Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, September 18, 2012

Episod Hatiku Masih Berbuku : Part 4



Aku tak ingat nama tempatnya, tapi kami berhenti untuk makan kerana Kakak A cakap dia tak tahan la lapar sangat. Makan di rumah K. Z tadi tak puas katanya. Kami turutkan saja. Kawasan pantai. Sementara menunggu order, aku beri kamera ku pada anak2nya supaya dapat ambil gambar sebagai kenangan di sana. Aku dah tak larat nak berjalan dah.
Lama juga kami di situ sbb menunggu order agak lama disebabkan ramai pengunjung petang tu. Hampir Maghrib juga baru kami selesai. Lagi sekali kesabaran kami tercabar. Aku dan Mr BK terus sahaja ke kereta. Tunggu2 tak nampak batang hidung. Agak lama kami menunggu. Dah hamper gelap baru nampak dia dgn anak2nya menuju ke kereta. Aku pelik gak ke mana hilangnya.
Nak tahu ke mana?
“Tiba2 akak rasa teringin nak rasa angin pantai. Seronok pula main2 dgn bebudak ni kat tepi pantai”
Owh… bersantai2 ditepi pantai kekdahnya. Masa aku suruh kau pergi tadi masa tunggu order makanan tanak pulak pergi. Aduhaiii.. kenapa sabar aku begitu teruji.

Selepas tu kalau tak silap singgah berhenti di R&R Bentong kalau aku tak silap lah ye…. Mr BK nak makan ikan patin buah. Kami berhenti makan dinner. Kakak A seperti biasa tanak turun dari kereta. Masih kenyang katanya. Disuruh anaknya ikut aku kalau nak makan.

Si bongsu ikut aku makan. Si akaknya tak mahu makan jadi masuk semula dalam kereta selepas buang air.
Aku dan Mr BK lah yg melayan kerenah anaknya yg bongsu. Nak ayam. Nak lauk ikan jugak. Boleh tahan selera budak ni hehehe… Layan je lah. Walaupun makannya senonet je.
Sampai di KL terus hantar Kakak A ke rumahnya. Dah memang tengah malam masa tu. Aku dah memang penat sangat. Masuk ke rumahnya kejap hantar ole2 yg student aku bagi tu, sbb aku nak ambil bahagian aku. Student aku satukan plastik2 kecil dalam satu plastic besar bersama2 dgn pesanan Kakak A.
Bila aku kata, aku ambil bahagian aku, uh menjerit dia dari dapur terus terpa ke meja tempat aku letakkan ole2 tu. Terkejut juga aku. Kenapa?
“Kenapa Kak? Saya tak boleh ambik bahagian saya ke?” Agak keras mungkin ya?
“ Eh tak.. bukan.. akak nak bagi bahagian akak pada Umi. Cukup ke Umi punya tu? Kalau tak cukup ambil lah bahagian akak ni. Tart dgn kek ni ambil lah sekali”
Padahal cara jeritan dia tu sangat contradict dgn apa yg dia cakapkan. Seolah2 takut sangat aku terambil bahagian kawan VIP dia tu. Aku memang sangat pissed off!! Aku hanya ambil beberapa ketul tart tu, selebihnya aku tinggalkan untuk keluarganya. Sedia maklum isi rumahnya lebih ramai dari rumah aku yg hanya berdua.
Aku ambil plastik bahagian aku terus aku ke kereta. Minta maaf seperti biasa kalau sebelum balik. Aku memang akan minta maaf pada nya setiap kali ingin berpisah. Kali ni memang aku betul2 maksudkannya.
Dan secara tiba2 dia beritahu aku yg lepas ini dia rasa tidak perlu lah bekerjasama lagi kalau di luar KL. Cukup lah yg ini sahaja. Jadi aku pun ok je lah. Dia sendiri yg cakap, bukannya aku. Alasannya dia kata penat lah. Tak berbaloilah. Ok fine.
Yg kelakarnya kan, bila nak balik tu sempat dia mintak buah laici aku.
“Boleh tak bagi beberapa biji buah laici ni? Akak tak perasan ada jual buah ni kat sana tadi.. Abang akak suka buah ni… “ 
Subhanallah… Kalau nak minta pun tak perlu lah cakap tak perasan buah tu dijual sbb nampak sangat kau menipu. Mungkin sebab musimnya, bersepah2 org berjualan buah laici tu masa di sana tadi.
Dek kerana kesian dan meluat, aku terus hulurkan plastic buah laici tu terus padanya. Entahlah, kalau aku tidak ikhlas masa tu maafkanlah aku. Nasib baik sebelum tu aku dah jamah dulu buah tu  bersama Mr BK.

Selang beberapa hari, aku terima jemputan dari kawan ku untuk membuat kelas di tempatnya. Sempena pembukaan spa nya. Memang agak mengejut permintaannya, masa yg terlalu pendek untuk aku buat promosi kelas. Tapi aku cuba juga promosikan kelas untuk sahabat ku ini.

