Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, June 28, 2012

Jom berpantang larang..


Kita manusia ni tak sempurna kan? Aku lagi lah.... Banyak sangat kekurangannya. Kalau daging tu adalah lebihannya.. Nak sikit tak? Hehehehe...

Entah kenapa tadi ada satu insiden yg buat aku agak sentap.. Kena sentap sbb nya dah diberitahu awal2 benda tu tapi bila org tak buat, harus lah kesentapan aku naik darjah ke tiga kan? Lagi pulak benda yg kita bagitau tu pernah buat hidup kita trauma. Geram betul aku.. 

Pantang betul aku kalau dah dipesan dah diberitahu tapi diabaikan. Memang sampai gaduh kadang kalau dgn adik bongsu aku. Kadang aku sampai suh dia pandang aku tepat, aku cakap satu2 apa yg aku suruh dia buat. Let say aku cakap, tolong keluarkan ikan and ayam tu, sayur sekali, lepas tu tolong kopek kan bawang  semua. Eh nanti ko  masuk dapur tgk ada je yg tertinggal. Mula la kan mulut aku bersilat sekali kat dapur.

Ya, so far aku rasa tu lah pantang terbesar aku. And aku perhatikan, bebudak zaman sekarang ni nilai keperihatinan nya kurang sangat kan? Bila cuti sekolah baru ni, adalah cucu2 Mak aku balik kampung. Eh, sama jugak.. Bila kita suruh dia balas ya ya.. Rupanya ya tak ada titik.. Nanti kita dah tinggi suara sikit dia tanya kita balik, eh tadi suruh apa ya? Eiiiiii..... ko rasa apa nak buat?? Nasib anak org kan? Tu belum tentu dia terus buat terus.. Kang bertenggek lagi depan TV..

Kenapa ya? Aku rasa dulu masa zaman kekecik, Mak aku panggil terus je pergi dapatkan Mak aku. Apa yg Mak aku suruh cepat je kita buat.. Tapi aku dulu liat sikit lipat kain hahahaha.. Sampai berlari2 keliling rumah punyalah malas nak lipat kain tapi dah ligat nak cabut main kat luar. Punya laju aku lari bila Abang aku kejar keliling rumah ehehehehe.. Huhu jangan memain dgn Abang aku ok, garang gila. Dah la jarang ada rumah. Balik dari asrama keja nak mendera orang je.. Tah pape kan?

Tetiba macam best kalau kita main list kan pantang larang ni kan hahahaha.. Ni sure aku kes dah mamai ni.. Sorry kengkawan, aku hari ni agak kemabukan dadah. Selalu memang aku elak makan ubat doktor ni, sbbnya kalau makan kesannya tu aku tak sanggup. Tapi hari ni kena. Sehari suntuk terbaring nak buat apa pun tak boleh, tak leh jadi..

Ok aku senaraikan mana yg aku leh fikir sekarang;


  1. Aku pantang kalau dah makan tapi main letak je pinggan tu kat sinki. Apa ko ingat ada bibik ke? Kalau ada pun, tangan ko jadi karat ke kalau kena air? Pinggan sebiji, cawan sebiji tolong lah basuh.
  2. Masuk rumah tak bagi salam. Kau masuk rumah org Islam ke kafir?
  3. Balik dari memana pastu masuk rumah terus nak landing2 atas katil ke sofa ke without basuh kaki dulu... Masa memula kawen, memang selalu gaduh dgn Mr BK pasal benda ni hahahaha... Sbbnya aku rasa kaki kita kotor kat luar tu. Bila balik rumah basuh la dulu kan. Ni lagi nak landing atas katil tempat ko memadu asmara.. Eh tersasul hahaha.. Aku memang akan mandi terus kalau balik dari memana.
Eh tade la banyak sangat pantang larang aku eh? Ahahaha.. sorry really cant work out my mind rite now..



Tuesday, June 26, 2012

Nak belajar jahit Crumble?

Sebenarnya aku menyesal sangat bila dah tua2 ni baru terhegeh nak belajar banyak kemahiran hidup. Aku syorkan kat Kementerian Pelajaran supaya KH tu jadi salah satu core subjek budak sekolah. Ini tak setakat belajar masak mee hun sup bebudak tak thrill!! Cuba ko suh derang buat cup cake ke pavlova? Baru inovative kan? Mengikuti peredaran zaman sket..

Quick update je aku ni sebenarnya hahaha.. Aku masih mengajar pada yg sudi nak belajar. Untuk weekend ni hanya hari Sabtu sahaja kelas aku adakan. InsyaAllah. Kalau kesihatan aku ok. Kalau ada yg berminat, jemput lah datang ke rumah saya ya. Details as follows:


Date : 30 June 2012
Fee : RM220. Promosi June sahaja! Selalu RM250
Time : 9am - 5pm
Venue: area Puchong. Near to Giant Kinrara. 
Interested? Email me at peparidsign@gmail.com. Or leave ur comment in this post. 

Datang lenggang kangkung je Cik Limah sbb saya sediakan semuanya. Materials menjahit, makan minum.. InsyaAllah.

Mahal ke anda rasa? Sekarang rata2 orang buat kelas manik standard RM250. Apa yg akan di ajar? Crumble plus few elements 3D untuk di jadikan 1 design bersatu dgn Crumble.

Ok, soalan yg selalu aku dapat:

"Akak ajar berapa design??"

Aku tahu ada beader yg buat kelas Crumble dgn promo 5 lah, 7 lah, 8 lah design!! Wow!! Banyak nya design kau kan?

Apa yg akan di ajar nanti 1 design Crumble 3D yg telah disatukan! Paham ke tak ya? Macam ni, aku ajar core teknik macam mana nak buat Crumble style PepariDsign. Ya! Agak berbunyi keangkuhan di sini hahahaha.. Style PepariDsign ok!! Harus lah sbb akak yg ajar dikkkk.. Kalau org lain, derang lah punya versi.. Kau ni kan suka tau speculate!! :)

Jadi on top of Crumble yg aku telah 3D kan tekniknya tu.. (advance tau akak hehe) aku gabungkan sekali dgn few elements 3D yg aku rasa cantik di mata dan hati ku ini untuk jadikan design Crumble 3D aku lebih 3D.. hahaha..  Ada paham adek maniss? So jawapan aku, akak ajar design CRUMBLE 3D.. satu design je dik. Dari 1 design yg dah digabungkan tu sebenarnya boleh dipelbagaikan jadi macam2 design.



Ok lebih kurang macam ni lah design dia nanti. Tapi yg ni sample tak siap :)


Ok, berbalik dgn macam2 jenis design Crumble yg ada di pasaran sekarang ni. Aku sebenarnya agak kurang setuju kalau kau nak buat kelas, teknik tu sama je tapi kau just pelbagaikan materials je. Contoh ya, ajar 5 design, tapi sebenarnya teknik tu sama je, yg lain nya design pertama ko guna batu Sew on Stone as main material dia.. Pastu ko susun2 dia selang seli warna macam pelangi, jadilah design no 1 yg namanya Crumble Rainbow. Lepas tu Design no 2 ko guna pulak applique flower yg dah siap tu as main material dia. Jadi lah nama Crumble Organza Flower yada yada... Then design no 3 pulak ko guna pearl as main material. Aduhai!!

Pada aku tak berapa adil buat student. Itu hanya sekadar enhancement of creativity, which dalam kelas aku akan story and citer tips benda2 macam ni kat student. Pada aku, bila org dah bayar, aku lebih cenderung untuk ajar setiap teknik yg berbeza. Jadi pengetahuan mereka lebih luas. Tapi ni sekadar pendapat aku ya. Beader yg kat luar sana kot ye pun nak buat kelas jgn gelojoh sangat.. hehehe.. Mati akak ko ni kang kena keji org ramai hahahaha.. Sabar kak, pemanik kena sabar.......  :)



p/s: Aku serik nak rekemen kelas sesape lepas ni.. sbb baru ni ada student tepon aku bgtau dia tak puas ati gi kelas yg aku rekemen for 3D.. katanya tak paham langsung! Alamak.. sorry ya kak hehehe. Tunggu lah saya terer tahap dewata raya bab 3D ni baru saya buat kelas khusus untuk 3D :)


Beading: BIG PICTURE


Tak tahu kenapa. Tapi lately idea untuk buat mulakan design manik pada baju baru agak suram. Lambat betul idea tu datang. Kadang aku jahit dulu yg. basic teknik sementara nak tunggu the BIG PICTURE of the design datang bertamu kat kepala. Kadang datangnya tak BIG mana pun, dia datang HALF je hehe.. Another HALF tertinggal kat mana tah, kena lah aku kutip nanti. Kalau jumpa. Kalau tak jumpa, proceed je dulu, karang another HALF yg baru muncul hahahaha..

BIG PICTURE is very crucial for me to start beading. I don't know other beaders.



Wah...  BIG nye awak ni hehe... - pic ehsan Google


Selalunya, bila aku dapat baju baru, aku akan berangan² (free je dik.. hehe) bila dah siap nanti cemanalah bentuk rupanya baju tu..

Ok aku tulis dalam point untuk share tips yg aku amalkan ni lagi senang kot ya? Kalau korang rasa bermanfaat and praktikal boleh la guna pakai.

