Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, July 27, 2012

OLYMPICS LONDON 2012; Bermulanya penyatuan sejagat. Bermulanya satu harapan dan tekanan buat Lim Chong Wei


Bangun pagi tadi sempat aku turn on TV dulu. Wah!! Tetiba lak aku nampak muka agent 007 ni apehal? Tapi ada LIVE pulak. Sejak bila James Bond ada Live show.. Ohoooo... LIVE opening ceremony Olympics 2012 rupanya. Oh ya, aku sangat suka sukan. Jadi aku telah subscribe Olympics channels. It costs me RM50 till end of event.

Rupanya pagi ni dia punya event. Yang aku tak sesabar dari semalam dok tunggu2.. hehehehe...

Tak senang aku nak masak kat dapur. Konon nak masak sambal bilis kentang terus kensel. Sebab leceh aku nak kena goreng sesatu bahan sebelum sambalkan. Last2 aku keluarkan ayam masak kicap sama kentang, masak sayur sup petola campur carrot, baby corn and fish ball. Senang and simple. Punya lah tak sabar nak ngadap TV hehehe...

Dik, entry ni panjang tau.. Macam akak ko selalu buat entry pendek kan? Kalau tak 100 patah perkataan tak sah akak ko nih!! 

 Agak2 kau boring tak ada buat apa sesuai lah baca. :)


*********************************

Aku lihat sukan sebagai satu platform untuk menyatukan satu dunia. Kenapa kita boleh bersatu hati penuh semangat dalam sukan tapi tidak dalam  keamanan dunia? Pelik kan? Cubalah semangat yang sama dapat kita semaikan dalam setiap hati umat manusia. Nescaya tiada perang. Nescaya dunia aman. Tapi hakikatnya yang pasti, dunia kita penuh dgn. segala rasa dendam, rasa amarah, rasa takbur, riak, rasa nak menakluk, tamak haloba dan macam2 lagi. Lantas, aku pun tak heran dgn segala permasalahan dunia sekarang. Apa nak heran kan? Aku tak heran, aku takut.

Melihat kepada upacara pembukaan Olimpik 2012 yang penuh gilang gemilang sangat mengujakan aku. Riak wajah setiap atlet yg menyertai perbarisan penuh semangat! Penuh rasa bangga. Siapa yg tidak bangga kan? It's Olympics!!!! Sukan bertaraf dunia!

Air muka yang tiada ternilai aku kira harganya. Terutama yg membawa bendera negara masing2. Lagi pula bila kamera focus kepada mereka. Tak tergambar rasa bangga setiap  mereka. Serba tak kena. Nak senyum ke? Nak serius ke? Kelakar ada juga bila aku tengok muka masing2. Tapi yang aku perasan, kebanyakan yang membawa bendera negara samada handsome, lawa gila, sangat tinggi or besar... Hehehehehe... Contoh macam pembawa bendera negara Cuba; atlet lelaki yg sangat tinggi dan besar. Oh bukan gemuk ya. Aku tak kata dia gemuk sebab orang nya sangat tinggi!!!

Dan aku perasan juga, pemimpin negara yg berada di pentas VIP juga air mukanya penuh rasa bangga setiap kali kontinjen negara mereka melintas di hadapan pentas. VIP from Morocco siap dukung anak dia lagi lambai pada team dia. So sweet kan? Tak perasan pula sape VIP Malaysia kat atas stage. Menteri Sukan ke?

Aku tak tahu kenapa, dgn aku sekali rasa macam nak menangis bila aku tgk atlet ni berbaris. Over kan? Ada satu rasa yg tak boleh aku nak gambarkan. Rasa macam aku dekat sangat dgn mereka yg ada kat sana. Rasa sebak dan gembira dan bangga.. bercampur aduk. Eh, macam kau pulak yg bertanding? Hehehe..

And aku noticed juga, banyak nama2 negara yang aku tak pernah dengar. Macam Palau yg baru aku tau a part of Micronesia big island. Micronesia pun aku baru dgr tadi hehehe.. Teruk betul knowledge aku pasal Geography ni kan?

Aku rasa Opening Ceremony Olympics London 2012 memang penuh extravaganza!! Dengan artis antarabangsa pujaan nya, dengan penaataan lampu yg sangat superb!! Dengan dekor dalam stadium. Oh aku suka sangat konsep memacakkan bendera setiap negara kat bukit buatan itu!!!! 

Siapa mastermind dia?

Its Danny Boyle, the Oscar winning director for his best known hits movie " Slumdog Millionaire". Memang brilliant lah mamat ni!! Pinjam otak sekejap bang, boleh? Bagi idea sket untuk aku memanik hehe.. Tak banyak pun guna, and tak mahal pun kos dia berbanding event yg kau design ni. Tau berapa cost dia? $42.4m ok. Kau bayangkan berapa ramai umat manusia kelaparan yg boleh diselamatkan dgn kos sebanyak tu. Itu lah nilai relatif wang dan kuasa dunia.

Konsep nya menarik. Ada elemen past, present and future dalam ceremony ni dgn fokus kepada industries yg menaikkan revolusi Britain in 18th and 19th centuries. (wah dah jadi reporter aku ni hahaha) Cantikkan cara dia portray zaman dedolu ni? Nampak real (asal  mat saleh buat je nampak real kan? Cuba ko suruh Ahmad Idham buat macam ni? wakakakakaka)


 Inilah bukit yg derang buat untuk pacakkan bendera setiap negara. Gila kewl kan?


Alkisah bermula...


Upacara menaikkan bendera


Siap main kriket dalam tu, kau mampu?


The Queen. Accessories kat rambut yg sedondon dgn warna baju. Memula aku ingat rambut dia. Stylo sangat kalau rambut macam tu kan?


The bird view of the Stadium. Nice


Mr Bean pun ada. Mana tak 42mil oi nak bayar actors suma ni!!!


And the Olympics ring arised.


Aku suka sangat ending part before the contingent marched into the stadium. Ala2 soap opera concept dengan iringan hymn 'Abide With Me', the scenery transformed into a scene yg sangat cantik! Dengan kareograph yg penuh spritual. Bila budak kecil tu cuba menggapai bintang. Menggambarkan betapa tingginya harapan setiap atlet yg bertanding. Dari screen TV memang nampak real bila budak tu naik kan tangan dan cuba capai bintang. Dgn suara perempuan kat bawah ni yg menyanyi penuh spiritual.


Emeli Sande. Meremang segala bulu dgr perempuan ni nyanyi. 


Terus lampu bertukar bling!! Oh sangat cantik!!


Sesuai dengan kuasa yg ada pada nama LONDON itself. Apa perlu aku komen lagi kan? Kita tgklah kuasa besar mereka transformasikan sukan OLYMPICS LONDON 2012 ni. Macam main tekan2 suis lampu dah aku tgk. Kejap warna merah, kejap biru, orange... eh memacam lah..

Tapi kan, bila aku tgk tetiba otak aku teringat manik hehe. Boleh? Dengan kombinasi warna yg terang dan cantik. Eh sape kata tak boleh apply kat baju dik? Cuba ko try. Sure cantik. Percayalah cakap akak kau nih.. Meh kita tgk gambar curi idea derang ye? Hehehe


Konsep monochorome kekdahnya. Kalau ada baju hitam buat ala ala cam ni sesuai kan dik?


Bling!! Haa kan cantik merah tu.. 


Bling!! Kau tak rasa macam manik berjurai ke lighting dia? Cantik gilerrr!!!

Close up sket. Kau imagine ni manik? Mau menangis customer kau kalau kau jahit macam ni kat baju derang. 

Ini tak ada kaitan hahaha... Dan bermula nya satu revolution!! 


Ha yang ni ada kaitan. Cantik kan kombinasi warna?


Germany. Pink for ladies. Blue for the gents. Sweet sangat. Meh aku kongsi satu info, pembawa bendera Germany ni pemenang pingat emas hoki wanita Olimpik. Yg bestnya, atuk dia and bapak dia juga pemenang pingat Olimpik. Keturunan Olimpik baka dia ni hehehe...


Akak inspired betul dgn pic ni. Terus dapat idea nak buat bunga 3D. Tapi macam reti kan?


 Yg ni pun cantik kan? Genius betul choreographer dia. Concept color cam ni nampak elegant dik kalau kau nak apply kat memanik. Try lah.. Akak nak try gak nanti.. Cuma tak ada baju yg sesuai. Baju yg ada kat akak semua colorful skang ni.


Yang seronoknya bila opening ceremony ni bila kau tgk baju kebangsaan memasing. Malaysia? Aku tak tahu siapa yg. reka baju tahun ni. Tapi color dia cukup Muhibbah 1 Malaysia. Orange kemerehan dgn kain kuning belang hitam? Hmmm.. Kenapa rak masukkan carta warna je dalam baju tu terus!! Aku rasa banyak lagi negara lain yg warna baju mereka sangat warna warni macam Uganda, Burundi, Cameroon, tapi still aku rasa cantik combination warna dia. Sorry Malaysia.

Team Republic Checz pakai boot color striking blue. Siap berbling bagai. Seluar pendek paras lutut warna putih, then pakai blazer. Gile stylo kan? Ada team yg pakai kasut warna merah menyala lagi!! Memang meriah dgn warna lah setiap negara.

Cakap pasal Malaysia, aku sekali lagi rasa bangga bila team Malaysia lalu, the reviewer siap mentioned nama Dato' Lim Chong Wei; desperately wants to win gold medal hehehehe... Aku harap Chong Wei dapat bertanding dgn baik dan kesihatannya pun baik. Aku sebenarnya sangat simpati dgn beliau.

