Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Thursday, September 19, 2013
Promosi Nota Manik PepariDsign
Salam manik semua.. Wah tetiba ada salam manik hahahaha...
Ok..sebab aku terima banyak SMS tanya pasal nota. Jadi aku umumkan kat sini, nota manik PepariDsign masih available. Masih dijual.
Promosi untuk 3 nota hanya RM220 berbanding harga biasa RM234. Harga promosi termasuk postage fee dah.
Kalau nak beli asing pun boleh. No problem.
Crumble - RM87
3D Balut batu - RM60
3D teknik buat daun - RM80
Jadi kalau berminat boleh PM aku or email di peparidsign@gmail.com or SMS at 9132717091.
Thank you...
Friday, April 26, 2013
PROMOSI NOTA PEPARIDSIGN!!
Promosi nota PepariDsign masih available..
Dapatkan ke tiga2 nota dari PepariDsign dengan hanya RM220. Free postage. Setiap nota disertakan dengan set manik dan juga fabrik untuk tujuan anda praktiskan terus.
Nota didatangkan dalam bentuk illustration dan juga gambar step by step berwarna. Setiap tips disertakan untuk setiap teknik.
Nota yang kami sediakan;
- Crumble : Harga RM87/set
Teknik utama bagaimana untuk dapatkan seni jahitan Crumble yang halus dan kemas. Tanpa merosakkan fabrik yang dijahit dengan membentuk longkang di bahagian belakangnya. Tips bagaimana peranan warna juga disertakan sekali. Juga terdapat lakaran bagaimana Crumble boleh disuaipadankan dengan teknik jahitan lain untuk dapatkan design yang berlainan..
- 3D Teknik Balut Batu Cabochon : Harga RM60/set
Tips and teknik membalut batu. Amat sesuai untuk design yang smart and elegant. Teknik yang berbeza sekiranya menggunakan batu yang bersaiz besar tinggi dan juga batu sew on stone yang leper. Juga disertakan tips sekiranya berlaku kiraan ganjil dan juga genap dalam jahitan. Setiap teknik pendekatan yang berlainan - 3D Teknik Membuat Daun dengan jahitan Peyote: Harga RM80/set
Terdapat teknik membuat daun secara free style di atas kain. Juga disertakan bagaimana membuat projek manik secara loose tanpa dijahit atas fabrik. Teknik buat daun sebelah yang berbiku, dan bagaimana membuat daun full dan juga ciptaan rasmi bentuk "Mushroom Loop" dari PepariDsign. Disertakan sekali tips bagaimana teknik yang sama boleh membentuk bunga dan bentuk yang pelbagai.
Promosi untuk 3 nota ini hanyalah RM220 sahaja. FREE postage. Juga promosi FREE postage untuk pembelian salah satu 2 nota daripada di atas.
Sekiranya berminat, boleh hubungi kami di peparidsign@gmail.com atau hubungi terus di talian 013-2717091.
Jutaan terima kasih kepada yang telah membeli nota dari kami. Sebarang komen amat dihargai untuk tujuan penambah baikan nota dan servis. Juga kami amat terharu dengan sambutan dan sokongan dari anda semua. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami.
Terima kasih.
Saturday, March 30, 2013
Nota 3D Release 2: Teknik Membuat Daun dan "Mushroom Loop"
Promo entry. New update please scroll down.
Dah... Dah release dah...
Dah... Dah release dah...
Isi kandungan?
- Macam mana nak buat daun sebelah secara berkeluk
- Macam mana nak jahit atas kain?
- Macam mana nak elakkan daun dari kejung?
- Macam mana nak buat daun secara loose?
- Macam mana nak buat Mushroom Loop
- Macam mana nak pelbagaikan kreativiti dengan daun?
- Tips menjahit 3D
Disertakan sekali set material kain dan juga manik untuk anda terus praktiskan. Semua sekali ada 36 pages.
Harganya? RM80 termasuk harga pos dah. Kecuali untuk Sabah & Sarawak maybe ada extra charges. Itupun depending on postcode jugak.