  1. Selalunya sebelum aku mulakan jahitan manik, aku akan bayangkan dulu end product dia macam mana. Baju tu akan aku gantung dulu ke bentangkan dulu ke.. kadang sampai aku bentang atas lantai. And yes, aku tak tgk dari 1 angle sahaja ya sidang dewan yg aku muliakan sekelian...hehe.. Aku akan pusing², tukar angle. Biasalah kan berangan kan free, jadi tak ada masalah ko nak pusing tertonggeng cam mana pun. Wah dahsyat K Umi Pepari ko nih kan? Kalah designer terkenal. Sbb bukan designer lah aku terpusing² tu dek oiii.. Kalau designer dia pejam mata je idea datang sekelepuk macam durian gugur... 
  2. Masa ni aku tak pk lagi design nak buat bunga ke daun ke 3D ke.. masa ni baru stage concept. Wah kelas kan akak Pepari? Ada pulak konsep² bagai hahahaha.. Amik ko dik.. Kata nak memanik cantik kan??? Ok aku bagi contoh. Let say baju yg aku dapat tu color pink and its plain. In term of concept, aku leh turn the baju into happy go lucky nya mood dgn color yg ceria dan colorful, or aku boleh buat dia something yg bold and elegant with black and silver as dominant color.. or i can turn it into soft and sweet with pinky range of color and silver.. 
  3. Bila dah tau konsep apa nak buat, baru move to the next step, color combination, materials yg nak digunakan, teknik apa nak apply and so on
  4. Then baru move on. Jahit macam biasa. Selalunya samada aku mulakan jahit dgn teknik yg senang dulu or kalau ada idea kebabom aku mulakan dgn idea tu dulu.
Kenapa aku rasakan BIG PICTURE is very important? Sebab bila kita ada this dalam kepala, senang kita nak move on.. macam ada direction mana nak hala tuju kita. Ada guide. Kalau tak, macam kau naik kapal tak ada kompas, teroleng2 lah kau kat tengah laut tu. Untung batu badai lalu karam eheheheh... Sebab tu selalu kita dengar keluh kesah beader ni.. Macam2..

" Tak ada idea lah nak mulakan..."

"Tak tahu dah nak buat design macam mana lagi.."

Macam2 lagi keluh kesah... 

How??



Cubalah, dan sebenarnya benda ni aku aplikasikan kat semua benda yg aku buat. Yes semua. Memasak pun sama. Bila pergi pasar tani or pasar malam tgk memacam jenis ikan and sayur otak aku mula lah berpusing. Kadang benda ni memang kita buat tapi kita sendiri tak perasan.. Contoh, nampak bila nampak sayur pucuk manis, terdetik hati sedapnya masak lemak, kalau combine dgn sambal belacan lagi best.. ada pulak ikan masin belanak..wah!!! Sedapppp nya uwaaa.. Mula lah kepala otak ni nak match2 kan lauk tu lauk ni lah.. Tapi masak nya? Nan ado!!! Hahahaha..... 

Bila memanik dah bukan lagi hobi, kena pandai work smart. Kalau dulu hobi masa senggang boleh suka suki aku je bila nak pegang jarum. Bila nak korek  manik. Tapi bila dah jadi sebahagian daripada pendapatan tak boleh tidak ada sedikit stress nya. Jadi kengkawan, jangan buang masa sangat nak cari idea lelama fikir sampai tidur tak lena, mandi tak basah ya? Makan tak boleh tak kenyang, kena kenyang2.. baru boleh memanik dgn aman damai.. Hehehehe.. sape lah tu kan :P

Wednesday, June 20, 2012

Material Memanik: Filigree

Material yg kita gunakan dalam jahitan memanik sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan design. Jadi aku selalu berpendapat kepelbagaian material yg digunakan dalam satu design manik amat penting.

Maaf aku pohon dulu kalau apa yg ingin aku kongsikan ni mungkin ada pemanik di luar sana yg tak setuju. Seperti biasa, sidang hadirin yg budiman sekelian, kalau tak setuju leh tekan button "X" kat belah kanan atas tu ya? Hehehe...

Kali ni aku cerita dulu pasal filigree. Menatang apa ya filigree ni? Filigree ni salah satu dari bahan yg digunakan dalam jahitan kreatif. Ikutlah kreativiti masing². Boleh dijahit di baju, di bag, pensil case, beg uncang, beg telekung, nak cucuk kat candle jadi perhiasan pun boleh.. jadi pendant pun boleh, pendek kata, ikut lah kreativiti dikau. Tak ada org nak cakap salah ke apa. Kalau derang kondem lebih² maknanya dia jeles... Hahahaha..

Filigree ni selalunya materialnya dari jenis besi. Kemudian disalut dgn campuran apa aku tak pasti, berwarna chrome, emas atau silver. Tapi yg the latest ni warna nya berwarna warni. Ada pink, biru, kuning, hijau macam² lagi lah. Aku kurang berkenan jenis yg berwarna warni. Sbbnya, pada aku bila dah design filigree itself nampak klasik, tak perlu nak colorful bagai. Macam tak masuk pulak aku rasa. :)

Qualiti? Tgk jenis. Ada yg memang tak cantik sangat coating nya. Nampak besi capuk². Kena pandai pilih. So far yg aku guna alhamdulillah ok. Lain lah kalau kau kikis dgn pisau bagai memang lah kompem tanggal dik!! Tapi tak dinafikan jugak, dalam 1 pack tu of coz ada yg defect nya. Aku suspect filigree ni dia bakar dalam sekam lah. Sbb bila aku beli dalam pack besar tu sure ada daun² kering sekali. :)

Dia datang dalam memacam bentuk, design and size. Macam gambar di bawah ni antara yg pernah ada dalam koleksi aku. Sekarang suppliers aku dah tak bawak masuk stok macam ni. Jadi mana yg tinggal je lah dalam stok aku skang. Kalau ada yg berminat nak beli leh PM aku ya... (sempat kan aku promo hahaha)

Ok adik², mari kita masuk kelas filigree kejap.. :P



 Yg ni besar dalam 2 inch.  Tebal sbb kelopak bunga tu cembung ke atas. 


Ni jenis yg flat..


Ala² Islamik sket design ni kan? 

 Bentuk bunga pun ada.. Pilih je yg kita suka..
 
 Kerawang... 
  
  Aku memang tak minat dgn dsgn ni. Tapi entah macam mana bila aku apply kan pada baju kawan aku nampak cantik pulak (perasan aku lah)

Yg ni comel je kan? Klasik sangat..

Aku suka sangat design filigree yg ni..


Yg ni pun ada Islamik nya touch sket kan?

See? Ada macam² design filigree ni. Bukan senang nak match kan filigree dgn baju and nak tambah manik lagi. Kena pandai gayakannya. Silap jahit, tenggelam filigree ni. Baik tayah letak langsung pada aku. Pernah juga ada org tag aku di FB dgn tajuk mukadimah nya eheheh.. "Crumble Filigree".. Belek punya belek gambarnya, aku tak nampak pun filigree?? Laa rupanya dia jahit filigree lepas tu atas tu dia tutup dgn manik. Hmmm.. al kesah nya.. Dik, kalau akak kan, tayah la kau pepenat jahit filigree tu pastu ko tutup pulak langsung tak nampak filigree tu... Motif?? Buat penat ko je dik!! Tu kalau akak lah...

Ada pulak yg baju nya dah penuh sarat dgn motif bunga² dan daun, ditambah dgn filigree ni. Hmm.. Sekali lagi aku rasa kurang sesuai. Tak ada kesinambungan di situ. Aku still dgn pendapat aku yg filigree ni akan nampak cantik kalau kau jahit dia kat baju kosong. And ko kena nampak kan filigree nya pattern tu. Tu pun tujuan asal kita jahit ye tak? Nak nampak and tunjuk benda tu,. Ni kalau kita jahit pastu benda tu tak significant, tak nampak, main hide and seek, baik kita simpan je benda ni. Guna kat baju lain. Jimat kos dan tenaga! Hehehehe... 

Ada pulak yg jahit filigree ni terjongkit².. Alamak dik, tak sakit ke nanti kalau tercucuk badan si pemakai? Eh, aku tak memain tau. Ada yg jahit filigree yg bentuk daun macam kat atas tu, dia jahit benda tu satu side sahaja, satu side lagi ternaik ke atas. Ala² 3D kot kekdahnya. Perlu diingat, material nya walau dari besi dia flexible, boleh bengkok². Jadi kalau kita jahit dia terjungkit macam tu, possibility nak cepat patah amatlah tinggi ya! Jadi bersedia lah kalau customer tu marah².. hehehehe

Macam mana nak jahit? Always remember thi, anything flat, goes flat. Maksud nya, benda ni kan flat, jadi ko jahit di flat terus atas kain. Tayah nak kreatif lelebih ko jungkit kan dia lah bagai ya.. Tak perlu! Filigree ni kan ada lubang² tu? Jahit curi macam kita jahit batu sew on stone tu di bahagian yg ada lubang² tu. Kalau nak kukuh, and size yg besar, kenalah jahit curi tu di setiap penjuru yg berkenaan lah. And kalau boleh gunakan benang yg warna seakan warna filigree, baru nampak cantik dan kemas. Kalau kau malas akak tak leh nak buat apa dik hehe.. Tapi sebaiknya gunakan warna benang yg dekat dgn warna filigree. Buatnya baju tu color merah ke kuning? Tetiba ada secoet color kuing kat filigree tu..  Macam cacat sket lah dik..

Ok kelas kita dah abes.. Jadi kalau nak gunakan material filigree ni, kena ambil kira faktor keseluruhan baju tu nanti nampak macam mana. Kalau rasa sesuai boleh la dipadankan. Kalau rasa serabut, abaikan je.. Tak semestinya org lain guna filigree kita nak guna gak.. Aha.. ini satu trend lagi ni, org lain pakai tu eh kita pun sebok nak gak pakai.. Tapi tu nanti kita cite lain kali ya dik. Akak tau ko dah boring baca akak nya coret moret ni ehehehe.. 

OK mari kita lihat design yg satu ni. Cukup lagh satu ni dulu. Baju kebaya pink. Kainnya bercorak petak². Ada elemen geometric gitu. Jadi dalam aku rasa design filigree yg no#006 (refer gambar atas) tu tak cantik. Rupanya bila kerah sket otak ni dia jadi cantik pulak dalam design baju kebaya ni. Bila nampak cantik, baru ramai nak beli design yg satu ni kekekekekekeke... Kalau tak slow je dia jalan hahahaha.... Pandai tak strategi akak ko nih? Hahahaha.. Jgn mare.. Memain je dik.. 

Ok lah.. enjoy!!!!

 Close up. Ni bahagian tengah baju kebaya. Another tips, it goes well with sew on stone.. Kalau tutup pun biar jgn the whole thing tak nampak..


Yg ni bahagian lengan baju. Aku combine Crumble dgn filigree..
 

 Ok full view... Cantik tak dik? Akak perasan macam cantik je ahahahaha....