Harapan yg diletakkan terlalu tinggi buat dia. Harapan yg aku rasa sedikit sebanyak beri tekanan. Bukan sikit beban yg dibawa olehnya. Dengan tidak dibenarkan untuk join opening ceremony gara2 mahu pelihara kesihatannya pun aku rasa dah menjadi tekanan. Aku faham dgn event sebesar Olimpik, pasti upacara pembukaan makan masa, tenaga. Atlet jadi penat. Tapi dalam masa yg sama, its OLYMPICS man!!! Apa lah maknanya kau tidak dapat bersama acara yg penuh gemilang seperti itu yg kau pasti tidak dapat pengalaman yg sama sekali pun kau join Olympics yg akan datang. Tapi ni last Olympics Chong Wei kan? Alahai.. lagi kesian hehehehehe... Tak apa Chong Wei, nanti lawan Lin Dan bebetul ya.. Jangan cedera lagi ya. Main bebetul tau... Adik kat sini sayang kat awak!! Awak lah hero negara! :)

Atlet lain jgn lah sentap pulak. Sebenarnya aku rasa sesiapa pun yg bertanding boleh dapat emas. Especially event yg tidak perlukan kekuatan fizikal macam archery, gimrama, menembak, terjun papan anjal. Malaysia patut tumpukan sukan2 macam tu aku rasa. Tapi aku rasa Azizul Hasni dan Chong Wei adalah contoh terbaik untuk buktikan bentuk fizikal bukanlah satu alasan untuk tidak berjaya. Jadi atlet sukan lain yg macam aku cakap tadi punya harapan cerah juga nak menang pingat.

Tapi aku rasa sukan terjun papan anjal negara banyak peningkatannya. Kalau nak berjaya memang kena ada special program untuk sukan2 khusus ni. Bukan setakat bola sepak je ya Pak Menteri. Bola sepak memang ibu sukan, tapi cakap pasal bola sepak Malaysia ni karang buat darah tinggi aku naik je.

Malaysia selalu over confident bila dah lead. Ingat 5 minit dalam game tu kalau kau dah lead taleh berubah? Ha hamek kau!! Bebaik boleh menang terus kalah lawan Arsenal hari tu. Tak pernah belajar dari last mistake. Tak silap aku masa lawan Vietnam dulu pun macam tu gak. Dah elok2 lead 2-0, eh tetiba leh kalah? Padan muka!!

Kepada atlet Malaysia, selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Buat lah yang terbaik. Gunalah peluang yg ada dapat bertanding di sukan bertaraf dunia sebaiknya. Terutama untuk sukan olahraga. Kalah menang tak penting. Yang penting ada kemajuan. Jangan kau bertambah teruk sudah!! Kalau lagi teruk performance ko baik tayah pergi bertanding lepas ni. Sayangilah wang kami yg menaja kamu ke sana ehehehehehehehe.... Eh wang kami ke wang kerajaan? Tak sama eh? :)

Majulah sukan untuk negara!!!

Majulah Chong Wei untuk pingat emas!!



Nanti tambah lagi satu gold medal Olympics ya Abang Chong Wei.... Korang perasan tak muka dia ni muka sedih? Hehehe...

Tuesday, July 24, 2012

Episod hatiku masih berbuku: Part 2



Perlahan2 aku hampiri mereka yg sedang minum, aku buat lawak, aku pujuk2.. biasalah benda baru susah nak paham aku katakan. Slow

************************

Yang duduk di sebelahku berbisik..

"Yg dulu pun macam ni juga.. tak paham"

Kasihan. Bukan murah kos yg dibayar. Dan ini kali ke 2 dia datang. Kalau tak paham juga memang berat masalah ni aku rasa. Aku duduk sebelahnya cuba sedaya aku membantunya. Alhamdulillah dapat dia ikut apa yg aku ajar. Alah, aku pun bukan hebat sangat, cuma aku cuba pahami apa masalah nya dan bantu dari situ sahaja.

Kerja kami selesai agak lewat. Memang kalau aku bersendirian pun selalunya dalam pukul 8pm macam tu jugak habisnya. Kali ini lebih lewat kerana banyak barang yg. perlu dikemas. Dan dalam masa yg sama melayan kerenah mereka yg datang. Ada yg nak bergambar. Ada yg nak menyopping bagai. Hehehe...

Bila bab shopping ni, boleh jugak si dia menyelit sama. Satu aku perhatikan sikapnya, suka ambil barang² ku secara tidak aku sedari. Dia hanya akan cakap yg dia ambil barang tu barang ni, tapi dalam kuantiti banyak mana aku tidak pernah tahu. Aku bukanlah berkira sangat dgnnya. Tapi pernah juga aku rasa agak keterlaluan sbbnya dia ambil almost ke semua kristal yg baru aku beli. Masalahnya aku tak tahu berapa tali yg di ambil. Itu pun aku perasan bila aku nak guna. Kalau tak memang aku tak perasan langsung mana hilangnya sampai sudah. Bila di tanya, " Eh kan akak dah cakap hari tu akak ambil.. Umi tak kira ke?" Senang sekali bicaranya. Ambil mudah.

Sama juga kali ini. Aku agak pelik sbbnya dia macam tak pernah tgk barang² yg aku bawak. Siap cakap kenapa tak tunjuk dgn nya sebelum ni. Aku bukan tanak tunjuk tapi tak perlu lah nak bertandang rumah dia bawak segala barang² yg aku ada. Beratnya satu hal!!

Seperti yg aku agak, dia ambil mana yg berkenan, terus letak dalam kotak simpanannya. Kali ini aku lebih cerdik, aku terus terang sahaja,

" Maaf Kak, kali ni kena kira tau. Saya belum ada title kat depan nak sponsor manik akak.." 

Aku ambil mana yg diambilnya, kemudian aku kira satu persatu. Bila nak kira tu terasa berasalah dalam hati, aku ni berkira sangat ke? Tapi akhirnya aku akur, bisnes tetap bisnes. Itupun aku kira memain je. Memain macam mana? Banyak sungguh aku main tutup mata je bagi harga murah. Mr BK bengang je dgn aku hehehehe.. Dia bab duit memang, lagi tamak dari aku hahahahaa....

Uiiii jgn tak tahu ya, almost rats juga barangan yg diambil oleh dia. Tu tak termasuk brg² sebelum ni lagi. Memang patut Mr BK bengang aku rasa pun!

Sebelum beredar dari tempat tu, Mr BK agihkan sama rata apa yg kami dapat bersama. Alhamdulillah, rasanya berbaloi lah juga walaupun perjalanannya jauh. Dan yg hadir pun tak berapa ramai. Tapi aku tetap rasa bersyukur.

Kami sudah ada satu deal yg mana setiap kerja yg kami buat akan diasingkan sedikit untuk kos pengangkutan, perjalanan, Mr BK as driver, dan banyak lagi lah. Disebabkan kasihan padanya yg perlukan duit untuk sewa rumah anaknya (awal sebelum pergi dia dah bercerita anaknya perlukan duit untuk bayar sewa rumah), banyak yg Mr BK tidak kira. Kos makan dalam perjalanan semuanya tidak dikira kecuali makan malam selepas kami bekerja. Mr BK hanya ambil kos minyak sahaja kerana perjalanan yg jauh. Dan Mr BK dgn baik hatinya walaupun dalam keadaan geram dgn perangainya telah lebihkan bahagian yg dia dapat.

Aku berani sumpah dgn nama Allah, kami memang lebihkan bahagian yg dia dapat. Tapi apa yg terjadi selepas itu amat aku kecewa. Apa yg berlaku? Nanti aku ceritakan. Ada sebab kenapa aku ceritakan selengkap mungkin perjalanan aku bersamanya. Sebab terlalu banyak kisah berbangkit selepas itu yg aku rasa macam hidup mati pun aku macam tak percaya.

Selesai urusan, perut dah memang berkeroncong. Selalu memang macam tu lah. Masa bekerja tak rasa lapari. Bila dah duduk siap semua baru lah rasa kelaparan. Dia cadangkan tempat makan yg pernah dia makan sebelum ini. Awalnya sebelum habis kerja aku setuju kerana teringin juga makan makanan local food ni. Tapi bila dah habis kerja pun agak lewat dan anak2 nya juga dah keletihan aku cadangkan makan di tempat yg dekat sahaja.

Eh, tanak kalah. Mengaku tahu tempat tu dan beri jaminan dekat, aku akur. Dah lah hujan. Aku dah lah masa tu pregnant. Sejuk mengundang lapar yg bertalu2. Pusing2 punya pusing sampai sesat2... Akhirnya jumpa juga tempat yg dia teringin makan. Yg aku tak berapa berkenan bila dia tak habis2 cakap "Umi kan nak rasa local food.. sian baby nanti.." waddaaaa.... Aku takdelah tahap macam mengidam bagai.. Kalau kau yg nak makan cakap je terang2. Tayah nak main selindung2 dgn perut aku yg dah besar ni.

Makanannya ok lah. Org lapar kan, makan je lah. Ada yg sedap. Tgh makan hujan selebatnya. Dengan angin ribut. Memang aku cukup takut masa tu. Jadi kami memang tersangkut lama juga di sana. Yg kasihan anaknya lah. Dah tak boleh bukak mata dah aku tengok memasing.

Tamat episod malam tu, masa naik ke atas hotel balik dari makan malam dia beritahu aku.

"Umi nak tahu tak kenapa kitaorang lambat tadi pagi? Tengok Macam2 Aznil kat Astro. Terkekek2 kami tgk. Kelakar betul"

Wah... kelakar sangat lah kan? Kau ingat aku nak terkekek sama ke apa? Lagi menyirap darah aku! Boleh kau nak layan TV lagi masa aku tunggu korang sume kat bawah pagi tadi? Nak cuti2 Malaysia pergi dgn famili. Bukan masa nak bekerja macam ni.

Sebelum balik hotel, aku siap2 singgah 7E dan pesan kat dia beli apa yg patut. Jangan jadi macam malam sebelumnya.

Malam tu sebelum tidur ada satu incident yg terus ubah persepsi aku terhadapnya secara total. Aku tak ingat apa, tapi rasanya Panadol yg dia minta. Aku memang bawa bekal ke mana2. Mr BK memang hantu panadol. Sekali makan sampai 4 biji. Tak kuasa dah aku nak bebel.

Aku suruh anaknya ambil di bilik aku. Masa tu Mr BK tak ada dalam bilik. Pergi cari nyawa nikotin kat bawah hotel. Masuk je bilik semula anaknya beri panadol pada si ibu. Dan tetiba aku terdengar.