Dia menghantar msg kepadaku; bertanya kelas di sana tu untuk aku seorang sahaja ke? Macam mana dgn dia? Cara soalannya seolah memerli aku. Tapi aku balas dan terangkan padanya yg itu adalah jemputan dari rakanku. Lagipun lokasi tu jauh, dia juga yg bagitau sebelum ni tanak join kalau jauh luar dari KL. Hairan kan? Kalau aku, dah tak bertanya lagi dah. Sebab aku dah bukak mulut bagitau tanak ikut kalau luar KL.

Aku akhiri sampai sini je kisah Episod hatiku masih berbuku. Betul kata org, kalau nak kenal seseorang tu kita kena tidur dulu dgn nya baru kita tahu perangainya macam mana.

Sejak tu hubungan aku dgnnya agak renggang.

Kenapa aku luahkan rasa hati aku ini?

Antara sebabnya.........................


  1. Dia telah mencanang yg aku dan Mr BK tidak beri dia anak beranak makan sepanjang perjalanan ke sana. Malah sangat elok perkataan yg dia gunakan bahawa aku dan Mr BK "mengkentendarah" sorang2 dan tak hiraukan mereka.... Yang best nya, dia bercerita pada rakannya dan suaminya sambil menangis2 dan mengongoi2.... Mr BK memang tak boleh terima kenyataan ni.
  2. Dia bercerita sana sini hanya dapat RM250 sahaja dari kelas tersebut. Sedangkan hasil bahagi sama rata setelah tolak kos semua; bahagian memasing adalah RM600. Tapi kami telah lebihkan RM50 untuknya. Maknanya dia dapat RM650. RM250 adalah balance selepas dia berbelanja ole2 untuk keluarganya di pasar yg glamer tu.
  3. Bila org tanya kenapa dia bawak anak2 sampai 2 org pula ikut, padahal sebelum tu tanak bawak, konon tak pro bawak anak ni, dia telah membandingkan aku dan Mr BK. Kenapa Mr BK boleh ikut aku? Kenapa pula dia tak boleh bawa anak2 dia. Korang nampak tak bezanya pemikiran dia kat sini? Habis kalau Mr BK tak ikut sape nak bawak keta bagai? Aku rasa nak pitam bila dgr dia boleh mempertikaikan kenapa aku boleh bawa laki aku, kenapa dia tak boleh nak bawa anak2 dia. Haishhh...
  4. Dia juga heboh bercerita mengatakan aku ni tak pedulikan dia anak beranak masa di rumah sahabatku K. Z. Dia tak dilayan. Tak ada siapa peduli kan dia. MasyaAllah!!!! Mr BK tu dah sampai tertido2 tunggu dia berborak. Aku dah tersandar2 kat sofa bosan menunggu dia berborak. Aduhai........
Cukup lah tu je aku share.. lelain banyak sangat nanti hati terluka kembali ewah.. Mungkin ada yg kenal, mungkin ada yg meneka. Jangan tanya aku siapa dia. Aku ceritakan pengalaman hidup aku sendiri.

Jujurnya, ini pertama kali aku jumpa org macam ni. Macam binatang apa tu yg boleh tukar2 warna tu? Iguana ye? Seriously.. Pertukaran character yg sangat bagus. Lakonan yg sangat mantap. Kalau org tak tau, korang memang tak akan sangka sama sekali. Sebenarnya sampai sekarang pun aku macam tak percaya dia boleh buat aku macam tu. Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup yg ini sahaja aku coretkan.

Dan benarlah Allah itu memang Maha Berkuasa kan... Selepas dgn aku, tup2.. lebih kurang sama ceritanya dia bersama kawan VIP nya itu. Cumanya karakter yg dibawakan bersama kawan nya itu memang totally berbeza dgn aku. Berlaku konflik antara mereka.

Bila aku dan kawannya bertemu, berkongsi rasa. Aku bandingkan titik2 pertemuan dan pertembungan cerita kami. Memang ada persamaannya dan pertembungannya. Justeru aku memang percaya apa yg telah dia lakukan pada rakan VIP nya itu.

Sekarang, dia baik dgn seseorang yg amat disegani. Aku memang sangat menyanjungi org yg dia baik sekarang ini. Tapi aku rasa dia tak akan buat perangai. Dia akan behave dan menjadi senaif nya. Sebabnya seseorang ini yg banyak membantunya dari segi financial dgn memberi ruang sebagai tenaga pengajar. Biarlah. Sekurangnya dia boleh bantu kewangan untuk keluarganya. Aku pasti dia tak akan lepaskan 'orang' ini.. Hehehehehe.. Percayalah....