 Best tak kelas filigree kita hari ni? :P

p/s: eh kalau korang order stok tak ada jgn marah aku ya....  marah kat supplier

Karma tu macam bola rupa dia...

Recovery update: Alhamdulillah. Bangun pagi ni terasa segar. Rasa lain macam sket. Malam tadi aku ambil semula 7 Leaves Ginseng sebelum tidur. Mungkin juga kesan dari herba ni. Sbbnya baru semalam aku makan semula setelah beberapa hari terputus bekalan. Sebenarnya aku tak nakbergantung sangat pada herba ni. Ubat herba ni datangnya dari China, jadi paham² je lah status nya. Aku takut juga kalau ada kesan sampingan ke apa. Tapi so far alhamdulillah herba ni sangat berkesan pada aku. Memang miracle jugak aku rasa. 

Apa yg. ingin aku kongsikan ni dah lama aku pendamkan. Tapi ingin aku tegaskan, ini sekadar pendapat aku sahaja. Dan pendapat aku ini aku luahkan.. aku kongsikan untuk tujuan peringatan buat diri sendiri juga. 

Hidup kita ni memang ada kalanya macam roda. Kejap kita di atas. Kejap di bawah. Jadi bila ada masa kita di atas, sentiasa beringat, bila² masa kita akan berada di bawah kelak. 

Tak kira betapa tinggi pun jawatan yg kita pegang, hormatlah pada semua org. Sebenarnya lagi tinggi jawatan kita, lagi banyak org bawahan yg kena di jaga, lagi banyak tanggungjawab nya. Jadi boss besar bukan setakat beri arahan itu dan ini. Hati dan perasaan staff bawahan juga harus dijaga. Bukan perlu ambil tahu banyak pun, cukup bertanya khabar, tau apa sakit staff kita. Cukuplah. Staff pun rimas kalau boss bzbodi semacam hehe..

Tapi apa yg aku lihat, sekurangnya di pejabat aku lah, yg exec biasa pun bukan main lagi lagaknya. Dibulinya non-exec yg bukan pun direct report pada dia orang ni pun. Mentang² lah kawan tu non-exec, jangan lah ditala semua kerja kat dia. Walaupun kerja nampak senang. Kadang setakat telefon members of mtg nak confirm kan attendance. Bunyi memang senang, tapi nak telefon bos² besar ni kadang banyak gak songeh mereka. Kadang kesian juga aku lihat. Dengan meeting yg berganda². Oh ya tempat aku ni memang dikenali sebagai tempat meeting hahahahaha... Asyik lah meeting sana sini. Memang hebat bab meeting ni. Tapi bab execution, FAILED! Or at least most of it lah.. 

Kadang aku tgk yg boss atas² ni lebih berhemah dari exec or manager level. Mungkin boss besar ni lebih wisdom, faktor umur, dah lama kerja, dah lama pegang title boss hehehe.. Yg baru nak naik ni kadang macam kaduk naik junjung. Tapi kadang yg bukan boss pun tak kalah lagaknya!! Budi bahasa tu lambang diri kita. Tak perlulah nak marah².. nak jadi sinikal.. Sinikal perlu digunakan pada masa yg tertentu sahaja. Ni kalau 24 jam kau nak marah, nak perli org, susah lah org nak kerja dgn kau. Tension semacam kadang tgk bebudak baru masuk kerja ni dapat manager yg macam tu. Nak buat macam mana dik, samada ko tahan atau ko kena pandai lah amik hati boss ko tu. Kalau jenis yg memang suka kena kipas, kena lah ko beli kipas karen satu letak kat opis hahaha.. Opis ni pun bukan sejuk sangat. Akak ni selalu berpeluh² kat opis hehehe....

Hidup ni macam karma kan? Banyak benda yg aku perhatikan, Allah tu Maha Adil. Aku kan dah dikategorikan sakit berpanjangan. Apa tak nya, mula dari sebelum pregnant aku dah amik long MC dekat 3 bulan, then aku sambung dgn unpaid leave sepanjang aku pregnant. Bila lepas pregnant, lumbar problem aku seemed worse, so bila buat operation awal tahun ni aku MC lagi for another 3 months. Then ada pula problem lepas operation tu. Ada spine fluid leakage due to the operation, so aku kena buat another operation in April to remove the excess fluid. Bayangkan tempat yg sama di potong 2 kali in within few months! Tu yg keadaan aku selalu sakit².. sbb tak pulih sepenuhnya dah kena operate lagi. 

Jadi adalah seorang hamba Allah yg sangat concern dgn keadaan aku yg tak ada kat opis berpanjangan. Seseorang yg berpengaruh. Aku cuba nak paham concern yg dia rasa, sbb dia boss kan, tapi mungkin cara dia buat aku agak terkesal. Tapi Allah tu maha kaya.. pendek cerita.. eheheh tayah lah cerita..

Allah tu Maha Adil.. Maha Mengetahui.. Sakit yg aku rasa mungkin tak org nampak. Aku bukan berdarah sana sini.. Berbalut simen bagai untuk disimpati. Jalan berdengkot pakai tongkat bagai..Sbb tu ramai yg macam tak percaya aku sakit. Org tgk aku macam biasa. Jalan macam biasa walau kadang sakit tu memang buat aku jalan senget² (tapi sbb kontrol macho kan, tegak gak badan aku hahaha). Sampai ada yg bertanya, " eh jalan laju je ye ke slip disc?" . Sakit ni kalau aku boleh pindah² kan, dah lama aku korang rasa hehehe.. Tak payah aku nak jawab. Sbb kalau jawab penat mulut nak explain. Kasi rasa 1 min biar dia rasa baru tau kot.. Amacam? Ada berani? Meh la.. :)

Eh aa kan dah melalut cite pasal sakit aku pulak. Tu lah sape suh layan.. Kan dah jauh terpesong aku ni dari tajuk asal haha.. 

Jadi pesan aku, prihatin lah dgn rasa hati org lain. Tak kiralah apa pun darjatnya. Waima mak cik cleaner sekalipun. Tak rugi ucapkan terima kasih. Ucapan terima kasih itu sebenarnya kalau kita betul² ikhlas, sangat besar azimatnya. Bukan sahaja pada mereka yg kita ucapkan, tapi pada kita sendiri. Saat kita lihat wajah mereka yg gembira dgn ucapan terima kasih kita, saat itu rasanya sungguh bahagia. 

Tak percaya? Cuba pandang sesiapa yg ada berdekatan, cakap "terima kasih kerana buat hidup saya lebih indah dan berwarna" Buat sekarang juga!!!! Hahahahaha...

Kuetiau 12 malam..

Keadaan yg panas terik buat aku tak boleh tidur. Jam dah 12 malam, aku tatau nak buat apa. Kalau memanik pun tak ada mood sekarang. Berpeluh2 bagai dalam sauna. Nak duduk kat ruang tamu dgn keadaan seksi pun tak boleh juga. Sekarang ni anak sedara Mr BK ada tumpang buat sementara waktu. Baru dapat kerja dekat dgn area rumah aku ni. Satu hal kena bersopan santun di rumah sendiri. Aku dah lah selalunya dalam ketidaksopanan. Almaklum rumah sendiri ye tak?

Sudahnya, aku goreng kuetiau... tengah2 malam hahahaha.. Agak lapar juga sebenanya. Sudah, kang nak tidur pukul berapa aku ni ? Dah masak nak gak merasa. Dah merasa macam sedap pulak eceh.. Jadi merasa tukar kepada makan terusssss!!!! Babai dietku!! Tak apa nanti aku qada' balik ye diet tu.. 

Ada satu rasa lain macam bila ada org lain di rumah kita kan? Bukan aku nak cakap tak suka org tumpang rumah. Bukan macam tu. Cuma aku rasa janggalnya lahai.. Aku rasa tak selesa. Tak selesa satu hal. Aku punya rasa yg tertanya, org tu ok ke tak duduk umah aku? Aku jadi tak keruan memikirkannya. 

Aku rasa aku memang tak akan punya bibik... Ini pendirian aku buat masa sekarang lah. Sbb aku tak dapat bayangkan hidup aku ada org asing dalam rumah. Eiii.. memang tak boleh. Lagi2 nak tinggalkan anak dgn org asing. Ambil bibik ni umpama berjudi aku rasa. Dapat yg ok alhamdulillah. Dapat yg tak ok, bersedia je lah.... 

Pengalaman aku 2 bulan duduk di rumah masa sakit hari tu pun dah cukup lah. Bukan apa sangat, tapi saat aku mendengar suasa bibik rumah sebelah terjerit2... terdengar suara anak kecil menangis2.. sayu nya hati aku... Apalah yg dibuatnya dgn budak kecil tu. Tak.. aku tak rasa dia dera.. cumanya aku tau dia marah budak tu.. Kadang dengar juga biji butir nya. Belum lah tahap kronik.. tapi aku membayangkan anak kecil itu Humairah... Allahuakbar. Tak sanggup aku. 

Ok lah aku update sbb nak layan mata and nak kasi proses penghadaman berjalan lancar hahahahaha.... Mata sudah layu. Mari kita tidur rakan2.... 

p/s: aku sempat survey harga barang di My Mydin.. hmm not bad eh? Murah gak harga barang2 kat sana... 

Jom potong!!


Recovery update:  Tidak banyak improvement. Mungkin gara2 jatuh. Badan aku sakit2 jadinya. Rupanya kesan jatuh tu not immediately. Dah 2-3 hari baru terasa. MasyaAllah. Dugaan yg. tak pernah aku pinta. Sudahnya 2 hari aku off ke opis. Nak berjalan pun senget2 pegang dinding. Nak jumpa doctor pun tak larat. Baru nak happy sbb dah quite ok dah. Aku kira ALLAH itu Maha Mengetahui. Dia perancang segalanya. Oh ya, ke dua tangan juga terasa kebas2 sehingga ke belikat. Hopefully its not the symptoms of my L1 & L2... Jauhkanlah...

