Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, September 19, 2012

Ego seorang remaja

Aku terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang topik ini bila pagi ni di rancangan MHI ada seorang caller review artikel pasal seorang remaja wanita yang sanggup buat apa sahaja demi dapatkan wang semata untuk dapatkan gadget terkini.

Soalnya, kenapa sampai sanggup bergadai maruah? Yang dikehendaki pun hanyalah gadget, bukanlah emas berlian.

Benar ianya hanyalah gadget. Tapi sedar tak kita sebenarnya pengaruh gadget yg. semakin up to date sekarang ini sememangnya beri impak yang sangat besar pada kehidupan kita. Our lifestyle changed!! Kalau dulu nak berinternet kena pergi CC bayarlah satu jam RM5, kemudian turun sehingga RM1/jam.. Tapi sekarang semuanya wireless. Semuanya mobility. Dalam kereta, dalam LRT you can always get connected.

Samada sedar atau tidak, memang betul keperluan gadget banyak mengubah cara hidup kita. Aku perhatikan, those parents yg mampu, mereka belikan iPad untuk anak² mereka. Ada yg masih seusia 2-3 tahun pun sudah punya iPad sendiri. Alasan nya mudah, buka Youtube anak senyap. Emak pun senyap senang nak bermuka buku bagai. :P Sudahnya, komunikasi sekeluarga melalui FB haha.. Eh tak pelik ok. Ada kawan aku, keja satu company satu hal.. lepas tu update cite anak kat FB each other.. Pelik aku tengokkan. Cerita je lah face to face kenapa nak update kat FB bagai?

Ok, berbalik pada topik yg aku nak kongsikan pendapat aku yg tak seberapa ni.

Ego seorang remaja ni memang sukar nak diselami. Kadang dilayan makin menjadi, tak dilayan takut lagi menjadi.

Semua faktor harus diambil kira. Bermula dgn apa sebab musababnya? Bagaimana nak handle? Bila masa yang sesuai?

Mungkin mulanya dgn style.. trend. Hidup kita sekarang sering dimomokkan dgn trend terkini. Semuanya harus terkini. Kalau tak kau jadi lah org paleolitik, neolitik bagai umpama duduk dalam gua. Macam mati pun kalau tak pakai handphone yg terkini ye tak? Baju pun semua nak terkini. Even tudung pun semua nak terkini! Nak yang beruffels bagai tepinya. Pendek kata kalau kau terlewat satu minit je kau dah ketinggalan zaman!!

Jiwa seorang remaja, suka pada perhatian. Suka pada yang baru. Suka mencuba. Suka bila diperkatakan. Suka menerima pujian. Suka menjadi tumpuan. (kecuali pada mereka yg masih ada rasa malu macam akak kau ni hehehehe.. eh akak remaja ke? :p )

Jadi kalau lah dah kengkawan nya semua pakai handphone yg trendy. Semua jenis touch screen. Galaxy lah.. iPhone lah.. Mana tak nya kawan kita jiwa tak kacau? Bikin gubra dalam hati tau!! Nak diminta pada keluarga, harganya mungkin 2 kali gaji si Ayah. Atau pun mungkin Ayah kena buat saving sampai 5-6 bulan baru dapat. By that time dah tak valid dah Ayah oi handphone tu hehehe.. Dah jadi model lain dah..

Jadi apa cara yang mudah? Hati meronta sudah tidak tahan ni tgk kawan2 berposing dgn mulut itik bagai dgn HP canggih. Nak gak kan si budak ni pose ala ala mulut itik gitu. (lagi satu benda yg aku tak paham kena pout mulut bila bergambar. Comel sangat ke?)

Maka keluarlah di dada2 akhbar kita "Anak gadis sanggup gadai maruah semata2 kerana HP". Memang tak pelik pun. Memang banyak kes macam tu, samada orang tahu atau tidak je.

Mana silapnya ya? Ibu bapa ke silap? Atau media? Provokasi iklan yang terlampau mungkin?

Apa pun, ibu bapa sekarang memang berat tanggungjawabnya. Perlu lebih prihatin dgn setiap gerak geri anak. Setiap perubahan, setiap kelakuan yg lain dari biasa perlu dipantau. Kalau perlu dinasihatkan hari2, nasihatlah. Jangan nanti bila nasi dah jadi bubur baru terhegeh2 nak basuh beras semula.

p/s : teringat arwah Abah dulu, hari2 dok tegur aku suh sidai tuala mandi betul2... hehehehe...  Anak dia kan sume nak cepat, kadang dia main campak je atas katil.. Tu dulu la ye.. zaman kanak2.. yg betulnya dah tak sabar nak berlari kuar main :)















5 comments:

  1. Membuka minda kakak baca N3 ini. Kenyataan masa kini yg tak boleh kita nafikan. Kakak punya 3 anak perempuan 2 sedang meniti remaja dan sungguh jauh di sudut hati kakak dan abang selalu risau sebab mereka bersekolah di asrama. Percaya/tidak anak kakak masih kakak ambil dan hantar setiap kali balik/pergi asrama. Sebab kami masih takut (atau ortodox mungkin pada padangan org lain - terpulang).

    Melepaskan anak remaja sekarang kena macam kita bermain layang-layang. Lepas di atas tarik di bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kira prinsip akak untuk ambil dan hantar anak ke asrama tak ortodox. Saya dulu pun macam tu juga. Kalau ada kesempatan memang parents saya akan dtg ambil walaupun JB and Kota Tinggi orang cakap tak jauh kan? Betul, duduk di asrama juga punya cabaran yg tersendiri. Kalau tak kuat iman, kadang goyah juga (ni bercakap melalui pengalaman sendiri hehehe)Tapi saya percaya anak2 K Zakie dah matang dan bijak untuk buat pilihan yg betul. InsyaAllah

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana, sorry akak ter "remove" comment awak hehehe... memang skarang ni org pandang pada rupa paras cantik, harta benda.... tepuk dada tanya selera memasing :)

      Delete
  3. Salam...

    entri ni sgt menarik...suka!

    dlm kehidupan akak yg selalu kepenatan nih, selalu jugaklah akak main tepon2 jer anak dari dlm bilik...rasa tak larat sgt nak berjalan keluar...

    ala...kotak komen awak masih ada wv? naper taknak buang?
    kalu camtu kira ok tak? ada excuse tak? heheh

    ReplyDelete