Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, May 16, 2010

Bohemian...



Kadang sebab ini lah yg buat kan saya lebih suka Crumble berbanding design lain. Design seperti ini perlukan balancing yg tepat. Perlukan ukuran untuk di tanda. Mungkin mudah bagi mereka yg mahir. Tapi untuk saya tidak. Silap sedikit memerlukan saya membuka semula jahitan manik...

Tapi pada pendapat saya, ada tips yang boleh diaplikasi kan sekiranya kedudukan tidak seimbang. Nak tau? Rahsia.... hehehehe..... Tidak perlu di buka semula jahitan..

Design yg penuh dgn kombinasi warna yg terang. Sekali imbas seperti ala bohemian.

Enjoy!!

Friday, May 14, 2010

Bila bunga jadi batu


Bekerja dengan kain sutera bukan satu perkara yg mudah. Amat remeh.. Kadang terlintas juga kenapa perlu sutera yg sangat cantik perlu di cantik kan lagi dengan manik? Mungkin bukan saya yang terbaik untuk menilai. Cantik itu subjektif. Jadi seupayanya saya terjemahkan cantik itu supaya bukan sahaja yg memakai nya puas hati, tapi turut cantik di mata saya.

Baju kurung sutera yg sarat di perhiaskan dengan manik. Pertama kali cuba padankan dengan manik yg besar saiz nya, berbeza dengan sentuhan sebelum ini yg tidak pernah gandingkan sutera dengan manik yang besar. Pada pandangan mata saya yg agak rabun ni nampak menarik, tapi entahlah.. Nilaikan lah..

Friday, March 5, 2010

Design terbaru "Batilda"

Telalu lama meluangkan masa membuat sketching, akhirnya dapat diaplikasi kan pada baju teman baik saya Ayin untuk majlis resepsi adik nya Boy.

Masih perlu diperhalusi. Tapi sebab ada unsur tak sabar jadi saya cuba masuk kan sedikit unsur kerawang yang sekian lama saya ilhamkan.

"Batilda" saya ilhamkan atas imaginasi saya pada seorang puteri keraton. Tetapi bila diolah sekian lama, saya sukakan yang agak simple. Keraton atas nama nya sahaja bunyi terlalu berat. Jadi "Batilda" datang sebagai ilham.

Selepas "Crumble", saya harap "Batilda" dapat pergi jauh.