"Ibu, kalau tau tadi tak payah beli pantiliner. Aunty Umi ada bawak"

Ah.......... Akhirnya, aku rasa aku dapat kenal siapa dia sebenarnya. Memang aku akan ingat peristiwa pantiliner ni sampai bila2. Korang bayangkan. Pantyliner ok..... Mengharap.  Penuh mengharap pada org lain.. Aku jadi benci pada org yg suka mengharap. Suka berharap mendapat simpati, dapat bantuan secara sengaja.

Keesokan harinya...........................................

Alamak.. ngantuk lah korang.. hehehe... Kena tidur ni esok nak sahur. Nanti aku sambung cerita. Kak, ko jgn marah tau. Ni aku dah sambung cerita. Jadilah ya. Nak sambung lagi ada pengerasnya kakakakakakaka.... Pengerasnya sila lah rajin klik iklan2 yg aku tayangkan tu kakaka. Nak tau kenapa?

Jap aku songsang cerita aku ni hehe.. Aku ni memang jakun la sket bab2 IT ni.. dulu masa kat U memang lah belajar bagai tapi lelama otak aku jadi macam malas. Malas nak amik tau. Sbb tu aku selalu ketinggalan zaman. Bila ada org suggest letak iklan Nuffnang dalam blog aku ignore je. Dasar pemalas kan? Bayangkan kalau aku beli HP baru sure aku kasi Mr BK dulu pakai suh dia explore. Dah terer baru pass kat aku. Aku malas nak explore sendiri. Aku nak dia ajar aku each function.

Lepas tu baru ni aku agak aktif. Jadi kawan aku suggest letak je lah bukan susah sangat. Memang tak susah tapi aku malassssss... Malas nak edit code HTML dia bagai eventho senang je ko ikut step by step je instruction dia. Tapi sbb malas, maka ianya mengatasi segalanya hahahaha...

Tapi lelama dah ditanya2 aku pun layan lah... Bengap jugak aku ni nak ikut arahan yg simple macam tu. Seriously terasa bodoh yg amat. Maka wujud lah iklan2 itu. Dah beberapa bulan jugak aku letak. Lepas letak ditanya pulak earning ko ada increase tak? Aku tanya balik nak tgk kat mana? Hahahahaha.. Sengal... Org nak berNuffnang ko nak gak. Tapi lembap tahap dewa.

Ok.. ada earning gak rupanya dalam tempoh beberapa bulan ni. Aku jadi excited jugak. Terjerit2 kat Mr BK yg tengah mandikan anak dalam bilik air. Padahal bape sen sangat hahahahahaha... Tapi  bagus gak aku ikut kata kawan aku tu. Sekurangnya kalau RM5 pun dapat beli manik 1 peket wakakakakakakaka.... Nak cash bilanya kalau RM5 je kan? So korang tolong lah up sket jadi RM50. Nanti akak Pepari share tips manik lagi bebanyak ya.... hahahahahahahaha.. Dasarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......

Aku gurau je ya kak. Aku berblog sbb benda2 macam ni lah kak. Luahan hati seorang perempuan.. Eceh.. Nak ada diari tulis pakai pen dah tak pandai menulis dah. Buruk tulisan aku kak. Lepas tulis nak baca balik tak paham hehehe.. Jadi kat sinilah tempat aku meluahkan rasa marah, geram, berbuku, sedih, simpati, gembira.... Nak manja2 pun kat sini lah gak hehehe..

Hehehehe.. aku senyum sorang2 bila terkenang bab belajar berNuffnang dgn kawan aku. Terasa macam ya rabbiiii bodoh nye aku ni. Lepas tu kawan aku cakap ada yg hanya berkerja sebagai blogger dapat income ribu2.

Wahhh! Tahniah!! Dunia IT ni kan? Semuanya BOLEH!!! Hujung jari je org buat duit...  Eh aku buat duit pakai hujung jari gak ape? Penat tau akak menikam manik pakai jari2 yg besar gabak ni :)

Ok lah.. sekian cerita songsang dari tajuk asal :)










Monday, July 23, 2012

Sesekali mengglamourkan diri...


Ini adalah baju yang aku pakai semasa gathering para Pemanik bulan April lepas. Macam aku cakap, aku masih perlu banyak belajar bab 3D ni. Satunya kenapa aku belum berapa mahir sbb aku kurang minat dgn 3D ni. Alasan kan? Hehehe.. Baju yg. satu ni pun aku manikkan gara2 dijemput menjadi MC tak bertauliah pada majlis tu. Jadi, aku gigihkan juga manikkan.

Kelakar nya baju ni terpilih Top 10 Beaded Dress!! Huih tak pernah dalam sejarah hidup aku tercalon best dress ke bagai kakakakaka... Masa ni aku dok explain pasal design aku kat juri. Sape juri dia?? Jeng jeng jeng....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Hatta Dolmat!!!!! Yg bestnya, dia duduk depan finalist semua. Bila turn aku, tetiba dia bangun and belek baju aku. Wahhhh!!! Akak ko ni punya happy and nervous tak usah cakap lah kan? Bangga kejap dgn diri sendiri.. Sangat humble HD ni.. Cakap pun sopan je. Akak suka dik!!! (Ceh, mementang dia bangun belek baju ko kan????)


Aku memang tidak punya baju yg. berbling². Ada, tapi semuanya tak siap!!! And aku manikkan pun sebab purposely nak attend majlis yg aku rasa ada kena mengena dgn manik. Ye lah dah pergi majlis manik² ni, nak tanak kenalah ada sedikit bling² nya. Seingat aku, ada 4 pasang je kot baju aku yg bermanik. Itu pun semuanya tak siap!! Termasuklah yg aku pakai masa gathering ni hehehe..

Baju pertama yg aku manikkan kerana nak pergi launching event buku manik RJ. Dah dekat 3 tahun kot baju tu. Banyak tu jugak lah tak ada penambahan langsung sampai sekarang. Then baju ke dua aku pakai untuk event peniagawati di JB tahun lepas. Itu pun sikit sangat maniknya di bahagian lengan. Tu pun atas budi baik Mr BK yg rajin jahitkan batu dan manik. Hehehe.. Ko ado dik? Nak gi event bagai laki ko yg jahitkan manik kekekeke.... Yg best nya dia yg beriya nak jahit. Aku dah cakap tak payah sbb dah suntuk. Tapi sbb member dah offer sangat, silakan.. Ramai pulak yg puji masa event tu. Kembang setaman lah Mr BK.

Yg ke 3 saja je nak gegedik ngan BFF aku pergi event Rahim Simon launched his own kedai. Tak siap gak, tapi org bukan tau kan? hehehe.. Baju yg sama aku pakai masa kuar kat MHI end of last year. Merah menyala mak ngah!! Baju tu kira semenggah sikit sbb aku applied applique beaded stone and aku tambah manik sket2.. Nak cepat punya pasal kena pandai guna trick. Tapi sampai sekarang aku agak menyesal guna applique beaded crystal stone tu, sbbnya batu tu ala ala macam batu brooch. Dia ada pemegang besi for each of crystal stone tu. Jadi ko tau lah, senang je tersangkut. Tersangkut kat tudung lah. Baju baby lah. Eiii... aku dah lah jenis ganas.. Tu salah satu sebab aku tak suka pakai baju bermanik ni hehe..

So ini adalah baju yg ke -4 dalam koleksi aku yg ada manik. Somehow aku rasa memang aku perlu banyak lagi baju bermanik ni. Sebabnya bila ada projek nak amik gambar ke or macam tahun lepas nak kuar MHI TV3, mengagau² aku nak kena pinjam balik baju customer aku. So lepas raya ni aku dah berazam untuk memanikkan baju sendiri sahaja. Harap maklum.. Hehee..

Baju ni materialnya lycra. Baru aku tahu jahit di kain lycra sebenarnya lagi mencabar dari shiffon yg selama ni aku rasa dah cukup mencabar. Kainnya berat dan stretchable. Bab senang stretch tu lah Mr BK surrender jahitkan manik di bahagian kainnya. Habis tertarik² kain jadi senget benget aku tgk.

Aku manikkan di bahagian sebelah bahu sahaja. Konon stylo sangat lah hahahaha.. Daun² ala 3D tu aku dah buat lama masa aku dalam proses memupuk minat 3D. Tu kira daun try and error. Aku buat masa kena warded lepas operation dulu. Seminggu lebih kat hospital pun boring jugak. Jadi aku dah prepare bawak manik, practise 3D. 


Cak? Model kenit PepariDsign... hehehehe.... 


Bahu sebelah kiri. Juraian manik di tepi.


Close up

Another close up

Perasan tak batu kuning tu? Aku suka sangat batu tu!! Tak tau kenapa. Tapi nampak sangat elegant dan cantik bila dibalut dgn batu kelilingnya. Nantikan nota 3D aku ya. Nanti aku tunjukkan macam mana step by step nak jahit manik di tepi batu ala cabochon vs batu ala sew on stone yg nipis tu. Ya deknon, ada beza sket.. Kalau tak jadi tembok perigi manik ko kalau salah step hehehe.. 

And perasan tak bentuk yg bulat2 tu? Yg pakai  manik sahaja. Sebenarnya dalam kepala aku benda lain yg aku nak buat. Tapi bila aku buat2 jadi lain. Eh, cantik jugak hahahaha (sekali lagi riak di bulan Ramadhan.. MasyaAllah ) :)

Yg bestnya, bila ada org suh ajar aku jadi terkulat2.. Sbb nya masabuat benda tu aku main belasah je. Bila nak ajar org, aku kena practice semula. Berkali2 aku kena buat hahahaha.. Tape yg tu pun akak akan share dalam nota 3D akak ya. Eh tapi yg tu kena beli lah dik. Sbb akak akan provide manik sekali. Jadi ko beli, pastu tinggal jahit je atas kain. Kain pun akak bagi tau. Baik kan akak? :P


The juraiss part... Yg ni dah kira ngelat sbb aku dah tak cukup masa. Aku belasah je buat jurai ala ala tirai langsir hahahaha.. Rasanya ada masa nanti aku nak bukak semula, buat benda lain. Ni angan2 ni hehe


And finally, terimalah model kenit PepariDsign sekali lagi. Dia memang suka membelek benda2 yg bling2 ni. Ada one time, duduk dalam walker sebelah aku senyap je dia. Bila aku toleh wah seronoknya dia membelek lengan baju yg aku dah manikkan. Patutlah senyap sunyi tak berbunyi. 


