Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, March 20, 2014

Kelas manik Crumble Advanced 3D

Alahai.. asik la lupa nak ke sini. Sorry ya rerakan yang masih sudi baca blog aku ni. 

Ok aku nak buat announcement ni.. seperti biasa kelas manik Crumble Advanced 3D akan dibuat pada Sabtu ini 22 Mac 2014 mula dari jam 10 am - 530pm. 

Jadi kalau ada yang berminat jemput lah hadir. Buat di area Sri Kembangan dekat dengan area Pasar Borong Selangor. 

Kalau nak tau details boleh PM or whassapps kat 0132717091. 
Semua materials disediakan oleh ahkak. Jadi korang datang pose2 cantik dgn bulu mata pelesu je uolsss hehehe...

Eh akak ada projek manik yg dah siap agak lama tapi akak tak sempat nak edit. Edit bukan apa nak resize and letak watermark je. Gatal kan nak watermark sendiri. Ha padan muka tak teredit gambar aku. Habis tu cemana.. sume la aku kan... tapi tetap maintain demok ni cemana ni?? Sape nak jawab? 

Antara yang terbaru dari PepariDsign. 70% 3D



Suka tak??

Sunday, March 9, 2014

Projek Memikat Suami

Macam2 projek akak kan? Projek manik lah.. Projek jubah lah. Ni pulak projek memikat suami. Jadi akak nasihatkan kalau korang belum ada suami sila jangan nak kutuk2 akak for this entry ya .. I warn you dek non hahaha..

Kalau diperhatikan, drama Melayu sekarang kebanyakan jalan cerita sama je. Kahwin paksa semata harta... terpaksa kahwin demi keluarga.. Ahhh bosan.. Drama Projek Memikat Suami pun lebih kurang sama jalan ceritanya. Tapi sekurangnya ada substance dan nilai murni yang aku boleh guna pakai. 

Dalam pada menonton drama ni, aku terfikir alangkah mulianya hati seorang isteri. Kahwin bukan kerana cinta tapi atas rasa tanggunjawab sebagai seorang anak.. seorang menantu dan lebih penting lagi sebagai seorang isteri, dia ketepikan semua rasa negatif. Segala luka lara hatinya dikuburkan. Mencabar diri untuk jadi lebih positif. Aku suka point ini dalam dalam drama ini. 

Secara tak langsung sebenarnya memberi kesan pada diri aku.. sekurangnya. Bagaimana untuk lebih manja melayan suami, menggoda suami, mengambil berat hal suami. Aku lagi jadi lebih rajin memasak. Cuba untuk ubah ketrampilan diri di rumah supaya lebih seksi.. opss... hehehehe..  

Tapi sebenarnya bukan itu yang akak nak kongsikan. Namun adalah kaitannya sedikit sebanyak. Pendekatan cerita akak lebih fokus kepada kita sebagai wanita.. Dan sejauh mana kita mengambil berat hal kebersihan dan kecantikan dalaman kita?

Ini kisah sebenar diri aku sendiri. Mempunyai saiz badan yang besar memang kadang banyak benda yang perlu diambil kira dalam aspek penjagaan diri. Antara masalah kronik aku apabila waktu haid aku datang. Sebelum datangnya, kulit aku akan menjadi terlalu sensitif. Kegatalan di bahagian sulit sukar aku gambarkan, Kadang sehingga aku terpaksa sapu balm panas atau vicks semata untuk hilangkan kegatalan.

Teringat pada seorang kawan yang pernah kenalkan aku pada produk yang dijualnya, aku mula hubunginya.Memang aku akui agak skeptikal dengan produk ini yang berunsurkan jamu. Tapi kerana terdesak aku ingin cuba. Tambahan pula dengan testimoni yang aku baca agak memberangsangkan. Jadi pertama kalinya aku membeli produk feminin wash yang berharga RM48 sebotol!! Wau!!! berkali ganda harganya dengan apa yang aku pakai.

Tapi macam aku cakap... orang terdesak ni sanggup buat apa saja. Korang mesti cakap RM48 pun nak kecoh. Ye la akak ni cheapskate sket.. pakai yg RM4.80 sebotol je mampu hehehe... Bersama feminine wash ni akak dinasihatkan supaya mecuba satu lagi produk masker khas untuk vagina. Ko jangan memain.. ingat muka atas je ada masker? Ha hamik ko muka bawah pun nak cantik gak...

Opsss.. sebelum tu akak minta maaf kalau ada yang rasa entry ni berunsur 18sx.. Tak dik.. akak cuba buat entry ni se 13sx je hahaha.. Ini adalah hakikat kebersihan wanita yang kita kena tahu. Anak2 perempuan kena tahu. Suami kena tahu. OK? Sila jangan sempitkan otak.

Ok berbalik kepada produk ni tadi. Alhamdulillah kesannya memang terbaik. Memang cepat kesannya. Masalah kegatalan akak berkurangan. Yang best nya, aku kan cheapskate.. bila dah ok and feminine wash ni dah abes aku gatal beli brand lain pulak. Rega dia half dari yg aku beli tu. Tapi rupanya memang tak sama deknon kesan dia. Gatal masih ada bila datang haid. Jadi baru akak faham kenapa harganya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

Jadi.. disebabkan aku yakin dengan kesan dari produk ini, maka aku dengan bangganya ingin umumkan bahawa aku kini adalah agen Jamu Susuk Dara!!! Hehehehe.. hebat kan? Dengan bangganya buat pengumuman hahahaha...

Ok.. Seriously.. macam aku cakap mula tadi.. bila dengar nama Jamu Susuk Dara (JSD) ni.. aku agak skeptical.. tak pernah dengar.. or maybe aku yang jakun tak tahu. Jamu Mak Dara aku pernah lah dengar. Jadi aku endah tak endah bila kawan aku promote. Tapi as I said.. kita ni kalau dah terdesak memang masa tu lah baru nak pandang kan.. Kalau dibuatnya harga sebotol RM480 pun aku beli gamaknya hahahahaha..

Dari feminine wash, dan masker vagina.. aku cuba pula produk nya yang lain. Antaranya Magic Body Slim Soap.. Deep Heat Lotion, Intimate Gel, Coklat Love Habibi.. Yet the jamu aku belum cuba sbb aku masih dalam pemakanan herba lain. Jadi aku tak mahu campurkan. Habis je nanti aku nak try all the jamus. Kengkawan aku yang dah try memang akui keberkesanannya.

