Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, September 29, 2013

Berapa lama aku harus tunggu jawapan dari kau sahabat?


Rasa ralat, Rasa terkilan yang amat sangat.

Aku tak faham kenapa manusia yang punya akal fikiran, punya mulut untuk bertanya mengambil langkah untuk suka membuat andaian sendiri. 

Aku benci bila aku bertanya tapi orang senyap membisu. Kalau betul marahkan aku, sila luahkan. Sila beritahu aku. Alang2 aku dah bertanya. Tapi segelintir umat masih mengambil jalan untuk terus senyap. 

Aku kurang pasti puncanya kalau betul marahkan aku sangat, Aku cuba kaji dan selidik. Rasanya aku dapat agak. 

Tuan2 dan puan2 sekalian,

Secara logiknya, sekiranya aku ingin mengutuk seseorang itu, adakah aku akan bercerita di sini sedangkan aku tahu dia juga membaca blog aku? Bukankah bodoh tindakan aku itu wahai tuan2 dan puan2.. opss kalau ada yang berpangkat Datuk/Datin maaf lah ya tak perasan tadi hehe... 

Aku rasa orang tersebut telah terasa dengan salah satu entry aku di blog ini. Ini hasil dari risikan aku lah. Tapi sayangnya, oleh kerana paranoid mungkin, orang tersebut telah kesentapan dengan aku tanpa mengambil tau duduk cerita yang sebenarnya.

Aku yang menyedari ada kelainan dari orang itu telah bertanyakan terus kepadanya apa salah aku. Kenapa buat macam tu menjadi dingin secara tiba2. Pertanyaan aku tidak dijawab langsung. OK. Mungkin masih marah, Aku masih menunggu jawapan dari orang tersebut. 

Kalau betul marah dan sentap, sila beritahu aku. Kalau betul aku tidak layak lagi jadi teman buat mu padahal suatu ketika orang itu mencanang sana sini kononnya aku BFFnya, sila beritahu aku juga. Aku mahu kepastian. Aku tidak suka duduk dalam keadaan tertanya2. 

Aku pohon, kalau betullah telahan aku ini, tanyalah dulu aku setiap entry di blog ini. Tolonglah jangan suka buat andaian sendiri. Cerita mungkin sama tapi orang mungkin berbeza. Dan kau juga pernah berkobar2 berceritakan sanggup untuk bersemuka untuk kebenaran. Jadi aku tidak nampak sebarang masalah untuk kau bersemuka. 

Kalau sekali lagi ada yang terasa dengan entry ini aku mohon maaf. 


Friday, September 20, 2013

Hit the 100,000


Hai korang.. tetiba aku rasa nak main simple game hehehe..

Bukan apa, mengeratkan lagi hubungan maya kita ni kan.. Walaupun daku tidak kamu kenali...

Caranya? Simple je.. Korang nampak kan kat kanan side bar aku ni ada aku main cak cak ba tu? Ahaaa.... kalau korang adalah hit yang ke 100,000 makanya aku akan jahit manik di lengan baju anda secara PERCUMA!!! Yes... free sajorkkk

Best tak?

Best kan?

Meh meh meh rerajin visit blog akak ya...

Ha nampak yang bulat merah tu? Kalau bertuah dapat yang ke 100,000 dapat lah bling2 kat tangan baju anda...

Kalau dapat yang ke 100,000 sila print screen email ke peparidsign@gmail.com. Sape pemenangnya nanti akak umumkan ya..

Selamat mencuba!!!




It's plain green.. let's Crumble Mumble Hurray!!


Selalunya my new customer memang request Crumble untuk tempahan manik. 

Yes madam.. saya menurut perintah sahaja. 

Aku suka warna hijau ni.. nampak lembut je. 

Yes, another Crumble.. kalau dah muak sila ke tepi.. hehehehe.. bagi laluan orang lain nak tengok hahaha... 

Bezanya kali ini the last layer aku sudah kan dengan apa ya namanya.. aku tak pasti.. ada yang panggil sesungut hahahaha... so believe me, simple technique somehow can add the difference.. it gives more looks.. seriously... 

So mari kita cuci mata...

Bead embellishment for whole baju..



Close up: Hujung lengan


Some called them 'sesunguts' hahahaha

Another sesunguts hehehe


Close up: Leher...



Thursday, September 19, 2013

Good News!! Mari belajar menjahit manik

Sticky post. For new entry please scroll down.




Untuk makluman semua peminat manik, Kelas Manik Crumble Advanced anjuran PepariDsign bukan setakat di hujung minggu sahaja. Tetapi kami kini bersedia untuk menerima pelajar di hari bekerja Isnin hingga Khamis. Waktu kelas seperti biasa dari 10am - 6pm. Segalanya disediakan.

