Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, September 19, 2012

Memang itu janjiNya....




Sangat terkesan di hati ini.

Dalam tempoh yang terdekat ni, aku kehilangan 2 sahabat di pejabat buat selamanya. Keduanya perempuan; seorang  berpangkat kakak dengan ku dan seorang lagi sebaya dgn ku. 

Pemergian sahabat sebaya denganku sebelum Raya tempohari. Terlibat dengan kemalangan di kampungnya di Kelantan. Anak2nya masih kecil lagi. Aku tahu pun bila masuk semula ke pejabat membaca email dari Corp Comm. 

Pemergian seorang lagi berpangkat kakak yang memang sangat baik orang nya. Aku agak rapat dgn arwah. Pernah menempah manik dgn ku. Tidak berkira orangnya. Sangat pemurah dgn senyuman. K Norli pergi kerana sakit kanser hidung 9 September yg lalu. Yg sedihnya, si bongsu baru berusia 6 bulan, manakala yg tua berusia 12 tahun. Baru sahaja selesai menduduki UPSR. Bayangkan hati anak kecil itu. 

Aku sempat berseloroh dgn nya tahun lepas sewaktu menghantar bajunya di rumah supaya menjemput ku ke rumahnya bila raya tahun ini. Rumahnya sangat cantik. Luas, dicantumkan 2 biji rumah menjadi satu. Tak kesampaian rupanya. Dia pergi dulu. Tapi Allah memang sayangkan orang yang baik2 kan? Dia bukan sahaja baik dgn rakan2 tetapi seorang ketua yang baik juga. Sewaktu aku tolong rakan menjual kek dan biskut raya dulu, dia belikan sekali kek untuk staffnya. Sangat pemurah orang nya. 

Al Fatihah buat ke duanya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah.
  
Pemergian mereka buat aku terfikir seketika. Maut sememangnya tak kenal usia. Muda tua, bila2 masa sahaja boleh diambil oleh yang Maha Kuasa. Aku? Sudah sedia kah aku dgn ajalku? Sudah banyak kah amalan untuk ku bawa sebagai bekalan? Ya Allah, matikanlah aku sebagai seorang Islam dan dalam iman. Amin…

4 comments:

  1. al fatihah utk kedua2 arwah kwn akak... mmg betul, sapa lah kite utk menghalang janji Nya, kite nih pun tak tau camne...cukup kah amalan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak cukup hehehe.. Berusaha untuk cukupkan :)

      Pagi ni masih mengalir air mata terkenangkan arwah. Esp K Norli. Memang sangat terkesan pemergian Arwah.. :(

      Alfatihah..

      Delete
  2. Akak adalah kawan baik kepada arwah Kak Norli sejak Form 1. Terima kasih sebab mentioned nice things about her. Sememangnya arwah memang baik dan pemurah. Kami yang rapat dengannya ni pun masih terbayang-bayang kenangan dengannya. Masih struggling to accept the fact that she's gone. Al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks K Eeeta for drop by yr comment. Memang Arwah sangat baik orangnya. Saya yg baru je kenal dia dalam tempoh bekerja ni pun masih macam tak percaya Arwah dah tak ada. Setiap kali teringat kenangan dgn nya bergenang air mata..

      Al Fatihah untuk arwah..

      Delete