Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, July 7, 2013

Beading 3D Crumble on Printed Pink Crepe Silk


Tergeliat tak lidah baca tajuk utama akak? Hahahaha.. Persis orang London gittew kan?

Ok, akak pendekkan intro, kita terus ke tajuk utama kita ya. Fokus ya adik2..

Tuan punya baju ini sama seperti baju crepe silk yang oren + pink + green macam previous entry. Akak dah cakap kan? Tuan punya badan ni kalau kasi akak baju nya bukan je cantik semacam, tapi sangat memeras ugut otak dan minda akak nak fikir design baju dia hahahaha.. Opss tapi akak suka je... Lagi pelik lagi akak suka. Terasa tercabar gittew otak aku ini.

Baju nya bercorak garis menegak di bahagian lengannya. Corak batik di badannya abstrak dan agak lain dari bahagian lengannya. Again, tailor dia potong tak sama design menegak di bahagian tangan tu. Sebelah cantik je center corak garis menegak tu, sebelah tangan lagi dibuatnya senget tak center. Geram betul aku.

Kombinasi teknik? Tak banyak mana. Cuma sedikit simple Crumble, then ada 3D sket2... Aku apply kan Mushroom Loop and random Ruffles. Dan juga teknik manik iring berpintal. Eh tadi kata tak banyak kan? Macam banyak pulak..

Oleh kerana corak garisan tu hanya di sebelah bahagian je di satu tangan tu, jadi untuk balancekan design aku lukiskan corak yang sama di bahagian sebelahnya. Kemudian as a bridge untuk sambungkan 2 bahagian ni lah aku buatkan mini Crumble, Mushroom Loop and random ruffles.

Ini petama kali aku buat corak begini. So aku agak happy dengan design yg baru ni. Hopefully tuan baju pun happy sama.

Mushroom Loop ni aku buat loose dulu. Then baru attach di baju. Then Mini Mushroom Loop tu aku pintal2 kan supaya bentuk macam spiral. Kita buat dia kan? So hentam sajalah labu!!! Tayah nak banyak cakap sangat, jom lah kita cuci mata.


Overall look of the baju.


Close up sket. Perhatikan design di badan baju yang lain dengan bahagian lengannya.


Close up lengan


The Mushroom Loops


The garisans yang kena lukis sendiri nak kasi balance kan design.


No comments:

Post a Comment