Dan untuk kesekian kalinya.... kalau ada yg bertanya aku masih berkawan? Entahlah. Tiada conversation antara kami. Mungkin hanya dari jauh. Aku harap kau bahagia kak.

Oh, sebelum tu, ada beberapa incident yg aku nak kongsikan juga. Selepas operation pertama, semasa tempoh aku bercuti sakit. Tiba2 dia telefon aku (no Mr BK sebenarnya yg dia telefon). Becakap dgn Mr BK lah dia. Sedikit pun tidak bertanya khabar aku. Yg dia nak sharekan pada aku sebenarnya tentang dia dah berjaya ambil kursus SKM 1-3. Cuba kau bayangkan, apa niat dia sebenarnya? Siap tanya, bila Umi nak ambil kursus ni? Sedangkan dia tahu aku baru buat operation masa tu.

Kemudian incident yg sama berulang selepas operation aku yang ke dua. Tidak pernah hubungi aku, tiba2 telefon semata2 untuk beritahu dia telah berjaya ikuti kursus sebagai tenaga pengajar profesional yg kosnya agak mahal. Makan 2K. Juga bertanya, bila lagi aku nak amik kursus tersebut? Tidak pula dia bertanya keadaan kesihatan aku. Jauh sekali. Aku cakap dgn Mr BK kenapa tak cakap dgn dia, kalau dah mampu bayar kos yg mahal tu, boleh la bayar hutang manik aku yg hanya ratus2 je tu... Betul tak?

Incident yg seterusnya; tiba2 dia menghantar SMS kepadaku. Menyatakan ada wartawan majalah interview nya. Motif? Meriak secara halus kah? Hehehehe.. Aku pun kurang pasti hahahaha...

Cuma satu pesan ku, kita perlu telus Kak.. Kalau betul itu sahaja kemampuan kita, tak perlu bersusah payah nak buktikan yg kita mampu lebih daripada itu. Tak kesah lah dgn siapa pun kita nak tunjuk, waima dgn ibu kita sendiri. Tak ada apa yang perlu kita banggakan. Tak perlu menunjuk2.. Hidup dgn cara kita.. Tak ada siapa yg nak kacau kita kalau kita tak kacau orang kak...Tak perlu takut dgn bayang2 sendiri...

Sekian, terima kasih...


9 comments:

  1. perkhhhhh betapa kuatnya iman akak dpt bersbr ngn akak tu... kalu dana lah, mmg dana dh menyinga dh...hehehe

    tp kan mmg thp melampau yek, jenis yg kwn tikam belakang nih.... camne akak blh tau cite2 yg dia bgtau kt family n kwn2 tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tau? Sbb dia ada krisis dgn rakan VIP dia.. rakan VIP dia mencurah rasa dgn akak.. rupanya banyak sangat benda yg story mory pasal akak dgn VIP nih.. termasuklah bila akak nak dtg rumah, dia boleh tanya pendapat rakan VIP ni nak bagi ke tidak akak dtg.. padahal dia yg ajak dtg.. sampai sudah laki aku majuk terus kekekekeke

      Delete
  2. kak thanks for the story..takut saya klu dapat kwn mcm tu...bernanah2 hati rasanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pengajaran bersama. Org yg senang mengalir air mata,senang mengadu rasa, senang berkongsi cerita sebenarnya org yg perlu kita berwaspada... Sesenang dia bercerita masalag peribadi rumahtangga dia pada kita, apatah lagi cerita kita padanya.

      Delete
  3. salam kenal salam mencelah. saya tidak kenal puan atau objek cerita puan tapi saya dan puan berkongsi pengalaman yang sama. sumpah dengan org yg berlainan tetapi perangai yang sama. kalau tk 'tidur sebantal' memang tak akan kenal manusia mcm ni. dan saya putuskan terus silaturahim itu utk selamanya. tidak mendoakan dia kebaikan atau keburukan tetapi mengharapkan buku bertemu ruas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang macam ni sangat bahaya... dalam diam.. tak akan ada siapa percaya kalau tak terkena.. kalau dah terkena cam kita ni, memang wajib jauhkan diri terus... tayah pandang2 dah jejak kawan tu dah.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. uihh siap tunggu nih.. ada karang jadi telenovela ehehe.. thanx for reading..

      Delete
  5. salam.sy pun br kenal hati budi seorg kwn ni.lm jugaklah kenal dia.sehingga la terdengar dia ckp dpn lain blkg lain.ms tu dia kutuk org lain.satu hr tu dia sibuk bandingkan anak sy yg blm bleh jln dgn anak dia.pdhl anak sy ni sakit...byk kali cuba explain tp itulah...org kata tskleh bertengkar dgn org bodoh.dia takkan phm.sejak hrtu saya tk ingin jumpa dia dah.kecim ht jugaklah.tp alhamdulilah Allah tunjukkan pd kita siapa sbnatnya lawan dan kawan.

    ReplyDelete