Jadi untuk mereka yang selama ini saya terpaksa say no untuk mengajar di hari biasa, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Caranya mudah sahaja, anda pilih hari yang anda ingin datang belajar, kemudian beritahu saya sekurangnya 2 hari lebih awal.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no ini 013-2717091 atau email peparidsign@gmail.com. Jangan terkejut pulak kalau telefon nanti dengar suara lelaki ya. Assistant I jantan uolsss hehehehehe...

Untuk kelas yang terdekat hujung minggu ini. Details as follows;

Date: 21 & 22 September 2013 (Sabtu & Ahad) Pilih hari yang anda suka
Time: 10pm - 6pm
Fee: RM250 materials disediakan. Datang bawa badan sahaja. Kalau suka bergambar sila bawa kamera hehehehe....

And yes, kalau anda tidak pernah menjahit manik sebelum ni pun insyaAllah anda dapat pulang dengan hasil kerjatangan anda sendiri. Jangan takut. Yang penting anda ada minat dalam bidan menjahit manik dan ada semangat ingin belajar dan terus belajar.

Happy Beading!!!





Promosi Nota Manik PepariDsign


Salam manik semua.. Wah tetiba ada salam manik hahahaha...

Ok..sebab aku terima banyak SMS tanya pasal nota. Jadi aku umumkan kat sini, nota manik PepariDsign masih available. Masih dijual.

Promosi untuk 3 nota hanya RM220 berbanding harga biasa RM234. Harga promosi termasuk postage fee dah.

Kalau nak beli asing pun boleh. No problem.

Crumble - RM87
3D Balut batu - RM60
3D teknik buat daun - RM80

Jadi kalau berminat boleh PM aku or email di peparidsign@gmail.com or SMS at 9132717091.

Thank you...




Wednesday, September 18, 2013

Simple Beading Design


Baju yang satu ni dari regular customer aku. Masa dia nak passed baju dia dah informed kainnya nipis sangat. Aku dah well prepared dah. Sebab knowing her, material kainnya memang sangat mencabar aku selalunya hehehe.. Tapi aku suka je sebab its a challenge to  me.

Bila sampai kat tangan aku. MasyaAllah!!! Aku tak terfikir pulak senipis ittew!!!!! Sangat nipis dan fragile uols!!! Kalah ni kain opel yang nipis or shiffon ni.

Terus akak transform patah seribu lemah gemalai jadinya hahahaha.... Habistu... nak menggayakan kain tu. She requested simple beading je. Simple pun tapi nak cucuk jarum pun aku ngeri uols..

Nak jahit manik pun bukan sebarang jenis design. Sebab kalau jenis tabur2 memang tak sesuai. Sebab benang akan nampak, and manik senang tertarik due to the kefragileness of its fabric ... hahahaha... Nak buat Crumble is no no sebab dah boring dah tuan badan nak jahit hahahaha..

Jadinya? Jadinya... terjadilah seperti design di bawah ni hehehehe... Maka saksikanlah...

Enjoy!!!!

Close up..

Dari bahu bawa ke bawah....



Monday, September 16, 2013

Mana satu berbaloi?


Korang sedia maklumkan, aku memang ada jual nota jahitan manik Crumble dan juga 3D teknik daun dan juga teknik balut batu.

Ramai yang bertanya, mana lagi ok samada datang belajar ataupun cukup dengan beli nota yang aku sediakan.

Ok ini jawapan subjektif. Sebabnya sedia maklum, penerimaan orang ni lain2. Pemahaman orang juga lain2. Karakter kita juga beza. Rambut apatah lagi. Akak sampai skang kempunan nak warnakan rambut dengan warna Mahagony hehehehe... Mr BK tak kasi.. Ye la haram... saje je akak kan gatal suka tengok macam best je..

Bila ramai yang bertanya, jadi aku bagikan jawapan yang aku rasa seikhlas hati aku lah. Jadi kalau ada yang tak sependapat, aku ok je. No harm.

Benda2 yang perlukan kemahiran ni, personally untuk diri aku sendiri, aku lebih suka attend kelas dari aku beli nota rujukan. Sebab aku jenis orang yang sangat fizikal. Aku mahu lihat, sentuh, pegang, tak cukup tu kelebet2 benda2 yang cikgu aku ajar hahahaha...

Bila attend kelas, secara tak langsung methodnya interaktif. Its one to one learning session. Bila kau tak faham, immediately boleh tanya terus on the spot. Bila confuse atau ada benda yang kadang maybe tak related directly tapi secara indirect pun ko boleh dapatkan jawapan tu terus masa kelas.