Kalau berminat nak dapatkan nota ini anda boleh terus contact kami di 013-2717091. Just send SMS, give ur details name, add and details payment (proof). Or can attach proof at my email peparidsign@gmail.com
Nota yang telah siap pack bersama set material
Stok yang available sekarang dah up sampai 30 pack. Senang kerja buat terus siapkan bebanyak. Nota Crumble dan Teknik Cabochon pun aku terus siapkan bebanyak. Senang kerja. Sebenarnya kerja Mr BK tapi dah dia bz handle si kecit tomei terpaksa lah beralah.
P/s: Uits tak sama kan bila kerja laki bini ni... Ada je tak sebulu... Ada je tak ngam. Aku macam ni. Dia macam tu. Gerammmm.... Sabar kena banyak sabar. Jauh lagi perjalanan kami ...insyaAllah....
Thursday, March 14, 2013
Aku pohon kemaafan...
Graph kesihatan aku tak berapa baik for past few weeks. Sakit sendi yang agak teruk rupanya disebabkan naiknya rate inflammable cell dalam darah aku. Up sampai more than triple of normal range. Doctor pun agak pelik dgn condition aku. Had to undergo few tests to diagnose the root cause. Another test is coming next Monday. Penat ulang alik hospital ni. Yang penatnya part menunggu. Dari sakit memang akan jadi lagi sakit. Dengan keadaan panas sekarang ni kan?
Entry kali ini sebenarnya aku ingin pohon maaf disebabkan faktor kesihatan dan juga beberapa faktor lain ada banyak benda yang pending dalam business manik aku. InsyaAllah aku cuba selesaikan secepat yang mungkin.
Untuk yang telah order nota manik 3D release 2 dariku, alhamdulillah aku telah post semuanya dari minggu lepas lagi.
Cerita nota yang terbaru ini memang agak sadis sebabnya lepas satu, satu hal yang berlaku. Semuanya tak menyenangkan keadaan. Bermula dengan niat bertukar supplier, sudahnya mendatangkan masalah. Berminggu2 menunggu tapi barang tak kunjung tiba.
Selepas itu satu demi satu hal dari ke hard disc, ke printer, ahhh segalanya amat menyukarkan. Belum dengan keadaan emosi yang ke laut lepas. Jenuh diseru untuk kembali. Nasib baik jumpa jasad kalau tak haru biru.
Justeru aku betul2 mohon maaf kepada yang lama telah menanti. Malah yang telah membuat pembayaran. Aku tak ada niat langsung nak menipu. Ada yang memahami keadaan aku alhamdulillah aku amat menghargainya.
Jadi sekarang kalau ada yang masih sudi hendak mendapatkan nota 3D release 2 dari PepariDsign, yang telah siap di pack and seal kini ada 20 buah terus. Jadi kalau nak memang ada stok untuk di pos terus setelah pembayaran dibuat.
Untuk makluman, dalam nota 3D release 2 ini mengandungi cara2 untuk membuat daun samada dijahit terus di atas kain atau secara loose. Dan juga ditunjukkan bagaimana cara membuat daun berkeluk (wavy) secara sebelah dan juga secara full. Aku juga combine kan sekali bagaimana mahu membuat 'Mushroom Loop" yang aku sendiri cipta. Asalnya aku mahu asingkan, tetapi alang2 membeli aku selitkan semuanya.
Mushroom Loop yang simple.
Mushroom Loop yang boleh juga dibentuk seperti bunga
Boleh dikatakan amat berbaloi sebabnya aku sertakan sekali material manik untuk anda terus cuba bersama jarum sekali ya!! Kenapa jarum sekali? Sebab untuk 3D tak semua jarum manik dapat digunakan secara maksimum. Selalunya akan menjadikan jahitan tersekat kerana keadaan rupa di pangkal jarum yang agak besar. Justeru aku sertakan jarum dari jenis yang amat halus (so far thru experience aku).
