kisah lah apa jenis ilmu pun janji yang memberi manfaat dan kebaikan.

Justeru, entry kali ini aku dedikasikan khas buat seseorang yang bernama K Som. Aku memang sangat hormat pada K Som, salah seorang pelajar aku yang datang jauh dari Singapura. Sanggup turun ke KL semata untuk belajar menjahit manik secara personal dengan ku. Tidak pernah berkira dari segi wang ringgit, mahu pun masa dan kudrat nya.

Ingat tak entry aku sebelum ni pasal bracelet tu? K Som lah yang buat all those bracelets. Cantikkan? Kemas jahitannya. Cuba tengok gambar2 kat bawah ni. Memang cantik.


Isn't gorgeous?

It got style uols!

Smart eh? Nicely done...



Pada mulanya aku mahu cadangkan dia duduk bermalam sahaja di rumah aku. Tapi memandangkan keadaan bilik di ruang atas yang berbau kepam dek kebocoran siling, jadi aku batalkan hasrat. Terpaksalah K Som duduk di hotel di KL.

Seorang yang sangat easy going and sporting. Sempoi sangat akak ni hehehe.. Yang paling best, aku suka dengar dia cakap. Ada slang Melayu Jalan Ampas. Macam bercakap dgn primadona aktres Melayu lama gitu hehehe.. Jangan marah kak.. :P

And yes, bila banyak menuntut ilmu, of course banyak yang dia tahu. We shared a lot of things. Her knowledge in beading memang superb. Not only that, she also talented in baking. Her specialty is her kek kukus gula hangus.. Huh bila nak dapat rasa kak? Hahahaha... And not to forget dia pun expert dalam bab hiasan, bab hantaran.. Pendek kata memang berbakat akak seorang ni.

Aku harap dia jadi sumber inspirasi pada diri aku sendiri untuk terus menuntut ilmu. Untuk terus rajin belajar dan terus belajar. Bukan dalam bidang manik je. InsyaAllah. Dan juga harap dapat beri inspirasi pada yang lain.

Ada seorang teman yang pernah datang belajar manik dengan ku meluahkan rasa kesalnya. Dia sanggup keluarkan duit untuk belajar. Tapi dalam masa yang sama ada rakannya yang hanya ingin ambil kesempatan atas persahabatan, inginkan apa yang dibelajar tapi secara percuma. Aku faham, ilmu yang ada tidak perlu lah kedekut. Tapi si teman pun kenalah faham dengan masa yang diluangkan, barang2 yang nak disediakan. Kenapa perlu berkira? Tapi itulah hakikat kan? Bila dalam persahabatan ni, kadang ada yang ambil kesempatan. Mementang dia kawan kita, jadi harapannya segalanya percuma. Sedangkan sahabat di sebelah sana pula harapkan sekurangnya temannya itu faham lah kan. Susah juga kadang nak jaga persahabatan macam ni.

Jadi sahabat di luar sana, tak perlulah kedekut untuk ilmu yang kita hendakkan. Kalau perlu dibayar and memang sangat kita dambakan bayarlah. Kalau perlu diajar percuma ajarlah.


Kepada K Som.. harapan aku supaya persahabatan kami berpanjangan. Nanti dah siap baju si Abang jangan lupa kasi tengok ya? Hehehe...

Si Humairah bukan main lagi, semua benda dia nak buat dengan K Som. Berlagak!! Tanak Mama.. Tanak Babah.. Amboi kau!!



With K Som at TBS, while waiting the bus...

Ko tengok, kemain dia sayang Auntie Som dia hahaha

Bye bye... Jumpa lagi...

Another S'porean. Si Humairah yang sangat murah rezekinya. Uncle ni bagi dia ole2 door gift pengantin kat dia. Sian Uncle ni tunggu lama nak balik S'pore..    



Err... so kalau ada orang seberang Tambak sana nak belajar manik dengan aku dengan segala hormatnya dipersilakan. Sangatlah di alu2kan... Nanti aku ambil kat TBS ye? Hehehe.. Ohh.. orang Johor pun apa salahnya. Kalau tanak drive, naik je bas, turun kat TBS meh lepak2 santai kat umah aku hahahahaha....


p/s: Dunno why.. tapi aku suka pergi TBS hehehe.. environment yang sangat menyenangkan...


Tuesday, July 16, 2013

Kalau tak suka jangan gatal tangan buka.


Aku kurang paham. Atau aku yang memang tak nak paham? Atau orang lain yang sengaja tak paham?

Pelik2 kan orang ni?

Aku perhatikan, banyak komen negatif yang diberikan pada blogger yang pamerkan gambar makanan di blog mereka. Entah, pada aku, aku tak nampak  mana silapnya. Dan aku berpendapat, kadang beri faedah pada aku sekurangnya sebab bagi cetusan idea nak masak apa. Jadi seronok juga aku ada kepelbagaian idea di situ.

Tapi ada pulak orang mempertikaikannya.

