Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, September 18, 2012

Episod Hatiku Masih Berbuku: Part 3



Ah.......... Akhirnya, aku rasa aku dapat kenal siapa dia sebenarnya. Memang aku akan ingat peristiwa pantiliner ni sampai bila2. Korang bayangkan. Pantyliner ok..... Mengharap.  Penuh mengharap pada org lain.. Aku jadi benci pada org yg suka mengharap. Suka berharap mendapat simpati, dapat bantuan secara sengaja.

Keesokan harinya...........................................


-----------------------------------------------------------------------------


Esok hari untuk pulang ke KL. Janjinya pukul 10 pagi harus siap untuk check out kerana mahu singgah di satu tempat yang sememangnya famous untuk masing2 membeli buah tangan. Keluar dari hotel sudah tengahari. Jadi, sebaik sampai di tempat yg kami tuju, kami berpecah. 

Bagus juga sbbnya tidak cukup masa, mungkin ada yg dia cari. Aku pula tidak teringinkan apa2. Yg aku inginkan hanyalah FOOD! Hahahaha.. Sampai di tempat yg dituju sudah dekat jam 12 tghari. Sedang elok untuk nikmati lunch. Tempat tu semua ada. Kau namakan je, si Mr BK sebok membelek cincin pelik2 kat bahagian bawah… Berjanji berkumpul semula di kereta jam 1pm. Perlu tepat sbb ada janji dgn org selepas itu.

Masa makan, Mr BK buat joke;

“ I kerat jari mesti dia tak bawak anak2 dia makan. You tengoklah nanti”

“ Tak kan lah… dah tengahari macam ni. Dah la tak breakfast tadi” Aku masih bersangka baik hehe..

Usai makan aku sempat beli beberapa jenis buah termasuk lah buah laici. Org mengandung masa tu semua nampak sedap kan? Itu jelah pun yg aku beli. Lelain memang aku tak perlu. 

Menunggu lagi sekali. Janji nya jam 1pm, tapi adalah dalam 15 min aku tunggu. Kalau tidak ada yg menanti aku tak kesah. Bukan setakat mahu berjumpa dgn org yg ingin memberi buah tangan tu sahaja, aku juga sudah berjanji dgn kenalan yg juga student ku untuk singgah di rumah nya di Kemaman nanti dalam perjalanan pulang. 

Alasannya anak2 nya mencari barang yg ingin dibeli tapi tak berminat dgn apa yg dilihat. Dan yg paling bestnya joke Mr BK tadi rupanya kenyataan. Aku pelik dgn sikapnya, sudah tengahari begitu kenapa urusan makan minum anak diabaikan semata2 nak mencari dan membeli buah tangan untuk ahli keluarganya? Sedangkan itu bukan lawatan dia yg pertamakali. Sebelum ini dia telah pun pergi bersama keluarganya.

Alasannya dia tak jumpa and tak tahu ada kedai makan di tempat tersebut. Tapi dalam masa tu sempat pula mengomen lagipun dia tak selera tgk makanan yg dijual kat situ. Lantaklah. Aku malas nak buat baik lagi nak tunggu dia makan ke apa bagai. Paling tidak aku cakap nanti kita singgah kat kedai makan memana makan.

Sudahnya jumpa student aku di tepi jalan sahaja sebaik keluar dari bandar. Baik budi pekerti student ni sbb diberinya kami masing2 ole2 yg aku kira agak banyak bahagiannya. Sebelum tu Kakak A ada kirim sesuatu pada dia. Kenalan VIP nya kirim dari KL katanya. Jadi tu yg kena jumpa dia sebelum balik. 

Sepanjang perjalanan, dia tidur. Anak2nya juga tidur. Kami berhenti di satu kawasan rehat. Mr BK dgn panggilan pulaunya. Anak perempuannya yg tua sedar masa kami berhenti. Aku suruh kejutkan ibunya kerana aku lihat ada beberapa kedai makan di situ. Ye lah dah pukul 2 lebih macam tu tak makan nasi lagi derang ni. Tapi si anak tak berani nak kejut kan ibunya. Katanya ibu kalau dah berdengkur macam tu sure tak sedar kalau dikejutkan. Penat sangat. Aku offer anak2nya sahaja untuk makan kalau tak mahu kacau ibunya. Masing2 tak mahu. Malas lah penat lah. Jadi perjalanan diteruskan. 