Apa yang menariknya, bila aku mula bercerita pada rakan2, rupanya ramai yang menghadapi masalah seperti aku tak kira saiz badan. Dan rata2 akui.. malu nak cerita sebab hal ini agak peribadi kan? Tapi bila tahu perubahan positif yang aku alami ramai yang mula mahu bercerita masalah masing2. Tak.. aku bukan nak tau sangat masalah masing2... cuma aku rasa happy bila product ini dapat bantu masalah ramai wanita.

Sebenarnya penjagaan alat sulit penting buat wanita dan juga lelaki. Ada yang malu hendak dapatkan rawatan sebab malu hendak beritahu masalah.. Malu hendak bercerita. Aku faham. Tak perlu cerita details.. cerita masalah sahaja.. Contohnya kalau di kalangan wanita aku perasan masalah selalunya adalah dari segi keputihan.. kegatalan.. kadang bau yang kurang menyenangkan. Keputihan kadang teruk sampai bukan warna putih dah.. dah jadi kuning kehijauan. Semua ni kalau kita tak jaga mendatangkan masalah pada kita. 

Alhamdulillah.. sejak aku jadi agen JSD ni, produk Feminine Wash, Masker Vagina dan Intimate Gel adalah produk yang hot. Selain dari tu Jamu Aku Dara juga antara produk terlaris selain dari Magic Body Slim Soap nya yang sangat refreshing.

JSD Feminine Wash RM48/100ml

Tu lah dia rupa produk nya. Lepas cuci guna FW ni rasa cooling dan selesa. Yang aku suka, kesannya agak lama terasa. Jadi kita rasa selesa. Selain daripada tu baunya juga wangi dan sangat refreshing. Dan yang paling penting boleh dipakai hari2 kerana acidity nya lebih kurang sama dgn pH faraj kita. Dalam range 3.8 - 4.3.. Jadi selamat digunakan walau setiap hari. Tapi aku boleh guarantee memang hari2 mau hehehe.. Buihnya lembut dan dia bukan sahaja mencuci malahan berubat. Sebab itu sangat berkesan dalam rawatan keputihan (discharge). Sorang kawan aku dah stop ambil ubat klinik untuk rawatan discharge nya yang teruk lepas guna FW JSD dengan Masker Vagina. Alhamdulillah.. 

Apa yang aku boleh kongsikan di sini, produk dari JSD memang ada nilainya yang tersendiri. Kesan yang amat positif dan agak cepat tindak balas yang kita boleh rasakan perubahannya.

Jadi kalau korang rasa ada masalah seperti aku..masalah keputihan atau ada masalah dalaman lain.. janganlah segan nak bertanya pasal produk JSD. Insyaallah ada yang sesuai untuk anda cuba. 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh whatssapps aku di 0132717091. or SMS. 

Next entry akak cerita lagi details pasal FW ni ya? Kalau tak sabar.. sila Google dulu.. jadi bila masuk kelas semua dah ada info dalam kepala.. hahaha










Tuesday, March 4, 2014

Jom Start Your Crumble....


Jom mulakan projek memanik anda..

Pilih lah mana warna yang berkenan hehehehe...





Well... agak2 kalau korang rasa pening dah.. dah tak ada idea dah nak buat design macam mana.. hope this will inspire you. The materials.. yes aku jual... kalau nak beli boleh PM saya.. or whatssApps di 0132717091... 

Material stone ada macam kuku besi tepi dia.. ala ala macam batu kat brooch tu.. selalu size batu besar macam ni aku akan balutkan dengan manik supaya lebih kemas. Then manik bersegi tu materialnya acrylic.. ada size 4mm.. 6mm.. materials yg selalu aku guna dalam design Crumble aku. 

Yang kecil tu materialnya plastic. Its faceted. Maknanya ada cutting2 ala ala diamond gitu. Samalah dgn hex stone tu. Faceted. So bila faceted dia ada reflection shine yg lebih compare to solid surface macam pearl. Pearl ni jenis solid and matte. Kalau tak pandai combine kadang guna banyak pearl jadi macam telur ikan bergentel2 gittew.... Sorry kalau ada yang terasa ya hehee.. ni pendapat aku je.

The Sew on Stone.. RM2.50 each pack. Ada 3 pcs. No 02, 03 and 15 SOLD OUT!

The hex stone... RM3/10gram...  

Pilih jangan tak pilih... macam candy kan batu ni? 

Korang sila la cuci2 mata. Mana tau berkenan kan boleh cari akak ye.. akak mana? Ye pandai adik2.. akak PepariDsign...



p/s: Rasa kelakar bila ada orang komen hasil kerja mereka yang pernah belajar dgn aku. Nampak kepepariannya kata nya hahahaha...

Thursday, February 20, 2014

Project suka suki.. jom beading


Mulanya projek ni based on customer requirement yang mahukan aku buat satu color combination for her baju. Jadi aku memang suka projek jana otak ni. Jadi bermula dengan projek ni then dapat sambutan pulak. Ramai pula yang berkenan dengan projek mix color aku ni..

So apa benda dia akak buat ya?

Mulanya akak cuma share pic mix hex stone untuk Nota Crumble yang akak jual tu. Nak update stok nota. Tak sangka bila share kat FB ramai pula yang berkenan....

Ini COOL set for my Crumble nota

Yang ni warm set pulak...

Jadi dipendekkan cerita... ramai pulak suruh akak buat kan mix hex stone ni.. So the story goes on..

Nak tengok ready made mix set? Akak ada buat 4 ready made set..



Set 01 Green + Blue
Set 02 Purple + Pink

Set 03 Yellow + Orange with a touch of Green
Set 04 Blue + Green
Untuk setiap mix set ni akak nama kan Slim Pack (35gram).. Hahahaha... nama tak agak kan? Sebab macam jadikan motivasi kat diri sendiri selalu sebut jadi secara tak langsung memasakkan dalam kepala untuk lebih slim hahahahaha... bagus tak strategi akak??? Harga Slim Pack ni hanyalah RM12.50. And kalau uols nampak manik yang gelap2 sket tu akak campurkan dengan faceted plastic disco ball... materialnya plastic tapi tahan.. dun worry.. tak luntur or mengelupas walau dry clean, Yg hex stone tu materialnya acrylic bukan plastic.. so dia shine and tahan juga. So kalau korang berminat dengan 4 set ni boleh je PM akak.. or whatsapps akak at 0132717091...

Oh tak match dgn baju korang ye? Ok apa kata tgk yg akak buat for yellow ni pulak hehehe... 

Cantik kan? Puji diri sendiri hahaha..

Sew on stone yang akak guna dalam pic atas pun available kalau korang berminat. 

Catalog Sew on stone
Tapi sebab beader2 geng akak agak kiasu jadi mereka ramai2 telah borong sakan. Jadi no 02, 03, and 15 dah sold out..... Kes sapa cepat dia punya la ni.. 

Harga sew on stone ni? Each pack consist of 3 pcs.. harga RM2.50 each pack. 

So kalau korang berminat dengan apa yg akak share kan ni boleh contact akak ya... 

Sila contact 0132717091.. msg boleh..whatsapps pun boleh... 

Terima kasih daun keladi.. lain set akak tunjuk lain kali hahahaha....


I am back....

Salam sejahtera wahai pembaca budiman..

Sopan kan akak? Antara resolusi 2014 menjadi wanita yang lebih sopan santun.. hehehe...

Korang sure menyampah kan sbb statik je blog akak ni.. Sikit lagi nak lupa password haha..

Nothing happened.. Cuma mood nak bersiaran di blog kurang sikit sejak ada orang yang pernah rapat dengan akak sentap terasa dengan one of my coretan dalam blog ni. Akak dah minta maaf walau tak ada niat pun nak babitkan dia. Tapi hati orang tak boleh nak paksa kan? Akak redha je la hehehe....

Since dah lama tak update.. akak nak update pasal kelas manik akak dulu ya.

Untuk yang berminat nak belajar manik Crumble Advanced 3D style PepariDsign, kelas terdekat adalah pada hari Sabtu ini.. 21 Feb 2014. Mula dari 10 pagi sampai 6 petang. Yuran RM250 dan material semuanya disediakan. You all datang lenggang kangkung je hehehe.. Kalau you all berminat boleh contact saya di 013-2717091.. nak whatsapps pun boleh..

Ok next akak nak share projek memanik akak yang terbaru. Projek beading khas untuk busana pertunangan. Theme warna yang akak suka. Sebab tema nya ala ala earth gittew.. memang cantik. Kain dari material shiffon yg berkualiti. And patch lace yang tailor buat pun sangat kemas. Ah yes tailoring memang superb...memang adore sangat. Akak feeling2 nak tempah sepasang kat tailor dia nanti.. x tau lah mampu ke idak akak ni hehehe..

Jadi tugas akak lebih mudah untuk memanikkan lace yg sudah dijahit kemas. So tak payah panjang lebar sangat bebel2.. jom kita cuci mata...



The whole view.. oh yes sekali dgn veil

Close up di bahagian bahu

A bit closer...

Close up di tangan

Close up.

Harap terubat kerinduan uols dengan akak ya.. hahahahaha....

Ok... pengumuman tempahan untuk baju raya dah akak buka.. dah ada pun yg kiasu book walau baju tak siap.. akak ok je.. kalau lambat sampai akak tak jahit dek non hehe.. akak feeling2 nak balik kampung awal raya tahun ni.. nak bakar lemang bagai keh keh keh.. jadi kalau nak hantar baju make sure April paling lewat ya dik. 

Lelain cite nanti akak update ya... Karang takde cite lak next entry.. 

Sekian,

Sunday, October 6, 2013

Masih memanik walaupun duduk ku tidak bersimpuh lagi...


Hai korang...

Akak duduk senget dari semalam ni. Penangan makan sambal kicap pedas ya hamats.. Ni baru namanya sampai melecet vuntutss hahahaha... Sakit sangat2... Dah buh ubat pun masih sakit. So mari minum air banyak dan makan yang plain je. Tu pun semalam terbabas nak order meehun tom yam boleh? Rasanya usus dah taleh terima pedas2 lagi dah.. Bagus lah, no pedas2 sangat lepas ni, jadi makan pun sket je sbb tak berselera katanya hahahaha... Mampukah?

Dek kerana duduk pun senget, perut pun meragam banyak plan tak jadi nak buat. Duk rumah lebih afdhal.

Aku ada projek baru ni. Doakan aku berjaya ya. Nanti aku update kendian.

Tanak kecewakan korang sume cewahhh... Meh la aku share gambar close up yg kat jubah tu. Manik di bahagian pinggang bawa ke bawah..

Jom cuci mata..

Enjoy!!














Dah.. puas hati tak korang? Kalau tak bagitau nanti aku upload sampai muntah manik heheheheh..


Saturday, October 5, 2013

Antara kelas manik dan toilet itu.......


Wahai sidang pembaca yang budiman.... Anda rindu padaku? Ahahahaha..

Aku masih belum mampu menulis sekerap dulu. Hati yang tidak keruan dan keperluan yang lebih penting dari blog antara penyebab aku hampir terlupa pada password blog sendiri. Sila marah mereka. Saya tidak bersalah ehehehe...

Memanik? Ya jangan khuatir.. Aku masih bisa memanik. Alhamdulillah.

Sebelum aku teruskan coretan ini, aku pohon pada kalian yang membaca.. (apsal bahasa sinetron keluar ni? hehe) kalau lah ada apa yang aku coretkan di sini membuat hati kamu dan kamu semua terguris, membuatkan kamu terasa atau lebih teruk membuat kamu menangis teresak2 di malam hari di bawah selimut nan tebal.. atau mungkin lebih azab lagi membuat kamu meraung tergolek2 berhari2... makanya sila maklumkan pada diriku. Kerana aku tidak kenal sama kamu, mungkin apa yang aku coretkan, apa yang aku kongsikan pendapat aku membuat emosi kamu gundah. Mungkin kadang jalan ceritanya seakan dekat dengan diri kamu semua walhal mungkin juga aku tak kenal siapa kamu. 

Makanya, sekali lagi saya menyeru anda2 semua... kalau tak puas hati.. kalau terasa bisa di hati bagai ditusuk duri yang tajam... sila terus tanya pada saya... 

" Kak Pepari, coretan bertarikh sekian haribulan bertajuk demikian itu adakah berdasarkan cerita benar? Atau sekadar ilusi Kak Pepari yang suka berangan? Atau mungkin sekadar pendapat Akak sendiri? Sebab saya begitu rasa dekat dengan diri saya lalu membuatkan airmata saya tidak berhenti mengalir sejak membaca coretan akak"

Haaa............... Nampak tak? Sila tanya ya.... Akak tak suka nanti kalau korang sentap tak ada siapa nak baca blog akak lagi hahahahaha...... Adik manis ada paham dey??

Ok lah korang.. kalau ada lah macam yang aku coretkan di atas.. aku mohon maaf.. kerana apa yang aku coretkan di sini adalah berdasarkan pendapat individu aku. Kalau ada yang tidak bersetuju terserah... Kalau mahu berkongsi pendapat juga sila lah komen.. Kalau tak nak sila diam duduk jauh2.... hehehehe...