Alahai, pada aku senang je. Kalau ko tau dah tengok2 gambar makanan tu boleh menggugat iman kau, boleh mengurangkan pahala puasa kau, tak payah lah bukak blog dorang. As simple as that kan? And let say all blogger makanan tak letak gambar food pun, masih ada je web2 lain yang tunjuk gambar makanan. AFC.com contohnya. Dan kita masih ada pilihan nak click juga kat web tu kalau nak cari resepi bagaikan? Betul tak?

Myresepi.com.. dan banyak lagi... banyak je gambar makanan kat situ. Jadinya pada aku tak payah lah nak terlalu negatif sangat kutuk orang sana sini. Bukannya kita tengok gambar makanan tu buat kita air liur meleleh2... terbaring2 depan monitor bagai meratap gambar tu. Gila apa...

Senang je. Kalau tak suka jangan buka. Kalau ko bukak juga blog orang tu maknanya korang memang dambakan gambar2 makanan derang kan? Hehehehe.. Pastu meroyan bagi ceramah bagai.. Tak suka dah lah. Leave it!! Sebulan ko puasa tak payah bukak blog2 makanan dah. Senang cerita kan??? Habis kenapa susahkan2 diri sendiri?? Dunia internet ni luas lah sayang.

Memacam benda lain korang boleh surf kalau dah terlalu banyak masa sangat sementara nak tunggu waktu berbuka tu...

Antaranya.........

- Promosi Kuih Raya (eh makanan jugak kan?) Hahahahaha...
- Bazar Ramadhan (pun makanan jugak....) Keh keh keh...

Ok2... kita tukar sket... Antaranya;

- Cara2 solat Dhuha
- Kebaikan solat Terawikh
- Cara memperbanyakkan pahala di bulan Ramadhan
- Cara mudah manik kan baju Raya sendiri oleh PepariDsign
- Belajar jahit manik sendiri dengan tutorial PepariDsign
- Buat Crumble sendiri pada baju Raya anda
- kelas jahitan manik oleh PepariDsign

Hahahahahaahahahahahahaha..............................

Dah.. pergi duk dendiam.. akak banyak kerja. Tengah buat Russian Leave ni... Syhhhh....

Kuasa pilihan di tangan anda. Gunakan sebaiknya. Jangan tau nak protes sahaja.


Aku agak terkesan dengan beberapa issue di sepanjang bulan Ramadhan ni.

Antaranya isu kenaikan harga ayam. Memang aku akui, harganya agak mendadak naik. Dari RM6.80/kg ke RM8/kg sekarang. Tapi kalau nak ikutkan hanyalah RM1.20 je yang naiknya. Tak lah membebankan sangat. Paling2, pun dulu seekor ayam dalam RM14 kini lebih kurang RM16 untuk bersaiz sedang. Dalam 2kg lebih la berat dia.

Tapi kecohnya satu Malaysia kan?

Isu ni aku rasa dah berzaman dah. Dah sedia maklum dah, setiap kali musim perayaan, harga ayam naik. Dah jadi rutin dalam kalendar orang Malaysia ni. Makanya, aku jadi agak menyampah bila orang2 yang sepatutnya menjalankan tanggunjawab mereka begitu mudah memberi komen yang begitu klise.

" Pihak kami akan menyiasat perkara ini..."

Dah bertahun.... tak kan lah masih nak siasat lagi? It's a trend. Yang korang perlu kaji adalah langkah2 untuk mencegah yang mungkin pedekatannya berbeza dan berubah setiap tahun. Proaktif lah sket bro!

Itu pihak yang bertanggunjawab. Kita di pihak pengguna pula bagaiman?

Tak perlulah nak terus jadi hamba pada situasi. Kuasa pilihan kat tangan masing2. Kalau dah tau ayam kat pasar mahal, kita sentiasa ada pilihan lain. Ayam yang dijual di pasaraya lebih murah, tapi janganlah nak dibandingkan dengan kesegaran ayam di pasar. Baru2 ni aku ke Giant, harga sekilo ayam RM7, beli lah seekor sebab aku malas nak mengharung kepanasan petang ke pasar borong. Balik rumah, bila aku cuci, eh suci murni je ayam ni. Tak ada darah langsung hahahaha.. Lupa pulak, ayam frozen kan. Entah berapa lama dah ayam tu. Beza dengan ayam yang kita beli di pasar. Perlu di basuh berulang kali untuk hilangkan hanyirnya dan juga darahnya.

Jadi jelas tak kat sini? Tak perlulah nak bising2 ketuk kuali canang sana sini pasal harga barang mahal. Memang kuasa duit sekarang sangat kecil. Bawak RM100 pergi pasar belum tentu dapat stok seminggu bahan basah. Terpulanglah pada pilihan memasing.

Semalam aku ke pasar malam Bandar Kinrara. Aku sedia maklum memang harga barang di pasar ini memang mahal. Tapi sebab aku malas nak buat 2 kali kerja mahu ke pasar borong pula lepas tu, jadi aku ambil keputusan untuk beli sahaja di pasar malam BK.