Sampai di rumah sahabatku di Kemaman (kalau aku tak silap) lebih kurang dalam pukul 5pm macam tu. Sebelum tu Kakak A dah terjaga dan mengadu lapar. Aku cerita lah, tadi berhenti tapi anak akak tanak kejut kan akak. Katanya akak penat sangat. Dia pun ya kan sahaja.
Alhamdulillah murah rezeki kami kerana K. Z rakanku yg memang seorang Chef tu menjamu kami dgn biskut2 yg sangat sedap, kek coklat, dan juga blueberry cheese tart yg sumpah tersangat2 sedap!!! (oh meleleh2 air liur ku tatkala ini hehehehe)

Ini kejadian yg sememangnya Mr BK dgn aku sendiri dah terasa limit sabar kami sampai di sini sahaja. Cuba bayangkan, esok nya hari Isnin, aku ni nak sampai KL cepat sbb fikirkan anak dia ni nak sekolah esok. Bila ditanya cuti ke esok katanya tak, jadi aku tanak lah bebudak tu penat sangat nanti. 

Tapi yg bestnya, Kakak A kita ni bersembang macam rumah dia sebelah rumah K. Z tu je. Siap nak salin resepi bagai. Aku sebenarnya agak malu dgn perangainya. Kau bayangkan, K. Z sebenarnya sehari sebelum tu menghadiri kursus membuat biskut raya bersama seorang celebrity Chef yang of course kos kelas tu mahal kan? Tapi memang berbaloi sbb K. Z kasi rasa biskut yg dibuatnya masa kelas memang sangat sedapppp!!!

Yg akak kita sorang ni dgn tak malunya nak mintak resepi tu semua masa tu juga. Cuba bayangkan, org tu pergi kelas belajar berbayar, kau senang2 nak mintak resepi macam tu je? Mendesak2.. Aku perhatikan muka K. Z agak berubah. Sudahnya K. Z cakap nanti dia cari mana resepi tu dia letak.
Tak cukup dgn tu, dia minta pula resepi blueberry cheese tart K. Z. Adalah satu bahan ni, apetah namanya, aku pun tak tahu bab2 baking ni kan, which is Kakak A pun tak pernah dgr benda ni. K. Z cakap kalau letak benda tu lagi sedap lah. And benda tu susah nak dapat. Imported. Wah beriya dia nak juga benda tu. Suruh K. Z ni belikan untuk dia. 

Aduhai… yg sebenarnya tujuan asal singgah rumah K. Z ni sbb dia nak beli manik aku. Tapi dah macam lari dari tajuk asal bila dia tak sedar diri interview memacam dgn K. Z ni. Aku dgn Mr BK dah tersandar di sofa menunggu dia berborak2 pasal resepi tu mintak resepi ni lah dgn K. Z. K. Z ni pula memang baik hati org nya. Tapi dalam tu aku tgk juga dia agak keberatan untuk sharekan resepi2 nya. 

Mr BK memang dah buat muka tensi nya. Duduk tersandar di sofa sampai tertidur ok menunggu sesi Kakak A ni interview K. Z ni. Last2 baru dia owhhh nak beli manik ye?? Eh tetiba kau buat ala ala terkejut hantu mak limah kan??

Lagi best masa K. Z duduk bersila di lantai bersama aku pilih warna2 manik2 yg ingin dibeli, dia pun sibuk sama. Keluarkan itu keluarkan ini. Macam biasa, kenapa akak tak perasan ada warna ni? Eh akak pun nak lah yg ni.. Kenapa akak tatau pun Umi ada warna ni? Aghhh… dia yg lebih2… Kepala aku memang macam nak pecah dah masa tu.