Harganya amat berpatutan. Hanya RM80 termasuk harga postage fee. Murahkan? Aku bukan sahaja tunjukkan teknik secara teori melalui ilustrasi tetapi juga melalui gambar step by step. Teknik 3D ni ada yang perlu ditunjukkan secara illustration supaya dapat difahami dengan lebih jelas.
Macam mana rupa nota 3D Release 2 ni? Taraa......
Selain daripada nota ini, nota2 lain yang masih ada stok adalah Nota Crumble dan Nota 3D Release 1; teknik balut batu cincin.
Nota hasil keluaran dari PepariDsign
Kalau anda berminat boleh contact di peparidsign@gmail.com atau contact 013-2717091.
Cuma satu aku pinta, tak perlulah nak plagiat nota aku ini untuk mendapat keuntungan atas angin. Macam aku pernah sebut sebelum ini, ada yang plagiat nota aku dan dijual dengan harga yang lebih rendah. Rendah sungguh nilai maruah diri seseorang bila wang jadi taruhan kan?
Ingat, untuk individu tersebut, laporan polis telah ku buat. Tinggal lagi nak failkan saman. Aku masih menunggu untuk dirimu memohon maaf secara terbuka.
Yang bertanya tentang tempahan, ya masih lagi mengambil tetapi secara selektif. Kelas juga begitu, kalau ada yang berminat hendak belajar jahitan manik dari teknik asas, Crumble dan juga 3D, anda di alu2kan sama sekali. Apa pun bergantung pada kesihatan diri aku juga. Jadi kalau nak tahu just contact di handphone senang.
Untuk koleksi manik yang baru nanti tunggu aku edit and resize pic ya.. banyak sangattt..... Ya ampun dah terasa macam bibik dah ni.....
Thursday, December 20, 2012
Dah lah malas, curi orang punya pulak tu.. nahas lah kau!
Korang bayangkan dan cuba fikirkan apa tindakan yang perlu aku ambil.
Ditirunya nota aku bulat2. Kemudian di combine kan dgn gambar2 design beader lain. Dibuatnya promo kononnya ada 250 design dalam nota dia. Dijual dgn harga murah dari harga beader lain. Kononnya sangat berbaloi2....
Sanggupkan? And ada juga seorang manusia macam ni? And seorang yg namanya perempuan pula tu. Maaf tapi aku rasa keji sangat perangai kamu sebagai seorang perempuan. Lagi pulak kalau kamu dah berstatus ibu.
Alhamdulillah, aku diberi ramai kawan2 online yg baik dari yg tak baik. Ramai yang memberi info pada ku. Thanks korang.
Kepada si polan, nantikan... Kau nak jumpa kat mahkamah tak? Tunggu ye..
Mekasey..
P/S: eh lupa lak, apa kita nak buat ya dgn org macam ni???
Friday, August 31, 2012
Promo Nota Crumble + 3D hingga Merdeka!
Ini adalah entry sticky post... New entry pasal design Raya, tips manik sila scroll bawah ya..
--------------------------------------------------------------------
OK rakan² sekelian....
Starter Kit Crumble dan juga Starter Kit 3D Release 1 masih lagi available. Dan promo masih lagi valid sampai 31st August ni sempena Merdeka..
Harga untuk 2 Starter Kit ini hanyalah RM140 sahaja termasuk postage fee dah.
Kalau beli Set 3D sahaja harganya RM55 (normal price RM60) + RM7 (postage semenanjung) = RM62
Kalau beli Starter Kit Crumble sahaja tak ada promo ye.. Harga nya fix RM87/set + RM7 (postage semenanjung) = RM94
Jadi kalau nak dapat BIG Saving harus pantas sebelum tibanya Merdeka nanti!!
Let's Crumble rumble!
--------------------------------------------------------------------
OK rakan² sekelian....
Starter Kit Crumble dan juga Starter Kit 3D Release 1 masih lagi available. Dan promo masih lagi valid sampai 31st August ni sempena Merdeka..
Harga untuk 2 Starter Kit ini hanyalah RM140 sahaja termasuk postage fee dah.