Apa yang aku dapat? Bawang besar sekilo harganya RM2.40, berbeza dengan bawang besar di pasar borong harganya baru RM1.40/kg. Yang paling best, ikan bilis yang sama aku beli di pasar borong harganya RM16/300g. Dari jauh aku ingat 1kg harga begitu, punya lah laju aku berjalan, sekali belek2 eh, 300g harganya dah RM16? Jenis yang sama harganya baru RM28/kg di pasar borong. Sudahnya aku tak beli pun barang kering. Habiskan stok yang ada dulu, nanti 2-3 hari lagi pergi pasar borong.

Jadinya aku beli bahan basah sedikit sebab memang dah tak ada stok. Hanya untuk 2-3 hari sahaja. Mr BK nak kan daging. Harganya RM32/kg untuk batang pinang. Di pasar borong harganya lebih kurang RM28/kg. Pucuk manis dan pucuk labu yang aku rasa tak layak dipanggil pucuk pun sebab daunnya dah lebar2 tapak tangan aku dah pucuk labu tu.. harganya RM2.50/ikat. Alahai 1 ikat yang cenonet sangat lah. Tapi sebab teringin, jadi beli je lah.

 Udang bersaiz XXL harganya RM33/kg di situ. Di pasar borong tak sampai RM30 pun. Kalau yang RM30 ke atas tu selalu aku perhatikan udang laut. Beli sedikit sotong dan beberapa ekor ikan kembung pelaling harganya RM16. Oklah tu.

Tapi kalau sesiapa yang duduk berdekatan di Serdang, sila lah pergi ke pasar malamnya. Memang happening. Murah pun murah. Ko boleh dapat ayam muda seekor dgn harga RM10.. memacam saiz. Seekor ok.. ko pilih je lah nak saiz macam mana. Sayur 3 jenis baru RM2. Saiz ikatan pun besar. Lemon satu besen baru RM5. Nasi beriani lauk ayam and daging sekali satu set baru RM5. Both lauk ok dia letak. Mungkin sebab area sana banyak student UPM, jadi harganya masih berpatutan. Aku memang suka pergi ke sana. Tapi kadang jadi malasnya sebab nak mengharung umat manusia yang ramai. Si kecik tu pulak malas nak jalan selalunya. Nak berdukung. Sudahnya MR BK kena dukung dia, aku nak bawak segalaneka tok nenek barang. Uih.. tercabut pinggang...Tu yang malas nya tu hahaha..

Jadi, kesimpulannya, segala tindakan yang kita ambil, natijahnya kita yang tanggung. Jadi buatlah keputusan sebaiknya. Kita yang berkuasa membuat pilihan. Mana tau kalau ramai2 tanak beli ayam, boikot ayam boleh buat harga ayam kembali normal. Kalau tak pun, sila ternak ayam sendiri hahahaha...

Korang tau tak, jiran belakang rumah akak bela ayam belanda?? Bising semacam. Kadang akak selalu buat2 bising kat dapur tu supaya dia bising hahaha.. Bunyi dia pelik kan? Memula akak tak tau gak bunyi apa lah yang bising dari belakang rumah. Almaklum perasan orang bandar kan? Jakun lah sikit akak ni. Tapi baru2 ni dah senyap. Selamat kot kena sembelih. Tapi akak syak jiran tu bela burung merbuk pulak dalam sangkar tu. Pernah dengar bunyi burung merbuk Jawa? Kalau korang dengar memalam buta mesti korang takut hahahaha.... Menakutkan!!!! Seram2 suriram akak kadang....

p/s: cakap pasal ayam, teringat masa kekecik kami sekeluarga ada bela ayam daging. Comel2 anak ayam berwarna warni....












Thursday, July 11, 2013

Meh buat design manik yang simple


Aku rasa nanti aku nak jahit manik simple2 one layer je pastu charge beratus.. Boleh tak?

Kalau macam tu senang nya cari duit, dah lama aku kaya raya hahaha berangan kekdahnya..

Tapi aku sendiri tak boleh nak tipu diri sendiri. Selagi tak cantik kat mata aku, selagi tu tangan aku berjalan dok heavykan lagi baju. Kadang customer mintak simple, tapi a simple version of Umi PepariDsign ni kadang mungkin tak sama dgn other beader.

Korang sure dah tau macam mana layering yg aku buat untuk design Crumble aku. Paling busuk pun aku buat dalam 3-4 layer. Tu paling simple lah tu. Jadi bila aku tengok ada certain beaders buat design so called derang claimed Crumble, tapi 1 layer je.. then charge lebih kurang sama harga macam aku, jadi aku serba salah.

Kenapa?

Sebabnya, satu aku takut org cakap aku saja rosakkan market price. Bukan niat aku macam tu. Pada aku, penat lelah kita biar berpada. Kalau Crumble setakat 1 layer je nipis, lepas tu lebar tak sampai 1 inchi.. lepas tu taburan manik tepi nya ala ala sebatu then nak charge sampai 3-4 ratus agak2 lah. Maaf lah kalau ada yang terasa.

Kadang materialnya pula disusun pearl berderet2. Dari saiz sebesar alam saiz 10mm, 8mm, 6mm, 4mm semua di letak. Betul different size of pearls beri impak pada design. Tapi kadang kalau dah cara susunan berderet sama rata bagai diukur aku rasa macam hilang seninya. Memang ada asymmetry and symmetry dalam design. Tapi entahlah mungkin tak cantik di mata aku. Sorry.