Kalau nota rujukan, dia hanya 1 way learning je. Kau je belek dia kelebet dia, pusing sana sini. Dia senyap tang tu gak. Jadinya kau terus samada akan dapat jawapan yang kau nak ataupun kau fed up then kau biar je projek yang kau nak buat.

Belajar secara berguru lebih banyak manfaatnya. Lebih2 lagi kalau kau dapat cikgu macam aku hahahaha... Terlebih2 karang akak bagi ko. Takut sponge ko tak cukup nak  tampu air yang akak curah nanti. Eh, tapi kan, ada juga student yang akak pernah jumpa, dia tak bape suka bila akak share bebanyak tips dgn dia. Kadang akak suka cerita and share tips memanik yang luar dari module. Tapi dia rasa dia pening. Dia taleh nak absorb bebanyak.

Ye la kot kan... Duduk dari pagi sampai petang ngadap manik je. Orang yang tak biasa memang boleh pening kepala. Penat satu badan. Tu yang taleh nak absorb lain dah bila akak pot pet benda lain hehehe.. Taleh nak salah kan gak kan?

So kesimpulannya, kalau tanya akak, ada masa terluang, pergilah kelas instead beli nota je. Kalau nak senang akak jawap je beli lah nota akak. Pastu duit masuk akak duk goyang kaki je hehehe.. Tapi bukan tu niat aku sedari awal aku mulakan mengajar. Terpulang pada diri masing2 ya...

Oh.. sebut pasal nota, yes nota akak masih ada lagi.. hehehehe :)

p/s:  Ada yang tanya bila nak buat kelas kat luar KL? Bila ya? Lepas Raya Haji ok ke? Mana nak pergi dulu ya?? Sila vote...


Mini Crumble plus Netting...

Mahsuri, satu sejarah atau mitos?


Maaf lah ya sebab entry aku berunsur sejarah pulak kali ni. Ni gara2 menonton rancangan "Suatu Ketika" la ni. Seronok gak layan sejarah ni.

Cerita kali ini tentang Mahsuri. Memang agak berbeza cerita yang dibawa dari apa yang aku tahu. Deraman yang aku tahu selama ini digambarkan watak antagonis. Tapi dalam cerita tadi yang aku tonton, terdapat salah faham. Deraman merupakan seorang pendatang di Langkawi. Hubungannya agak mesra dengan keluarga Pandak Maya. Dikatakan isteri kepada Tok Penghulu Datuk Sri Kerma Jaya memfitnah hubungan mereka sebagai skandal lalu mendesak suaminya untuk jatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri. Dikatakan juga, tubuh Mahsuri tidak lut sebarang senjata sehinggalah Mahsuri sendiri membuka rahsia supaya menggunakan keris di rumahnya. Hanya selepas itu tubuh Mahsuri berjaya ditikam, dan keluarlah darah putih yang membawa sekali sumpah keramat selama 7 keturunan.


Ilustrasi Mahsuri. Pic: Google

Satu persatu peristiwa berlaku membinasakan Langkawi. Kemuncaknya apabila Siam menawan Langkawi. Habis semua dimusnahkan, termasuklah sawah padi. Dikatakan padi di situ tidak hangus menjadi abu seperti padi biasa. Padi bertukar menjadi hitam, tetapi tidak peroi hancur. Bila ditemuramah generasi ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya, terbit juga rasa simpati. Bukan sahaja harta benda, sumber makanan, Datuk Sri Kerma Jaya juga dikatakan mati di tangan Siam.

Dan bermulalah mimpi ngeri warisnya apabila dikatakan terpaksa berpindah randah sehingga menukar nama keluarga kepada Wan dipangkalnya untuk mengelak dari dibunuh tentera Siam.

Penerbit berjaya juga mengesan waris ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya. Sudah lewat usianya. Namun masih ingat cerita2 yang diturunkan dari nenek moyangnya. Terdetik di hati aku, bagaimana mereka mengesahkan yang Nenek itu waris sah kepada Datuk Sri Kerma Jaya? Susahkan nak sahihkan? Macam cerita Mat Kilau dulu bila kembali ke pangkuan orang ramai setelah diisytiharkan mati. Namun beliau adalah tokoh perang, membuatkan negeri Pahang menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat samada betul atau tidak beliau adalah Mat Kilau. Bukan senang AJK yang dilantik nak isytiharkan kesahihannya, tempoh masa lebih dari 6 bulan diperlukan untuk mengumpul semua bukti.