Yang sebenarnya, aku tak berapa sihat beberapa minggu ni. Bermula dengan viral fever yang menyerang satu keluarga. Kemudian melarat kepada keanginan satu badan hahaha.. tu pasal mukadimah entri ni macam hangin satu badan kan? Nasib lah korang :)

Aku tak pasti samada punca dari salah makan ataupun dari terapi sekejap yang aku buat. Tapi kalau sebab terapi tu  memang sangat bagus lah kesannya.. walaupun azab dik.... Macam angin puting beliung datang menyerang perut kau. Sekali datang menderu, sampai ke hujung usus, terus buat kau berlari ke tandas. Baru beberapa tapak keluar, dia datang lagi. Dah cerita pasal toilet pulak hahahaha... 

Nak kata food poisoning tak kot sebabnya apa yang aku makan sama je apa yg Mr BK makan.. Dia sihat walafiat je aku tengok. Aku ni bukan takat menahan sakit puting beliung dalam perut... menahan loya pun satu hal. Tak pasal2 kena letak vicks dekat hidung nak elak muntah. Memang tak ubah macam orang pregnant. Beberapa hari gak  memang aku melepek.. terbaring je tak larat dah nak buat apa. Yang best nya bila timbang berat badan turun few KGs uolss!!! Jangan jeles... Hahahahahah... Tapi lepas dah sehat sket eh dia macam ke arah nak back to normal KG pulak dah... Tension aku!

Till now kesannya masih ada. Cuma very mild. Jadi aktiviti memanik pun jalan macam biasa. Korang kalau nak belajar manik weekdays ni sementara Raya Haji boleh la PM aku ya... (sempat promo hahahah)

Alhamdulillah kelas manik berjalan lancar. Belum sedia buat di luar macam dulu. Ada juga orang Utara bertanya bila nak buat kelas di sana. Aku on je kalau korum nya cukup quota hehehe.. Ye lah dik.. kang akak gi sana, minyak lagi, accommodation lagi, venue lagi, F&B lagi semua akak tanggung dik.. kecuali lah kalau adik ada society yang memang nak buat kelas manik, nak cari orang ajar, jadi akak datang lenggang kangkung mengajar je dik.. aa tu lain cite ye... hehehe.. 

Macam korang yang aktif dengan persatuan atau kelab pun sangat dialukan kalau dah tak tau nak buat apa dengan duit kelab yang berjuta tu kan.. heheheh.. Sebabnya akak mengajar bukan takat individu sahaja, kalau persatuan or kelab or any NGO ke nak panggil akak pun boleh.. Kita belajar secara berjemaah hehehe.. 

Akak juga pernah ajar manik untuk group2 ibu tunggal ni. Jadi those yang memang berminat dengan manik ni leh pursuit for their own benefits.. boleh ambil tempahan lepas tu. Jadi secara tak langsung boleh jana ekonomi memasing. 

At the same time gak, dalam akak mengajar tu of koz akak pun tengok2 gak memana yang ada potential besar nak jadi beader tegar ni. Sebabnya, akak kadang memerlukan pembantu. So far akak belum jumpa lagi. Ada lah few, tapi derang ada komitmen lain pulak. Jadi sampai sudah tak jumpa2. Yang kita berkenan tu lah selalu nya kita tak dapat kan? Betul tak? Macam kadang kita masuk kedai kasut, dah berkenan dah bagai, eh tetiba tade size. Manjang lah tader size. Habis macam mana nak ada size kalau dah kaki beso gajah gamaknya cik kak?? Hehehehe... 

Jadi sebelum korang kebosanan dengan coretan akak ni, marilah kita buat aktiviti berfaedah sikit. Memula sila tutup mata rapat2, kemudian tarik nafas dalam2 ikut hidung.. kemudian tahan few secs, then lepaskan perlahan2 melalui mulut... Dah? Lepas tu buka mata perlahan2.... Sila cuci mata masing2 ya.. Heheheheh... As usual, enjoy!!!


Simple bead embellishment on a dress

Close up sket.. Combination of simple 3D leaf, manik pintal and of koz PepariDsign signature Crumble...


Nak close up lagi? Nanti akak share kan lagi ya bila akak rajin hehehe...



p/s: Dengan saiz yang sedemikian makanya jangan marahkan dia kalau dia hanya mampu menyarung BONIA, Crocs, Gucci, dan yang seangkatan dengannya... wakakakakakakaa.. (baca boleh, percaya jangan...)

Sunday, September 29, 2013

Berapa lama aku harus tunggu jawapan dari kau sahabat?


Rasa ralat, Rasa terkilan yang amat sangat.

Aku tak faham kenapa manusia yang punya akal fikiran, punya mulut untuk bertanya mengambil langkah untuk suka membuat andaian sendiri. 

Aku benci bila aku bertanya tapi orang senyap membisu. Kalau betul marahkan aku, sila luahkan. Sila beritahu aku. Alang2 aku dah bertanya. Tapi segelintir umat masih mengambil jalan untuk terus senyap. 

Aku kurang pasti puncanya kalau betul marahkan aku sangat, Aku cuba kaji dan selidik. Rasanya aku dapat agak. 

Tuan2 dan puan2 sekalian,

Secara logiknya, sekiranya aku ingin mengutuk seseorang itu, adakah aku akan bercerita di sini sedangkan aku tahu dia juga membaca blog aku? Bukankah bodoh tindakan aku itu wahai tuan2 dan puan2.. opss kalau ada yang berpangkat Datuk/Datin maaf lah ya tak perasan tadi hehe... 

Aku rasa orang tersebut telah terasa dengan salah satu entry aku di blog ini. Ini hasil dari risikan aku lah. Tapi sayangnya, oleh kerana paranoid mungkin, orang tersebut telah kesentapan dengan aku tanpa mengambil tau duduk cerita yang sebenarnya.

Aku yang menyedari ada kelainan dari orang itu telah bertanyakan terus kepadanya apa salah aku. Kenapa buat macam tu menjadi dingin secara tiba2. Pertanyaan aku tidak dijawab langsung. OK. Mungkin masih marah, Aku masih menunggu jawapan dari orang tersebut. 

Kalau betul marah dan sentap, sila beritahu aku. Kalau betul aku tidak layak lagi jadi teman buat mu padahal suatu ketika orang itu mencanang sana sini kononnya aku BFFnya, sila beritahu aku juga. Aku mahu kepastian. Aku tidak suka duduk dalam keadaan tertanya2. 