One layer design tu macam mana pulak ye kak?

Ahah.. macam gegambar kat bawah ni dik. Dah few years back nya design ni. Ni ala ala retro nya design. Manik pun banyak guna dari jenis Iris collection. Manik dari jenis Iris ni cantik and unik. Saiz pun agak different dgn manik saiz 11/0 yang biasa. Saiz nya lebih kecil. Beza warna antara satu sama lain tak banyak tapi ada difference nya. Aku memang suka dgn manik jenis Iris ni.

Jom kita cuci mata. Kalau korang suka leh la buat kat baju Raya korang. Senang je design macam ni. Lukis, pastu follow je buat teknik tali air...


Lukis ala ala bunga bersama sulur paut tu... Ni bahagian badan baju


Close up; tuan baju nak butterfly.. Kita layan..

Kita tambah pulak dgn butterfly senget sebelah hehe


Close up bunga. Ada sedikit elemen 3D kat situ. Tanak pun tak apa. Baju korang sendiri.


Rajin2 kan lah lukis pulak kat bahagian lengan ya.


Another close up.


 Memanik perlu ada minat. Tak pandai menjahit pun tak apa. Yang penting minat. Tapi kalau setakat minat tapi tak start pun tak guna dik. Renti2 lah berangan2 ko tuh. Kena buat. Kena practice. Lagi pulak kalau dah attend kelas belajar. Tak baik simpan ilmu peram lelama. Bukan leh jadi pekasam pun. And minat without skill pun tak guna gak hehee... So kalau berminat and nak belajar leh la contact akak hahahahahaha... Eh bulan pose pun ada tau yang nak belajar. Lagi senang nak concentrate sbb tak perlu nak makan minum bagai hahahaha.. Amacam.. ada brani???

Kalau berani meh la contact akak... 013-2717091

Jom main air!!!


Saja test budak kecik ni takut air ke tak. Hehehe....

Tak ingat la bila kekdahnya event ni berlaku. Kejadian berlaku di PD. Lama dah rasanya tak singgah pantainya. Selalu lalu tepi je tinjau dari tingkap kereta.

Bukan piknik mana pun. Tapi adalah tujuannya ke sana. Si laki aku yang beriya nak pergi. Aku tak masak apa pun, just bawak bekal jeli and rebus curly pasta untuk si kecik. Oh dia suka pasta. Tak kesah la ape bentuk pun, makan cam tu je cam nikmat gila aku tgk dia telan :)



Pose budak belum mandi. Tengok lah rambut dia. Bukannya nak ikat.


Budak manja dengan Babah

Kena usik.. terpusing2 malu hahaha...

Memula takut bila jejakkan kaki dia kat air. Tapi bila dia tgk ramai abang2 and akak2 kecik dia jadi excited. Sudahnya tanak naik. Padan muka mak dia. Babah dia pulak ambil giliran haha.. Aku tak plan nak terjun air, tapi anak punya pasal basah gak lah. Tu yang silap pi pakai tshirt putih hehehe.. Terkepot2 nak cover mana yang perlu cover. Actually aku tak suka sangat mandi air laut sebab rasa lekit2 lepas mandi. Tapi aku rasa kualiti air PD improved. Aku tak lah segatal macam sebelum ni.

Layan lah gambar si kecik ni dgn aku..


Kemain suka dia.







Muka ajak babah dia masuk air sama..

Facilities pun dah bagus skang ni kat PD. Cuma perginya time weekend kan? Jadi bila nak masuk tandas bilas badan punyalah hazab. Tempat mandi pulak open. Tapi aku tgk selamba je akak2 makcik2 mandi open cam tu. Ada yang pakai bra je atas. Terkejut den. Aku belum lagi tahap selamba gaban. Maybe lepas ni kalau pergi bawak kain batik elok lah sket kot berkemban. Leh feeling2 macam gadis melayu terakhir gitu hahaha..

Nway, satu pengalaman yang sangat best bila dapat tgk si kecik happy semacam. Ni 2nd time dia main air kat pantai. Before ni bawak dia gi pantai dia tak paham lagi the feeling of excitement. :)

Lain kali nak piknik bebetul lah.

Jom korang kita piknik lepas bulan pose ni :)


Ramadhan ke 2: Nasi itu membunuh!!


Ahh.. Aku gagal lagi di hari ke -2.

Gagal untuk bangun lebih awal untuk menyiapkan juadah sahur dengan proper. Masih sempat bersahur, tapi dalam keadaan kelam kabut. Melepuh2 mulut laki aku makan nasi panas nak kejar waktu imsak hehehe..

Entah, aku yang tak sedar alarm bunyi atau si kecik yang terlebih pandai menggodeh HP sampai tak berbunyi alarm tu.

Aku sedar jam 5 okes. Memang kelam kabut gile ok. Tapi masih sempat masak nasi dan masak ayam kicap. Hehehehe.. Sedikit kebanggaan kat situ. :)

Semalam kat opis, segerombolan adik2 turun menapau makanan untuk berbuka kekdahnya. Seperti biasa seawal 11 pagi ok derang dah turun meronda bazar yang ada kat foyer building. Gila mahal orang jual juadah lauk pauk ni. Bayangkan seketul ayam kicap harganya RM4.50!!! Gila!!!