Ok stop before aku melalut2 banyak lagi.. :)

Hari ni terasa sangat bahang. Aku minta Mr Asst. belikan Coke. Uihhh nimatnya bila minum dgn ais. Jarang benar aku minum Coke nih. Tapi hari ini lain betul teriknya. Lepas 2 hari tak boleh bangun baru hari ni aku ke klinik. Kawasan yg baru di Puncak Jalik kurang pokok, jadi bayangkan panasnya macam mana. Singgah pula makan tengahari di Al Hameed Nasi Kandar. Not bad kari kambingnya. Tapi lepas tu kepala aku rasa semacam. Oh lalala.. petanda apakah? Selalu aku ok je makan kambing. Panas sangat atau kolestrol aku dah tinggi ni?

Bila panas terik macam ni nak memanik pun tak ada mood. Oh rumah aku tak ada aircond. Sbbnya, aku darah panas, Mr Asst darah sejuk. Alamak, chup.. aku nak tukar Mr Asst. ke Mr BK.. baru sedap sket.. BK tu apa dia? Jgn tanya aku ahahahaha.. Mr BK tak tahan sejuk.. kalau malam sure berebut2 remote kipas dia slow kan kipas. Bila aku terjaga dah kelemasan aku pulak lajukan. Sudahnya karang samada dia lari kuar bilik or dia selimut dari hujung kaki ke rambut. Aku ngan dak kecik ok je kipas lelaju nih. Jadi nak pasang aircond adalah pk 100 kali... kalau aku je tido dalam bilik berdua ngan baby baik tayah..

Tadi aku kemas baju2 yg nak dimanikkan. Adalah beberapa pasang. Aku tak amik banyak for Raya. Pengalaman lepas mengajar diri... Berpada2...  Ada few baju yg buat aku teruja nak jahit. Ada baju yg agak fragile.

Kadang pemanik macam aku ni, walaupun ada queue dah baju yg mana nak jahit dulu, tapi kadang bila sampai baju baru yg agak mengujakan, aku tah cam mana akan jahit baju tu dulu pulak.. Unfair kan? Tapi tak boleh nak control kadang. Dia punya tarikan tu lain macam... Tapi kadang tatau kena mandrem ke apa ke, bila parcel sampai nak bukak pun malas. Biar je lah parcel tu macam tu dulu. Tade nafsu langsung nak tgk kain jenis ape ke warna apa ke.. Ha sape hantar tuju2 kat aku nih? kekekekekeke.. Kidding... Nanti aku cite pengalaman aku taleh nak jahit langsung. Jari bagai ditusuk2 setiap kali pegang jarum. Nanti lah ek.. Pepanas terik macam ni tak elok cite panas cam tu..kita kena cite sejuk2 je skang ni hahaha...

Aku terbaca entry K Zackie pasal tangan dan kaki di blognya. Bila aku belek tangan aku.. Subhanallah. Cantik!! Ada kesan pisau, ada kesan lecur. Lecur tu sbb nak cepat masak bubur aku besarkan api, jadi bila dia menggelegak tu percik lah kat tangan aku nih. Sakit jugak tau bila dah kering. Tu belum masuk lagi kesan apa2 lagi yg aku tak boleh kesan. Tetiba je rasa sakit. Tgk2 ada la kesan merah lah apa lah.. Hai memacam.

Sebenarnya, bila nak menjahit manik, aku akan pastikan kuku pendek, segala kulit kering yg ada aku potong. Sbbnya bila nak jahit karang tanak benang atau kain baju tu sendiri sangkut2 pada kulit. Terutamanya jenis kain crepe silk. Kadang daging lebih sket tepi kuku pun boleh tersangkut. Nak jahit manik pun tak senang. Jadi senang citer sebelum jahit memang aku belek2 dulu jari ni. Mana yg perlu di potong kita kasi zasssss dulu. Senang proses nak jahit nanti.

Jadi kengkawan pemanik sekalian (wah, macam ketua kampung buat announcement haha)... pastikan kuku kita pendek supaya benang kain kat baju tu tak tertarik2 bila kita jahit manik. Bersih tu kan amalan mulia.. :)

Aku kan.. Aku kan.. nak show off sket.. Kasi lah peluang kat aku nih kan.. Sbb kat blog sendiri kekekeke.. Kalau blog org lain memang aku tak buat perangai macam ni haha...


Jom main teka teki!!!!






Cuba teka siapa designer yg belek baju ku itu? Hehehehe.. Antara pengalaman manis dalam hidupku bergelar pemanik....




Teka lah!!  Tapi tak ada hadiah... hehehehe :P

Monday, June 18, 2012

'Macam mana Umi dapat idea nak memanik ya?'

Selalu itulah soalan yg sering org bertanya kepada ku bila bab memanik ni. Soalan yg aku kira agak sukar juga dijawab.

Ok, back to the question. Macam mana ya? Atau soalannya dari mana dapat idea? Cari dalam laci meja akak ni ha dik.. banyak idea. Nak tak satu? Hahahaha.. Jangan lah sentap dik. Baru nak gurau dah nak marah..

Dulu, bila manik hanya sebagai hobi, aku banyak buat eksperimentasi. Aku sukakan sesuatu yg berlainan. Aku suka simpan gambar2 yg cantik2.. samada dari Internet, majalah atau buku.

Percaya tak dulu zaman sekolah, aku rajin masuk bilik khas yg jarang student masuk. Bilik tu banyak buku lelama and bebuku yg aku tak pernah jumpa. Cam hi class nye collection lah buku² dalam bilik tu. Aku pernah koyakkan satu page dari buku library sekolah semata2 aku suka gambar sekor tikus yg boleh berdiri tu, apa nama nya ya? Yg hidup kat desert tu.. Praire dog eh nama kan? Ha betullah..

 Cuba kau tgk, betapa comel nya mereka ini?

Alahai... pandai pulak nak kish².. meh sini macam nak geget je 2 ekor ni lah... 

Aku tak suka pada benda yg sama org lain buat. Agak kiasu di situ bukan? Tak juga.. sbb aku akan dig.. gali dan terus gali sendiri by my own. Aku tak suka jadi follower. Aku tak suka stereotype. Aku suka explore dgn cara aku. Sbb tu kadang ada design yg org nampak tak siap kakakakkakaka.. Padan muka dgn diri aku! Tapi aku tak kesah, sbb pada aku memanik adalah satu cabang dari aku menzahirkan rasa cinta aku pada seni. Nak melukis2 dah malas dah. Dah ke mana semua set brush dan color aku.

Jadi dulu, aku selalu dapat idea dari cara aku observe. Contohnya, design yg aku namakan 'Cerapah'. Aku dapat ilham masa aku lalu satu kawasan berpaya di Terengganu dalam perjalanan ke Kelantan. Aku perhatikan pokok² bakau2 yg dahannya kering tanpa daun. Nampak cantik betul ranting2 kering berwarna putih tu. Aku simpan agak lama idea tu sebelum aku olah kepada idea memanik. Selalu macam tu lah. Kadang idea datang, tapi baju yg nak dijahit manik belum ada atau tak sesuai. Jadi simpan dulu. Kadang aku sketch dulu, conteng2 adaptasikan. Kemudian bila ada baju yg sesuai baru aku olah semula idea tu.

Subhanallah.. cantikkan? - Google


"Cerapah" designed by Umi PepariDsign

So terhasil lah design Cerapah dari idea pokok bakau tadi. Kadang percaya atau tidak, idea tu datang spontan. Tengah masak pun leh dapat idea. Tengah bawak kereta pun tgk awan berkepul boleh dapat idea. Paling tidak pun, cuba tgk benda² yg cantik macam bunga ke, painting ke, arca ke.. InsyaAllah idea tu pasti akan datang juga. Cuma lambat atau cepat je lah. 


Antara lain yg pernah menjadi sumber inspirasi aku adalah pokok keladi. Somehow aku rasa daun keladi memang unik. Macam² jenis daun keladi kau akan jumpa. Ada yg berpatik², ada yg berlubang².. Macam jenis rupanya daun keladi ni. Tgk je gambar bawah ni. Tak ke cantik daun ni?
 Nak tiru bebulat apply pada jahitan manik pun boleh design ni...

Tapi aku simplified kan jadi macam ni bila aku jahit manik...

So, tu sedikit sebanyak yg aku boleh kongsikan, macam mana aku dapat idea nak memanik ni. Kadang sebenarnya dari baju yg kita dapat tu sendiri pun kita dah boleh dapat idea. 

Apa pun, kena percaya pada idea yg kita dapat. Jgn asik cakap kat diri sendiri "Ala tak lawa lah.. tak cantik lah.." Selagi kita percaya pada apa yg kita pasakkan pada hati kita, sampai bila pun kita jadi percaya. 

Usaha tangga kejayaan..  :)  

Selamat memanik!!

Sunday, June 17, 2012

Bagai paus terdampar


Pagi ni aku bangun dgn rasa sakit di perut. (Eh manjang je ko ni sakit.. Bila masa yg tak sakit?) Abuden dah memang sakit.. Alhamdulillah lah.. Bukan nak ngadu. Nak citer je ehehehe

Bangun je pagi ni terasa perut macam keras semacam. Tapi masih boleh bangun. Tak ada masalah. Alhamdulillah. Aku cukup risau kalau tak boleh nak bangun bila pagi. Duduk tepi katil, perasan jadi Doktor kejap. Check perut sendiri. Tekan bahagian abdomen atas. Sikit keras. Bawah ok. Tepi ada sikit sakit.
Eh tangan bahagian atas pun ada rasa sakit.. Huhu.. Semalam punya kejadian, hari ini baru dia datang kesan.

Kenapa semalam?

Ehehehehehe.. Nak citer pun sadis.. Kelakar pun ada. Tapi lebih banyak seram dari kelakarnya aku rasa.

Semalam, macam biasa bila bangun pagi aku akan pastikan bubur Humairah ditenggek dahulu. Budak kecik tu kadang taleh percaya sistem perut dia. Kadang bangun nak makan terus. Kadang nak susu dulu, lambat sikit dia makan. Aku kejutkan Mr Asst pindah atas katil temankan si kecit..