Khusyuk nya dik!!


 Cantik tak baju Mama saya jahit???


Ok, selesai sudah entry aku perasan glamor macam artis... Kasi chance lah ya.. :)




Sunday, July 22, 2012

Aku tidak pernah pinta...


Subhanallah!! Sumpah aku tidak pernah mendoakan sebarang kesakitan atau kemudaratan kepada mereka yg pernah mengata² pasal diriku di tempat ku bekerja. Aku cuma mahu mereka faham situasi aku.

Tapi kejadian pagi ini benar² menginsafkan aku. Aku tidak pasti aturan Allah untuknya harus aku tersenyum atau simpati. Aku simpati. Tapi mengenangkan mulutnya menjaja cerita, simpati kadang boleh bertukar menjadi benci. Nauzubillah!!

Aku harap dia dapat memahami situasi aku sebelum ini apabila benda yg. sama jadi pada dirinya juga. Mungkin mulutnya boleh jadi lebih sopan selepas ini. Atau sebaliknya? Wallahualam..

Tersenyum sedikit tadi aku. Jahatkah aku? Sbbnya nyata bukan aku yg diperkatakan oleh sipolan tempohari. Aku terdengar sedikit sebanyak perbualan 2 polan di pejabat aku yang sedikit sebanyak merujuk kepada sakit aku. Tapi ada part² yang aku kurang gemar mendengar nya. Aku kira bukan diriku kerana perbualan sipolan tersebut agak kuat dan berdekatan dgn tempat ku. Kalau betul pasal diriku aku pasti sipolan tak buat begitu.

Dan pagi ini aku perolehi jawapannya. Aku sedikit lega.

Ya Allah, besar sangat rahmatMu buat diriku. Subhanallah!!!

Thursday, July 19, 2012

Yang biasa pun cantik juga..


Sejak 3D jadi trend dalam jahitan memanik sekarang ni, aku noticed semua nak ber 3D bagai hehe.. Bagus lah. Benda baru kan? As beader, kita kena tambah ilmu. Ilmu pula kalau tak dipraktiskan nanti lupa.

Tapi baju yang satu ni, bila aku dapat, kepala aku memang dah terus zasss ahaaa aku dah jumpa baju yg sesuai.

Idea ni lebih kurang macam Yin & Yang konsep dia. Or negative vs positive impact.

Dah lama aku simpan idea ni. Memang lama. Tak jumpa baju yg sesuai, dan tak punya masa nak buat design macam ni.

Bila dapat baju batik sutera kuning cair ni aku happy. Mulanya tuan baju nak aku tampalkan perca kain sutera tu di tangan. Sebabnya tailor tersalah potong ke macam mana aku pun tak pasti, bahagian tangannya tu kosong. Selalu kan kalau jenis batik ni bahagian tangan tu paling tidak ada bunga or motifnya. Yg pasti perca yg diberi pada aku cukup sebenarnya nak buat sambungan bahagian tangan. Tu yg tuan baju nak aku tampal bunga kain tu suh letak kat bahagian lengan baju.

Kurang sesuai aku rasa nak tampal bunga tu. Sebab dari material yg sama. Jadi aku ambil pilihan untuk lukis motif bunga tu then aku manikkan.

Yg kat lengan tu aku lukis semula motif batik and manikkan.


Aku gunakan teknik yg biasa sahaja untuk membentuk bunga. Teknik manik tabur. And tatau kenapa terlebih rajin, bunga yg warna merah tu aku taburkan pulak manik size 15/0 di lapisan luar sekali. Haaaaa hamik ko!!!! Jenuh nak siapkan sekuntum bunga hahahahaha.. Tapi kepuasannya susah aku nak gambarkan. Sebenarnya bila guna manik size 15/0 ni jahitan manik nampak lagi berseni pada aku. Oh kalau yg tak tahu, manik ni lagi besar no dia lagi kecik size dia. So kalau 15/0 tu manik yg paling kecik ya kengkawan. Kalau nak test mata ok ke tak sila la guna manik ni hehehee... And harganya pun lagi mahal dari size biasa. Oh sebelum tu, size biasa tu bape pulak ye? Ok size manik bulat yg biasa tu size nye 11/0.. 


 Close up sket bahagian lengan baju


Untuk bahagian tengah bunga tu, aku gabungkan teknik yg biasa juga. Teknik manik beriring dan juga tabur and sedikit Crumble. Material nya pula aku gunakan sedikit swarovski pearl. Uih mahal ye adik2 pearl ni. Sebiji sahaja dah bape ringgit harganya. Pearl yg kecik sikit tu aku guna brand Apple. Untuk makluman, aku hanya guna pearl dari brand Apple sahaja. Sbb quality nya yg bagus.

Close up bunga merah. Notice that red pearl? And perasan taburan lapisan luar tu? Rajin kan akak ko menabur sesatu? Sesatu okess..... :)


Bunga warna pink.

Bila buat bunga warna pink, aku dah insaf.. hahahaha.. Tak guna manik size 15/0 dah... Aku pakai size standard je. Tapi yg sebenarnya gak manik kecik warna tu tak ada dalam stok. 

Kesimpulannya, aku suka hasil kali ini. Nampak simple tapi macam elegant gak (maaf la aku perasan sendiri hahahah).. Sweet je aku rasa design aku kali ni.. Tak lah heavy macam Crumble selalu. Tapi dia nampak mewah. Ahcaner tu? 

Tapiiiiii.... aa ada tapi nya ya sidang Jumaat sekelian. Walaupun hanyalah manik tabur, percayalah proses jahitannya makan masa ya. Jadi jangan simply ingat alaa tabur je sure murah je kos dia. Tidak sama sekali. 

Untuk makluman, 5 jam aku menjahit design Crumble dalam kadar rempitan sederhana, aku boleh siapkan separuh lengan baju. Tapi dalam kadar rempitan yg sama, baru dapat lapisan luar sekuntum bunga pink macam kat atas ye.. Jadi jangan lah bila hantar baju kat kak Pepari ni ala kak akak tabur je manik tu sbb saya nak budget sekian2... Hmm.. nanti akak belikan manik2 tu akak pos kan kat ko suh ko jahit tabur tu sendiri nak tak? Zalim tak akak? Jangan marah hehehe.. Jadi janganlah zalim dgn pemanik macam akak ko ni hehehe.. 

Bukan begitu. Maksud ku di sini, setiap jahitan tu ada tense dia sendiri. Setiap design ada nilai dia yg tersendiri. Jadi tak boleh pukul rata. Faham ye sayang ku sekelian. Nak puasa tak boleh sentap2 selalu. :)

Selamat berpuasa. Akak sambut puasa di Segamat. Tak sabar nak rasa masakan mak mertua ni. 

Sekian lama, hatiku masih berbuku...


Kadang, bila kita pendam kan sesuatu terlalu lama boleh makan diri kita sendiri kan? Salah satu tujuan aku berblog, adalah untuk luahkan apa yg terbuku, apa yg aku fikirkan, pendapat aku.. yg kadang kala org lain tak faham, apatah lagi hendak terima. Kadang ada benda yg kita nak luahkan tapi tak dapat luahkan atas faktor sekeliling...

Cerita ini terlalu peribadi. Tapi menyesakkan dada aku sebab lama aku simpan dalam hati. Ada juga bercerita, tapi tak sama bila aku luahkan di sini. Biarlah aku luahkan rasa hati aku di sini. Kalau ada yang terasa aku minta maaf awal2. Ini pengalaman hidup aku yg aku kira lebih mendewasakan aku. Mengajar aku lebih berwaspada. Lebih matang.

Ya mungkin boleh buat cerita berepisod juga cerita aku ini hahaha...

.......................................................................

Perkenalan aku dengannya terlalu pantas sebenarnya. Berkongsi minat dan kadang idea yg sama buatkan aku jadi cepat mesra dgn nya.. Berpangkat lebih tua dari aku, biarlah aku gelarkannya Kak A sahaja (mungkin nama sebenar hahaha) ... Memang terlalu pantas aku cepat mesra dgnnya. Berulang alik ke rumahnya sehingga larut malam. Masih ku ingat kali pertama bertemu, dia memelukku sambil  menangis. Dan tatkala pertama kali aku ke rumahnya, dia menangis lagi.

Menangis bercerita tentang keluarga. Tentang segalanya. Keluhuran dan keikhlasan yg aku terus terima. Aku turut tumpang simpati. Turut tumpang mendengar cerita suka dukanya. Ada ikrar yg terpahat malam itu. Aku masih ingat,

" Akak anggap Umi macam adik akak sendiri. Lepas ni kalau ada apa2 jgn simpan dalam hati. Kita kena terus terang...." Lebih kurang halal macam tu lah antara perbualan kami malam tu. Di iringi tangisannya...

Jarak tak menjadi satu halangan untuk aku kerap bertemu dgn nya. Lagipun keadaannya seorang suri yg sukar untuk ke mana2. Apatah lagi kononnya kami ada benda nak dibuat bersama. Tapi sampai sudah tak menjadi. Alhamdulillah itu memang kerja Allah. DIA yg lagi Mengetahui.

Entah macam mana, di pertengahan perkenalan itu K A juga baru berkenalan dgn seseorang. Aku juga mengenalinya tapi tidak lah begitu rapat. Sekadar gitu2 sahaja.

Nak dijadikan cerita, lama kelamaan sepanjang persahabatan kami, aku mula terasa yg sebenarnya ada banyak benda aku tidak serasi dengannya. Sudahnya, dalam diam aku memendam rasa dgn kerenah K A. Kadang terlalu manja. Kadang terlalu naif. Kadang terlalu mudah menangis. Puas sudah aku beri semangat tapi tetap mahu meratapi nasib nya yg dikatakan malang. Aku sampai sudah tidak tahu mahu beri nasihat yg macam mana. (aku kan hati kering haha)

Dalam masa yg sama dia memujukku agar berbaik dgn kenalannya yg baru itu. Bukan aku tidak baik, aku ok je dgn kenalan nya tu, cuma pada aku, bila aku berkawan, biar aku jadi penilai. Maksud aku, kalau kau baik bercium mulut bagai dgn dia, tak semestinya kau kena paksa aku buat benda yg sama. Aku baik dgnnya cuma mungkin ada batas yg ingin aku jaga. Atau sebenarnya aku agak sedikit segan kerana kenalan nya itu org ado ado hehehehehe... Aku ni kan nan adooo.. jadi aku agak kesedaran dan keseganan di situ.