Kalau beli Set 3D sahaja harganya RM55 (normal price RM60) + RM7 (postage semenanjung) = RM62
Kalau beli Starter Kit Crumble sahaja tak ada promo ye.. Harga nya fix RM87/set + RM7 (postage semenanjung) = RM94
Jadi kalau nak dapat BIG Saving harus pantas sebelum tibanya Merdeka nanti!!
Let's Crumble rumble!
Promo price hanya RM55 sampai Merdeka nanti!
Nota 3D Release 2: Teknik Membuat Daun.. Aku dalam DILEMA
Aku punya dilema. Dan kalau anda baik hati boleh lah bantu aku di sini hehe...
Memang nota 3D aku lama dah siap. Tapi macam aku ceritakan, bukan senang nak buat nota nak kasi org faham. Jadi agak lambat untuk aku releasekan nota yg satu ini. Kenapa?
Ok begini....
Untuk nota 3D Release 1: Teknik Balut Batu menggunakan teknik basic Peyote memang tak ada masalah. Kiranya, kalau korang nak jahit batu sebesar mana pun, InsyaAllah dgn membaca nota aku tu korang tidak punya masalah.
TAPI....................... Untuk teknik membentuk daun dan bunga, dilema yg datang bila aku mahu pastikan korang semua bukan setakat dapat buat daun seperti saiz yg aku tunjukkan dalam nota, malah korang mampu untuk jahit macam mana saiz pun daun tu.
Kenapa aku kata dilema? Sebabnya begini.
Aku pernah juga attend few classes 3D ni.. Ada sesetengah beader agak strict dgn step by step yg ditunjukkan. Contohnya let say kau belajar buat bunga Kekwa; kena masukkan exactly 3 biji manik, kena susup exactly 4 biji manik.. etc.. Kalau tak follow kau kena bukak balik. Pendek kata kau kena ikut step by step apa langkah dia ajar, which is ada pro and cons...
Pro nya, kalau kau ikut step by step without failed; memang jadi lah bentuk apa yg kau nak buat tu exactly size yg ditunjukkan. Tapi cons nya, kalau kau tak faham basic teknik nya, let say bila kau nak buat few bunga Kekwa in different sizes, kau akan jadi seperti confuse dan sebagainya. Ini memang majoriti feedback yang aku observe sewaktu kelas.
Unless, kau jenis panjang akal; agak rajin berfikir maka tiada masalah untuk kau bentukkan bunga Kekwa tu dalam saiz yg macam mana pun.
Berbalik kepada aku sendiri. Dalam teknik pengajaran aku, tak kiralah one to one method or dalam tutorial yg aku jual, aku lebih suka tekankan fahamkan teknik basic dahulu, kemudian terpulang, kau nak ikut step by step yg aku tunjuk atau kau nak explore sendiri sbb kau dah faham teknik yg basic.
Sebab tu kalau dalam kelas aku, eventho 3D ni org cakap kalau dah silap tak ada cara lain dah kena bukak semula, tapi aku lebih suka ambil pendekatan, selagi boleh kita baiki dia, tak perlu buka. Kita cari jalan macam mana nak solve kan problem tu. Unless memang tak ada cara lain selain dari kena bukak semula. (ada certain mistake in 3D stitching yg kita boleg cover, tapi ada certain yg memang tiada maaf bagi mu.. memang kena bukak semula hehehe)
Dilema nya bertambah lagi apabila untuk membentuk daun atau bunga 3D ni, penambahan manik adalah random mengikut apa yg kita nak. Contoh, kalau nak kan daun yg lebih curly bentuknya, maka penambahan manik di setiap baris perlu lebih banyak.
Benda2 macam ni amat sukar untuk kita explain dalam bentuk text. Nak kasi org faham. Jadi sekarang, pendekatan yg akan aku gunakan untuk nota release 2 and 3 adalah seperti berikut;
- Aku akan tunjukkan basic teknik terlebih dahulu. Aku akan share kalau buat macam ni apa akan jadi, kalau macam ni apa pulak akan jadi...