Sambil masak bubur, sambil buat breakfast. Hui rajin tak semalam breakfast aku adalah Tuna Croissant. Tak, aku tak rajin nak buat croissant tu. Memang tak ada kepandaian berbaking pun aku ni. Maybe not yet.. Hopefully one day. Keinginan ada. Slowly.




Aku tak rajin nak letak accessories bagai. Tomato pun aku cincang terus masuk dalam tuna. Sodap je bai.. - pic ehsan Google


Tengah layan TV kejap tetiba dgr Humairah menangis tiba². Aku dah panik and dok pikir dia jatuh katil. Mesti bapak dia tak perasan nih. Tapi sebelum tu aku dgr dah 2 beranak ni pot pet².. Apa lagi berlari aku ke bilik. Tapi tah mana silapnya, mungkin kain batik aku terlondeh ke, tersembam aku atas lantai. Memang macam ala ala goal keeper aku landing. Cuma bezanya bola tak ada. Kau imagine, dgn tangan sebelah pegang epal, dgn mulut masa tu tgh mengunyah epal tu.. Tertiarap aku kat lorong antara bilik. Sakitnya kau jangan tanya!!! SAKIT yg amatz!!!

Ye lah kan dah badan besar gabak, jatuh cam tu Mr Asst pun terkejut. Kuar bilik tgk aku dah terdampar dia pulak panik. Air mata dah keluar dah bergenang dah ni. Epal aku dah tercampak mana tah. Dgn serpihan dalam mulut terkeluar. Lama gak aku tersenyap atas lantai. Sbbnya aku nak pastikan badan aku ok. Masa tu aku risau satu je, janganlah jadi apa² kat spine aku. Sbb doc dah pesan, you can't afford to fall again. Bayangkan takut aku masa tu. Takut L1, L2 and T12 jadi lagi teruk. Tapi alhamdulillah. Aku boleh bangun. Cuma lama sikit lah aku terbaring atas lantai tu. Yg si Humairah dok langgar² aku dgn walker dia. Dok la macam nak nangis². Gamaknya sedih kot tgk mak dia tergolek cam tu hahahahaha..

Bila aku kenang balik. Ketawa gak aku. Apalah yg aku kejarkan sampai macam tu punya jatuh. Lepas ni kena lebih precaution. Hari tu dah tergolek depan fridge. Tapi tu maybe sbb aku overdose ubat. Mamai semacam.

Hehehe.. Malu nak cite tapi lebih kurang cam ni lah aku terdampar semalam bila jatuh. Cuma dia ni comel sket je dari aku. Ahahahahahaha...

 Lebih kurang cam ni lah terdampar.. Hehehe..


And now lengan aku sengal and sakit semacam. Mungkin menahan berat badan masa jatuh semalam.. Yeay!! Sangat bonus berganda dgn perut keras semacam.. :(

Thursday, June 14, 2012

Pemanik itu sabar nya kena tinggi ya..



Recovery update: Alhamdulillah, semalam aku balut almost satu pinggang dgn Acustop, sakit pinggang berkurangan. Bangun pagi terasa sedikit segar. Cuma masih ada masalah dgn cramped di kaki. Cumanya malam tadi serangan hanya 2 kali. Itupun sekejap sahaja. Mungkin kesan dari senaman ringkas dan juga 2 biji calcium yg aku telan semalam. Tapi betis masih terasa sakit kesan cramped yg teruk kelmarin. 


Percaya atau tidak, berkongsi minat sebagai pemanik ni kadang jadi masalah juga. Kenapa aku katakan begitu? Kadang apa yg cuba kita kongsikan bersama disalah ertikan. Kadang ada yg cuba ambil kesempatan. Kadang ada yg iri hati dan tak puas hati. Susah juga dibuatnya.

Konsep aku senang. Aku memang suka berkongsi. Tak kisah lah gambar koleksi jahitan manik aku ke atau pun idea sekalipun. Kalau suka terima, kalau tak suka terpulang. Hidup ni pada aku mudah. Buat apa nak susahkan keadaan. Kita seringkali punya pilihan. Antara nak atau tidak. Antara suka atau tak. Antara kau nak baca blog aku atau tanak eheheheheh...

Tapi aku perasan, dunia negatif ni lebih banyak berlaku di FB. Mungkin medium nya yg lebih luas. Luas dgn jaringan rakan2 maya. Interactive nya juga mudah! Sebelum tu aku agak kelakar bila ada seorang yg mungkin baru berjinak dgn dunia manik bertanya macam mana nak buat marketing kat internet? Pelik aku. Ber FB pandai, tapi nak gunakan peluang yg ada tak kan tak reti langsung? Hehehe.. Buat aku tersenyum sorang, tapi aku layankan juga. Cuma pada aku, alahai jgn manja begitu rupa. Hidup kena ada inisiatif. Baru kita maju. Jelek juga kadang di FB tu, org just simply bertanya. Sedangkan, kalau dah boleh berFB pada aku korang juga boleh ber'Google' bukan? Jadi apasalah nya ambil sedikit langkah tanya pacik Gugel tu? Ada yg lagi pelik tapi lebih kepada pemalas pada aku, kadang org tu dah inform segalanya di status, nak juga di tanya soalan2 bodoh yg dah di terangkan kat atas tadi. Kau rasa org ni patut letak kat benua mana ya??

Kalau ada yg suka dgn design aku dan cuba tiru, aku tidak kesah. Pada aku itu satu compliment. Dan sedikit terharu juga kerana sekurangnya idea aku memberi inspirasi pada seseorang. Tak kesah lah kalau org itu tiru 100% pun. Kerana aku percaya nak jadi kreatif dan inovatif memang susah. Meniru itu sebenarnya salah satu cara kita bermula untuk jadi kreatif. Dari meniru, kemudian kita olah sedikit demi sedikit baru kita jadi inovatif. Tapi kadang ada sesetengah melenting bagai nak gegar satu dunia. Kalau tanak org tiru idea ko, tayah publish kat public. Simpan je dalam komputer ko tgk sorang2. Diam. Senang cerita. Tak paham betul aku.

Aku paham kenapa ada pemanik yg marah. Sbb ada juga individu yg suka ambil kesempatan atas org lain. Ambil gambar manik org lain kemudian claimed yg itu adalah hasil jahitannya. Hehehe.. Org macam ni pun ada kan kat dunia? Kalau aku senang je dapat tau org cam ni, aku hantar berbakul2 baju kat dia. Hahahaha.. Amik tgk ko leh jahit tak macam gambar yg ko curi tu?

Ada lagi hebat dgn buat catalog. Siap dgn harga sekian2...  Memang berani mati betul. Alhamdulillah, so far aku belum terkena. Atau mungkin ada aku yg tak ambil peduli. Biasalah aku. Benda dah basi baru aku tau. Almaklum leka dgn dunia sendiri kadang ehehehehe.... Terima kasih pada mereka yg suka jadi informer aku.

Kadang ada juga pemanik yg suka bertanya kepada aku. Design begini berapa harganya? Design yg itu pula berapa? Yg ini kadang aku kurang berkenan. No! Bukan aku kedekut nak bagitau range of my price. Rata2 pun dah tau dah range aku macam mana. Cuma cara mereka kadang kita boleh tau apa niat disebaliknya.

Ada di kalangan mereka baru berjinak mengambil upah. Jadi aku rasa kurang adil kalau kau nak samakan harga dgn cara aku kenakan harga. Lain org lain caranya. Aku mungkin berkongsi pengalaman, tapi tidak bermakna kau boleh ambil bulat2. Kena tgk cara dan gaya kau jahit. Kos dan tenaga kita berbeza. Aku pernah berkongsi dgn seseorang. Kemudian dia ambil bulat2 harga yg aku kongsikan dan diberikan kepada customernya. Ha kau menjerit customer dia. Lepas tu dia marah2 tanya aku, kenapa customer dia tanak  bayar macam harga yg aku kongsikan. Haiii.. susah kan? Kongsi salah.. tak kongsi salah.. Sebab tu aku kadang malas nak layan org yg suka tanya2 harga macam ni... Kita berkongsi pengalaman dan pendapat, pandai2 lah ko adjust dgn cara kau.... Geram tau!!!

Ada juga pelanggan yg suka test market. Tanya semua design baju satu2... tapi kesudahannya diam seribu bahasa. Aku tade lah marah sangat. Cuma pada aku kalau dah satu design kau dah tau harganya, rasanya kau boleh predict harga design yg lain. Range nya lebih kurang sama je... Tapi nak buat macam mana kan? Itu hak mereka. Duit mereka yg nak dibayarnya pun. Layankan je :) .. Seronok sebenarnya bila deal dgn ramai org ni. Memacam perangai dan kerenah yg kita jumpa. Kadang yg tak kita sangka2...

Oh.. sebelum aku lupa. Mereka yg teringin nak belajar menjahit manik Crumble 3D. Sila check tarikh berikut ya:

Date: 16, 23, 24 & 30 June 2012
Venue: Puchong (near by Kinrara Furniture Street)
Time: 9am - 5pm
Fee: RM220 only (normal price RM250)
Kalau berminat boleh contact aku di 0132717091. Jangan terkejut kalau sore aku tetiba bertukar jantina okes? Hehehe...

Materials dan makan minum semua aku sediakan. Jadi datang dgn lenggang kangkung Mak Limah je pun ok. Nak lagi meriah bawak kamera leh kita bersesi GIGAM lepas tu :) .. Aha jgn lupa juga kalau anda ada baju2 yg nak dijahit, boleh lah bawa sbb selalunya lepas kelas student aku suka bawa baju memasing kita share2 pendapat design ape nak buat, warna apa nak pakai, manik macam mana nak pilih. Aku adalah sedikit koleksi manik. Jadi kalau berminat nak beli terus pun boleh.


Yes, lebih kurang ini  macam yg akan aku ajarkan. 3D tak? Baik ngaku 3D heheheh.... 