Tapi dia kerap mendesak... Ahh..aku benci org yg suka mendesak.. Yg aku penat, kerja yg nak di buat tak berjalan. Ayik mendengar cerita sedih.. cerita org itu.. cerita org ini.. aduhai... Bayangkan, datang petang balik malam, kerja tak menjadi.

Pendek cerita, entah macam mana aku jadi berubah hati sedikit dgn kerenah dia. Aku masih baik, cuma bila banyak bersama meluangkan masa dgn nya, lama kelamaan aku perasan ada lagi banyak benda yg aku tak boleh terima. Kadang benda kecil je. Tapi hal remeh temeh ni buat kita lemas.

Betul kan org cakap. Kalau nak kenal hati budi org tu, kita kena bermusafir dengannya. Tidur dgn dia. Memang sangat betul. Itu yg terjadi. Sekurangnya buat diri aku.

Sudah ku tanya mahu bawa anak atau tidak. Jawabnya tak pelu. Sebab akan mengacau dan nampak tidak pro (pro sangatlah kekdahnya!). Aku akur. Aku tanya kerana mahu book kan bilik yg besar kalau dia mahu bawak anak2 nya. Tapi pada hari pemergian tiba2 aku nampak anak2 nya di luar pintu rumah. Dengan bag2 bagai.. Eh, aku agak terkejut juga. Tidak diberitahu langsung!!! Padahal aku dah tanya awal2... Apa salahnya bagitau kan? Boleh aku kemas barang2 aku lebih rapi lagi. Jalan jauh ni tau je lah, bawak banyak barang, jadi kalau diberitahu awal2 aku kemas bebaik, jadi bebudak tu selesa kalau nak duduk. Barang pun senang nak di atur di belakang.

Tu satu hal.. (wah aku jadi cerita mengungkit ke ni? hehehe ) tak.. aku luahkan apa yg aku rasa. Biar beban rasa ini keluar terus dari kepala otak aku.

Bertolak tengahari, sempat ku bertanya pada anaknya, sudah makan ke belum? Pantas anak kecil menyahut belum!! Tapi pantas pula ibunya menafikan. Katanya semua sudah makan. Mana satu yg betul? Tapi aku percaya budak2 tu belum makan lagi. Bila aku mahu berhenti di KFC, mak nya mati2 tak mahu. Terus sahaja, kita nak jalan jauh. Baiklah madam.

Kami berhenti di R&R Sebelah sahaja. Aku tidak ingat di mana. Mr BK perlukan bantuan narkotinnya. Aku turun ajak si kecil untuk meninjau apa yg di jual di kiosk yg ada. (yang sebenarnya aku memang suka membeli jajan2 kalau berjalan jauh ni) Alhamdulillah menarik juga jualannya. Ada pau, kuih muih, jajan2 dan air tu biasa lah. Bila ku tanya si ibu nak apa2 jawab nya tidak. Ok lah. Si kecil mungkin lapar. Aku belikan apa yg dia mau.  Bukan aku nak ungkit sekali lagi, tapi ku bayarkan sahaja semua yg di ambil oleh adik dan akak. Yg kelakar nya dalam kereta, dalam tak mahu tadi K A serbu belian anak2 nya. Aku tau dia belum makan lagi. Hehehehe.. kelakar.. kenapalah ada insan macam ni?

Korang boring takbaca? Panjang lagi ni... kekekekek... bukan apa.. aku mau membaca semula luahan rasa aku ni kemudian hari untuk aku jadikan panduan. Betul atau salah apa yg aku buat. Nilaikan sendiri...

Sampai ke destinasi agak lewat. Usai makan malam, aku sempat bertanya lagi pada K A mahu apa2 lagi tak. Ye lah kan, dia bawak anak2, mana tau malam2 kang lapar ke apa.. Aku jangan lah tanya.. heheheh sedia maklum lah.. Aku mesti beli..  :)

Tapi jawabnya mudah, nak makan apa lagi? Kan dah makan ni.. dah kenyang dah..aduhai.. Entah kenapa aku rasa jawapan yg sangat aku tak harapkan. Aku pasti anak2 nya mahukan sesuatu. Hotel tu bukan lah fancy sangat ada choc bar ke fridge ke bagai.. Ko jangan mimpi lah. Oh sebelum tu, K A ni tak habes2 suh aku stay satu tempat yg pernah dia stay before. Tapi aku dah tengok tempat tu agak jauh dari bandar dan tak sesuai untuk kerja kami. Pada aku yg penting tempat kerja, kita pergi bukan nak bercuti2 Malaysia.

Betul telahan aku. Malam tu pintu bilik aku di ketuk. Si kecil kelaparan. Aku beri roti dan air kotak yg aku beli. Nasib baik ada. Kalau tak ada? Tak ke kesian dgn anak nya tu? Aduhai ibu.. Kenapalah dia tak pk benda2 cam tu ya? Aku ni jenis kalau travel, makan minum tu penting. Lagi kalau bawak bebudak. Kalau jalan dgn anak sedara aku lagi lah.. Toksah cite.. Kalau gi memana konvoi reramai adik beradik sume nak naik kete aku sbb aku suka benti2.. kang gi Petronas beli air lah.. coklat laa.. jajan lah.. Kang nampak org jual kuih ke kopok ke tepi jalan benti.. kang depan ada air kelapa lak benti lagi.. hehehehe.. bila la nak sampai ye?

Esok harinya hari bekerja, aku siap lebih awal sebab tempat nak dituju belum ditengok lagi. Aku ingat dia dah siap. Rupanya bilik masih gelap!!!! Aku ketuk pintu. Wah belum bangun lagi!! Aku teleng jam lebih kurang setengah jam je lagi. Aduhai.. Lambat lah ni.. Aku pesan tunggu di bawah.

Kelaparan, aku dan Mr BK sempat bersarapan. Takut K A anak beranak kebulur pepagi, aku belikan beberapa jenis kuih dan roti sebagai alas perut. Nak belikan yg berat2 takut tak berkenan di hati. Almaklum kami di luar KL, local food ni tak semua org boleh terima. Aku? Aku belasah je.. Aku lagi suka explore local food. Hehehe..

Lama juga aku tunggu di bawah hotel. Dah memang lambat dah. Aku malas nak cakap apa2. Hulur kuih pada mereka dalam kereta.

"Eh tak sedap lah roti ni.. kenapa rasa macam ni? Akak buat lagi sedap... " 


Kan? Kan? Aku dah cakap dah... Nasib baik aku tak beli benda pepelik. Lantak lah kak.. Bukan bersyukur dgn rezeki pagi2 macam tu. Apatah lagi nak terima kasih... Susah aku nak cakap.

Sampai di tempat dituju sekali lagi rasa hati aku di uji. Kami dah lah lambat. Dah ada yg menanti tunggu kami. Barang2 nak diturunkan memang banyak. Barang aku. Barang dia. Tapi boleh dia bawa barang dia yg kecil2 tu terus masuk dan beromel2 dgn few yg dah sedia tunggu kami. Mr BK, aku masih keluar masuk susun barang bagai.. Dia duduk terus!!! Paling tidak dia suruh anak dia tolong angkat. Subhanallah.. Aku masa tu memang mengawal kesabaran aku yg amat. Aku jenis sebelum kerja mula, aku mahu semuanya di susun atur rapi. Jadi perjalanan kerja kita nanti smooth. Ni datang macam big boss..  aduhaiii.. Mr BK memang menggelegak masa tu. Tapi aku always suh dia cool down.. kang dia meletup susah aku.

Tak abes kat situ, sesi aku bermula dulu. Kalau ikut kan masa sesi aku, dia tolong. Tapi hakikatnya... dia banyak habiskan masa dia settlekan kerja dia yg tak siap lagi. Ye la kan lepas tu sesi dia, kang tak siap naya je org nak tunggu lama2. Aku masih boleh bertahan kerana aku sudah biasa handle sorang2 pun sesi aku.

Bila sesi dia... Aku susah nak cakap. Ada yg ok ada yg tak. Bila yg tak ok aku duduk sebelah mereka. Terangkan semula. Aku tak tau kenapa, dia agak kekalutan. Lain yg di rancang sebelum tu lain yg di ajar. Lain yg dibincangkan, lain yg ditunjukkan. Jadi kau nak macam mana? Aku ni dah kompius dah. Kau dah bgtau awal2 nak macam ni tetiba kau buat lain. Aku nak tolong jadi kompius. Dan sebenarnya aku rasa aku jadi bodoh. Bodoh yg amat sangat. Atau itu sebenarnya yg dia nak? Nak nampak kan aku bodoh depan org ramai? Almaklum dia memang pandai hal2 yg dia tunjuk tu? Sebenarnya baru sekarang aku terfikir pasal ni. Sebelum ni aku fikir baik je. Aku rasa betul dia sengaja buat begitu. Antara satu sebab aku percaya kerana, selepas kami tidak lagi beberapa ngam sekarang ni, korang percaya tak idea yg sama2 kami buat sebelum ni yg tak menjadi2.... tetiba dia boleh buat sekarang ni. Eh?. Pasrah je lah.. Dia memang hebat..

Yg sedihnya, bila org tak paham, org jadi bosan.. dan aku simpati pada dia dan aku malu juga sebenarnya. Sbb aku bawa nama aku sama. Bila bosan, selamba je mereka tinggalkan apa yg ada di atas meja, terus ke belakang minum2 santai2... Aduhai.. satu tamparan hebat aku rasa sepanjang aku bekerja dgn nya. Tak pernah lagi benda tu terjadi. Perlahan2 aku hampiri mereka yg sedang minum, aku buat lawak, aku pujuk2.. biasalah benda baru susah nak paham aku katakan. Slow2...