Aku pohon, kalau betullah telahan aku ini, tanyalah dulu aku setiap entry di blog ini. Tolonglah jangan suka buat andaian sendiri. Cerita mungkin sama tapi orang mungkin berbeza. Dan kau juga pernah berkobar2 berceritakan sanggup untuk bersemuka untuk kebenaran. Jadi aku tidak nampak sebarang masalah untuk kau bersemuka. 

Kalau sekali lagi ada yang terasa dengan entry ini aku mohon maaf. 


Friday, September 20, 2013

Hit the 100,000


Hai korang.. tetiba aku rasa nak main simple game hehehe..

Bukan apa, mengeratkan lagi hubungan maya kita ni kan.. Walaupun daku tidak kamu kenali...

Caranya? Simple je.. Korang nampak kan kat kanan side bar aku ni ada aku main cak cak ba tu? Ahaaa.... kalau korang adalah hit yang ke 100,000 makanya aku akan jahit manik di lengan baju anda secara PERCUMA!!! Yes... free sajorkkk

Best tak?

Best kan?

Meh meh meh rerajin visit blog akak ya...

Ha nampak yang bulat merah tu? Kalau bertuah dapat yang ke 100,000 dapat lah bling2 kat tangan baju anda...

Kalau dapat yang ke 100,000 sila print screen email ke peparidsign@gmail.com. Sape pemenangnya nanti akak umumkan ya..

Selamat mencuba!!!




It's plain green.. let's Crumble Mumble Hurray!!


Selalunya my new customer memang request Crumble untuk tempahan manik. 

Yes madam.. saya menurut perintah sahaja. 

Aku suka warna hijau ni.. nampak lembut je. 

Yes, another Crumble.. kalau dah muak sila ke tepi.. hehehehe.. bagi laluan orang lain nak tengok hahaha... 

Bezanya kali ini the last layer aku sudah kan dengan apa ya namanya.. aku tak pasti.. ada yang panggil sesungut hahahaha... so believe me, simple technique somehow can add the difference.. it gives more looks.. seriously... 

So mari kita cuci mata...

Bead embellishment for whole baju..



Close up: Hujung lengan


Some called them 'sesunguts' hahahaha

Another sesunguts hehehe


Close up: Leher...



Thursday, September 19, 2013

Good News!! Mari belajar menjahit manik

Sticky post. For new entry please scroll down.




Untuk makluman semua peminat manik, Kelas Manik Crumble Advanced anjuran PepariDsign bukan setakat di hujung minggu sahaja. Tetapi kami kini bersedia untuk menerima pelajar di hari bekerja Isnin hingga Khamis. Waktu kelas seperti biasa dari 10am - 6pm. Segalanya disediakan.

Jadi untuk mereka yang selama ini saya terpaksa say no untuk mengajar di hari biasa, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Caranya mudah sahaja, anda pilih hari yang anda ingin datang belajar, kemudian beritahu saya sekurangnya 2 hari lebih awal.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no ini 013-2717091 atau email peparidsign@gmail.com. Jangan terkejut pulak kalau telefon nanti dengar suara lelaki ya. Assistant I jantan uolsss hehehehehe...

Untuk kelas yang terdekat hujung minggu ini. Details as follows;

Date: 21 & 22 September 2013 (Sabtu & Ahad) Pilih hari yang anda suka
Time: 10pm - 6pm
Fee: RM250 materials disediakan. Datang bawa badan sahaja. Kalau suka bergambar sila bawa kamera hehehehe....

And yes, kalau anda tidak pernah menjahit manik sebelum ni pun insyaAllah anda dapat pulang dengan hasil kerjatangan anda sendiri. Jangan takut. Yang penting anda ada minat dalam bidan menjahit manik dan ada semangat ingin belajar dan terus belajar.

Happy Beading!!!





Promosi Nota Manik PepariDsign


Salam manik semua.. Wah tetiba ada salam manik hahahaha...

Ok..sebab aku terima banyak SMS tanya pasal nota. Jadi aku umumkan kat sini, nota manik PepariDsign masih available. Masih dijual.

Promosi untuk 3 nota hanya RM220 berbanding harga biasa RM234. Harga promosi termasuk postage fee dah.

Kalau nak beli asing pun boleh. No problem.

Crumble - RM87
3D Balut batu - RM60
3D teknik buat daun - RM80

Jadi kalau berminat boleh PM aku or email di peparidsign@gmail.com or SMS at 9132717091.

Thank you...




Wednesday, September 18, 2013

Simple Beading Design


Baju yang satu ni dari regular customer aku. Masa dia nak passed baju dia dah informed kainnya nipis sangat. Aku dah well prepared dah. Sebab knowing her, material kainnya memang sangat mencabar aku selalunya hehehe.. Tapi aku suka je sebab its a challenge to  me.

Bila sampai kat tangan aku. MasyaAllah!!! Aku tak terfikir pulak senipis ittew!!!!! Sangat nipis dan fragile uols!!! Kalah ni kain opel yang nipis or shiffon ni.

Terus akak transform patah seribu lemah gemalai jadinya hahahaha.... Habistu... nak menggayakan kain tu. She requested simple beading je. Simple pun tapi nak cucuk jarum pun aku ngeri uols..

Nak jahit manik pun bukan sebarang jenis design. Sebab kalau jenis tabur2 memang tak sesuai. Sebab benang akan nampak, and manik senang tertarik due to the kefragileness of its fabric ... hahahaha... Nak buat Crumble is no no sebab dah boring dah tuan badan nak jahit hahahaha..

Jadinya? Jadinya... terjadilah seperti design di bawah ni hehehehe... Maka saksikanlah...

Enjoy!!!!

Close up..

Dari bahu bawa ke bawah....



Monday, September 16, 2013

Mana satu berbaloi?


Korang sedia maklumkan, aku memang ada jual nota jahitan manik Crumble dan juga 3D teknik daun dan juga teknik balut batu.

Ramai yang bertanya, mana lagi ok samada datang belajar ataupun cukup dengan beli nota yang aku sediakan.

Ok ini jawapan subjektif. Sebabnya sedia maklum, penerimaan orang ni lain2. Pemahaman orang juga lain2. Karakter kita juga beza. Rambut apatah lagi. Akak sampai skang kempunan nak warnakan rambut dengan warna Mahagony hehehehe... Mr BK tak kasi.. Ye la haram... saje je akak kan gatal suka tengok macam best je..

Bila ramai yang bertanya, jadi aku bagikan jawapan yang aku rasa seikhlas hati aku lah. Jadi kalau ada yang tak sependapat, aku ok je. No harm.