Eh, 16th June tu esok la ye tak? Hehehehe.. Promo lambat ape lah!!! Tangan ada 2 je dik... Jom hebahkan pada rerakan. Kalau ada adik2 lepasan SPM tatau nak buat apa. Dari dok nganggur nasihat akak buatlah sesuatu yg berfaedah macam belajar manik ke.. Bukan apa, dapat juga tambah duit poket.. Raya nak dekat dah ni, boleh ambil upah jahit manik baju sedara mara... Dapat duit tu boleh lah shopping for Raya. Ape lagi? Marilah reramai :)

Jengkel vs jengkal.....

Aku agak kejengkelan hari ini,..

Jengkel aku bila dgr. suara itu ketawa. Bagai tak ingat dunia.
Lagi jengkel bila teman berbicaranya org yg berketayap bagai. Yg dipanggil 'Haji' dikalangan kami.
Aku bukan anti sosial. Beringatlah bila ketawa. Jangan mengilai bagai pontianak hilang dahan bersenggayut.
Mana malunya? Mana segannya? Heran aku..

Aku juga amat jengkel kalau jantina sesama aku tidak punya malu bergurau senda bertepuk tampar dgn berlawanan jantina. Gurauan yg diselitkan ketawa mengilai. Terbahak².. ada yg sampai menjerit². Lebih menjengkelkan hati kalau mereka itu org yg dah berkahwin dan beranak pinak. Mana adabnya? Mana sopannya?

Aku juga jengkel bila ada org suka berlagak macam polis di sini. Berlagak macam dia bagus. Berjalan dgn tangan di belakang. Cukup masa buat rondaan satu kawasan. Kalah lagak YB! Tengok org itu buat apa. Org di sini buat apa. Mencari gossip dgn. kakak² di sinun.

Ah!! Sebu perut aku. Mual tekak aku. Lebih menjengkelkan, org itu juga berketayap. Ah sudah. Adakah aku anti dgn mereka yg berketayap? Hahahahahahaha........

Maaf lah. Aku memang jengkel dgn kamu yg suka perasan bagus.


Crumble pun 3D tau!!


Teringat yg aku kena save semua pics dalam FP untuk jadikan rujukan semula, maka tadinya aku luangkan masa sekejap jengah FP aku. Sbbnya aku dah tak ada resources lain. Nasib baik ada FP. Yg resources asal dah hilang bersama laptop lama ku. Jahanam betul pencuri itu!!

Bila aku bukak balik FP aku. View balik pics lama. Oh! Banyak nya yg dah lain.. Apa yg lain? Design Crumble aku lah ehehehe.. Korang jgn muak lah ye kalau jumpa beribu perkataan Crumble dalam blog ni wahahahaha....

Memang betul. Dan agak logik lah juga kalau harga upahnya juga dah amat berlainan dgn 2-3 tahun dulu. Crumble yg aku hasilkan sekarang lebih heavy dah padat dan exclusive pada aku, berbanding 2-3 tahun lepas. Sekarang lebih banyak layer dan kalau aku nak claim Crumble aku memang nampak macam 3D pun tak salah rasanya. Sbbnya kau boleh nampak bezanya dari pandangan sisi. Berlapis² Crumble aku sekarang.

Teknik pun dah lain skang ni. Aku banyak apply 3D teknik dalam Crumble aku. Sbb tu kelas aku namakan 'Crumble 3D' almaklum nak menumpang gak keglamoran 3D yg melanda skang wahahaha.. Kidding. Sebetulnya, aku memang ada applykan teknik 3D dalam design Crumble aku. Cuma aku olah lah ikut gaya rentak PepariDsign. Aku kan suka suki ikut kepala otak aku.. Konon tanak sama dgn org lain ahahaha.. Baru nampak exclusive dek.. Jadi pemanik kena ada evolusi. Bukan takat kreatif je tapi kena ada juga innovasi. Eceh!! 

Jadi kalau ada customer aku yg pernah hantar baju 2-3 tahun lepas pastu teringin nak hantar tahun ni jgn pulak sentap dgn harga sekarang ni ya. Tak mahal  mana pun kak. Kalau akak tgk macam mana bersengkang mata nya aku jahit sure akak taubat nasuhah hehehehe. Dengan rabun teruknya. Dengan pinggang dah sezennya.. Kesian lah sket kat aku nih..  keh keh keh...

 Yg ni tak silap aku org Sabah

 
Yg ni pun Sabah rasanya..

 
Yg ni aku tak ingat dah sape punya

Aku suka pulak combination baju yg ni. Tak silap aku dari Puchong akak ni..


Okeh.. tuh kat atas antara yg aku sharekan.. memang berbeza sangat kalau nak dibandingkan dgn Crumble yg aku buat sekarang ni. Atau lebih tepat sejak aku men' 3D ' kan Crumble aku.. eheh..

Tak caya ke? Satu cukuplah satu gambar kat bawah ni aku tunjuk as bukti. Nanti aku tade gambar pulak next entry.. Kang korang tanak masuk lagi blog aku haha...


Beza kan adik² sekelian??? Jadi janganlah segan² nak menempah manik dgn akak lepas ni hahahahaha......

Sekarang ni kalau customer nak request yg simple je pun aku dah mati akal nak buat simple macam mana. Sbbnya sudahnya, version simple aku tetap akan jadi heavy. Selalunya Mr. Asst akan jadi QC aku. Agak² aku dah lupa diri kejap dia sepak lelaju sket ehehehe... Tadelah.. dia gosok² sayang belakang aku..

" Tu kenapa terlebih²? Dia nak heavy ke?"

Terus aku akur bagai pekerja contoh letak jarum dan manik dan masuk bilik tidur (sambil libas rambut). Hahahahahaha.. Boleh tak itu macam?

ps: Mr. Asst. sekarang jahit cepat lah pulak. Kalah aku....

Wednesday, June 13, 2012

Kainnya bercorak, boleh dimanikkan?


Short update on recovery progress: Overall not so good. Last nite few times both legs cramped. Worst on my left ankle. Sampai bawak ke bawah tapak kaki. Sampai dah tak larat aku biarkan je tgk je kaki. Eh apsal dia macam gerak² sendiri? Macam tetiba terherot kaki aku. Wah cuak kejap. Nak kena stroke ke? Tu je dalam kepala aku. Terpaksa goyang sana goyang sini, terjah sana terjah sini, tendang sana tendang sini. Baru ok. Malam tadi tidur agak terganggu. Adalah 4-5 kali kena. MasyaAllah. Ujian sungguh. Pinggang still sakit even tak sesakit kelmarin. Aku masih diagnose diri sendiri, kenapa dalam 2-3 hari ni crammed kaki aku menjadi2.... Almost tak boleh jalan lagi bila bangun pagi tadi, tapi bila last terajang maut tu berkesan pulak ehehehe...

Hari ni aku nak kongsi sikit pasal ilmu memanik yg tak seberapa dari aku. Aku jarang punya masa nak tgk blog or koleksi manik org lain. Sbbnya, banyak benda marketing aku kena buat sendiri. Baik dari mengedit, buat marketing, buat bab2 online ni sume aku. Jadi aku kurang masa nak belek hasil kerja tangan org lain. Bukan sombong ya. Sbb tu selalunya aku pesan kat student aku, kalau dah tag pun kat FB nak suh aku komen, pls PM gak aku inform so dat nanti aku boleh cari later. Kalo takat ko tag je aku, bila taun pun karang aku tak komen dik. Sbb nya karang kompem aku tak pasan tagging ko..  Ya ampun. Kalah PM kan kebizian akak ko nih hahaha..

Tadi kejap ada kesempatan. Cantik jahitannya. Cuma aku rasa di mata hati ku ini mungkin kurang sesuai corak manik yg dijahit dgn baju nya.  Maaf ya. Ini memang komen ikhlas aku.

Selalunya kalau aku perhatikan, design yg dijahit memang cantik. Superb! Tapi sayang, kadang tak berapa 'masuk'' dgn baju nya. Lebih² lagi kalau baju tu bercorak/bermotif. Memang kalau aku pun, dapat baju yg bercorak ni agak berchenta org cakap nak menjahit manik nya. Tapi sebelum tu perlu aku ingatkan, apa yg aku coretkan kat sini adalah semata² pendapat aku sahaja. Jadi kalau tak setuju sila baca blog lain ya hahahaha.. Ko jgn lah sentap dik...

Baju yg telah sedia bercorak pada aku punya nilai cantik nya sendiri. Personally aku tak suka memanikkan baju yg dah bercorak. Sbb pada aku baju tu dah cantik dgn corak yg sedia ada. Tapi mungkin ada certain kain yg bercorak memang lebih cantik jika di enhancekan dgn jahitan manik. Contoh macam corak batik yg simple, or baju yg berbunga jenis berkaki. Paham tak jenis macam mana? Yg ala ala macam batik, bunga menjalar tegak ke atas cam tulah lebih kurang. Tu pada pendapatan mata aku lah. Penadapatan korang bape ribu sebulan? Hahahaha...

Kadang kain yg bercorak padat, jenis halus coraknya macam jenis sesetengah cotton tu pun ok, tapi bukan jenis cam cotton viscose yg sume warna nak diletaknya ya. Aduh! Gue bisa pengsan kalau dapat jenis pattern macam tu. Aku ada dalam koleksi sepasang, menguji minda sedar aku betul sampai skang aku tak ada idea nak jahit macam mana. Sbbnya ko namakan semua warna, semua ada ok... and semua equally scattered!!


Oh ini tidak cukup meriah lagi ya.. Ini masih boleh mencabar minda separa sedar aku eheheh..

Pada aku, kalau baju dah sedia bercorak, lebih² lagi berbunga², tidak perlu masukkan lagi elemen bunga dalam hiasan manik. Antara 2 sahaja, samada kau bisa naikkan aura bunga manik tadi atau terus tenggelam bagai Titanic! Itu cabarannya yg kena ambil kira. Kalau bunga pada baju lagi outstanding dari bunga manik yg kita jahit, rasanya tak perlulah susah payah jahit motif bunga tu. 
Lagi satu sulur paut. Kalau dah penuh baju tu dgn daun, bunga bagai, tak perlu susah payah nak letak sulur paut. Tak nampak apa pun. Tak memberi kesan!!
 Contoh baju bermotif yg agak sukar untuk dimanikkan oleh aku. Last² daku Crumble kan sahaja.. Sonang citer!! Eh ke akak tu memang mintak Crumble? Hilang ingatan kejap..