- Semua teknik akan aku tunjukkan bukan sahaja dgn actual pic (gambar step by step yg diambil) tetapi juga akan disediakan bersama illustrator sekali. Sbbnya? 3D perlukan gambarajah yg jelas. Kadang actual pic tak dapat gambarkan step by step...
- Kemudian, sebagai optional untuk praktikal; aku akan bagi step by step arahan in details untuk saiz daun/bunga yg aku tunjukkan dalam nota. Contohnya aku akan bagi step by step masukkan berapa biji manik, berapa layer nak buat, guna manik color apa untuk tone warna, untuk membentuk sekeping daun berukuran 7cm... Itu contoh.
- Aku akan sharekan tips sekiranya nak nak buat daun yg lebih besar macam mana, kat mana trick nya, kat mana nak tambah, masa bila nak kasi dia lebar..
- and aku akan share juga macam mana nak combine teknik jahitan untuk dapatkan bentuk daun or bunga yg lebih unik
Sebenarnya in 3D ni pada aku tak ada silapnya. Aku paling kurang gemar bila dalam kelas org yg mengajar tu simply cakap apa yg student tu buat salah! Lepas tu dia suruh bukak semula. Paling kurang gemar lagi kalau suaranya agak terlebih emosi.
Sebab tu before conduct class aku lebih suka buat ice breaking. Aku kena pastikan gap yg ada dalam class supaya aku senang nak control class. Kadang ada student yg memang advance, ada yg baru nak berjinak. Ada pula yg term tali air pun tak tahu apa. Jadi kita as pengajar kena ambil kira semua ni. Tapi ada yg tak setuju dgn cara aku. Ada yang macam tak percaya tak benda simple apa yg dia cakap org tak boleh nak ikut? Habis dah kau cakap lain kau tulis lain kat depan pastu kau tunjuk lain masa jahit kat kain org tu mana org tu nak paham ye dak? Eh melalut... hahaha
Kalau korang rasa approach aku ok dalam nota release 2 and 3 ni.. sila lah bagi feedback. Kalau tak ok pun sila la komen ya.. Aku sayang korang semua... :)
Kalau tak komen pun aku sayang jugak.. tapi sikit je la hahahahahaha....
Sunday, August 19, 2012
Latest from PepariDsign> Nota 3D Module 1: Teknik Membalut batu Cabochon & Basic Peyote
This is sticky post.. For latest entry please scroll down ya.. TQ
Benda yang dah lama tertangguh. Bila semua nak dibuat sendiri macam ni lah jadinya. Tak terkejar. Tak terbuat nya aku. Bila ramai dah tanya² alamak... nak tak nak kena juga bahagikan masa.
Ok sidang pembaca yang aku kasihi sekelian. Untuk julung2 kalinya, ini satu pengumuman bahawasanya, nota 3D dari PepariDsign sudah siap untuk Module 1 iaitu "Jahitan Peyote Basic bersama Cabochon". Apa pulak menatangnya Cabochon ni ye?
Ok kita mulakan sekejap kelas manik kita hari ini, kita cerita pasal "CABOCHON" ya adik². Ok semua dah ready? Tepuk tangan sket.. akak nak pegang mic ni hehehe.. Ok semua senyap dok dendiam ok.
Cabochon ni sejenis batu gemstone yg telah di shapekan menjadi cembung di bahagian atasnya dan bawahnya selalu flat. Dan selalunya batunya dari jenis opaque, maksudnya tak transparent. Yg jenis transparent tu selalunya cutting batu dia faceted; flat faces with geometric shapes. Ala ala feeling macam diamonte nye cutting la lebih kurang permukaan atas batu tu.
Ok selalunya Cabochon ni banyak digunapakai dalam jewelery, tapi kita boleh juga apply kat jahitan di baju. Cuma kena lah pandai pilih materialnya. Kalau pakai gemstone yg original jadi beratlah pulak kalau saiz batu tu besar kan? Jadi sekarang dalam market dah ada macam2 jenis material dari plastik ke acrylic untuk disuaipadankan dgn budget anda. Sila check wallet memasing pls hehehe.. Contoh Cabochon macam gambar2 kat bawah ni ya adik2..
