Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, July 24, 2013

Corat coret di pertengah Ramadhan.. tak dilupakan design manik yang super simple....


Kejap je kan masa berlalu? Dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa.

Aku masih menjadi hamba nafsu.. masih rindukan air kathira. Dan masih mencari, tapi tidak ketemuan... Alahai tekak. Aku nak yang macam air kathira Abu Bakar kat JB nun di sana, walaupun rasanya sekarang sudah tidak sesedap dulu. Sayangnya lahai...

Teringat masa zaman sekolah di asrama dulu. Kalau ada kawan2 yang dapat peluang ke pasar Ramadhan wajib di kirim air kathira Abu Bakar. Simpan dalam peti ais Ko-op... Esoknya ambil macam makan aiskrim.. Lembut nya.. Nyaman kat tekak.

And aku masih mencari murtabak style orang Johor. Aku tak tau kenapa semua murtabak yang aku jumpa kat KL ni semua warna kuning. Kecik pulak tu. Pastu main tuang2 inti dia tu. Tak style ok!!!! Derhaka sangat dengan murtabak style Johor hahahaha.. Tapi aku ada nampak kain rentang kat area bazar PUJ ni. Dengan konfidennya dia tulis " Menu Murtabak Johor". Lebih kurang macam tu lah. Tak sempat aku nak jengah sebab memangku si kecik dalam kereta. Si suami je turun, tapi aku tak kirim, sebab takut tak kena dengan mata aku pulak. Aku ni jenis beli makanan tengok pada rupa dulu. Nampak menarik cantik tertarik selalunya sedap lah tu hahahaha.. Best tak teori aku?

Korang tau macam mana murtabak Johor yang aku idamkan tu? Kulitnya ditebar besar macam nak buat roti canai. Kemudian dipecahkan telur sebiji di atasnya. Kemudian ditabur daging cincang yang telah dimasak bersama bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian barulah ditutup dengan kulit murtabak tu, then letak atas kuali leper. Bukannya tebar besar tapak tangan aku je ni pastu curah bancuhan telur yang dicampur sama ayam or daging. Pastu warna kuning semacam. Oh plss....

Alamak... bebel sorang2 macam ni, teringat kat one of family yang meniaga murtabak kat area Kota Tinggi. Aku tak pasti bapanya masih ada lagi atau tidak. Tapi seingat aku, beberapa tahun lepas aku tak nampak lagi kelibat bapanya. Tinggal anak2 perempuannya sahaja. Yes!! Perempuan ok...!! Menebar roti lagak macam orang lelaki. Alamak... ada lagi tak eh derang jual?? Memang sangat marbelessss... OMG... Ni lah padahnya cakap pasal makanan kan? No wonder orang bebel2 marah2 bila blogger upload gambar makanan. Ni baru cerita pun dah tergugat dah hahahahaha....

Dah masuk minggu ke 3 jugak, karipap masih berada dalam senarai kuih yang wajib aku cari kalau ke bazar. Entah kenapa, kena sumpahan karipap ke apa aku ni. Tapi hati aku berbuku betul kalau orang jual karipap memain. Bukan susah mana nak buat karipap, tapi kenapa ambil kesempatan? Eceh kalau senang sangat buat lah sendiri!! Memang dah terpasang niat dari sebelum berpuasa nak buat stock frozen karipap. Tapi sudahnya, tangan aku sibuk menggentel manik.

Berpeluang sekali berbuka di luar buat aku insaf sekejap. Insaf tengok kakak2 dan mak cik2 yang gigih bershopping sakan. Walaupun waktu tengah berbuka!!! Nampak dari tempat duduk aku berbondong2 orang di kedai kasut, kedai baju tatkala azan berkumandang. Wah!! Sungguh hebat mereka ini. Kenyang gamaknya dengan baju2 tu. Aku masih belum berkemampuan nak buat begitu hehehehe... Wajib di isi dulu perut aku yang manja ni. Tapi tak lah semanja Mr BK. Bulan puasa ni, satu hal aku nak melayan kerenahnya. Orang lelaki ni bulan puasa lain macam nafsu amarah dia kan? Kalau tak sabar mau gaduh hari2 hahahahaha...

Berpeluang juga tengok orang buka puasa duduk je di tepi kaki lima kedai2. Lepas makan sambung shopping lagi. Perghh!!! Penangan raya kan? Aku ni teringin gak nak menyesakkan diri kat Jalan TAR. Tapi bila fikir balik dengan kerenah si kecik tu, mati terus nafsu hahahaha..

Sebenarnya, berbuka di luar sebabnya aku refill stock manik. Gila kau!!! Orang raya beli barang kemas.. Aku beli manik... Ko ado?? Lepas beli dok sengih sorang2 ngadap stok manik tu hahahaha... Tak habis kat kedai, kat rumah aku sambung lagi sengihan. Hahaha.. Gila meroyan!! Duit tu kalau aku tukar kan dengan barang kemas memang lepas lah cincin emas sebentuk!!

