Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, September 17, 2012

Pakej Bercuti di Pantai Hospital


Banyak yang terlintas terkandung dalam kepala aku sekarang ini yang ingin aku kongsikan di ruang ini. Tapi entah kenapa tak kesampaian. Tidak terluah. Laptop yang tersedia di atas meja terus menerus aku pandang sepi. Sudah berminggu rasanya tidak ku usik laptop itu. Paling tidak Mr BK yang rajin menggunakannya. Samada membalas msg di FB, emailku atau bermain game. Langsung tidak menarik minat ku segala message, dan komen di FB. Nafsu ku mati tiba2. Mungkin faktor umur? Atau mungkin juga faktor kekacauan jiwa lantaran si kecil yang tidak beberapa sihat.

Cuti panjang 3 hari sempena Merdeka tempohari kami sekeluarga berpiknik di Pantai Hospital. Dibawakan khas oleh Humairah hehehe.. Bermula dgn demam, kemudian bronkitis.

Jujurnya aku panik kerana ini pertama kali dia demam yang aku boleh kategorikan agak teruk. Kalau boleh aku bilang ini kali ke - 3 dia demam sepanjang usianya setahun. Demam sebelum ni biasa2 sahaja.

Petang Khamis sebelum Merdeka sudah di bawa ke klinik. Demam belum ada lagi tapi sudah ada tanda2 selsema. Nafas pun masih normal. Tapi menjelang Jumaat nafasnya berbunyi kuat. Sampaikan aku boleh keliru bunyi mesin printer ke bunyi nafas dia hehe.. Menjelang malam dia makin lemah. Aku panggil namanya tapi dia pejam kan mata sahaja. Baring beralaskan bantal lebih tinggi. Tidak pula dia mengamuk, mungkin sebab selesa dapat bernafas bila ditinggikan kepalanya.

Tengah malam aku tak boleh tangguh lagi. Aku ajak Mr BK bawa Humairah ke Pantai terus. Hati ku terdetik pasti akan ditahan ward nanti. Lantas aku bersiap ala kadar membawa beberapa helai baju buat diriku sendiri. Andai kata nanti Humairah kena tahan.

Betul telahan ku. Kena tahan juga anak ku. Kiranya sempena menyambut ulangtahun yg pertama dia lah ni hehehe.. Kesian Humairah. Setiap 4 jam akan dikenakan nebulizer. Mula2 dia ok je. Sampai semua nurse puji baik nya dia ni. Tapi mungkin rasa tidak selesa asap dari neb tu lelama dia boring kot. Lama sikit nanti dia nangis. Last2 nampak je nurse masuk pegang mask tu je dia dah cebik2.. hahahaha.. tak boleh kena puji. Makan ubat macam tu juga. Memula ok je makan bila nurse suap. Macho la konon. Tiba bab antibiotik, uh melalak2.. selalunya failed sket sbb ubat tu dia muntahkan semula.

Mak dia sama sakit gak temankan dia. Mana taknya dia tanak duduk dalam baby coat.. Terpaksa share katil dgn mak dia. Nak tanak aku tidur kejung mengiring je dari malam sampai pagi. Bayangkan kematu nya pinggul aku hehe.. Dgn katil nya kawalan manual agak tinggi, agak susah untuk aku turun naik katil. Lagi pula kalau nak buang air. Beberapa kali juga aku hampir terkucil sebelum sampai ke tandas. Sampai je tandas tak sempat apa. Habis!! Tak pasal2 kain batik aku berhelai2 kena ganti dalam 1 malam.

Jom kita tgk aksi Humairah kat Pantai....

 Masa ni ceria lagi dgn Babah dia...


Steady je dia.. 


 Sempat jeling camera tu..



Konon dah abes la sengsara tu.. Lepas ni ubat time!!


 Dia memang pandai cari camera


 Sempat memainkan nurse tu..


Haaa..  Menggeletik badan kena makan ubat


 Cheeky betul lah ini budak!! Gerammmm...


Buat muka innocent, still sempat tgk camera.


 Ada lagi ke ubat??


 Aku perasan si kecik ni sangat user frenly dgn camera hehehe.. Asal aku panggil je nanti senyum lah sengih la.. walaupun kadang tgh nangis. Satu lagi pantang tgk cermin. Nanti mesti senyum lebar. Lagi kalau tgk video sendiri yg aku rakam dalam HP.. Tersengih2 dia tgk muka sendiri..

Alhamdulillah sekarang dah sihat. Cuma lepas demam hari tu ada sedikit berak2 dan muntah2. Aku takut kalau kena rotavirus. Mungkin alahan ubat, perutnya kembung sedikit. Kemudian Dr pulak bagi probiotik nak cuci perut dia. Lagi lah dia berak2... Sampai lembik aku tgk. Alhamdulillah cepat dia sembuh. Sekarang ni makan nak kena blend semula bubur dia. Sebelum ni tak suka yg blend nak yg kasar. Maybe masa kat hospital gusi dia bengkak jadi dia rasa senang telan je kalau blend halus.

Aku syukur sangat2 sbb selama dia membesar inilah kali pertama dia agak teruk sakitnya. Sebelum ini tak pernah langsung. Allah maha kaya.. Begitupun aku rasa demam ini tak lah teruk mana, cuma kena tahan lama di ward sbb kahak banyak di lung. Dr tanak release kan selagi kahak tak clear. Demam dia cepat dah baik. Terima kasih Ya Allah atas ujian ringan mu ini....



4 comments:

  1. dugaan betul kalu anak kecil tak sihat n kene warded kan kak... dana penah rasa camtu masa aiyan 2bln lebih n dpt tau dia ada masalah jantung berlubang... masa tu Allah je yg tau perasaan dana, seminggu lbh duk dlm ward mama yg rasa tensen sgt, lg2 bile tgk tgn ngn kaki dia yg bercucuk utk masukkan antibiotik n ubat... ngn hari2 kene amik drh lak... aduh...

    alhamdulillah humairah dh sihat.... insyallah akan lbh kuat lg bdn nyer pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak leh imagine cemana perasaan Dana, sedangkan anak akak yg demam biasa ni pun akak dah semacam. Masa nak pack baju sbb nak stand by takut warded pun akak dah blur tak boleh nak pk dah ape nak buat.. lagi pulak Aiyan kena cucuk sana sini kan.. Semoga Aiyan kuat!!

      Delete
  2. Cerdik Humairah ni. Kalau kita pun asyik kena berkali-kali naik boring apa lagi dia masih terlalu kecik. Kesianlah kakak tengok. Cuma senyum dia tu yg menggoda nurse pastinya:)

    Moga terus sembuhnya mama dan anak sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Amin moga masin mulut K Zakie.. hehehe

      Nurse panggil dia budak kuat sengih hahah.. memang menggoda nurse sbb kejap2 kang ada je nurse masuk kidnap dia. Lega jap mama and babah dia rest kejap.

      InsyaAllah... semakin positif perkembangan kesihatan kami. Amin

      Delete