Tengok betapa cembungnya batu ni
Cantik kan color dia?
Very the earthy...
Sebenarnya, elemen 3D dalam jahitan manik ni kalau di luar negara; beads designer lebih banyak fokus pada jewelery. Tapi di Malaysia, kita kan Malaysia BOLEH, jadi local beader try to apply kan teknik jahitan 3D tu pada baju. Macam dalam entry dulu aku ada cerita, design is very subjective. Cantik di mata aku mungkin tidak cantik di mata kamu. Yang penting kesesuaian teknik yg nak diaplikasikan pada baju. Jangan pulak macam pokok krismas berjalan pulak nanti hehehe..
Ok, kalau faceted stone memang banyak di Malaysia. Lupa nak cite kat atas tadi, kat Malaysia ni susah sket nak dapatkan Cabochon yg cantik2. Tak ada variety. Mungkin sebab tak ada demand, jadi tak banyap supply.
So kat bawah ni contoh batu facted stone ya adik2. Lepas ni tulis dalam nota. Akak nak buat exam hehe..
Biasa kan nampak batu macam ni?
Jgn tak tau ada gred juga qualiti dia ni...
Ada yg plastik, ada yg acrylic.. nak lagi kelas ko amik la kristal terus... :)
Bila jahit batu yg agak besar di atas baju, kadang kalau tak kemas jahitannya, batu tu jadi longgar. Lagi pulak kalau lepas di basuh dan dipakai beberapa kali. Ada sesetengah beader gamkan di atas kain.
Ok, kalau nak tau, gam pun ada special for kain ya. Tapi ada juga yg belasah pakai gam UHU lekatkan batu kat baju. Kalau baju aku sendiri tak apa kot. Tapi kalau baju org, wa tarak berani wooo.. Even sebenarnya kalau guna gam kain pun, kadang for certain kain yg fragile, kesan gam tu spread of atas fabric. Jadi keras terus kain tu. Jadi kalau nak guna gam kain pun kena extra careful. Aku tak berani nak guna. Jadi penyelesaiannya aku gunakan teknik jahitan basic peyote untuk ikat batu tu cantik je atas kain. Jadi batu tu tak ada lah joget2 kiri kanan hehe..
Kalau di luar negara teknik balut batu Cabochon ni selalu diaorang buat pendant necklace. Contoh macam kat bawah ni lah.. Cecantik derang buat..
Selalunya batu tu dijahit atas kain felt terlebih dahulu
Very the classy...
Jadi, teknik yg sama aku cuba kongsi bersama anda semua yg berminat nak belajar macam mana nak jahit manik di keliling batu macam ni. Style PepariDsign macam mana pulak ye? Eh nak kena tunjuk jugakkkkkk.. Akak kan suka interframe haha..
Kalau anda semua perasan, aku suka gunakan sejenis batu ni yg agak tinggi dalam koleksi jahitan aku. Bati ni agak tinggi sbb di balut dgn besi bawah dan tepinya. Pada aku batu ni nampak sangat cantik bila kita balut dengan manik ditepinya. Lagi pulak kalau guna manik silver. Sangat elegant. Antara contoh jahitan dari PepariDsign collection sila cuci mata dgn gambar kat bawah ni ya..
Batu tu ringan je... Ni bahagian bawah leher baju... Warna grey and lite grey
Yg ni warna hijau pulak.. Cantik kan bila silver match dgn green?
Yg ni akak berani mati pakai bright yellow.. sbb baju sendiri ehehehe...
Jadi, disebabkan ramai yg bertanya dan ada juga yg dah diajar tapi tak juga dapat teknik nak balut batu dgn betul, aku cuba bantu anda semua, tapi bukan percuma ya.. amboiii nak yg FREE je tau!!!!
Sebelum aku cerita lagi lanjut pasal nota ni, aku nak beritahu terlebih dahulu. Sebenarnya apa yg aku buat ni adalah dari olahan pemahaman aku berdasarkan apa yg aku belajar dan juga pengalaman menjahit manik. Anda sebenarnya boleh dapatkan secara FREE di internet. Tapi macam yg ramai bagitau samada mereka malas nak mencari, susah nak paham dan mereka lebih suka sekiranya didatangkan dgn materials sekali. Sbb nya batu cincin ni ramai yg suka, jadi ramai suka jadi follower. So terpulang pada individu masing2 ya..