Last2 kami beransur minta diri. Memang aku sangat terhutang budi dgn jasa K. Z yg sempat bekalkan kami dgn baki kek dan juga tart tu. Baik sungguh org nya. Dan sangat kreatif seni halusnya. Aku banyak belajar dgn K. Z untuk jadi pengajar yg lebih pro walaupun kami berlainan bidang. K. Z juga mengajar. Tapi bab2 baking dan juga hiasan kek lah. Sangat cantik bunga2 yg dihasilkan oleh beliau. Yg best nya masih berminat nak belajar manik tu!! Memang aku salute!! Sanggup turun KL cari aku untuk belajar personally dgn aku.

Nak dijadikan ceritakan, resepi yg disalin oleh Kakak A tertinggal di rumah K. Z. Mr BK tak kuasa nak patah balik hehehe... Tuhan pun marah tau kekekeke... 

Owh.. terlanjur bercerita; aku nak buat songsangan kejap. Semasa K. Z turun KL untuk belajar Crumble dgn ku. Kebetulan aku ada urusan di JB. Jadi aku suruh dia proceed dgn Kakak A dahulu. Agak lama juga aku di JB, sepatutnya K. Z ada kelas professional dari international Chef yg dtg ke KL. Tapi dia tak jadi pergi semata nak belajar dgn aku. Ada satu cerita yg aku kira agak kelakar ngeri lah. 

K. Z sebelum ni belajar dahulu dgn Kakak A kan sementara aku di JB. Menurut K. Z, semasa dalam kelas Kakak A ni beriya2 nak ajarkan Crumble padanya dgn pakej kos yg lebih efektif lah kiranya. Dia cakap dia pun boleh ajar Crumble aku tu bukan susah sangat. Tapi K. Z cakap dia tanak, dia nak belajar sendiri dgn aku. Dia sanggup tunggu aku balik dari JB. 

On top of that, K. Z juga bagitau pada aku yg bila ditanya pasal fee kelas, Kakak A telah mentioned nama aku yg kononnya aku suruh charge sekian2 harganya. MasyaAllah!! Memang aku urut dada betul bila dgr cerita tu. Harganya lebih tinggi dari harga selalu dia charge student lain. Sbb nya aku tau K. Z ni dari kalangan org yg mampu untuk bayar. Jadi dia nak tekan lah tu. Tapi dijualnya nama aku.  K. Z tak bagi aku cerita pasal benda ni pada Kakak A. Aku pun tak ceritalah. Cerita kat sini aci tak? Hehehe....

Yg jadi kelakar ngeri bila lepas kelas aku dgn K. Z, selang beberapa hari aku bertemu dgn Kakak A ni. Sbbnya K. Z kirimkan kek lapisnya pada Kakak A. Nak tahu apa dia cakap?

“K. Z tu beriya2 suruh akak ajarkan Crumble Umi pada dia. Akak tanak lah kan. Crumble kan Umi punya style mana leh Akak ajarkan. Akak suh dia belajar dgn Umi. Beriya2 dia suruh akak ajar.. Dah lah dia minta diskaun lagi suh bagi harga murah. Kata tak kesah berapa pun nak bayar”

Dialogue tu kalau korang nak tau is very common keluar dari mulutnya setiap kali ada student datang belajar dgnnya. Dia akan bercerita dgn aku begitulah lebih kurang. Yg kononnya student suh dia ajarkan Crumble lah apa lah. Yg dia tanak lah. Unfair lah kalau dia yg ajar sbb Crumble ni idea Umi.. Yada Yada…

Korang nampak macam mana putar alam dia hebat? Sangat hebat…..  Memang aku selama ni kena tipu bulat2….

Sebenarnya aku cukup meluat cara dia memuji aku depan org ramai. Terlalu berlebihan2, sampaikan anak dia pernah tegur dia kenapa puji aku sampai macam tu sekali. See? Budak pun tahu kau ikhlas ke tidak.  

Nanti aku buat sambungan seterusnya ya.. Kang panjang berjela korang boring pula jadi telenovela hehehe....

2 comments:

  1. wallah... ada lg ek kak org yg pangai gini... lebih talam dr talam dua muka huhuhui... skrg ni akak msh lg berkwn ngn kakak A tu lg ke? kalu dana lah, mmg dh lama bye3... cpt lah kak sambung part4, tak sabar lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan dari jauh kot ehehehe... dedekat tak sanggup dah.. :)

      Delete