Bukan senang nak tunjuk ajar org kalau tak sabar dan punya skill mengajar. Sesetengah org boleh buat tapi tak pandai mengajar. Setengah org memang gifted talented bab2 mengajar ni.. Laju je dia ckp and org paham. Jadi kalau macam aku yg tak pandai sangat ni kena lah practise... Tu pendapat aku lah. Kena terima komen org macam mana. Kita nak ajar kena letak expectation tu as low as zero.. sbb yg datang bukan sama level. Ko cakap sorang2 macam org paham, padahal org tu tak paham satu pun... Kalau kita dah buat berpuluhan tahun memang kita rasa senang, tapi org tu baru 1st timer, term pun tak pernah dgr.. jadi kau kenalah letak kan diri kau serendahnya sama level..

Oklah aku penat.. hahahahaha... Aku sambung lain kali.. Tapi betul, suku dari beban rasa aku terlepas sudah... Lagi 3 suku ni kalau tak cepat aku lepaskan mau bongkok sabut hati jiwa raga aku hahahahaha....

Kay korang nantikan episod seterusnya ya...


Tuesday, July 17, 2012

Nota khas...Orang TV3 Sila BACA!


Kepada Tuan Penerbit MHI TV3 yang saya hormati,

Kebelakangan ini saya memang agak terlebih rajin bangun awal pagi lebih awal daripada biasa. Jadi dalam masa saya sibuk menyediakan sarapan di dapur, saya masih berkesempatan untuk menonton rancangan MHI terbitan anda.

Saya tak dapat nafikan bakat yang ada pada Ally Iskandar yang saya rasa memang menjadi nadi kuat untuk rancangan MHI. Tetapi untuk host yang lain, saya rasa anda perlu buat sesuatu. Sangat membosankan dan menjengkelkan. Samada anda perlu mengasah bakat mereka lagi dengan simpan mereka dalam bilik beku dan panaskan otak mereka berlatih untuk menjadi lebih prihatin dengan siaran secara langsung, atau anda boleh cari sahaja bakat² baru yang lain.

Contohnya seperti terbitan untuk pagi ini. Aduhai, saya rasa host lelaki yg baru itu tidak bersedia langsung untuk ke udara secara langsung! Terlalu jelas setiap kali untuk giliran dia bercakap, "q" harus diberikan. Dan saya rasa dia lebih banyak beraksi bagai patung cendana sahaja layaknya. Dan sila pastikan pengetahuan amnya juga diperbaiki.

Jadi, saya harap tindakan sewajarnya dapat diambil demi nama tersohor TV3, sekiranya Tuan Penerbit membaca rungutan peribadi saya ini.

Sekian, terima kasih.

Dari penonton yang tak beberapa nak setia,

Umi PepariDsign

----------------------------------------------------


Topik pagi tadi pasal diet semasa berpuasa.

Tengah² dalam sesi tu adalah dietitian tu mentioned yang sahur tu penting. Jangan tinggalkan sahur. Lepas tu boleh tak mamat patung cendana tu tanya soalan  " kalau sahur tu kena makan nasi lah kan?" Kompiden je ko kan. Direct je dietitian tu jawab balik, "..tak semestinya nasi, tapi kalau boleh dalam kumpulan karbohidrat.. serat pun penting juga..."


Tak tau kenapa, aku jadi jengkel bila kau jadi host tapi ko sengal tanya soalan2 yang sangat cetek aku rasa.


Antara dia punya komen lepas tu " tak paham betul, hanya kerana gadget sanggup buat macam tu"... eiii tak boleh.. aku tak boleh dgr.. bernanarrrrr telinga aku!!!

Pepagi lagi aku dah meriah berpot pet sorang² kat dapur hahahahaha.....

Jahitan manik paling simple; tali air


Apa yg. bertali air nya? Aku pun kurang pasti. Mungkin sebab jahitannya bersambung² jadi dinamakan talir air.. hahahaha teori 5 sen aku.. Kalau dalam bahasa penjajahnya dipanggil 'running stitch'.. Eh, ye ke? Ke yg tu refer ke jahitan jelujur? Sape rajin nak betulkan akak ko ni? Hehehe..

Ok, still, ini adalah nota lama ketika aku dipanggil mengajar di Kolej Komunitui tahun lepas. Jadi aku tak cukup rajin nak edit yg baru. Aku sharekan yg lama ni sahaja lah ya. Rasanya simple je ni. Korang sume boleh paham. Adik akak boleh kan? Malaysia BOLEH!!

Sila klik untuk besarkan, kecuali mata korang bionic :P

Selalunya teknik ni digunakan untuk membuat jenis² design yg berkerawang, macam nak bentuk sulur paut ke, or kalau dalam design aku ada namanya Peony sume tu lah. Teknik yg basic yg perlu diketahui dan dimahirkan oleh seorang pemanik aku rasa. Kalau tak sila pergi menuntut!! Hehehe..

Cuma satu dan sekali lagi pesanan penaja dari PepariDsign, untuk dapatkan hasil yg cantik, tidak kira bergelung panjang mana pun kerawang or sulur paut yg anda buat, sila SUSUP SEMULA benang dari hujung jahitan hingga ke pangkal jahitan setelah korang siapkan bentuknya. Kalau tak cuba tgk,  kompem memang tak cantik jahitan korang, ada macam senget2 kan? Jadi sila dengar cakap hamba ini hehe.

Raya dah nak dekat, those yg baru nak berjinak² dgn dunia manik ni boleh lah try teknik ni. Senang je.. Memang cantik kalau dah siap korang kerawangkan baju guna manik. Amacam? Ada berani? Sila la share gambar nanti kalau berani kekekeke....


Saturday, July 14, 2012

Basic Beading Stitch: Manik Iring Bergelung


Ok sidang dewan yg saya kasihi sekelian, hari ini kita share tips jahit memanik yg basic ya. Aku namakan teknik ni jahitan manik iring bergelung. Kenapa dia bergelung? Ha sila baca sampai habis...

Ok aku agak tak rajin nak recap nota ni sorry.. :)

Tapi rasanya apa yg aku attached kan ni dah ok dah. Ni antara nota lama yg aku sediakan masa mengajar di Kolej Komuniti tahun lepas. Bukan senang nak kasi org paham hanya dgn membaca sahaja kan? Jenuh otak akak nak siapkan benda yg simple tapi susah nak explain in text.  Lagi2 benda yg perlukan praktikal macam menjahit manik ni. Jadi aku harap korang paham la ya. Kalau tak paham, buat2 lah paham hahaha..

Ok serius, kalau tak paham, cuba pahamkan slowly.. Sebernarnya kalau nak paham korang kena buat!! Kalau tak buat memang baca sambil ditiup angin bayu sepoi2 sahaja. Ok kalau nak tanya kat aku boleh, tapi syarat kena buat dulu hahaha.. Zalim tak?

Hak milik cipta.. PepariDsign (ye aku yg kiasu haha) :P


So hasilnya lebih kurang macam kat bawah ni lah. Yg bahagian manik hijau tu, bukan cerapah yg warna gelap tu. Yang di pangkal ranting tu yang warna hijau tu ya adik2.. Rupa dia nanti lebih kurang macam jahitan manik iring pintal tu. Cuma yg ni dia lebih nampak gelembungnya. Teknik yg sama ni boleh juga gunapakai untuk buat bunga, daun dan sebagainya. Aku suka tekankan pada student, teknik biasa pun boleh hasilkan design yg luar biasa. Mahirkan dulu teknik tertentu, lepas tu senang, memacam design kita boleh reka. 



Yg belah kanan tu, bahagian pangkal dia tu ya. 


Nanti dah test buat bagitau kat akak ya jadi ke idak? Akak nak tau jugak terer ke tak buat nota kasi org paham ni hehehe.. Kalau tak akak tanak share dah lepas ni tips. Puiiihh.. Cam orang kesah kan?

 Lepas ni nantikan nota 3D versi akak Pepari ko ni ya dik... Tapi tu lah, sume akak nak buat sorang camno?? Sian akak..

Selamat mencuba!!





Penangan Air Batu di Bulan Puasa


Sekejap je kan masa berlalu?

Within a week kita dah nak berpuasa lagi. Puasa tahun ini tak banyak beza aku rasa macam tahun lepas. Tahun lepas berdua, tahun ni bertiga. Eh, silap berempat. Sbb anak sedara Mr BK ada lagi. Tak tahu bila dia dapat bilik yg sesuai.

Tengokkan keadaan si kecik rasanya insyaAllah tak ada masalah nak bangun sahur masak2 macam tahun lepas. Itu pun kalau aku sihat lah. Sbb tahun lepas tak operate bagai ye tak? Tahun ni dah 2 kali kena tebuk. Kita tgk keadaan macam mana. Kalau tak larat Mr BK kena lah tapau. Uih dia tak leh tak sahur, kang siang hari melepek macam budak kecik je gayanya. Aku steady je ehehehe.. 

Masa aku kecik2 dulu, selalu merengek2 dgn mak aku nak bukak pose bila balik sek rendah. Apa tak nya ko, pergi sekolah rendah dan sek agama jalan kaki. Sek agama jauh dari rumah aku. Pergi pulak tengahari buta lepas balik sek rendah tu dah kena rush siap2 pergi sekolah agama pula. Puas merengek Mak aku buat tatau je. Tapi kadang dia tak kuasa nak layan aku mendivakan diri, jadi dia cakap "sukati ko"... Kelakarnya bila Mak cakap cam tu aku macam eh sayang pulak nak bukak.. Hahahaha... Kurang kasih sayang gamaknya kekekekek...  Tapi kalo dah panas berdenting sangat, air kolah rumah aku tu pun sedap je aku rasa....  

Bila buka puasa, air batu adalah wajib ya uols... Tak silap aku rumah aku tu ada fridge masa aku dah darjah 4 ke 5. Jadi zaman aku belum akil baligh sangat tu tetiap hari kena beli air batu kat kedai. Kalau tak beli aku boleh menangis merajuk bagai. Air wajib ada adalah cincau atau sirap selasih.. Wowwww!!! Sedapnya!! Cincau pulak jenis potong sendiri kan? Nak nak potong pakai papan pemotong ikan tu hahahaha... Hamik ko!! Memang rasa dia lemak2 berkrim gittew hahaha.. 