Ko bayangkan kalau ada anak 2-3 orang. Campur mak bapak kalau nak beli kata lah 4 ketul. RM4.50 ko darab kan lah dengan 4 ketul dah RM18. Ko boleh dapat ayam sekor seberat 2kg ok. And ko boleh dapat 12 ketul ayam, and ko boleh masak 3-4 kali. Bayangkan berapa banyak jimat daa..... Kuih pulak RM3 tu ko dapat 5 ketul. Bukan RM2 lagi dah ya.

Aku semalam seperti yang dijanjikan hahaha, memacakkan diri kat bazar Ramadhan Bdr Kinrara. Masih boleh tahan lah harga yang ditawarkan. Kuih masih 5 ketul untuk RM2. Aku beli seketul kepala ikan patin masak tempoyak. Harganya RM5 seketul untuk saiz sebesar penumbuk aku. Aku rasa harganya murah sebab memang besar saiz potongannya. Mr. BK beli ayam percik pun RM5 seketul. Tapi berbaloi lah sebab saiz nya besar.

The rest aku beli kuih muih RM4 campur2... then beli kuih biji nangka. Entah kenapa setiap kali bulan pose aku memang mencari kuih2 manis macam biji nangka, badak berendam.. Macam refreshing gitu bila makan sejuk2 bila buka. :)

Melalut2 citer pasal bazar Ramadhan dah kenapa... Aku nak cite betapa flatnya aku semalam lepas berbuka. Sebelum berbuka aku ok je, tak adalah penat mana. Boleh masak sayur, buat jus epal bagai... Tapi bila lepas berbuka, dah macam overdose dadah gamaknya. Memang berat semacam badan aku (yang dah memang sedia berat ni hehehe).

Tau2 aku dah flat sebelah si kecik. Semalam boleh si kecik tu tido before Maghrib. Aku rasa ni bahana makan nasi lah. Macam racun pulak aku rasa. Ke sebab kepala ikan patin tu eh? Akak tu masak letak msg banyak sangat ke? Aku kan masak tak pakai MSG bagai ni.. so badan macam tak terima ke? Hahaha...

Aku tido sampai kol 1 pagi.. tu pun si kecik bangun. Nak mamam.. Layan dia makan roti, makan kuih2 balance buka tadi. Pastu sambung lagi tidur.. Memang hazab nya rasa badan.. Lemau..

Hari ini niat tanak makan nasi masa buka nanti. Aku nak test tengok teori aku ni. Nasi ke MSG yang beracun hehehe...



Wednesday, July 10, 2013

Hijabiesta lah sangat...


Macam terover dose aku hari ni kerajinan update blog tetiba berganda. Mungkin hikmah makan roti instead of nasi masa sahur pagi tadi? Energetic semacam je aku rasa ni. Semalam kemain lagi pedihnya ulu hati. Hari ni alhamdulillah.

Aku sebenarnya plan tanak amik nasi masa bulan pose ni hehehe.. Let's see la harapan dan cabaran ini berkubur ke tidak nanti.

Dah lama sebenarnya benda yang aku nak luahkan ni berselirat dalam kepala. Aku pun tak tahu apesal aku terganggu sangat dengan benda2 macam ni. Nak ikut kan tak lah beri impact tapi entahlah.. Macam tak kena gaya je bila mata aku tengok.

Terpanggil nak buat entry ni sebab TV kat opis on. Rancangan apatah ada tunjuk cara2 pakai shawl. Sekarang ni kan trend sangat shawl ni. Ada stylist yang pakaikan boleh lah kau nak ikat bergulung berlapis bagai kan. Cuba kau buat sendiri tengok? Sesilap terbelit kepala and leher. Tak pun tangan tak sampai hahaha...

Kalau korang perasan rancangan Hijabiesta kat Astro penuh dengan warna warni. Dah few times aku perati jeling je tgk rancangan tu on air.

Somehow aku rasa matlamat rancangan tu tak berjaya disampaikan dari segi muslimah nya. Faham tak?

Yes the host memang lah bertudung litup bagai. Tapi ya hampun, color combination tu satu hal lah kan. Color berblok2 sangat. Yang paling menyakitkan mata aku cara hos tu gelak, terjerit sana... jerit sini. Gedik semacam! Macam tak sesuai nak tunjuk kan imej muslimah. Mekap pun over. Bila terjerit2 macam tu, dah macam beruk aku tengok. Dengan pipi merah menyala. Pastu tak kira lagi warna2 tudung berlapis2 yang penuh muhibbah. And tak masuk lagi seluar or skirt yang berlapis2 bukan takat kain je lapis.. warna nya pun berlapis. Aduhaii.. pening aku tengok.

Lebih elok kalau host tu cakap secara sopan. Tak perlu berlakon tergedik over excited bila masuk butik test2 baju tu. Tak perlu lah nak duduk posing2 tergeliat badan nak nampak cantik. Wardina tu duduk tegak je aku tengok, tetap cantik dan sweet. Tak ada masalah pun.

