Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, September 29, 2013

Berapa lama aku harus tunggu jawapan dari kau sahabat?


Rasa ralat, Rasa terkilan yang amat sangat.

Aku tak faham kenapa manusia yang punya akal fikiran, punya mulut untuk bertanya mengambil langkah untuk suka membuat andaian sendiri. 

Aku benci bila aku bertanya tapi orang senyap membisu. Kalau betul marahkan aku, sila luahkan. Sila beritahu aku. Alang2 aku dah bertanya. Tapi segelintir umat masih mengambil jalan untuk terus senyap. 

Aku kurang pasti puncanya kalau betul marahkan aku sangat, Aku cuba kaji dan selidik. Rasanya aku dapat agak. 

Tuan2 dan puan2 sekalian,

Secara logiknya, sekiranya aku ingin mengutuk seseorang itu, adakah aku akan bercerita di sini sedangkan aku tahu dia juga membaca blog aku? Bukankah bodoh tindakan aku itu wahai tuan2 dan puan2.. opss kalau ada yang berpangkat Datuk/Datin maaf lah ya tak perasan tadi hehe... 

Aku rasa orang tersebut telah terasa dengan salah satu entry aku di blog ini. Ini hasil dari risikan aku lah. Tapi sayangnya, oleh kerana paranoid mungkin, orang tersebut telah kesentapan dengan aku tanpa mengambil tau duduk cerita yang sebenarnya.

Aku yang menyedari ada kelainan dari orang itu telah bertanyakan terus kepadanya apa salah aku. Kenapa buat macam tu menjadi dingin secara tiba2. Pertanyaan aku tidak dijawab langsung. OK. Mungkin masih marah, Aku masih menunggu jawapan dari orang tersebut. 

Kalau betul marah dan sentap, sila beritahu aku. Kalau betul aku tidak layak lagi jadi teman buat mu padahal suatu ketika orang itu mencanang sana sini kononnya aku BFFnya, sila beritahu aku juga. Aku mahu kepastian. Aku tidak suka duduk dalam keadaan tertanya2. 

Aku pohon, kalau betullah telahan aku ini, tanyalah dulu aku setiap entry di blog ini. Tolonglah jangan suka buat andaian sendiri. Cerita mungkin sama tapi orang mungkin berbeza. Dan kau juga pernah berkobar2 berceritakan sanggup untuk bersemuka untuk kebenaran. Jadi aku tidak nampak sebarang masalah untuk kau bersemuka. 

Kalau sekali lagi ada yang terasa dengan entry ini aku mohon maaf. 


Friday, September 20, 2013

Hit the 100,000


Hai korang.. tetiba aku rasa nak main simple game hehehe..

Bukan apa, mengeratkan lagi hubungan maya kita ni kan.. Walaupun daku tidak kamu kenali...

Caranya? Simple je.. Korang nampak kan kat kanan side bar aku ni ada aku main cak cak ba tu? Ahaaa.... kalau korang adalah hit yang ke 100,000 makanya aku akan jahit manik di lengan baju anda secara PERCUMA!!! Yes... free sajorkkk

Best tak?

Best kan?

Meh meh meh rerajin visit blog akak ya...

Ha nampak yang bulat merah tu? Kalau bertuah dapat yang ke 100,000 dapat lah bling2 kat tangan baju anda...

Kalau dapat yang ke 100,000 sila print screen email ke peparidsign@gmail.com. Sape pemenangnya nanti akak umumkan ya..

Selamat mencuba!!!




It's plain green.. let's Crumble Mumble Hurray!!


Selalunya my new customer memang request Crumble untuk tempahan manik. 

Yes madam.. saya menurut perintah sahaja. 

Aku suka warna hijau ni.. nampak lembut je. 

Yes, another Crumble.. kalau dah muak sila ke tepi.. hehehehe.. bagi laluan orang lain nak tengok hahaha... 

Bezanya kali ini the last layer aku sudah kan dengan apa ya namanya.. aku tak pasti.. ada yang panggil sesungut hahahaha... so believe me, simple technique somehow can add the difference.. it gives more looks.. seriously... 

So mari kita cuci mata...

Bead embellishment for whole baju..



Close up: Hujung lengan


Some called them 'sesunguts' hahahaha

Another sesunguts hehehe


Close up: Leher...