Aku telah sediakan Nota 3D khas module untuk teknik membalut batu sahaja dahulu. Sebenarnya dah siapkan teknik untuk buat bunga Rafflesia, daun dan juga Mushroom Loop juga. Tapi bila test guna pakai nampak macam banyak lagi kena improve nota tu. Bukan senang nak buat nota kasi org paham ya. Sbb its not 1 to 1 punya learning method. Kena buat bebetul, kasi org paham bila ikut instruction satu persatu. Sebelum tu aku namakan nota 3D ni Nota 3D: Release 1 Cabochon & Basic Peyote. Sebab lepas ni ada release lain pulak.. ni perasan macam buat buku pulak dah hahaha...
Dan yg specialnya tentang Nota 3D Release 1 ni, aku datangkan khas dgn material nya sekali. Sama macam Starter Kit Crumble aku juga. Material disediakan sekali. Dan yg paling best jugak, aku sertakan sekali jarum khas dan juga fabrik untuk korang sume jahit atas tu. Kenapa aku suka sertakan manik sekali? Sbb aku sayang korang.. tak payah keluar duit nak pergi beli manik pulak satu hal. Lepas tu nak kena cari lak batu cincin yg susah pulak nak dapatkannya. Nak tanak nanti korang kena gak beli dgn akak Pepari ko ni kan? hehehehee.... Jadi aku memudahkan proses pembelajaran korang. Dapat terus boleh jahit... Tak payah susah2 nak keluar buang tenaga, buang masa, buang minyak.. beli or cari manik...
Kalau tak ada material main baca je karang kompem korang simpan buat pekasam... Atau pun korang baca terkebil2 macam cicak telan kapur kang, ye lah dah baca2 nota nak practise macam mana? Tapi dah kasi material ni kena lah practice kan? Kalau tak mana nak pandai dikkkk.. Unless ko superb tgk nota, baca2 terus terrer!! Aku tabik spring!
Tak cukup dgn tu, aku juga akan tunjukkan beza jahit manik dgn menggunakan batu Cabochon dan juga faceted stone. Dan juga, beza teknik jahitan sekiranya kiraan manik anda ganjil atau genap. Haa.. kan dah pening ehehehe.. Yg ni penting ya.. Sebab kalau tak ada karang jadi macam ramai org bertanya kenapa jahitan manik derang tak balut batu? Jadi macam tong drum pulak or macam perigi buta meninggi je.. tak gak grip batu tu.. Haaaa... sebab tu sekali lagi kena BELI!! :P
Tape korang kena beli baru korang paham apa yg aku cerita ni :P
Secara ringkasnya, Nota 3D Release 1 ni antara lain intipati kandungannya adalah seperti berikut;
- Cara² menjahit batu cincin yg akan disediakan (kena tunjuk juga sebab masa kelas pun ada student yg tak tahu macam mana nak jahit batu ni)
- Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan Cabochon - kiraan GENAP
- Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan Cabochon - kiraan GANJIL
- Cara² menjahit manik dgn menggunakan basic peyote stitch dgn menggunakan faceted stone (sew on stone)
Aku sediakan illustration sekali dalam bentuk gambarajah jadi korang senang paham di samping actual pic step by step. Jangan risau, insyaAllah korang akan faham. Best tak adik2?
Nak lagi best?? Nak tak?
Nak??
Lagi best material yg akan disediakan sekali adalah seperti berikut;
- Batu Cincin (boleh lah dianggap seperti Cabochon)
- Faceted Stone (sew on stone)
- 3 jenis manik untuk digunakan membalut Batu Cincin
- 3 jenis manik untuk digunakan membalut Faceted Stone
- Fabrik
- Jarum khas untuk 3D
Banyak kan yg anda akan dapat?