Kan tak pasal je mengumpat orang masa bulan pose. Tapi selagi tak luah macam tak clear lah satu department kat otak akak hahahahahaha...

Sekian.. terima kasih..


1 hari di bulan Ramadhan...


Aku jeling alarm yang berbunyi di handphone. Baru 2.40am. Siapa pulak yang set jam pukul 2 pagi ni? Aku snooze kan.

Nyaman kan pagi ini? Sejuk terasa bila angin sepoi2 bahasa bertiup masuk di ruang jendela yang memang ku biar terbuka sedikit.

Tiba2 aku bingkas. Seolah2 seperti dikejutkan.

Aku capai handphone. Antara kabur dengan tidak aku cuba besarkan mata aku.

5.20am!!!!!

Wah!! Melompat aku. Nasib tak terpijak Mr BK yang berbaring di bawah sebelah aku. Aku kejutkan dia.

Tak ada 5mins ya, terus turun sekarang juga.

Jelas arahan aku.

Wah wah wah.. penangan hujan pagi tadi, aku terlewat sahur. Nasib baik memang aku dah niatkan dari semalam aku malas nak masak apa masa sahur. Boleh tak? Siap niat hahaha.. Aku panas kan ayam Kurma, and sayur peria yang aku masak masa berbuka. Then panaskan nasi masak air. Fuh... Alhamdulillah sempat.

Semalam, maybe 1st day kot, aku kepenatan yang teramat. Balik rumah sampai awal around 520pm aku golek2 dulu dgn si kecik depan TV. Dia suka je lah aku ada sebelah dia. Dia tidur aku pun tertidur. Rupanya dgn laki aku sekali tertidur hahahaha...

Sedar pun jam dah 620pm... Laki aku kejut tanya nak kirim apa2 ke.. Dia nak ke pasar Ramadhan. Entah, tak loyan aku nak mengirim. Setahu aku selalunya awal2 ni memang org ramai lah kat pasar. Sure dah tak ada apa. Plus laki aku nak pergi yg dekat dgn umah je ni. And betul pun. Laki aku balik bebel2 cakap apsal orang jakun ni. Dia pergi tak ada apa yang tinggal. Hahaha.. Sian dia.. Dapatlah dia beli bubur kacang and bubur pulut hitam. Kuih ke lauk ke sume yilek die cakap.

Baguslah. Termasuk lah you orang yang jakun tu kan?

Ketat je muka pak cik hahahaha...

Sempat lah aku masak ayam kurmak, peria goreng pedas dgn telur. And goreng telur dadar. Terer gak aku kan? Sebab less in 1 hour dah siap. Tu tak termasuk pulak tolak masa si kecik tu tetiba bangun nak sambung susu badan. Hahahaha... Mana tak terer sbb sume bawang, ikan bilis sume tu dah siap di blend awal2.. Entah, pada aku masak ni senang je. Tak ada alasan lah kau bekerjaya tinggi bagai ke apa ke untuk tak sempat masak. Bukan susah mana pun...
Meh lah aku share sket tips.. Esp untuk pasangan2 muda yang baru kawen..

  1. Simpan lauk basah dalam saiz untuk sekali masak. Selalu aku kalau beli ayam or ikan aku terus asingkan ikut portion yg aku nak masak nanti. Senang. Jadi tayah lah ko kuar satu bekas bagak tu everytime nak defroze nak masak. Nak cairkan pun lambat kalau letak dalam bekas besar2 ni. Aku guna plastik simpan susu yg aku tak guna tu hahaha.. Beli tak hingat2.. sudahnya tak guna pun. Tapi at least aku guna lah untuk simpan lauk mentah..  :)
  2. Potong bawang besar/kecik/putih siap2 extra simpan dalam bekas kedap. Tak perlu basuh dulu nanti dia berair. Macam aku, selalu aku blend bawang besar and bawang kecil siap2 stok untuk 3-4 hari. Tak lah banyak sangat sbb kalau lama sangat simpan yg dah blend pun pada aku tak elok gak. Then ada juga yg aku biarkan di kopek je. Sebab kalau nak pakai untuk hiris2 je tak perlu aku nak kopek2 lagi. Senangkan?
  3. Ikan bilis pun macam tu gak. Aku tak suka sangat guna serbuk perasa ayam ke ikan bilis ke... Aku prefer yg real punya. Jadi selalunya aku blend siap2 ikan bilis tu. Nak masak sayur ke, sambal tempe ke apa ke senang. Tayah lah aku nak buat bising pepagi buta hehehe.
  4. Sayur pun cam tu gak.. selalunya aku dah siap2 basuh and simpan elok2 sayur. Bungkus dgn surat khabar kalau yang besar sangat tak muat bekas bertutup.
  5. Oh cili padi pun sama gak.. sbb aku tak ada lesung batu kat umah (sedih kan?) hahahahaha... Jadi aku blend dalam segenggam terus cili padi. Senang kot aku nak masak gulai lemak ke sume dah siap. Nak buat sambal kicap pun dah siap.
Selalunya sebelum masuk tidur, aku keluarkan lah dulu frozen fish or chicken yg nak di masak waktu sahur. So far alhamdulillah, memang banyak lah membantu dari segi penjimatan masa untuk memasak. Tak lama mana pun setakat nak masak 3-4 lauk yang simple. 1 jam dah cukup. Jadi aku pelik gak kalau ramai orang macam komplen tak sempat masak. Pada aku antara kau nak dengan tak nak je hahahaha.. Sorry ye kak. :P