Aku memang macam ni. Kalau lepas beli manik, pegang plastik tu macam tanak kasi lepas. Macam beli emas kekdahnya hahahaha.. Kalau nak tinggalkan dalam kereta, kena make sure tutup elok2 jangan kasi orang nampak wakakakakaka... Tension je Mr BK nak layan soalan aku tanya banyak kali, selamat tak manik tu? Hahahahaha... Gila weh.. bukan sket2 kalau beli.. memamg beratus kalau sekali beli. Sebab tu aku malas nak pergi kedai amoi tu. Dia dah mandrem aku rasanya ni.. :)

Masih belum beli sebarang persiapan Raya untuk aku dan suami. Dulukan si kecik. Baru belikan dia kasut yang kebetulan semua yang ada dah ketat untuk dia. And adalah baju. Tu pun aku dah belasah suh dia pakai hahahaha...

Kuih raya? Aku dambakan rempeyek yang Mak mertua aku buat hahahahahaha.... Macam lah orang tua tu kuat lagi. Eh tapi dalam tak sihat tu karang ko tengok lah, ada je kuih bahulu dia buat. Kuih ros lah.. Eh kuat lagi tu. Seriously, peyek yang MIL aku buat sangat sedap. Dia goreng 2 kali. Tepung dia putih cantik gebu, lembut tapi rangup... Aku tak rajin nak buat goreng 2 kali tu...

Aku sebenarnya dari sebelum puasa lagi teringin nak buat sendiri peyek ni. Beriya ok beli bahan2 dia. Kemain aku beli kacang tanah sebeban tak hingat!!! Sudahnya, cantik je aku tengok kacang tu dalam plastik kat rak dapur. Kadang si Humairah rajin dia susun2 lah plastik kacang tu hahahahaha.... 

Pagi ni sahur aku terlebih rajin. Dah beberapa hari aku teringin nak makan sambal udang lawankan dengan sayur pucuk labu masak lemak. Kekdahnya pucuk labu selamat bersemayam dah 1 minggu dalam fridge. Tapi pasangannya labu aku tak beli. So semalam sempat ke pasar borong, aku beli sekilo udang besar2 size ibu jari aku. Memula mintak setengah kilo je. Tapi bila aku tengok setengah kilo tu macam sekali masak je, sebab aku ni macam ada saka udang ke apa tak tau lah. Suka sangat!! Aku leh makan raw je cam tu tau! Nyumss... Terus tamak haloba datang, suh apek tu cukupkan sekilo hehehehe.. Betul pun, pagi tadi masak sambal udang je dah separuh. Gila ko sahur masak beriya bagai. Nasib baik aku tahan nafsu dari nak masak sotong goreng tepung. Kalah mood nak masak masa berbuka hahaha...

Makanya pagi tadi menu aku sambal udang berlawankan sayur lemak pucuk labu + labu dan juga lebihan berbuka ayam masak kicap. Oh nyaman.. Yang kelakarnya kan, sebelum tidur tu aku macam dah terliur2 nak makan sambal udang. Macam tak boleh ditahan2 gitu. Kejap2 aku tengok jam dah pukul berapa. Last2 dari pukul 3 pagi aku dah tak boleh tidur hahahaha.. Tapi gila awal aku nak masak kol 3 kan? Golek2... Kol 4 aku dah bangun ko!! Semangat tak semangat aku kalau bab makan kakakakakaka... Siap dah plan ok nak makan nasi banyak masa sahur. Dah ke mana dah niat nak makan roti je masa sahur hahahahaha...

Hari ni masih belum ada keputusan nak berbuka kat mana. Rasa macam nak masak. Tapi Mr BK suka bantutkan semangat aku. Kesian lah apa lah kat aku penat lepas balik kerja. Yang sebenarnya dia suka nak membeli kat luar. Ehehe.. macam aku tatau :P

Ok sebagai tidak menghampakan korang, aku sharekan design manik yang aku kira antara simple untuk korang buat sendiri. Mind you, design ni simple, tapi leceh. Kenapa leceh? Sebab the frame yang gunakan manik silver tu guna teknik tali air. Teknik ni adalah antara teknik yang senang tapi leceh. Leceh sebab every stitch kena ada susup semula ke belakang, then bila dah siap form yang nak dibentuk tu, kena pulak susup the whole thing nak nampak cantik. Part tali air ni lah yang leceh sket.....  Ni design lama dah. Dah few years back... Tahun ni ada customer request design macam ni. Aku ikutkan je. Cuma theme kali ini aku buat ala ala ceria gitu.

Jom, cepat cuci mata.. :)

Manik di leher dan lengan baju


Close up lengan


Ok.. close up lagi dekat


Sila lah ye cuba kawan2.. Den nak kasi resepi tak pandai, jadi den kasi lah gambar manik je hahahaha.....



p/s: menunggu nak bayar kasut si kecik, aku jeling orang sebelum aku. Wau!!! Shopping untuk seorang anak lebih dari RM1K!!! Kau mampu????












3 comments:

  1. hehhehe nostalgia masa kecik2 mmg seronok kan kak... org tua2 kalu bt peyek mmg goreng 2kali kan kak... cantik putih je, tp dana suke yg goreng sekali je n msti mak or nyai (nenek) yg bt, yg jual2 kebanyakannyer tak sdp sgt

    ReplyDelete
  2. yerrr.. sebab tu berangan kuat ni nak buat sendiri konon perasan sedap hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Ayat last kat PS tu paling tak tahan..." kau mampu?"------> saya mampu, tersenyum...huhuhu

    ReplyDelete