Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, November 1, 2012

Misteri Nusantara Melanda


Memang betul ada yang boleh nampak. Ada yang tak boleh. Ada yang semulajadi nampak. Ada yang diberikan nampak. Aku? Aku tak nampak. Dan aku tak ingin nampak pun!

Apa yang dinampakkannya? Penampakan apa? Hehehehe...

Misteri nusantara kan dunia ni?

Sebelum tu, aku minta maaf kerana lama berdiam diri. Kadang diberi ujian demi ujian dalam masa yang sama ni terkalah juga diri ini. Jadi aku rasa berdiam diri untuk seketika lebih baik. Dalam keadaan yang huru hara tak perlu nak kecoh2 sangat.

Alhamdulillah keadaan kembali tenang. Syukur. Cuma memang terganggu sangat aku beberapa minggu yang lepas. Dengan gangguan kesihatan diri sendiri. Anakanda tersayang. Suami tersayang. Ibu tersayang. Huh memacam....

Misteri nusantara aku tak adalah misteri mana cuma ada org yg berkebolehan nampak telah menyuarakan sesuatu apa yang dia nampak pada aku. Wallahualam. Aku tanak tahu apa dia nampak. Tapi unsur yang jahat lah. Yang mahukan aku jatuh dan terus jatuh. Juga wallahualam. Cuma kebetulan yang terlalu significant berlaku satu demi satu. Tak nak percaya pun tak boleh juga. Cuma aku percaya wujud nya sihir dalam Islam. Jin dan syaitan juga wujud.

Aku sendiri kadang alpa dgn dunia. Hal akhirat kadang tercampak ke mana dek kerana dunia. Jadi pendinding diri pun kurang. Tapi pelik juga, apa yang didengki sangat dengan aku? Diberi bayangan siapa, tapi aku tak boleh nak teka.. Menyesal bertanya hahaha.. Sudahnya aku jadi keliru. Last2 malas nak fikir2.. Doa aku memang kalau betul ada yang hasad dengki dengan aku supaya dia berbaik dgn aku jadi kawan aku. Tapi sekarang ni yg namanya kawan baik pun boleh tikam belakang ye tak?

Kelakar ada seram pun ada bila berubat. Bila seram tetiba meremang je bulu roma aku. Jarang sangat aku nak rasa macam tu. Berubat pun pertama kali jadi agak kejakunan di situ. Itulah namanya pengalaman hidup.

Korang kat luar sana nasihat dari aku sentiasa berhati2 dalam berkawan. Kadang orang yang tak disangka2 sebenarnya musuh dalam selimut.

Aku mohon maaf sbb dalam masa kekalutan ni aku seperti berada di dalam dunia sendiri. HP memang tak berjawab. Macam hilang semangat dibuatnya. Padahal baju bermanik dah siap jahit tapi aku macam jadi orang bodoh. Tak dihantar baju. Tak dihubungi empunya baju. Aku bebetul mohon maaf. Sebenarnya bukan kali pertama kejadian ni, dah berlaku beberapa kali semenjak aku berkecimpung dalam bidang manik ni.

Pernah baju dijahit tertetas maniknya. Pernah bila pegang jarum bisa di jari jemari bukan main lagi. Bagai kena tusuk duri sembilu. Pernah baju yang di jahit terpaksa dibuka maniknya berkali2. Memacam lagi lah kejadian2 pelik2. Semangat aku pernah bagai hilang di awangan. Tidak peduli orang di sekeliling. Aku bagai ralit dengan dunia sendiri. Apa yang aku ralitkan pun tak pasti. Tak hingin berjumpa dgn org langsung! Bayangkan, kalau nak naik lif pun tak nak ada org dalam lif tu! Aku sanggup tunggu sehingga aku seorang sahaja yang naik. Na'uzubillah!

Kesian juga pada Mr BK. Sebabnya dia juga kena tempiasnya. Cuma mungkin dia lebih kuat dari aku. Dalam keadaan tergugat tu banyak benda yang dia perlu jaga. Ye lah jadi ketua keluarga bukan senangkan? Besar tanggungjawabnya. Bersabarlah ya sayang... Eceh gelis lak kekekekeke...

Ok.. InsyaAllah, doakanlah yang terbaik untuk aku. Aku juga turut doakan yg terbaik untuk sahabat2 aku.. semoga kita semua dilindungi dari segala kejahatan. Di berkati dengan segala kebaikan.

Just nak share few pics anakanda terchenta.

8 months old, waiting for Mama's appointment at Pantai Hospital

9 months old; @ Burger King The Mines

10 months old; tidur pun senyum budak kecik ni..


Gila bergambar hahaha





Kesimpulannya, Humairah memang senang sangat senyum. Both Nenek and her Tok Mak panggil kerang busuk hahaha.. Tak apalah dik.. Senyum kan sedekah. Banyak dah sedekah adik ye.. :)

Tuesday, October 9, 2012

Mohon maaf dan sila beri kerjasama

A very short entry.