Tapi hari ni aku dah niat dari semalam tanak masak wakakakakkaka.... Sahaja aku tanak masak masa waktu berbuka kerana Allah ta'ala. Boleh gitu? Bukan apa.. semalam aku rasa pinggang aku dah terpele'ot. Dari peha bawak ke tapak kaki belah kiri bisa semacam... Tak tau lah kenapa. Maybe sebab pangku si kecik tu masa nak ke opis.

Uihhhhh 2 jam okes nak sampai opis semalam. Punyalah jem.. Ingat dah kuar awal dah. Hari ni pun sama gak. Maybe hujan, plus ada accident bagai. Kuar around 7 aku sampai kol 9 kat opis today. Sian laki aku pagi tadi, pusing sana pusing sini suma jem teruk. Aku pun teruk sama sebab pangku baby tua tidur. Tanak duduk kat car seat skang. Aduhai.. tergeliat lagi pinggang mama dia.

Jadi sebab tu aku dah niat awal2 dari semalam tanak  masak today hahaha.. Best kan excuse aku? Jadi petang ni marilah ke pasar Ramadhan Bdr Kinrara. Jom kita!!


p/s: Boring lah masak pepagi masa sahur sbb jiran kiri kanan Cina & India. Tak meriah dgn bunyi periuk belanga. Rumah belakang Melayu tapi sonyap jo... Kak tak sahur ke? Hehehehe





Ramadhan Almubarak ; Masak ke Beli kak?


Salam Ramadhan...

Semoga kita sesama dapat menghayati bulan Ramadhan kali ini dengan lebih maksimum lagi. Kecut perut akak bila dengar Ustaz di rancangan Akustika Ramadhan di TV3 malam tadi.

Andai kata ini Ramadhan yang terakhir buat kita macam mana?

Aku memang jenis orang yang bersahur. Sudah dipraktiskan sejak dari kecil lagi. And aku pulak jenis kalau sahur kena lauk yg masak fresh. Tak kesah lah simple mana pun lauk tu tapi kena masak pagi tu gak hehe.. Mengada kan??

Pagi tadi menunya ikan caru goreng kicap and sambal tempe bersama kacang panjang. Sorry lah aku bukan blogger makanan, so malas nak amik gambar bagai ahahaha...

Sejak dah terasa sedar diri dan insaf makin tua ni, aku tak seghairah dulu dah kalau tiba waktu berbuka. Ingat lagi dulu masa kekecik, belum azan aku dah bersila siap pegang cawan dah ready nak masuk mulut. Hehehe.. gelojoh sangat tau!!

Masa memula kerja dulu aku buat sales, korang tau je lah kan kalau sales ni banyak lah event bukak pose kat luar. Masa tu memang agak jakun gak lah kan. Almaklum budak kampung jakun bila dapat masuk hotel 5 stars nih. So far alhamdulillah, aku dah merasa dah almost all hotel yang org cakap 5 stars. Tapi dalam setahun dua je aku excited bukak pose kat hotel. Lepas tu dah rasa boring. Bukan nya boleh sumbat pun semua benda tu. Excited and jakun je lebih ahahaha...

Sekarang ni aku lebih suka beli sedikit kuih muih kat bazar. Itupun kedai yang aku dah biasa je. Kalau tak, memang nehi2 lah... Serik wooo beli karipap sardin tak ada isi, alat2 dia calit kan kuah sardin kat tepung tu. Kuang ajar sangat tau!!

Beli kuih RM2 pun kadang tak abes. Aku memang amik nasi terus masa buka pose.. So either aku masak or beli la lauk simple je kat basar. Pilihan terbaik yang aku ada so far basar Ramadhan kat Bdr Kinrara. Harga pun boleh tahan lah kerat leher akak ko ni...

Aku peratikan kekakak kat opis aku ramai yang tapau lauk dari foodcourt. Masalahnya as early as 11am ok!! Sebab kalau dah 12pm nanti dah bersaing dgn non Muslim pulak time lunch. Tapi pada aku macam alahai awalnya. Ko bungkus makanan dalam plastik. Biarkan sampai nak dekat berbuka karang panaskan. Macam tah eh, cam kembang gitu tekak aku nak terima. Ni teori aku lah. Kadang aku tgk sayur pun nak dibungkus. Bukan susah mana masak sayur pun.

Maybe ketidaksempatan kot bila nak sampai umah. Ye lah kalau anak dah berderet mana nak settle anak2 lagi kan? Tapi memang bukan aku lah nak tapau makanan awal macam tu.

