Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, September 17, 2012

Sedalam mana nilai syukur kita?



Kadang kita tak sedar atau sengaja tanak sedar nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Bila sesuatu nikmat itu ditarik olehNya barulah kita rasa kehilangannya.
Tidur itu nikmat. Dapat tidur mengiring itu nikmat. Dapat baring tegak itu nikmat. Dapat tunaikan solat dengan sempurna juga nikmat. Dapat berdiri berjalan duduk dengan sempurna juga nikmat. Dapat melihat dengan jelas dan terang juga nikmat yang tidak terhingga.
Sedikit sebanyak nikmat yg aku perkatakan ini semakin jauh dariku. Solat ku selepas waktu operation tempohari memang banyak celanya aku kira. Duduk di birai katil, perlu duduk di atas bantal yg keras. Hanya boleh tundukkan kepala sahaja. Itupun tidak boleh lebih dari 45 darjah. Sakit nya bukan kepalang. 

Tidurku selama 4 bulan pertama hanya mengiring di sebelah kanan sahaja. Tidak mampu untuk pusingkan badan untuk mengubah posisi baring menegak. Apatah lagi memusingkan badan mengiring ke kiri. Akibatnya kejang di pinggang, Allah sahaja tahu sakitnya macam mana. Sudahnya, Humairah anakku pro untuk menyusu sebelah kanan sahaja. Aku terpaksa iringkan badan lebih sedikit sekiranya ingin susukan dari bahagian kiri. 

Sehingga kini pun aku masih pro baring mengiring sebelah kanan. Sudah ada perkembangan positif kerana aku sudah boleh mengubah posisi badan untuk baring menegak atau pun mengiring ke kiri; tapi perlu dilakukan perlahan2. Tapi itu pun kadangkala terkucil juga. Lagi2 bila tidur bersama Humairah. Tak sabar2 menarik badan ku untuk pusing mengadapnya. Sedangkan aku kena buat dengan perlahan2. Sudahnya kadang menangis si kecil kerana tak sabar. 

Mataku juga sudah semakin kurang jelas penglihatannya. Bukan rabun biasa. Namanya ‘Keratoconus’. Kecacatan kornea mata; tak membentuk bulat cantik seperti normal. Bentuk kornea mata aku berbentuk kon. Jangan sebut pasal lasic sebab bukan itu treatmentnya. Buat masa ini aku pakai RGP lense (hard lense). Gap rabun antara mata kiri dan kanan sangat tinggi, jadi kalau aku pakai spec biasa kepala aku pening semacam. Beza bukan takat ratus ya, ni main angka ribu2 dah. Kalau tak silap aku sebelah kanan power mata aku dalam 2 ribu lebih, sebelah kiri seribu lebih. Jadi aku memang sangat bergantung pada hard lense yg aku pakai sekarang. Sudah 5 tahun usianya. Kalau ikut kata Dr yg aku jumpa dulu tu kira maksimum usia hard lense, aku kena check mata and tengok samada perlu ganti yg baru atau tidak. 

Sebabnya, sekarang ni aku rasa mata aku semakin kabur dan pedih esp bila malam. Silau pun bertambah rasanya. Aku tak pasti samada bentuk kornea mata aku still developing the cone shape or dah stop. Sbb the development will continue till it stop by itself. So aku rasa masih ada development kot sbb mata aku semakin kabur sekarang.
Nasihat aku pada parents yg punya anak selalu pening atau mengadu rabun tidak nampak. Buat rawatan dengan pakar mata dahulu. Jangan percaya sangat pergi kat kedai cermin mata biasa. Memang tanda awal Keratoconus ni rabun. Tapi perhatikan, sekiranya pertambahan power spec terlalu cepat bawa lah anak anda berjumpa dgn pakar mata. 

Macam aku sendiri, tau pasal medical condition ni in 2006. Tiap2 hari aku pening bila buat kerja di opis. Pening yg tak ditahan2. Berdenyut2 urat antara 2 mata. Bila jumpa pakar di Pantai Hospital, dirujuknya aku kepada pakar luar. Aku ingat lagi Dr tu cakap kes aku cam very rare even among the patient of keratoconus. 

Dr Shun (kalau tak silap aku) refer aku pada rakannya Dr Pritam Singh. Kliniknya di PJ Oldtown. Sangat baik orangnya. Pertama kali dia explain kat aku pasal condition aku, rasa nak menangis pun ada. Perasaaan masa tu rasa macam org bagitau aku kena AIDS.. Hehehehe.. Boleh tak aku rasa macam tu. Lagi pula bila dia cakap selalu case cam ni happen 1 in 10, 000. And macam Dr Shun cakap, my case quite rare which is the gap is very high. Even nak tempah lense tu pun lambat. Nak kena customize order import from luar. Rasanya dekat berbulan juga aku tunggu nak dapatkan lense tu. 

Kesimpulan yg aku nak sampaikan; jagalah segala nikmat yang Allah beri pada kita sebaiknya. Kenapa aku buat entry ni? Sebab beberapa hari lepas, aku angkat sebiji bantal. TUP!! Terkulai tangan aku. Tak berdaya nak angkat langsung!! Sakitnya bukan kepalang tangkap di pinggang ku. Sedih nya aku masa tu Allah je yg tahu. Tapi Alhamdulillah, masa tu je sakitnya. Tapi sangat terkesan kat diriku. 

Dan tetiba separuh badan aku dari pinggang sampai ke kepala terasa kebas. Cuak, sebab aku tak pernah kena symptom macam ni. Kebas halus macam ala ala kena semut2 cam tu la.. Lama juga kenanya. 

Teringat pada bekas boss aku. Dia tak perasan yg kelopak mata nya dah beberapa hari tidak berkelip sehinggalah terkena mild stroke di bahagian mukanya. Jadi jangan pandang ringan pada sekecil2 nikmat yang Allah berikan pada kita. Walaupun sehelai bulu roma. Sayangilah badan kita.

p/s: hari ni di pejabat, kebas di tangan dan muka jadi lagi. Hmmm.. kalau ikut Dr Harwant, symptom T12 strike… Ya Allah.. Jauhkanlah dan lambatkanlah segala yang tidak perlu ini. Amin…

1 comment:

  1. Sayu akak baca entri ini. Dari kejauhan ini kakak titipkan doa moga dikuatkan semangat utk terus menempuh ujian dan berusaha terus utk mencari penawarnya.

    Lama kakak tak terbaca N3 sebab kalau N3 yg publish malam kakak jarang baca.

    ReplyDelete