Benda2 yang perlukan kemahiran ni, personally untuk diri aku sendiri, aku lebih suka attend kelas dari aku beli nota rujukan. Sebab aku jenis orang yang sangat fizikal. Aku mahu lihat, sentuh, pegang, tak cukup tu kelebet2 benda2 yang cikgu aku ajar hahahaha...

Bila attend kelas, secara tak langsung methodnya interaktif. Its one to one learning session. Bila kau tak faham, immediately boleh tanya terus on the spot. Bila confuse atau ada benda yang kadang maybe tak related directly tapi secara indirect pun ko boleh dapatkan jawapan tu terus masa kelas.

Kalau nota rujukan, dia hanya 1 way learning je. Kau je belek dia kelebet dia, pusing sana sini. Dia senyap tang tu gak. Jadinya kau terus samada akan dapat jawapan yang kau nak ataupun kau fed up then kau biar je projek yang kau nak buat.

Belajar secara berguru lebih banyak manfaatnya. Lebih2 lagi kalau kau dapat cikgu macam aku hahahaha... Terlebih2 karang akak bagi ko. Takut sponge ko tak cukup nak  tampu air yang akak curah nanti. Eh, tapi kan, ada juga student yang akak pernah jumpa, dia tak bape suka bila akak share bebanyak tips dgn dia. Kadang akak suka cerita and share tips memanik yang luar dari module. Tapi dia rasa dia pening. Dia taleh nak absorb bebanyak.

Ye la kot kan... Duduk dari pagi sampai petang ngadap manik je. Orang yang tak biasa memang boleh pening kepala. Penat satu badan. Tu yang taleh nak absorb lain dah bila akak pot pet benda lain hehehe.. Taleh nak salah kan gak kan?

So kesimpulannya, kalau tanya akak, ada masa terluang, pergilah kelas instead beli nota je. Kalau nak senang akak jawap je beli lah nota akak. Pastu duit masuk akak duk goyang kaki je hehehe.. Tapi bukan tu niat aku sedari awal aku mulakan mengajar. Terpulang pada diri masing2 ya...

Oh.. sebut pasal nota, yes nota akak masih ada lagi.. hehehehe :)

p/s:  Ada yang tanya bila nak buat kelas kat luar KL? Bila ya? Lepas Raya Haji ok ke? Mana nak pergi dulu ya?? Sila vote...


Mini Crumble plus Netting...

Mahsuri, satu sejarah atau mitos?


Maaf lah ya sebab entry aku berunsur sejarah pulak kali ni. Ni gara2 menonton rancangan "Suatu Ketika" la ni. Seronok gak layan sejarah ni.

Cerita kali ini tentang Mahsuri. Memang agak berbeza cerita yang dibawa dari apa yang aku tahu. Deraman yang aku tahu selama ini digambarkan watak antagonis. Tapi dalam cerita tadi yang aku tonton, terdapat salah faham. Deraman merupakan seorang pendatang di Langkawi. Hubungannya agak mesra dengan keluarga Pandak Maya. Dikatakan isteri kepada Tok Penghulu Datuk Sri Kerma Jaya memfitnah hubungan mereka sebagai skandal lalu mendesak suaminya untuk jatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri. Dikatakan juga, tubuh Mahsuri tidak lut sebarang senjata sehinggalah Mahsuri sendiri membuka rahsia supaya menggunakan keris di rumahnya. Hanya selepas itu tubuh Mahsuri berjaya ditikam, dan keluarlah darah putih yang membawa sekali sumpah keramat selama 7 keturunan.


Ilustrasi Mahsuri. Pic: Google

Satu persatu peristiwa berlaku membinasakan Langkawi. Kemuncaknya apabila Siam menawan Langkawi. Habis semua dimusnahkan, termasuklah sawah padi. Dikatakan padi di situ tidak hangus menjadi abu seperti padi biasa. Padi bertukar menjadi hitam, tetapi tidak peroi hancur. Bila ditemuramah generasi ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya, terbit juga rasa simpati. Bukan sahaja harta benda, sumber makanan, Datuk Sri Kerma Jaya juga dikatakan mati di tangan Siam.

Dan bermulalah mimpi ngeri warisnya apabila dikatakan terpaksa berpindah randah sehingga menukar nama keluarga kepada Wan dipangkalnya untuk mengelak dari dibunuh tentera Siam.

Penerbit berjaya juga mengesan waris ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya. Sudah lewat usianya. Namun masih ingat cerita2 yang diturunkan dari nenek moyangnya. Terdetik di hati aku, bagaimana mereka mengesahkan yang Nenek itu waris sah kepada Datuk Sri Kerma Jaya? Susahkan nak sahihkan? Macam cerita Mat Kilau dulu bila kembali ke pangkuan orang ramai setelah diisytiharkan mati. Namun beliau adalah tokoh perang, membuatkan negeri Pahang menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat samada betul atau tidak beliau adalah Mat Kilau. Bukan senang AJK yang dilantik nak isytiharkan kesahihannya, tempoh masa lebih dari 6 bulan diperlukan untuk mengumpul semua bukti.

Namun, satu fakta yang menarik perhatian aku adalah, apabila Mat Kilau menjadi sangat nazak tidak lama selepas kesahihannya sebagai Mat Kilau disahkan. Kononnya, beliau telah dimakan sumpah kerana telah berjanji dengan Tok Gajah dan Datuk Bahaman untuk tidak menceritakan cerita silam mereka kepada sesiapa pun selepas mereka berpisah membawa diri masing2 apabila menjadi buruan.

Wah... Kak Pepari lepas ni leh jadi Cikgu Sejarah kan? Sure cemerlang bebudak sekolah semua hehehehe..... Puiii!! Baru tengok dokumentari sehari dua dah berangan wahahahahahhaa....

Tapi seriously, seronok sebenarnya Sejarah ni. Antara subjek yang paling aku suka waktu sekolah dulu. Kalau kena gaya dengan cikgu yang mengajarnya memang sangat best! Teringat Cikgu Saedah. Sangat sporting. Mengajar aku Sejarah waktu di tingkatan 5. Senang sahaja dia. Dia tak kesah murid nak tidur ke buat kerja lain ke waktu kelas, tapi SPM korang make sure dapat A1. Hehehehe... Memang adalah yang ketiduran masa dia mengajar. No! Bukan sebab dia tak best. Dia sangat best!! Ada elemen kelakar. Dan beliau sangat expressive. Bercerita bagaimana lanun Bugis masuk ke Johor. Bagaimana hebatnya orang Jawa. Haruslah dia up lelebih pasal keturunan Jawa ni sebab dia memang sangat Jawa okesss... hehehehe.. Ohh.. sangat mengimbau... :)



Aisyah. Generasi ke 7 Mahsuri. Cantikkan??
Pic: Ehsan Beautifulnara



Ok... yang ni tak ada kaitan dengan memana keturunan kat atas tadi ya..Kompemmmm.... Hehehehe

Thursday, September 12, 2013

Wira negara sebenar.......


Gila lama menyepi kan? Menyambut raya sebulan kekdahnya akak ni hahaha.. Apa yang disambut pun tak tau lah. Terabai kejap blog ni dibuatnya. Ada benda nak di cerita celoteh kan.. tapi kekangan demi kekangan asyik lah tergendala je plan tu. 

Nothing fancy about my raya. Cerita pasal raya nanti akak rangkumkan jadi satu entry padat ye..

Menonton rancangan Suatu Ketika di Astro petang tadi buat aku betul2 tersentuh. Rupanya masih cetek ilmu sejarah aku tentang Merdeka nya Tanah Melayu ini. Temubual dengan bekas tentera Harimau Malaya buat air mata aku tumpah. 

Sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bangga kerana begitu setia dan begitu tinggi semangat cinta kan negara mereka. Bayangkan, dari zaman tentera Jepun, kemudian Komunis, lebih 20 tahun juga Pak Cik Wan berjuang memegang senjata. Kemudian balik ke kampung setelah tiada lagi ganggu gugat dari keganasan membanting tulang bekerja kampung pula untuk menyara keluarga. 

Lebih menyedihkan apabila ditemukan dengan rakan2nya yang lain. Seorang sudah uzur benar. Hanya terbaring. Seorang lagi alhamdulillah masih sihat, tetapi dari gaya hidupnya aku lihat agak daif. 

Hati aku tertanya.... apakah jasa mereka ini pernah di iktiraf dan di hargai oleh mereka yang sepatutnya? Mereka juga wira yang perlu di kenang jasanya. Aku harap mereka yang sepatutnya lebih prihatin untuk menghargai jasa2 mereka yang lebih awal memperjuangkan merdekanya Tanah Melayu ini. Janganlah asyik sangat ajak orang kibar bendera sana sini. Suruh pasang kat kereta lah apa lah. Pada aku pasang kat kereta macam hilang je daulat bendera negara tu. Macam tak sesuai. Maaf lah ya. 

Kepada menteri, banyakkanlah aktiviti yang lebih berfaedah daripada sambutan konsert dan bunga api tu. Aku cadangkan supaya adakan pertandingan mencari sebanyak mungkin nama2 mereka yang pernah berjuang demi negara. Kemudian nama2 tu simpan dalam arkib. Mana yang hidup, kalau ada insentif berilah. Tidak pun pada kaum keluarga. Soal mempertahankan maruah negara satu benda yang amat tidak ramai generasi kita pada masa ini sanggup buat. Aku barangkali salah seorang. Tidak mampu aku galas tanggungjawab itu.

Tetiba akak jadi patriotik kan? Semangat dik.. 16 September ni kan Hari Malaysia.... :)


Jom tambahkan semangat cuci gambar manik akak pulak.. Saja je buat tayang gambar hehehe... 




Monday, July 29, 2013

Berakhir sudah satu penantian


Alhamdulillah..

Penantian aku berakhir sudah.

Takut memang ada. Cabaran pasti lebih. Tapi hidup mesti diteruskan.

Kalian di luar sana, doakanlah yang terbaik untuk diriku. Walau kita tidak kenal, tidak pernah berjumpa, doa kalian amat aku hargai. Maaf juga kerana tidak malu untuk aku pinta sepicing doa dari kalian semua. Aku doakan kalian semua diberkati oleh Allah hendaknya. Amin...



Saat menerima kertas itu agak menggigil juga tangan ni. Bercampur baur perasaan ini. Semoga langkah ku lebih panjang.

Selamat tinggal. Selamat datang dunia baru yang mendatang.

Terima kasih buat segalanya.

Terima kasih Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku, janganlah Kau persulitkan. Terima kasih Ya Allah, kerana masih mendengar rintihan doa ku di sebalik segala kekurangan dan kealpaan aku.

Sesungguhnya kau lah Ya Rahman.. Ya Rahim..


Thursday, July 25, 2013

Merahnya Mak Ngah!!


Dress warna merah ni datangnya jauh nun di sana dari Labuan.

Kain nya unik. Tak pasti apa tajuk kain dia hehehe.. yang pasti memang susah nak digayakan dgn manik.

Masalah utama aku bila nak manikkan dress ini adalah jenis kainnya yang umpama lace; bersulam dan berlubang sana sini. Memang dilapiskan dengan lining dari warna yang sama juga. Tapi untuk jahit manik tembus sampai ke lining adalah bukan style aku. Plus, liningnya bukan jenis jahit mati dengan lapisan atas. Dia jahit sket2 je di bahagian dada. Silap haribulan ko syok sendiri jahit manik sampai tembus ke lining, dress tu boleh jadi senget benget sebab jatuh kain tak cantik.

Sememangnya kalau aku jahit manik untuk jenis baju yang berlining, sebolehnya aku elak untuk jahit terus bersama liningnya. Kecuali, kalau lining yang dijahit terus dengan lapisan atasnya tu jenis fit. Macam jenis kebaya yang berdat tu kan. Jenis kalau kita jahit mati dengan lining dia pun tak jejaskan flow kain.

Ini dah lah jenis dress, karang tak pasal senget dress dia hehehehe...

Jadi the best way is to combine some 3D elements so dat manik nampak penuh. Pening gak aku nak larikan benang bila jahit sebab nak elak dari nampak dek lubang2 sulam tu. Nak susun manik pun satu hal jugak hehehehe..

Tapi ni satu pengalaman kat aku jahit jenis baju macam ni. Betul kata orang banyak berjalan luas pengalaman, banyak menjahit??? Kebas tangan!!! Hahahahahaha... Kidding.. I always enjoy do the beading embellishment. Somehow I felt that it's a therapy for myself.

Ok, let's enjoy the beading work that I've done for the RED dress... Huhuuu...


Overview of the dress






A little tangling at bottom part



The request is to have black theme. Tapi aku pepandai ubah sket jadi blue black hehehe...


3D elements...


 Ok dek non.. Akak nak rajinkan diri buat daun 3D ni. Best tak akak? Sambil ngadap PC sambil tangan menyulam 3D. Tu lah antara benefits dia buat 3D ni. Tak payah ko nak usung kain ke hulu hilir. Dalam kereta pun boleh sambil2 ko tunggu anak balik sekolah tu kan? Canner? Aaaaaa meh la datang umah akak heheheheheheheheh.....



Erti hidup bukan untuk tunjuk apa yang kita mampu...


Hebat sangatkah rasanya memakai beg tangan berjenama PRADA sedangkan ianya dibeli secara ansuran?

Sedangkan banyak keperluan diri yang kurang? Bukan setakat keperluan diri, keperluan anak2 yang belum terlangsai?

No!! I am not talking about Raya preparation. I am talking about the reality of life.

Kita hidup biar berpada. Tak ada apa yang perlu kita buktikan untuk tunjukkan kita ini masih lagi wujud.

Aku bukanlah gemar sangat bertukar kasut atau beg tangan. Lebih2 lagi lepas operation, bawak hand bag pun dah rasa lenguh and sakit semacam. And aku malas nak tukar2 isi kandungan dia kalau beli handbag baru. Sekarang ni memang aku jalan lenggang kangkung je. Malas nak bawak handbag.

Aku tau ramai perempuan kat luar sana yang gila hand bag. Setiap bulan berganti baru. Kalau mampu apa salahnya. Aku cakap terus terang mungkin juga aku belum mampu. Alhamdulillah nafsu aku tidak ke arah itu, dan didorong oleh faktor kesihatan juga hehehehe... See? Semua ada hikmah dia kan? Hahahaha

Nasihat aku, biarlah keperluan didahulukan. Tak perlu lah beriya nak berhutang bagai semata2 nak bergaya. Semata2 nak tunjuk kat orang yang hey aku juga mampu ok. Tak perlu kau nak buktikan apa yang kau mampu miliki pada orang lain. Hakikat yang kadang perlu akur yang hidup amat perit sekali. Duit tak datang terbang berbondong2 pada kita. Tak juga dia tumbuh melata bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Sebab tu kadang aku jadi serba salah. Melihat sesuatu yang totally against apa yang aku believe. Against pendirian hidup aku. Mungkin aku agak ketinggalan zaman tapi biarlah... Apa guna nak menunjuk sedangkan sudahnya diri sendiri makan hati bila dicerca orang lain. Tau malu diperkatakan orang tapi tak pernah malu pada diri sendiri.



Some important beading tips that I remember....



  1. Try avoid using washable air brush pen on any silk material when you sketch a design. The color of pen will be erased, however there might be a stain left on the silk. More on bleach stain. Try to use chalk based pencil instead.
  2. Buy beads in small pack is expensive. Invest in bigger pack of 100g or 1 pound. Start with common color that you always use e.g. silver, gold.
  3. Some fabrics need to be ironed first before you start beading on them
  4. And some fabrics demand your fingernails to be cut clean
Hmmm... apa lagi eh? ehehehe.. Aircond sejuk bagai ni buat aku perasan macam kat London kejap wahahahahahahahaha....

Betul. Certain fabrik yang fragile kadang senang tersangkut pada hujung jari kalau ada lebihan daging2 or kuku yang panjang. Jadi sememangnya dinasihatkan sila potong kuku pendek dan trim cantik di kelilingnya.

Jangan takut nak beli manik in 100g. Memang nampak banyak kan? Tapi mulakan dengan warna2 yang selalu kita gunakan. Percayalah, sangat berbaloi! Dan percayalah kalau kedai kata 10g pack tu, kadang tak sampai pun, dalam 8g je dia letak, except for Apple beads.

Bagi penggemar sequins, try avoid warna yang shocking... macam shocking pink.. Sebab ada potensi untuk warna nya luntur. Luntur je tak apa, silap haribulan, warna baju pun rosak. So avoid guna warna2 terang untuk fabrik yang warna putih etc. Nanti warna tu turun kat baju. Kalau ko buat kat baju pengantin lagi lah. Tak pasal je rosak baju orang.

Apa lagi ya?

Tips nak kasi ayam masak kicap sedap? Hahahahahaha.. Melencong lagi akak ko ni kan? Ayam masak kicap menjadi carta juara menu akak di bulan puasa ni. Asal tanya Mr BK ayam nak masak apa bebalik masak kicap dia request. Kicap pun kicap lah.. sesuai sangat dengan kulit dia hahahahahaha... Syhhh!!

Ni versi akak as orang Johor ya. And korang jangan tak tahu, menu wajib di pagi raya ni tau. Orang Jawa lah katakan... 

Anggaran setengah ekor ayam (versi tak perlu goreng ayam terlebih dahulu)

  1. Tumis kan 3 sekawan, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia & kunyit yang telah di blend halus. Tumis sehingga naik bau. 
  2. Kemudian masuk dalam 2 sudu besar cili yang di kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 sudu sos cili, 1 sudu sos tomato.
  4. Masukkan ketumbar yang telah di sangan dan di blend. Kalau tak pakai je serbuk ketumbar pun ok.Boleh lah campak kan barang sebatang serai.
  5. Kemudian masukkan ayam & kentang dipotong baji kalau korang suka. 
  6. Biarkan sekejap, then baru masukkan kicap. Aku prefer kicap manis. 
  7. Masukkan sedikit air untuk kuah dan untuk senang empukkan ayam
  8. Selalunya aku letak sikit je garam untuk balancekan rasa kicap manis tadi. And sebab tambah sikit air jadi kicap dah kurang rasa.
  9. Last sekali boleh lah masukkan belahan bawang besar dan juga lada merah sebagai hiasan. 
Selalunya kalau masak dalam skala besar, contoh untuk raya, ayam tu digoreng terlebih dahulu. Tapi setakat 3 suku sahaja. Jangan terlalu kering.

Menu wajib orang Jawa di pagi Raya;

  • Ketupat
  • Ayam kicap (wajib ada)
  • Sambal jawa (kicap)
  • Kuah lodeh
  • Rendang (optional)

Mak aku pernah masak ayam kurma masa Raya, tak laku uols, ayam masak kicap jugak jadi pujaan!!!

So lepas ni kalau korang beraya kat umah orang Jawa. Dihidangkan pula ayam masak kicap, tak payah la kau nak buat muka kelat2 keji ya.. Ya aku tau, kalau tak raya pun boleh makan kan ayam kicap ni? Habis, rendang semua tu pun boleh je dapat kalau tak raya? Dah tak payah nak buat muka pepelik.

Jom gi pasar Ramadhan... Akak tak jumpa lagi lah pecal yang sedap... Mak Cik yang berniaga kat BK5 tahun lepas tak ada pulak tahun ni.