Sejak Humairah dah boleh makan apa saja ni. Dah boleh makan pepedas seseket, stok bahan mentah kena sentiasa ada. Hari tu beriya lah aku siapkan sup ayam for her, then aku masak sekali sambal sotong. Eh sekali yang dia makan sambal sotong tu ok.. Octopus kekdahnya hahaha.. Mat salleh sangat anak omak nih kan...

So skang ni aku tak asing2 dah lauk for her. Apa aku masak for adult tu jugak menu ko ye dik. Alhamdulillah tak banyak songeh anak dara tu. So far her fav. aku tgk ayam masak lemak cili padi. Tapi idak ler aku buat pedas kan. Part tak boleh nak pepedas tu yang tak bape best sangat kat tekak aku.

Aku masih tengah pikir nak masak apa for buka nanti. Ada ayam je tinggal. Nak senang humban buat sup je kan? Ehehehehehe.... 








Monday, July 8, 2013

Lagi dan lagi : Patching Lace and beading embroidery


In trend sekarang ni patching lace kan? Tapi entah, hati nurani akak masih suci belum tercemar lagi duli nya mahukan sesuatu seperti ini untuk diri sendiri. Cewahhhh!! Jangan lah marah dik. Yang sebenarnya, akak tak sempat nak fikir kan material apa warna apa kalau nak buat patch lace untuk diri sendiri. Redha je lah tengok baju orang.

Baju ni warna pastel pink. Very soft pink. Pulak tu lace nya juga dari warna senada. Jadi agak blend kat situ kan? Sebenarnya Akak punya baju ni cakap dia macam dah tersalah beli lace tu. Lace ni warna soft pink then background dia baby blue. Dia patutnya beli lace yang warna baby blue. Dah jadi kes terbalik lah ni. Tak apalah kak. Nanti saya usahakan ya macam mana. Jadinya aku naikkan warna2 soft blue sbb akak ni tanak meriah sangat macam patching lace yang aku buatkan sebelum ni.

Akak ni request something yang simple. Tapi tu lah kan, simple version aku ni mungkin jadi heavy kat certain people. Betul pun!!! Hehehehe... The 1st baju yang aku siapkan bajunya warna ala ala brown gold dipadankan dengan lace berwarna maroon. Bila siap aku hantarkan ke rumahnya yang sangatlah dekat rupanya ehehehe...

Aku suka akak ni sebab dia straight je komen kalau dia suka ke tak. Basically dia cakap cantik apa yang aku buat cuma dia tak biasa pakai heavy2 macam tu.. dia nak lagi light beads tu. Bila dia dah bagitau macam tu jadi baju yang ke 2 ni aku try buat sesimple mungkin. Alhamdulillah kali ke 2 ni aku menepati piawai dia.

Jadi lesson learnt kat sini. Korang kalau nak tempah nanti sila mention awal2 kalau nak simple, kalau ada sample design or pic yang korang refer kan as simple tu sangat lah bagus dan membantu akak hehehehe.. kalau tak, akak kau akan gila kuasa tak tentu hala nanti :P

Kali ini lace nya sudah siap berhias dengan Indian sequin. Jadi akak perlu pandai mainkan warna dan manik supaya design manik nampak simple and yet elegant. Indian sequin ni flat, and dijahit mesin, jadi di bahagian tepi border tu nak tanak mata ni nampak yang dah tertanggal2 tu kena lah jahit semula. Gigih kan nasib seorang pemanik seperti akak ni? Muahahahaha.. Korang sure cebik mulut kan? Kekekekeke...

Kena dik.. kena jahit sket2 those sequins. Sebab tu akak tak suka beli those appliances yang dah siap beaded. Sebabnya kualitasinya yang sangat lah hazabbbb!!!!! Baik beli yang plain je. Sonang citer....



Both lengan


Close up; sedikit taburan glass pearl dan manik di bahagian motif bunga lace


Sedikit sentuhan pink untuk balance kan design


Another close up


Perasan those kristal warna biru terang tu? Saja akak letak sket2 supaya ada sedikit ketegasan dalam konteks warna. Hahahaha.. mati lah apa yang aku meraban ni...


Meh kita cantum kan both lengan....


Awal2 lagi akak ni dah pesan nak pakai pearl. Aku pulak jenis tak banyak stok pearl. Sebab aku prefer guna faceted acrylic stone yang lagi nampak impack shine dia. Nak tanak terpaksa gak angkat kaki keluar rumah cari pearl. Yang benci nya bila pergi kedai manik ni, lain yang aku cari, lain gak nanti yang aku angkut. Pastu hujung2 bila nak bayar selalu terover budget. Akak selalunya kalau nak pergi kedai manik, bawak duit ngam2 je kononnya. Tapi tak ada maknanya uolss... Nanti last2 ok amoi nanti I transfer ok kat acc u.... Hahahahahaha.... Bengang je laki akak... :P


Aku sebenarnya masih dan masih lagi belajar beading on lace ni. Masih mencari arah tujuan untuk dapatkan tips macam mana nak kasi design beading on lace ni nampak cantik meletopssss!!!! Its not an easy job ok. Hopefully apa yang aku nukilkan ni dapat inspire korang. Kalau tak inspired gak sila tekan X column di bahagian atas kanan screen anda ya.. Hehehehehehehehe....