First of all, aku minta maaf kalau masih ada yang belum dapat sijil kehadiran kelas Crumble anjuran PepariDsign. Sebenarnya Mr BK dah settle kan end of last year semua pending sijil. Tapi it seems that ada yang masih belum dapat which is segala kesulitan memang amat aku kesali.

Mungkin ada overlook nama dalam list. Kalau ada yang belum dapat lagi, harap dapat berikan details nama, and IC no anda pada kami. Mohon maaf kalau ada yang dah lama attend tapi still tak dapat. Jadi berikan details anda sekali lagi pada kami samada tinggalkan komen di sini atau lebih baiknya email pada aku di peparidsign@gmail.com


Monday, October 8, 2012

Anugerah Blockbuster yang tak hebat pun


Benda dah basi pun, lama sangat simpan dalam draft hehehe...

Hebatlah sangat untuk setiap anugerahnya.

Tapi dah nama nya undian org Malaysia ni kan? What do you expect? Aku rasa tak ada beza lah anugerah ni dgn Anugerah BH Bintang Popular tu. Cuma BH ada exclusive sket lah compared to this one. Dari kacamata aku yg rabun teruk ni aku rasa;


  1. Lisa Surihani tak sesuai jadi host. Lebih lagi digandingkan org super spontan macam Afdlin and Zizan. Kaku lah. Plus her voice. Ada something yg tak best macam agak kasar.. Mr BK cakap sayang muka lawa tapi suara failed. Hahahaha.. Sorry Lisa. And she is too innocent. Jadi host pada aku kalau kau dah tersilap skrip ke or terpotong que awal ke dari partner kau, tayah la say sorry... Selamber je la cover line. But its a good quality yg ada pada Lisa.
  2. Sebab yg undinya rakyat jelata, maka kau tayah la nak nafikan pilihan pemenangnya harus yg ngetop ya mukanya. Anugerah Pelakon Baru terhebat ke apa tah yg aku rasa kantoi Zizan tak kenal mamat tu hahaha.. Sebabnya lepas je award tu, terus Zizan as host masuk.
    "Tahniah pada - dia sebut nama pemenang tu. tapi part award mamat baru ni dia cam dah blur terus cover dan pemenang2 lain. Padahal ada 2 award giving je pun sessi tu hahaha.. Kantoi!!! Sape mamat tu eh? Harap muka je aku rasa.. ke aku yg duduk dalam gua? Hahaha
  3. Siapa mamat yg perform pakai piano tu? Tolong lah, kalau kau dah jadi penyanyi sila la nyanyi lagu sendiri. Kalau tak pun nyanyi lah lagu yg sesuai dgn tone lagu kau. Bila memula intro satu dewan bertepul siul bagai sbb nya nyanyi lagi ombak rindu kan? Pastu hancuss... Obvious sangat sbb the whole dewan cam senyap je hahahaha... 
Overall, aku rasa tak hebat mana lah.. Maybe sbb aku tgk dgn naked eye. Jadi aku tak bape nampak so tak bape enjoy. Jenuh Mr BK nak kena bagitau sape sipolan ni sape tu.. hahahaha...

---------------------------------------------------------------


Sebelum habis entry ni, meh update sket cite apa jadi minggu lepas....


The whole family kena jangkitan virus apatah memuntah plus diarrhea. Jangkitan berpunca dari si kecik Humairah.

Memula dia muntah2 on Tuesday, then continue lak berak. Ada la demam gak. Then bapak nya pulak jangkit. Org tua kalau sakit ni manja kemain kan? hehehehe..The whole day dia lepek je... Sian dia.. nak bangun pun tak larat.. then aku last sekali kena.

Uhhh sungguh tak suka rasa loya dah macam org pregnant aku rasa. Alhamdulillah Mr BK teruk satu hari je, next day dah ok.  kalau tak lepak gak aku nak handle Humairah sengsorang. And she behave very well.. sikit pun dia tak kacau bapak dia baring.. even bapak dia baring kat sebelah dia je. Till today, Humairah ada sket kembung and berak cair; Doc cakap sbb ada kuman lagi, tapi yg best selera laju je.. Alhamdulillah. Aku risau kalau selera dia terbantut. Mr BK pun dah ok dah.. Aku ada sket2 lagi terasa2 sakit perut tu.. But very mild lah.. On top of that, sebagai pakej lengkapnya gigi bongsu aku baru nak tumbuh. Jadi imagine lah sakit gigi sampai ke sakit kepala dibuatnya. Pastu tambah dgn sakit perut memulas and loya2.. Best tau!!!

p/s: aku cam tak caya je bila doc cakap gigi bongsu aku tak tumbuh lagi.. dedua belah plak tu bahagian bawah.. terus akak perasan awet muda youuuuuu.. Auwwwwww

psttttttt!!!!! eh Akak nak buat kelas Crumble 3D lah on 20th Oct ni.. Ada sesapa org Klang Valley nak join.. Meh lah.. Tentative venue either KL or Shah Alam... nanti akak update ya..