Kalau umpama macam kat atas penuh dgn daun dan bunga, aku memang tak akan tambah any motif bunga dalam design tu. Sbbnya baju dah sarat dah dgn printed motif tu.. dah memang cantik.. Jadi kebanyakannya baju yg bercorak heavy macam ni aku lebih suka pada design Crumble. Mudah. Padanan warna walau agak sukar tapi sekurangnya tak memeningkan kepala. 

Ni contoh printed motif style batik yg selamat aku Crumble kan juga. See? Senang je kan? Crumble memang penyelamat doniaaa.. ehehehe..

Ok. Kalau tgk motif baju batik biru kat atas tu. Perasankan dia banyak unsur² garis macam ombak tu? Ha, jadi kalau dapat yg macam ni, memang nasihat aku elakkan lah unsur² sulur pautan itu. Memang tenggelam habis!! Tak caya cuba buat.. :) 

Sebenarnya boleh buat, cuma kena pada gaya dan tempatnya. Mungkin di bahagian leher yg kemudiannya ditebalkan unsur kesuluran pautan itu ya. 

Contoh baju yg bermotif tapi tak heavy lebih kurang macam kat bawah ni. Aku suka sangat Aunty ni punya taste. Sangat high class!! Setiap kali baju dihantar aku pasti teruja menunggu sbb aku pasti Aunty ni memang akan tidak pernah kecewakan aku. Baik dari segi quality kain ataupun dari segi corak kain itu sendiri memang exclusive. Dan bermula dgn jahitnya baju Aunty ni aku tidak lagi menggunakan sequin dalam jahitan manik aku sehingga sekarang.


 Motif di kainnya halus dan kecil sahaja. Tidak penuh. Taburan corak jarang².
Kalau jenis kain di atas tu, aku tgk semula coraknya. Selalunya aku akan cuba ambil sedikit inspirasi dari corak yg sedia ada. Warnanya pun aku cuba ambil dari warna motif tersebut dan cuba enhancekan. Macam dalam baju ni, ada motif macam bunga kecil warna kuning. Jadi aku cuba enhancekan kuning tu, bukan sahaja dari segi penampakan dalam bentuk sulur paut, tapi dari jenis manik juga. Kalau perasan, aku gunakan jenis matte yellow. Kiranya memang striking terus lah. Almaklum nak naikkan seri :) Kalau rainbow, tak naik sbb kainnya berwarna hijau berduotone.. hijau-kuning gitu dan agak kilat. Jadi kalau jenis yellow yg rainbow, tak berapa naik seri. Again, pendapatan aku yg hanya 2 sen sahaja ya. Kalau ada org cakap eleh cam bagus je Umi Pepari ni nak cakap lebih², meh sini jumpa aku terus. Ko cakap dalam ati or dgn org lain aku tak tau dik :P hehehe... 
 Another batik, and another Crumble with combination of green sequin. 

Sebelum korang tanya kenapa pakai sequin gak? Kata tak pakai? Cakap tak serupa bikin lah Umi Pepari ni. Eheh.. ini koleks lelama. Aku amik dari FP aku. Sekian terima kasih :P
Kenapa ada unsur hijau tetiba dalam keunguan yg melanda? Sebabnya, mudah sahaja tuan² dan puan² sekelian. Motif batik ni agak rare pada aku dari segi olahan warnanya. Rare yg cantik ya. Sebenarnya warna hijau ni aku cuba match kan dgn unsur kehijauan yg ada pada kain baju ini. Ini jenis baju lain pattern, kain lain pattern. Still ada unsur purple, tapi warna hijau nya agak strong. Seingat aku, memang sangat rare dan cantik batik yg satu ni..

So kesimpulannya. Sebelum jahit manik atas kain yg bermotif ni. Kena betul² serius berfikir. Wah! Serius tu... Betul. Bila memanik aku tak pernah main². Kena serius. Kalau perlu berimaginasi sampai ke bulan, pergilah ke bulan. Kalau perlu KFC sepinggan, hadaplah Snack Plate dahulu ehehehe.. 
 p/s: kain nya bertanah creme... semua warna terang ada kat situ. Pink, merah, orange, kuning, purple, hijau... Warna apa lagi kau nak? Namakan saja. Semua ada. Dan semuanya balance taburannya....Sila bagi suggestion apa warna yg perlu aku naikkan? Buntuuuuuuuuu.. Minda separa sedar pun tak mampu membantu ku tika dan saat ini.... Meh lah bantu saya..

Monday, June 11, 2012

Jangan Kejutkan Aku!


"Cepat!! Start kereta, cabut!!"

"Kenapa?"

" Dia orang kejar! Cepat lah!!"

Berdesup! Uih, hebat betul kereta mamat nih.. Masa aku melompat masuk tadi gile lembut spring kereta dia. Berhayun2 gitu.. Bila dah berdesup nih laju giler. Dah la smart color hitam. Sporty pulak tu.

Tengah2 laju mamat ni merempit, tetiba aku rasa kaki aku sejuk. Ah sudah! Tak kan kaki aku nak crammed pulak masa ni? Baru lari kejap je tadi. Makin sejuk.. Ah tidak!! Jangan tak boleh gerak lagi sudah lepas ni...


"Yang, bangunlah dah nak dekat kol 12 malam dah...." 



Uiks... apesal ada suara Mr Asst. tiba2 ni?? Dia mana ada dalam kereta ni tadi?

Keh! Keh! Keh! Aku mimpi rupanya!! Hahahahaha...  Chait!! Potong stim betul!! Tengok jam, penipu! Baru pukul 10 lebih. Terus aku bangun menonong pergi mandi. Patutlah kaki aku sejuk semacam. Sebab dia baru lepas mandi kejutkan aku.

Duduk dalam bilik air dok teringat kat mimpi tadi. Tersenyum aku sorang2... Kenapa?



  1. Boleh tak aku mimpi kena kejar dgn KDN masa beli CD cetak rompak? Pulak tu kejadian kat kawasan sekolah rendah ok. Dealer CD cetak rompak siap buat sale dalam kelas hahaha.. Lepas ni KDN people boleh lah pantau kawasan sekolah ya..
  2. Sebelum dikejar, aku dah nampak few of KDN people pakai baju biasa tahan ramai org kat kawasan sekolah tu. Aku budget pandai konon nak tipu, aku rembat buku latihan dalam kelas tu letak tepi2 plastik. Konon nak cover CD lah tu.. 
  3. Sorang budak muda ikut aku tanya apa ada dalam plastik? Aku diam je menonong jalan. Tak lepas kena tahan, aku lepaskan je plastik tu atas lantai terus menonong pergi ke pintu gate. Dia macam ada satu lorong khas sebelum keluar pintu gate sekolah. And siap ada pintu yg ada CCTV before boleh keluar. Sekolah mana tah tempat aku mimpi ni punyalah canggih.


    Sekolah ko ada? Sekolah aku ada kekekekek...
  4. Budak tu ambil plastik tunjuk kat aku dalam ada CD. Aku cakap bukan aku punya. Ada org suh aku bawak je. Pastu dia nak gak tahan aku siap tunjuk kat CCTV kononnya aku salah lah. Kantoi lah konon sbb bawak CD haram tu. Dia siap suh play record part aku jatuhkan plastik tu tadi. Aku tgk lah balik playback tu. Yg nampak plastik je jatuh masa tu. Aku counter balik budak tu. Mana ada CD? Tak nampak  pun? Tak ada bukti.. akak nampak plastik je. Uh.. berani ko nak lawan aku kan? Kekekeke..
  5. Okeh lepas... tapi masa aku menonong nak keluar ke tepi jalan raya tu aku nampak a few kawan dia dok bisik2 and pandang2 aku.. aku apa lagi berlari lah pantas menuju ke kereta mamat yg aku cakap tadi...
  6. Cuba teka sapa mamat tu? Tekalah... Akak suka tau!!!!!! 








Jeng jeng jeng!





















Merembes tak uols? Hahahaha...


Tetiba kan si Ady Putra ni nak mencelah dalam mimpi aku? Tapi sesuai karakter dia dalam mimpi tu jadi samseng hahaha.. 

Moral of the story; lain kali lepas balik kerja mandi dulu baru susukan anak. Jangan basuh kaki salin baju terus nak landing ya. Tapi tadi si dak kecik ni balik2 je sampai rumah Abah dia landingkan atas katil dalam bilik. Bila dia tgk aku salin baju apa lagi. Ketawa ngada2 dia keluar lah ingat aku nak susukan dia dah. Dari konon nak baring kejap. Bila dia tertidur dgn aku sekali tertidur, dgn Abah dia sekali tertidur atas katil ahahahaha... Tak lama, around 8ish Humairah bangun Abah dia salinkan baju semua masukkan dalam buai. Tu yg aku sambung ketiduran sampai termimpi2 Ady Putra ni..

Lebih kurang cam ni lah kereta dalam mimpi aku. Tak nak kalah kan?


Haih.. esok kita test lagi sekali. Keluar tak Aaron Aziz dalam mimpi aku? 




Peluklah... Ciumlah...

Sejauh mana kita zahirkan kasih sayang kita pada seseorang dengan bahasa tubuh badan?

 Saya sayang awak! - Ihsan Google

Jujurnya aku bukan jenis org yg begitu. Mungkin cara aku dibesarkan. Tetapi kini aku makin cuba untuk belajar zahirkan kasih sayang. Apalah sangat setakat peluk dan cium org yg kita sayang kan?

 Tengok? Tak malu pun depa.. Heee gerammm!!! - Ihsan Google

Percaya atau tidak, aku hanya belajar cium pipi mak aku setelah aku berjauhan darinya. Seingat aku ketika di sekolah menengah, ketika aku belajar di asrama, aku hanya salam dan cium tangan mak dan arwah abah. Cukup takat itu. Mungkin sebab aku dah dibiasakan begitulah caranya bersalaman dengan org tua.

