Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, July 1, 2013

Another 3D Crumble Design from PepariDsign


Hebat tak tajuk berita utama akak kat atas tu? Hehehe.... Saje je.. Padahal bukan lah 3D mana pun hahahahaha... Akak kan suka buat gempak sengsorang hehe.. Korang sabar kan je lah ye pe'el akak ko yang sorang ni :)

Material kali ini crepe silk. Agak mencabar sebab design motif batik nya agak unik. Bukan setakat design motif, warnanya juga kau jangan cerita lah. Semua yang terang benderang. Empunya baju ini memang suka kasi adrenalin otak akak gerak laju hehehe.. Masa dapat baju ni akak punya excited rasa lain macam je. Padahal tak ada idea pun lagi masa tu nak buat design macam mana hehe..

Cuba korang tengok betapa ceria seindah sinar pagi baju sutera ni. Ni corak di bahagian badan. Bunga hijau tu ibarat sang suria memancarkan cahaya nan kuning dan pink. Ko mampu?? Hehehe... Pening tak pening akak nak fikir kan design dia macam mana. Baju dah cantik dgn fix stone warna merah lagi... 




Meh akak close up sket lagi part design kat badan baju...


Yang best nya, part lengan dia macam tak sama balance. Dah few time akak perhatikan tailor dia ni kalau batik macam failed sket la potong. Patut dia boleh samakan motif design tu, dah satu kerja akak nak manikkan kena adjust sana sikit. Erkkk.. tailor awak bukan sedara mara ye dik? Hehehehe Jangan marah tau!!

Yang perlu dimanikkan di bahagian lengan sahaja. Tapi untuk baju sutera macam ni, keseluruhan design motif tu kena diambil kira supaya overall design in dengan the whole baju.

Entah macam mana, seriously idea datang masa terdengar si kecik melayan DVD Barney dia. Dok la tertonggeng2 berdansa kononnya dengar lagu Mr Sun. Akak pun suka gak lagu tu.. Quite catchy. Humairah kalau dengar lagu tu memang tergedik2 dia hehe..

Nak cerita lebih2 apa yang cuba aku sampaikan thru design ni karang korang tak paham pulak hehehe.. Kang cakap aku poyo pulak nak berfalsafah bagai hahaha... Design ni umpamanya perjalanan di waktu pagi yang ceria, seceria warna2 di baju ini. Bermandikan cahaya pagi maka segar bugar tumbuh2an alam maya. Boley gitu story line manik akak? Ko paham tak dik? Hahahahaha... Tak paham sila belajar semula jurus asas penceritaan si pari2 okey??


Perasankan warna nya yang kontra? Hijau vs orange pinkish... Jadinya, di bahagian lengan tu, akak mainkan warna contra dia semula. Motif yang berwarna hijau akak naikkan warna orange and pink/merah tu. Then warna yag lite tu akak naikkan semula warna hijau. Pandai tak akak? Ahahahahaha... Bijak laksana bulan dik.. :P


Hasilnya???


Jeng jeng jeng.....




Inilah hasilnya...

Meh kita close up sket...

Ok. design kali ini, akak gabungkan elemen 3D teknik peyote daun, then teknik manik iring pintal and of course Crumble lah. Actually tak perlukan teknik gempak mana pun, yang penting how kita combinekan teknik tu. Then how kita combinekan warna2 pilihan kita.

My advice, kalau baju bermotif macam ni, tak perlu susah2 nak fikirkan warna apa nak guna, just guna semula warna2 yang ada pada baju tu. Kalau perlu warna contra pun mungkin dari tone yang sama. Contohnya dalam design kali ni, akak gunakan glass pearl warna ala ala dark maroon tu as contra. Kalau kita tgk kat design batik tadi hanyalah shade dia je ala ala pinkish gitu kan. Jadi akak pilih warna yang terang dan gelap sedikit.



Combination of few techniques and colors.....

Macam akak celoteh tadi kat atas tu, garis2 putih pada design batik ni macam sinar matahari kan? Kalau silap gaya tenggelam gaya manik kita dgn design motif yg macam ni. Jadi akak ikut kan je hala tuju sinaran tu.



Perhatikan arah manik pintal tu naik ke arah mana....

Ok sape rabun tengok pic ni.. nampak tak??

Nampak kan? Siapa dah paham storyline akak? Ke akak kena buat pulak storyboard? Hehehe kosser akak dikk... Ko dok dendiam cuci mata je lah. Kalau tak cantik dok senyap2..

Ok, yang aku dok celoteh bab color contra ni lebih kurang macam gambar bawah ni lah. Aku naikkan warna pinkish di bahagian motif berwarna hijau. Tapi dalam masa yang sama warna hijau tu aku tak tinggalkan. Perhatikan manik seperti pearl berwarna hijau tu. Cuma penggunaan warna tersebut tak terlalu heavy di bahagian ini. Ada teknik nya macam mana sekiranya kita gunakan warna manik yang sama dengan warna motif design baju. Nak tau macam mana? Meh meh datang kelas akak kekekekekekek... Pengsan ko nanti dik dengar celoteh akak hahahaha... Betul tak tipu. :)



Color contra very important in beading design


Teknik2 yang akak mentioned earlier tu kalau nak beli notanya silakan. So far ada 3 nota manik keluaran PepariDsign.. Wah keluaran katanya. Seb baik tak siap edisi bagai kan? Hehehehe...

Kalau tak ada masa nak spend time belajar face to face, boleh dapatkan tutorial akak. Ada Crumble, 3D Teknik Daun dan juga 3D teknik balut batu. Promosi untuk 3 nota ni hanya RM220 sahaja!!!!  Kalau bertuah anda dapat free sample sekali 3D Mushroom Loop... 

So hopefully celoteh entry ni adalah ilmunya yang dapat korang absorb serba sedikit. Aku pun bukan pandai sangat. Cuma inilah medium yang aku dapat luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku fikirkan. Jadi, apa yang aku celoteh kat sini adalah apa yang datang ikhlas dari hati aku. Kalau ada yang tak bersependapat tu aku tak kesah pun... Sebab apa?



Sebab ini blog ahkakkkk okeyyyy....... Muahahahahhahahahahahaha









Ok kasi close up sket daun 3D ahkak ini.... Subur dia hidup naik segar bugar kekekeekeke....





No comments:

Post a Comment