Nak dijadikan cerita, Mak aku dah nampak aku macam dah nak demam dah. Jadi dia tak kasi buka dgn air batu. Aku adalah budak suruhan tegar oleh Mak ya untuk ke kedai. Jadi bila dah petang tu seperti biasa mintak 50sen nak beli air batu. Mak aku tak kasi. Punyalah aku meraung bagai nak rak. Siap hingus2 keluar. Last2 Mak aku suh beli cepat sebab dah nak dekat bukak puasa. Dunia bagai sorga.. 

Tapi tu lah. Kau nak sangat lawan cakap Mak kan? Esok nya, aku macam ayam berak kapur. Nak kata demam aku boleh bangun sume lah. Tapi tekak aku Ya Rabbi!! Satu benda taleh masuk masa sahur. Last2 aku terjelepuk kat tepi gobok Pak Awang (korang tau ke gobok ni? hehehe)..

" Ha kenapa?" tanya Mak

"Sakit tekak.... taleh nak makan nasi.. Macam mana ni.. nanti lapar siang (dasar kan kuat makan kekeke)" aku pinta simpati. 

" Ha, kang petang nanti beli lagi air batu kat kedai Cik Jum tu... Nanti Mak bagi singgit pulak"

Amboiii Mak..  Tak kasi chance langsung..

Sudahnya, aku sahur susu satu mug besar je pagi tu. Loya jgn cite. Tapi kena telan jugak Mak aku suruh. Allah nak balas kan? Kat donia je zassss...  Sayang Mak!! 


Air batu dedulu jenis blok cam ni. Nanti Cik Jum tokei kedai tu potong2 lah ikut bape banyak kau nak beli. Tapi jenis tak ada ISO kan? Kadang besar dia potong, kadang kecik.. 


Eh, tapi kan, aku tatau lah family korang macam mana. Family aku memang cam tu skrip dia hehe.. Kalau nak nasihat tu tade lah cam skrip Yusof Haslam ke, Ahmad Idham ke... 

" Kenapa nak? "

" Entah lah Mak, rasa macam sakit tekak pula"

" Iya? Kesiannya anak Mak ni. Tak apa sayang, nanti Mak buatkan segelas susu panas ya supaya lega tekak tu"

" Terima kasih Mak"

Hehehehehehe....  Oh tidak!!! Mungkin adalah kot. Aku rasa org dulu2 memang gitu cara dia kot. Tapi Abah n Mak tak adalah nak tengking ke apa ka.. Cakap dgn nada yg slow je. Cuma pedih je la kat telinga kau. Aku pun sedikit sebanyak menurun la gak skill tu. Sampai kan Mak aku pernah cakap kat akak aku jangan layan aku bercakap. Baik cakap dgn dinding hahaha.. Sbbnya, bila lawan cakap dgn aku je, akak aku sure menangis.. Dia hati lembut sket. Nak berlawan2 cakap., last2 kalah nangis.... Tu yg Mak suh dia cakap dgn dinding je hahaha... Tu cite lama.. Skang aku sopan sket :P .. Eh tapi Mr BK pun tanak layan lawan cakap dgn aku tau. Dia selalu kasi aku menang... Tak sempat nak panas enjin dia dah kasi menang.. Cis.. taleh nak practise skill.. 

Bulan puasa ni aku berangan nak isi stok bahan mentah import khas dari Kuala Selangor. Semangat jitu tak aku? Hari tu blog hopping, jumpa org cite ikan2 sana murah and fresh. Di tambahkan lagi dgn bukti yg aku dah makan. One of student aku jamu nasi beriyani ikan masa datang rumah dia. Punyalah sedapppp!!! Ikan tenggiri pulak tu. Lepas tu sambal udang. Kari ikan jenahak. Suma fresh from Kuala Selangor. Bila dia cakap dia beli stok for 2 weeks tak sampai RM200, lagilah aku teruja. Masak tak masak belakang cite. Yg penting aku nak pergi and tengok kat tempat nelayan tu jual.. Bila la nak curi masa ni... Aihssss.. 

Korang dah ganti puasa???

Monday, July 9, 2012

Crumble Peony



Recovery Update: Balik kg lepas urut hari tu memang terasa segar. Tapi bila balik KL, maybe sbb terencang2 dalam perjalanan, pinggang aku jadi back to normal hehe.. Maksudnya sakit semula. Ada kurangnya. Cuma aku ada susukan baby masa dalam perjalanan tu sekejap. Jadi tegang sket pinggang aku; selalu belah kiri, now kanan kiri. Adoi lah... Bangun pagi masih masalah pada aku. Tengah plan nak tukar tilam. Either Getha or King Koil. Memang mahal la kan? Tapi kena kumpul duit tukar cepat.. Any suggestion mana tilam yg bagus? Doc aku cakap, tilam tak memainkan peranan sangat pun. Kalau dah memang sakit, the pain is still there. Dia siap perli aku, kalau tilam tu main peranan bagus sangat dah lama ada Jabatan Prtilaman dalam Kementerian Kesihatan nih hahahahaha.. sabar je aku.. Aku la gatal tanya dia, tilam apa yg bagus untuk aku.. Padan muka!! Lepas tu dia leh kutuk2 aku cakap aku ni sure jenis senang sangat percaya dgn iklan2 nih sume.. Dah beberapa hari aku sambung MC lagi. Hmm... tak perlu nak merungut sangat. Terima dgn redha. Org lain lagi sakit dari aku. 

-------------------------------------------------------------------------

Lama dah aku tak buat design Peony ni. Seingat aku design ni aku reka khas untuk busana rakan manik juga. Sempena dgn majlis khatam Quran dia. Masa tu kalau tak silap, batik crepe baru tengah masuk market. Kalau ingat balik, masa memula dulu design batik crepe ni agak dull and pelik sikit. Tapi aku suka. Biasalah aku ni kan, yg pepelik tu lah aku suka. Tapi mak aku cakap macam kain buruk!! Hahahahaha... Kain buruk mahal ye Mak? Beratus2 sepasang kekekekeke..... 


 Yg berbatu berekor tu lah aku namakan Peony


Baju nya dari kain opel yg nipis tu dan berjacquard. Jacquard ni maksudnya permukaan kain tu ada cam timbul dan agak licin surface nya. Lepas tu senang pulak berbulu. Bila dah nipis, haruslah di liningkan kan?? Maka bertambah satu lagi cabaran hehehe.. Tak apa, aku memang sukakan cabaran. Memanik ni macam kau masuk lumba kereta 4 x 4 tu jugak. Setiap bukit, setiap jeram tu umpama satu excitement pada driver. Macam memanik, setiap inci baju tu akan beri satu benda rasa keterujaan pada aku. Ni aku je ya. Tak tertakluk kat pemanik lain. :)



Close up leher. Nampak bahagian kanan atas sket tu? Aaa tu yg aku maksudkan jacquard. Ke ada nama lain eh? Memandai je kan aku? Hehehe...


Empunya mau simple dan quote harga yang agak murah dari range price aku. Aku minta up kan sikit, sebabnya price yg diminta tu price untuk 2 tahun lepas. Bukan aku nak berlagak ke apa, tak, cuma berbaloi dgn hasil kerja. Itu sahaja. Manik pun dah naik harga tahun ni. Tambahan pula dgn kainnya yg fragile. 

Berwarna ungu gelap, bahagian lengannya sudah disulam cantik. Dipotong berbiku kemudian di sulam dgn benang silver. Jadi aku memang tidak manikkan hujung lengannya. Sayang. Sebab dah sedia cantik dgn potongan biku, dengan sulamannya. Biarkan sahaja begitu. Aku manikkan di bahagian atas sedikit berhampiran siku. 

Hujung lengan yg dah sedia cantik berbiku dan bersulam..

Agak mencabar juga jahit atas kain opel ni. Dah lama sebenarnya tak dapat kain dari jenis ni. Selalu shiffon je trend sekarang ni. Mr BK pun tak berani nak bantu hehehe. Alhamdulillah, bahagian lehernya sudah sedia dilapikkan. Jadi mudah untuk aku jahit di bahagian leher. Untuk makluman, kain yg nipis macam ni, bahagian leher lah selalu menjadi dugaan terbesar untuk dijahit. Lagi2 kalau tak ada lapik. Togel je terkontang kanting. Memang pitam!!!

Since, warna kain yg agak gelap, jadi aku naikkan dgn warna2 pastel pink dan juga tambahan pearl off white. Aku jarang guna pearl ni. Manik halus pula combination of purlplish + pinkish and silver.. Aku lupa berapa jenis manik. Tapi paling kurang pun 6 jenis manik aku guna hanya yg manik halus tu sahaja. 

Agak buntu dgn warna kontra, aku gunakan hijau kekuningan. Mulanya doubt juga. Tapi aku rasa macam in pulak hehehehehe.. Again, aku agak keperasanan di sini hahahaha.. 

The whole baju yg siap dimanikkan...


Ok, close up sket Crumble PepariDsign. Note that green? Rasa nya ok kan?


Ok, aku nak share sikit tips jahit di bahagian leher untuk fabrik yg lembut macam opel and shiffon. Selalunya aku mulakan jahitan manik di pangkal tepi lubang. Jahit di keliling lubang tu dulu baru bergerak ke arah tepi atau ke bawah dada untuk dapat kan lebar mana yang korang nak. Kalau nak jahit tembus sampai lining pun tak apa bahagian pangkal tepi lubang leher tu. Tapi bila korang jahit ke tepi nanti, kalau boleh jgn sampai tembus ke lining. Takut nanti jatuh kain tak cantik.


Bahagian leher... Jahit manik di tepi lubang dulu keliling leher, baru di lebarkan ke tepi dan ke bawah dada...


Berapa aku charge macam ni? Agak2 korang? Eheheheheh...