Kemudian menginjak ke usia selepas persekolahan, agak berjauhan sedikit dgn parents, baru aku belajar peluk dan cium mak aku. Tapi hanya Mak sahaja. Tidak Abah. Mungkin aku malu. Dan sehingga kini aku teruskan amalan ini. Tetapi aku masih malu untuk tetiba cium Mak aku tanpa sebarang tujuan. Macam ramai kawan2 aku selamba boleh cium Mak wish Happy Birthday ke Happy Mother's Day ke.. Aku tidak. Satu mungkin aku tak reti buat sambutan macam tu. Dan tak pernah diajar pun.. cuma tahun ni aku terlebih syahdu siap tempah kad khas buat Mak aku sempena Hari Ibu baru ni. Saja je nak dapat feel.. Siap pos laju. Tapi Mak aku senyap je tade cakap pape.. Tunggu2 gak aku respon dia. Ke Mak aku sama malu? Hahahahahaha.....

Sebenarnya, pada aku bagus kita zahirkan kasih sayang kita. Apatah lagi dengan org tua kita. Mak dan abah kita. Abang dan kakak2 kita. Aku cakap abang sebab aku ada sorang je Abang hehehe... Ajarlah anak2 kita untuk tunjuk kan kita kasih dan sayang. Pupuk dan semailah amalan peluk atau cium ni sedari kecil. Cuma amalan cium tu pada aku berpadalah.. Kadang org salah erti pulak bila tgk anak dara besar2 cium2 ayah dia dedepan org ramai... ehehehehe.. Lagi2 kalau anak manja jenis meleseh2 nak pegang2 tangan ayah dia. Kawan aku terlebih manja sangat sampai org ingat dia tu skandal bapak dia pulak dah! Tak ke haru! Biarlah kena pada cara dan tempatnya ya..

Aku ingin kongsikan satu pengalaman yg sampai kini aku agak kesal. Kesal kerana aku tidak berkesempatan untuk zahirkan kasih sayang aku yg terakhir buat arwah Abah ketika penghujung nyawanya. Untuk makluman, arwah Abahku sakit tidak lama. Hanya sekejap sahaja disahkan sakit jantung yg mana aku dan keluarga langsung tidak tahu. Dan aku percaya arwah juga tidak pernah tahu. Rupanya selama ini sakit di dada adalah salah satu petunjuk. Tapi arwah memang seorang yg tidak pernah akur pada sakit. Padanya hanya angin biasa, dan biasanya bawang putih lah yg akan dijadikan ulaman untuk buang angin. Pernah tekanan darah tingginya melebihi bacaan 200!! Ditahan untuk dihantar ke hospital, tapi berkeras ingin balik ke rumah juga. Bukan calang2 arwah melawan sakit. Habis dikutipnya buah mengkudu dan dijadikan jus sebagai penawarnya.

Aku masih ingat. Hari tersebut hari ke 2 terakhir umat Islam berpuasa pada tahun 2007. Aku sepatutnya pulang lebih awal, tapi itulah ketentuan Allah kan, dan juga kesilapan diri aku juga sebenarnya. Jadi aku pulang sudah agak petang. Sebelum itu akak aku sudah maklumkan arwah Abah sudah berada di hospital di mana akak aku bertugas.

Abah ditempatkan di ICU. Keadaannya stabil cuma doktor mahu monitor degupan jantungnya yg tidak kemas. Alhamdulillah ke semua adik beradikku ada di sana. Abang ku tiba agak lewat selepas aku.

Hanya 2 org sahaja dibenarkan masuk serentak untuk melawat Abah. Aku masuk beberapa kali. Ada ketikanya Abah sedar. Ada ketikanya Abah tertidur. Aku tidak pasti bila, tetapi ada satu detik yg aku masuk, aku teringin sangat nak peluk Abah. Abah hanya baring masa tu. Aku memang sangat2 nak peluk tapi aku tewas dgn rasa malu aku.

Akhirnya dengan tersekat suara aku hanya bertanya pelan.

" Abah rasa sakit kat dada?"

" Dah tak sakit sangat... Cuma kalau bernafas rasa sakit sikit.. " Jawab Abah

Aku urut dada Abah perlahan-lahan. Aku cuba rasakan sakit yang Abah rasakan ketika itu. Dan sebenarnya aku cuba sampaikan dan zahirkan rasa kasih dan sayang aku pada Abah.

Arwah Abah meninggal dinihari ketika org mula untuk bersahur di Ramadhan terakhir1428H. Hanya akak aku yg berada di hospital ketika itu.

Pesanan terakhir yang aku ingat Abah beritahu pada Mak untuk Raya tu.

"Nanti esok pergi pasar tani dengan Kak Mik (panggilan nama aku) beli barang basah...." Tersenyum aku bila dengar Mak bercerita.

Kini aku hanya ada Mak untuk aku tumpahkan segala kasih sayang aku. Tapi hakikatnya aku masih tidak mampu untuk peluk dan cium Mak selalu. Kenapa susah sangat aku pun tak pasti. Tapi aku sudah berani untuk suarakan dan katakan padanya " Kak Mik sayang Mak" Dulu aku tidak pernah luahkan begitu.

Kawan, jangan jadi macam aku. Tewas pada rasa malu yg tidak bertempat. Luahkan dan zahirkan kasih sayang anda pada mereka yg anda sayang. Selagi nyawa dan hayat di kandung badan.

Al Fatihah untuk arwah Abah. Saya rindu Abah.


Sunday, June 10, 2012

Sejauh mana 3D nya???

Perasan tak iklan org jual TV bukan main skang sempena Euro 2012 ni? Tetiba rasa menarik nak beli TV baru. Tetiba rasa eh murah je TV flat screen skang ni eh? Ehehehe.. tapi taper lah.. nenanti.. tak kan lari gunung berkejaran, banyak lagi keperluan aku yg lain yg lagi penting. Eh Euro dah start eh? Macam tak happening je aku rasa.. Ke sbb Mr Asst. tak minat bola? Bagus lah.. Aman hidup aku hehehe...Mr Asst. kureng sket bola ni, kalau bowling ye dia beriye.

Cakap pasal TV sume skang 3D kan? Movie pun sama sume berlumba nak 3D version. Some of the movies memang patut lah di 3D kan tapi some aku rasa membazir! Piranha sampai 3DD ha amik ko!!

Tak lepas pandang memanik pun skang dalam gelombang 3D. Wah rakan2 pemanik mengganas dgn ber '3D' sekarang ni. Jadi jangan lupa pastikan baju anda semua berbling2 dengan elemen 3D raya tahun ni :) ... Masih sempat lagi nak menempah ataupun belajar dan buat sendiri senang cerita. Dan sememangnya buat sendiri lagi puas hati dan juga menjimatkan! Tapi selera kita berbeza kan? Dan ketebalan poket juga berbeza ehehehehe.. Jangan mare...

Pada pendapat aku, 3D ni ada yang sesuai diaplikasikan pada baju dan ada yang tak sesuai. Sebenarnya elemen 3D banyak diaplikasikan pada jewelery, tapi kita ni kan kreatif, jadi suai padankan pun jadi cantik bila dijahit di baju. Cuma macam aku kata kan tadi lah, tepuk dada tanya selera. Kadang customer pun ada yg kurang minat dgn 3D ni. Ye lah, tak semua suka nak pakai something yang menonjol2 ni, then nak menggayakannya pun satuhal juga. Apatah lagi nak menjaganya. Nak membasuhnya yg bercinta hehe..

Berapa pula nak dikenakan caj kalau dah ada elemen 3D ya? Ha! Yg tu memang sangat interesting soalannya. Tapi nanti aku ceritakan pendapat aku lain kali ya. Karang semua aku nak cerita sini boring korang nak baca hahaha.. Tapi secara amnya, bila dah ada elemen 3D ni secara semulajadinya harga pun jadi sedikit mahal. Sbbnya, nak menyiapkan sekuntum bunga bukan sejam dua ya adik2 kakak2..  Mau berjam2!!!! Pernah buat seketul daun bersaiz separuh tapak tangan aku (which is besar ye... ) adalah dekat 2 hari. Tapi tu mungkin aku tak sepenuh hati siapkan. Yang sebenarnya aku masih memupuk minat aku dgn 3D ni. Tak tahu kenapa tapi aku rasa sedikit agak kemalasan untuk explore 3D. Mungkin kerana 3D banyak apply same elemen, which is cara gerak yg sama sahaja untuk dapat form yg kita nak, jadi aku jadi cepat bosan. Aku sukakan something yg unformal, abstract, yg tak perlu repeated exact step each time. Maybe lah.

Kali ni aku nak share projek yg. agak lama dah siap sebenarnya. Ideanya dah lama aku simpan bila aku juatuh cinta dgn koleksi dari K Salina Sophian. Dia memang sangat pakar dan kreatif dalam penghasilan wired jewelery. Sangat2 cantik kerjatangannya. Aku memang jatuh cinta pandang kali pertama!!! Inspired by her collection, jadi aku apply kan kat baju customer aku seorang guru di Seremban. Keseluruhannya aku puas hati. Cuma aku rasa boleh diperbaiki lagi. Mungkin di baju yg lain. Ada yang teringin tak design ala2 macam ni? Nanti bagitau aku ya? Kita buat extravaganza lagi tau!! Dan yg. agak rumit design ni, aku kena banyak guna manik size kecil 15/0 sbbnya nak dapatkan elemen wired kononnya yg halus tu hehehe.. Untuk framing, aku banyak gunakan teknik manik beriring pintal (my fav!). Ramai pulak yg bertanya itu teknik pintal 3D kah? Wahh!! Hebatnya ahkak ni dik!! Mana ada dik non... tu teknik manik pintalan biasa je.. Nanti akak share kan tutorial dia ya... Sesatu.. Kali ni kita cuci mata...

 Ok close up sket.. Border dalam tu pakai size 15/0. Jenuh tau!!

Ha yg ni lah ramai yg tertipu hehehe.. No its not 3D pintalan ya, manik iring pintal biasa je.. Meh belajar dgn akak meh...

Aku suka betul batu cincin ni. Nampak sangat exclusive. Tapi ada teknik yg betul nak jahit dia. Otherwise, tergoyang2 batu tu.

Enjoy!!