Thursday, December 20, 2012
Dah lah malas, curi orang punya pulak tu.. nahas lah kau!
Korang bayangkan dan cuba fikirkan apa tindakan yang perlu aku ambil.
Ditirunya nota aku bulat2. Kemudian di combine kan dgn gambar2 design beader lain. Dibuatnya promo kononnya ada 250 design dalam nota dia. Dijual dgn harga murah dari harga beader lain. Kononnya sangat berbaloi2....
Sanggupkan? And ada juga seorang manusia macam ni? And seorang yg namanya perempuan pula tu. Maaf tapi aku rasa keji sangat perangai kamu sebagai seorang perempuan. Lagi pulak kalau kamu dah berstatus ibu.
Alhamdulillah, aku diberi ramai kawan2 online yg baik dari yg tak baik. Ramai yang memberi info pada ku. Thanks korang.
Kepada si polan, nantikan... Kau nak jumpa kat mahkamah tak? Tunggu ye..
Mekasey..
P/S: eh lupa lak, apa kita nak buat ya dgn org macam ni???
Thursday, December 6, 2012
Malaysia perlu lebih ramai Safee Sali
Sebenarnya aku bukanlah penyokong tegar Harimau Malaya. Ambil pusing pun bila Team Malaysia lawan.
Semi final nanti Harimau Malaya jumpa Gajah Putih hehehe..
Kecik perut aku bila bayangkan match tu nanti. Entah kenapa terbayang2 macam
team kita kena perkotak katikkan. Aku tengok macam mana Thailand nya game.
Memang pantas game dia. Skill each player pun memang bagus. Tapi ni dari mata
aku yg rabun lah ye. Karang ada pulak fanatik yg mengaum kat aku :P
Aku tak tau kenapa tapi aku sangat suka cara Safee Sali
main. Dia macam kat his own league which is aku rasa tak ada lagi player kita
yang skill and cara main dia sama level. Cuma baru ni aku rasa ada yg bakal
menjadi pelapis beliau. Yeah.. Wan Zack Haikal.
Aku rasa mamat ni makin hensem sejak solo ni hehehehe
Mantap wooo... kena tackle pun maintan je hehe.. hensem jugak dia ni kan?
Dengan gaya tubuh badan yg tegap, aku yakin Wan Zack boleh
jadi striker ulung Harimau Malaya kelak. Lariannya laju. Walaupun dia agak muda
dan skill agak kurang especially bab hantarannya yg banyak miss… tapi dia ni
player yg unpredictable pada aku. Jadi dalam unpredictable dia tu ada
kelebihannya. Aku harap Wan Zack diberi lebih peluang untuk beraksi.
Lain dari tu aku rasa defense kena lebih ampuh lagi. Aku tak
tau kenapa si kembar tu still ada. Sbb aku tak rasa skill dia bagus pun. Asyik
bocor je, dengan gaya ganas bila tackle lawan. Entah, maybe dia je antara yang
terbaik Malaysia ada as a defender. Kesian kan kita?
Goalkeeper? Ehehehehe…
kenapa Apek tak main eh? Tanya sama Dato’ lah.. as a coach sure dia ada reason
yg tersendiri.
Cakap pasal coach, kadang kesian dgn Dato’ Rajagopal. Bila
menang disanjung2.. bila kalah dimaki2… jangan di tarik balik title Dato’ tu
sudah lah. Sebenarnya kalau kalah tu salah siapa ya? Player ke coach? Kalau
coach berbuih mulut cakap cam ni tapi player degil kepala batu macam mana?
Penyakit utama yg aku tgk, player kita suka sangat tunggu bola. Gerammmmmm!!!!! Dulu aku main basketball, memang coach aku akan menjerit bergema satu padang lah kalau ko main tunggu je bola sampai kat ko. Sebab tu bila passing bola jangan terus direct pada org tu. Pass ke depan sket ke apa ke.. kasi org tu move… And one more thing, tak ada rebound lepas try shoot. Most of player tgk je bola tu terkena tiang palang gol ke player ke.. Bukan nya nak meluru try lagi buat another try, ni tgk je la bola tu at the end sampai kat tangan goalie… Sedihhhh…….
Dah.. sekian coretan pasal bola.. Semoga team kita menang di
semi final nanti. Yang sebenarnya perut aku kecut ni dok fikirkan lawan Thailand nanti. Tak pasal je kan? Macam tade menda lain ko nak pk dah??
p/s: aku suka sangat
komen explayer negara pagi tadi kat MHI TV3, tak kesah main kat mana pun kalau
kita ada game sendiri, sure kita boleh main dgn baik. Kena ada imaginasi yg
kuat macam mana nak lawan….. See?? The power of imagination hehehehehe…. I
loikeeeee… Macam manik pun kena imagine jugak... opsss tetiba dari bola ke manik hahaha
Wednesday, December 5, 2012
Muntah IJO
Semalam keadaan kesihatan aku memang tak bagus. Muntah dari
pagi hingga ke petang!! Rasanya tak pernah lagi aku muntah begini teruk. Datang
dengan pakej sekali ceret beret. Yang keluar hanyalah air sahaja!
Malam masa tidur aku sudah rasa semacam. Badan ku seram
sejuk. Aku jarang berselimut kalau tidur, tapi malam kelmarin aku berselimut
hingga ke pagi.
Paginya aku muntah tanpa sempat aku ke bilik air. Habis
cadar dan bantal. Padahal baru sahaja ditukar oleh cik abang. Entah kenapa
tidak boleh ditahan2 dan semacam tak sedar bila muntah. Bangun terus mandi.
Menggigil aku! Keluar dari toilet terus berselubung di bawah selimut tebal.
Kesian si kecik, terpinga2 sebab bangun dalam keadaan terkejut. Nasib baik mood
dia ok.
Tak tahu berapa kali aku muntah. Cream creaker and oats yg
aku cuba makan untuk alas perut pun habis keluar semua. Termasuklah ubat biji2
hitam tu. Semuanya out!! Sudahnya melepek aku seharian di atas katil. Nak
bangun pun dah tak larat. Kesian Mr ISBK sbb dialah yg kena cuci bila aku
muntah atas tilam.
By noon, aku suruh Mr ISBK beli 100plus. Alhamdulillah
muntah kurang. Mr ISBK paksa aku makan nasi + sup ayam yg dia beli. Adalah 4
sudu macam tu aku telan. Tu pun makan sama kepala terlentok2 atas meja. Masa ni
kepala dah berat. Sakit bukan kepalang.
Nak ke klinik pun tak larat nak bangun. Petang, aku minta
pain killer dari Mr ISBK, Alhamdulillah, ada kurangnya rasa tak sedap badan
aku. Lewat senja baru aku betul2 larat bangun. Lepas Maghrib baru aku pergi ke
klinik. Dapat sedas injection untuk stop kan muntah2. Ubat? Jangan cerita lah.
Sebeban!!! Jenuh nak telan.
Today, ada sikit rasa mual nak muntah tapi boleh
dikontrol lagi. Perut pun ada rasa kurang sedap.
Tak pernah aku kena macam ni teruk sekali. Tapi yg best nya
selera makan tak ada hehehehe.. berangan leh kurus wakakakakaka…. Hari ni pun
makan nasi separuh tak habis.. Lagi la berangan aku ni kan? Muehehehe…
Subscribe to:
Posts (Atom)