-----------------------------------------------------------------------



Quick Update: 

Sahabat di Shah Alam, Klang, Puchong, Putrajaya, Subang, USJ dan sewaktu dengannya, kalau berminat nak belajar Crumble 3D jemputlah datang di Sect 3, Shah Alam. Ada sahabat lama dah teringin nak belajar, jadi dia carikan tempat di sana. Berdekatan dgn UiTM Shah Alam, sebaris dgn Restoran Syed. Mula dari 10am - 6pm. Materials and meals insyaAllah disediakan semua. Datang lenggang kangkung Mak Limah je bawak badan :) ... Fee nya sempena nak puasa ni hanya RM230 sahaja for 1 day. Selalu RM250. Jom lah ajak rerakan yg berminat. Kalau tak minat pun harapnya dapat panjangkan kepada rerakan yg berminat hehehe... Nak raya ni boleh la bling2 kan baju raya kan??? 

TQ


Aku bangga jadi anak FELDA!


Ya, aku bangga! Sangat bangga! Dari dulu lagi.. Bukan sekarang baru nak bangga ya.  Aku memang marah bila ada anak peneroka Felda Bilut dengan selamba buat statement kat TV " dulu saya malu jadi anak FELDA, sekarang tak lagi"..


Amboi!! Mementang PM kasi imbuhan berbelas ribu, baru kau nak bangga? Ingat belas ribu yg peneroka dapat tu boleh kayakan kau sampai mati? Unless ko berjudi menang berbillion lah. Eh tapi tak haram pun kalau mamat yg nak kuar TV tu buat hehe... 

---------------------------------------------------------

Ya, aku memang bangga menjadi seorang anak peneroka. Aku kurang pasti bila arwah Abah pindah ke tanah rancangan, tapi masa tu aku belum lahir lagi. Yang pasti, kehidupan mereka memang tak senang masa memula pindah ke tanah rancangan. Masa tu mereka tak panggil FELDA, panggil tanah rancangan. Mak kata kalau semangat tak kuat memang putus harapan. Sebab tu ramai yang balik kampung semula. Sebab tak tahan dengan cabaran dan dugaan masa nak buka ladang. Ye lah kan, nak menunggu hasil bukannya sebulan dua. Makan tahun!!


Korang ingat tanam anak benih terus tegak berdiri? FELDA aku tanam sawit bukan getah... Tapikan, korang percaya tak, boleh dikira dgn jari berapa kali aku pergi kebun hehehe - pic Google


Mak pernah cerita, dek kerana kesusahan yang terlampau, pernah seorang peneroka ugut nak minum racun depan pejabat FELDA. Dia mintak bantuan lebih sikit bulan tu. Lebih kurang lah.. Bayangkan!! Bukan dia seorang, dia ugut dengan bawa anak kecil dia sekali. Ngeri kan? Sedih pun ada sebenarnya. Simpati. Mana taknya, sebelum ada hasil, pinjaman yang diberikan hanyalah RM70 sebulan (kalau tak silap aku). Memang tak cukup. Sebab tu, arwah Abah cari alternatif lain buat kerja luar sama. Kesian Abah. Sebenarnya FELDA tak kasi, tapi pepandai lah kan nak hidup. Memacam kerja Abah buat. Yg pernah aku ingat, Abah pernah jual sayur ikan. Dan yang paling lama hingga akhir hayatnya Abah bawa lori pasir.

Aku memang tak banyak memori sangat masa zaman2 kesusahan lampau keluarga aku. Masa aku lahir, zaman dah masuk 80-an, masih belum senang tapi sekurangnya tidak sesusah dulu. Abah sudah punya kereta, dan sebuah motor. Walaupun buruk tapi sangat membantu. Satu yang aku ingat sampai sekarang, pendirian Abah susah macam mana pun kereta tu dah satu keperluan. Kalau anak2 demam tengah2 malam tak kan nak naik motor redah pergi klinik. Ya, Abah aku memang seorang yang sangat prihatin. Terutama hal anak2. Pernah kereta rosak, aku demam, Abah bawak aku pergi ke klinik di bandar naik motor. Waktu tu petang. Tengah jalan pulak hujan turun. Terpaksa berhenti di pondok tepi jalan. Sepanjang perjalanan Abah suruh aku peluk dia kuat2...  Mungkin benda2 macam tu Abah tanak jadi lagi. Jadi biar buruk macam mana pun kereta, kena ada untuk keluarga.

Antara jenis kereta yang pernah Abah guna. FIAT. Lebih kurang lah macam ni bentuknya tapi warna biru tua - ehsan Google

Seronok duduk kat FELDA. Kejiranan yang rapat. Kalau kau rapat memang dah macam sedara mara. In fact aku rasa hubungan aku dgn jiran2 lagi rapat daripada hubungan sedara mara yg ada. Tapi kadang kalau yg tak berbaik tu, wah cam sinetron dah aku tgk gegaduh terpekik2.. Tak ke seronok tu? Hehehe.. memacam ragam!!

Sekarang FELDA dah banyak membangun. Pengurusan bertambah baik. Skim bantuan yang banyak. Samada dari segi bantuan kewangan, bantuan nasihat, barangan, latihan... macam2 lagi. Pilih saja mana yg bersesuaian. Tapi kadang aku geram juga. Bantuan begitu banyak, tapi belia kat FELDA ni masih ramai yang tak pandai rebut peluang. Kalau aku duduk kat FELDA banyak benda aku nak buat. Mungkin kena letak belia ni duduk kat KL ni, baru dia rasa. Bayangkan, kos belajar jahit langsir hanyalah RFM10!!!!! Kat KL?? Beratus!!!! Bukan takat tu, program ibu tunggal yg dianjurkan juga sangat menarik. Tapi, betul lah org cakap kan? Semuanya terpulang pada individu tu. Kalau dah disuap semua tapi tanak jugak tak tau lah nak buat macam mana lagi. Esok lusa FELDA tarik balik semua bantuan tu baru padan muka ko Jenab!!!!!!

Anak2 FELDA juga tak kurang dapat imbuhannya. Kalau kau cemerlang dalam periksa dapat imbuhan. Banyak juga aku dgr. Ratus juga dapatnya. Apa lagi adik2? PMR, SPM ni buatlah bebetul... Nak masuk IPTA pun senang, ada bantuan pinjaman FELDA. Yang menariknya pinjaman FELDA ni, banyak mana kau pinjam, banyak tu sahaja yg ko kena pulang balik. Tak ada interest. Bagus kan?? Dapat masuk IPTA diberi wang saguhati. Ah.. terlalu banyak faedah nya jadi anak FELDA. 

Tapi aku sedih. Sebab, Abah tak sempat nak merasa semua ni. Abah pergi dulu sebelum dapat rasa kesenangan yang Abah tuai dgn keringat tulang empat keratnya. Mak selalu mengalir air mata bila terkenang kan zaman susah payahnya bersama Abah. Lagi pula lepas Emak ubah suai rumah lama. Abah tak sempat rasa. Tapi aku tau, Abah pasti bangga dgn Emak. Bangga dengan segala keputusan yang Emak buat demi kami. Dan aku harap Abah bangga dgn anak2 nya. Walaupun kadang cara kami layan Emak mungkin tak sama dgn Abah. 

Baru2 ni bila PM umumkan wang imbuhan sempena FELDA nak masuk bursa, aku agak takut sebenarnya. Bukan aku tak suka. Akulah insan yang gembira. Gembira untuk Emak aku. Tapi bila aku dgr ucapan PM secara live, " kita beri juga pada anak2...." wah kepala aku tak lain tak fikir, nanti ada pulak yg bergaduh2 pasal duit imbuhan ni.

Sebabnya duit tu diberi secara berperingkat. Dan Emak beritahu aku, bahagian yg diberikan pada anak tu, cek nya ditulis atas nama anak. Buatnya anak tu hilang ingatan kejap nampak RM5k tertulis atas nama dia? Tak ke haru???? Bahaya juga buat cam tu hehehe.. Pastu nanti ada pulak yg pandai twist, " Eh, PM kata ni duit anak2... " Adusss.. tak ke haru biru? Tapi pandai kan PM kita mencuri hati pengundi? Eheheheheheh... Satu keluarga anak beranak di curi hatinya... Kalau bagus kita sentiasa sokong kan? Kadang yang duduk atas sana memang lah semangat and bagus, tapi yg kaki2 bawahan ni yg buat spoil. Opss.. melalut dah cakap pasal politik hahahaha...


Org cakap sedap biji sawit ni. Aku tak pernah makan. Cendol santan sawit kelapa aku pernah makan. Sedap!!!! - pic Google

Kesimpulannya, tak perlu lah nak malu mana asal usul kita. Berbangga lah dgn tempat kita dibesarkan. Sedikit sebanyak aku rasa, duduk di FELDA banyak membentuk siapa aku pada hari ini. Terima kasih FELDA!


p/s: tetiba aku rasa cam nak buat entry ala ala berepisode " Aku anak FELDA I, II, III, IV...." hahahahahahaha.....




Sunday, July 8, 2012

Aku penat...


Aku ini harus bagaimana lagi di mata mu?

Kita tak akan selamanya muda
Sedangkan muda begini terasa tua sekali
Berjalan pun terasa mengahnya
Apatah lagi membongkok dan sebagainya

Kau mahu yang bagaimana cantik di mata mu?
Yang dapat puaskan hati mu
Yang dapat melayan kerenahmu

Aku bukan budak kecil yang mampu kau tipu
Alang keluh kesah mu dapat ku fahami setiap inci bunyi
Apatah lagi pada yang ini
Tak perlu kau reka segala jenaka bodoh itu

Hidup kita tak lama mana
Sedang umur dah menjangkau tua
Belajar lah untuk menerima
Belajar lah untuk berubah
Ikhlaskan lah hati tatkala sedar ini
Esok lusa kita tidak pernah tahu

Mungkin sampai waktu aku perlu sendiri
Mungkin masa itu kau baru mengerti
Apa yang tersurat
Apa yang tersirat
Apa yg aku maksudkan
Apa yg aku doakan

Mungkin sampai waktu bila aku pergi
Tiada apa yg perlu kau tangisi
Kerana aku bukan pernah yg terbaik di sisi mu
Kerana kau sering mencari yg lain
Yang bagaimana lagi aku hilang punca

Kalau ini dugaannya
Aku pasrah

Kau bagaimana?