Dah rasa best tak? Ke tak best lagi??? Korang nak best lagi????
And bertambah best lagi sebab akak bagi BONUS ok...
Aku akan sertakan juga few photos in 4R size as design reference dalam set nota ni. Baik kan akak? ehehehe
Dan harap maklum aku juga tak kedekut tips ya. Eheheheh puji diri sendiri lagi.. Tak percaya tanya those yg dah beli starter kit Crumble.
Harga macam mana pula ya? Untuk ke semua benda yang korang akan benefits dari Nota 3D Release 1 ni, harganya cuma RM60/set tak termasuk kos penghantaran. Kalau korang rasa mahal, boleh la rujuk and survey nota2 yg ada di pasaran. Sekadar rujukan; ada yg untuk satu jenis design sahaja without material dalam 8-10 pages pun dah cost around 30-40/set. Isi kandungan? Aku tak nak komen, boleh tanya pada sesiapa yg telah membeli. Jadi ini hak memasing untuk menilai samada nota ni worth of ur money atau tidak. Tiada paksaan ya adik2...
Kos penghantaran untuk semenanjung RM7 dan Sabah & Serawak RM10. Brunei kena check, mahal sedikit rasanya.
Amacam? Dah cukup best dah ni... Ke nak kena best lagi?? Uihh korang ni mendera akak lah...
Ok.. ok.. last punya best ni... sila baca dgn penuh tawaduk ya,, :P
Tak cukup tawaduk tu dik.. Lagi ke bawah...
Special price for those yg telah membeli Starter Kit Crumble sebelum ni, harga nya cuma RM55 sahaja/set!! Dan tawaran harga special ini terbuka untuk semua juga dan sah sehingga 31 August 2012..
Yes, till Merdeka Day!! Lepas tu harga back to normal RM60/set. Promo price tak termasuk kos penghantaran ya.
Jadi kalau ada antara korang yg berminat, boleh lah SMS ke 013-2717091 or email ke peparidsign@gmail.com.
Fuh!!!!! Penat aku buat entry best special for korang sume. Habis panjang lebar akak cerita pasal nota 3D ni.. See? bukan senang nak kasi org paham tau.. Ke korang tak paham? Kalau tak paham memang kena beli lah jawab nya hahahahah... Kena sekali lagi :P
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke email aku peparidsign@gmail.com. Nak komen kat sini pun dialu2kan....
So sekian untuk kali ini. Kita bersiaran di lain kali ya..
-------------------------------------------------------------------------
UPDATE!
Ok bertalu2 soalan datang. Kepada yang bertanya kalau beli Starte Kit Crumble dan Nota 3D Release 1 ni dapat special diskaun lagi tak? Alahai.. Korang saja je tau nak duga akak bulan puasa ni kan? Ok.. here is the deal..
SPECIAL PRICE untuk mereka yang berminat nak beli Starter Kit Crumble + Nota 3D Release 1, harga nya adalah RM140 NETT!!! Nett maksudnya tak payah bayar pstage fee dah.
Untuk yang masih belum tahu, harga Starte Kit Crumble adalah RM87/set. Jadi secara matematiknya mari kita kira sama2 ya;
RM87 + RM60 + RM7 (postage fee) = RM154.
Tapi sebab akak best dan korang pun feeling best hahaha, makanya harga nya jadi RM140 sahaja. Tak perlu bayar postage fee. Kita biar posmen yg tanggung hehehe...
Pada yang tanya nota 3D lain, InsyaAllah lepas Raya akan ready semuanya. And jangan risau kalau ada yang kata nak tunggu PepariDsign release semua nota baru nak beli kot2 dapat lagi special diskaun ke kan?
Korang jangan risau... Kalau beli sekarang pun, and nanti bila dah ada nota lain nak beli lagi anda tetap akan dapat special price dari PepariDsign. Ok? Jadi kalau rasa2 nak ber3D bersama batu Cabochon di baju Raya memasing marilah dapatkan Nota 3D Release 1 PepariDsign sekarang!!
Subscribe to:
Posts (Atom)