Namun, satu fakta yang menarik perhatian aku adalah, apabila Mat Kilau menjadi sangat nazak tidak lama selepas kesahihannya sebagai Mat Kilau disahkan. Kononnya, beliau telah dimakan sumpah kerana telah berjanji dengan Tok Gajah dan Datuk Bahaman untuk tidak menceritakan cerita silam mereka kepada sesiapa pun selepas mereka berpisah membawa diri masing2 apabila menjadi buruan.

Wah... Kak Pepari lepas ni leh jadi Cikgu Sejarah kan? Sure cemerlang bebudak sekolah semua hehehehe..... Puiii!! Baru tengok dokumentari sehari dua dah berangan wahahahahahhaa....

Tapi seriously, seronok sebenarnya Sejarah ni. Antara subjek yang paling aku suka waktu sekolah dulu. Kalau kena gaya dengan cikgu yang mengajarnya memang sangat best! Teringat Cikgu Saedah. Sangat sporting. Mengajar aku Sejarah waktu di tingkatan 5. Senang sahaja dia. Dia tak kesah murid nak tidur ke buat kerja lain ke waktu kelas, tapi SPM korang make sure dapat A1. Hehehehe... Memang adalah yang ketiduran masa dia mengajar. No! Bukan sebab dia tak best. Dia sangat best!! Ada elemen kelakar. Dan beliau sangat expressive. Bercerita bagaimana lanun Bugis masuk ke Johor. Bagaimana hebatnya orang Jawa. Haruslah dia up lelebih pasal keturunan Jawa ni sebab dia memang sangat Jawa okesss... hehehehe.. Ohh.. sangat mengimbau... :)



Aisyah. Generasi ke 7 Mahsuri. Cantikkan??
Pic: Ehsan Beautifulnara



Ok... yang ni tak ada kaitan dengan memana keturunan kat atas tadi ya..Kompemmmm.... Hehehehe

Thursday, September 12, 2013

Wira negara sebenar.......


Gila lama menyepi kan? Menyambut raya sebulan kekdahnya akak ni hahaha.. Apa yang disambut pun tak tau lah. Terabai kejap blog ni dibuatnya. Ada benda nak di cerita celoteh kan.. tapi kekangan demi kekangan asyik lah tergendala je plan tu. 

Nothing fancy about my raya. Cerita pasal raya nanti akak rangkumkan jadi satu entry padat ye..

Menonton rancangan Suatu Ketika di Astro petang tadi buat aku betul2 tersentuh. Rupanya masih cetek ilmu sejarah aku tentang Merdeka nya Tanah Melayu ini. Temubual dengan bekas tentera Harimau Malaya buat air mata aku tumpah. 

Sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bangga kerana begitu setia dan begitu tinggi semangat cinta kan negara mereka. Bayangkan, dari zaman tentera Jepun, kemudian Komunis, lebih 20 tahun juga Pak Cik Wan berjuang memegang senjata. Kemudian balik ke kampung setelah tiada lagi ganggu gugat dari keganasan membanting tulang bekerja kampung pula untuk menyara keluarga. 

Lebih menyedihkan apabila ditemukan dengan rakan2nya yang lain. Seorang sudah uzur benar. Hanya terbaring. Seorang lagi alhamdulillah masih sihat, tetapi dari gaya hidupnya aku lihat agak daif. 

Hati aku tertanya.... apakah jasa mereka ini pernah di iktiraf dan di hargai oleh mereka yang sepatutnya? Mereka juga wira yang perlu di kenang jasanya. Aku harap mereka yang sepatutnya lebih prihatin untuk menghargai jasa2 mereka yang lebih awal memperjuangkan merdekanya Tanah Melayu ini. Janganlah asyik sangat ajak orang kibar bendera sana sini. Suruh pasang kat kereta lah apa lah. Pada aku pasang kat kereta macam hilang je daulat bendera negara tu. Macam tak sesuai. Maaf lah ya. 

Kepada menteri, banyakkanlah aktiviti yang lebih berfaedah daripada sambutan konsert dan bunga api tu. Aku cadangkan supaya adakan pertandingan mencari sebanyak mungkin nama2 mereka yang pernah berjuang demi negara. Kemudian nama2 tu simpan dalam arkib. Mana yang hidup, kalau ada insentif berilah. Tidak pun pada kaum keluarga. Soal mempertahankan maruah negara satu benda yang amat tidak ramai generasi kita pada masa ini sanggup buat. Aku barangkali salah seorang. Tidak mampu aku galas tanggungjawab itu.

Tetiba akak jadi patriotik kan? Semangat dik.. 16 September ni kan Hari Malaysia.... :)


Jom tambahkan semangat cuci gambar manik akak pulak.. Saja je buat tayang gambar hehehe...