Saat terpandangkan lauk kari ikan itu, aku tahu ikan salmon
yang dimasak. Jarang sekali masakan di kedai biasa mahu sediakan menu seperti
itu. Memang menggamit selera aku.
Saat menjamah hidangan, memang fresh kepala ikan yang
dimasak. Sedap. Tapi tiba2 aku terkenang pada Mak.
Masa aku sempat pulang bekerja di Johor dulu, few months aku
berulang alik dari Kota Tinggi ke JB. Alignment tayar memang lari jangan cakap
lah. Masa tu highway tak siap lagi. Jadi pada yang tahu macam mana keadaan
laluan Kota-JB masa tu memang hazab.
Aku tak ada masalah dgn keadaan jalan, tapi aku tak boleh
nak hadap kalau traffic jammed!!! Kalau
di KL ni kita boleh la try jalan alternative lain kalau jam teruk sangat kan?
Tapi kalau ko dari JB nak ke Kota nan ado ye masa tu… jadi hadap je lah…
Sampai lah climax nya bila aku stuck depan kuil india di Ulu
Tiram berejam lamanya. Yang kelakarnya masa tu dengan akak aku sekali stuck kat
jammed. Kereta dia adalah selang beberapa biji kat depan aku. Last2, dia
telepon aku suh ikut Felda apa tah kat Tiram tu keluar ikut laluan Kulai-Kota.
Aku kan baru lagi balik JB, so tak tahu sangat lah jalan2 short cut ni.
Jadi bertitik tolak peristiwa tu aku sewa bilik berdekatan
opis aku. Jadi senang, kalau jammed, aku balik bilik je.
Kalau aku balik awal, aku suka singgah di Jusco Tebrau untuk
belikan roti yang Mak suka di Cottage Bakery. Kalau ikan fresh, aku beli gak
lauk basah di Jusco, jadi senang Mak tak payah keluar beli lauk.
Ada sekali aku beli beberapa ketul kepala ikan salmon. Selalu
aku tak pandang pun sbb dah lama ikannya. Niat di hati nak masak asam pedas.
Sebab kalau kari macam muak sangat dgn lemak2 ikan tu nanti.
Balik rumah memang aku yang masak. Makan panas2 dgn nasi.
Fuh!!! Masa tu adik aku yang bongsu masih bersekolah.
“Sedapnya ikan ni Mik….
Seumur hidup Mak tak pernah makan ikan sesedap ni…”
Bergenang air mata aku….
Nasi aku tadi masih banyak bakinya. Tak tertelan pula tekak
aku. Macam pasir walau dikunyah berkali2. Maaflah ikan, bukan kau tak sedap,
tapi tekak aku tak boleh telan dah. Maaf ya…
akak...jgn sedih ek...
ReplyDeletetp bile baca ayat yg akak tulis tu dana pun rasa bergenang...
lama akak hilang akak pg mana?akak sihat tak?dan msg naper tak bls?dana doa2 akak n family sntiasa sihat2