Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, September 18, 2012

Peony Balkis



Peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lepas.

Bila seorang rakan beader mahu aku manikkan baju sempena majlis malam khatam Al Qurannya aku agak berbelah bagi. Bukan apa, dia pun bukan calang2 beader orangnya. Aku suka dgn design yg dihasilkan oleh beliau. Jadi aku agak rasa takut kalau apa yg aku hasilkan nanti tak menepati citarasanya.

Kalau tak silap aku masa ni kain sutera crepe baru lagi dalam market. And kalau diimbas kembali waktu sutera crepe baru release dulu warna2 nya agak dull. Coraknya juga agak rare.  Komen Mak aku masa aku tunjuk baju ni;

“Kenapa kawan kau beli kain macam kain buruk ni?”

“Mak!!!! Mahal ni Mak oiiii.. Beratus ni harganya sepasang. “

“Ye ke? Tak caye lah…”

Hahahahaha.. aduhai Balkis.. dipanggilnya kain buruk..  Ye lah kan pada pandangan dia kain yg berwarna pale purple dan turquoise ni sangat pucat. Tu sebab nak dimanikkan Mak. J

Corak nya agak rare pada aku. Tapi as usual, aku suka something yg rare macam ni. Biarpun otak agak bernanah nak fikir design apalah yg sesuai.

Tak tahu datang dari mana ideanya, timbullah Peony Balkis nama design ni. Dan tak sangka pula ramai yg suka dgn design ni dan menjadi ikutan pula.

Namanya kuberi sempena nama tuan baju ini Annural Balkis. Sedap kan nama sahabatku ini. Jom lah cuci mata layan design lama ni. Nanti aku upload design baru. Tak berkesempatan nak upload yg baru.









2 comments: