Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, September 18, 2012

Bukan simpati yang aku mahu. Cuba fahami cukup..



Kalau aku boleh pilih aku tak pilih jadi macam ni. 

Aku tak menyesal sedikit pun dgn keputusan aku untuk buat operation tulang belakang biarpun ramai yang kata keadaan aku lagi teruk lepas aku buat operation. 

Sebenarnya aku bersyukur sangat sebab segala symptom yg dulu memang dah hilang. Segala sakit kaki, kebas dan bengkak akibat dari kecederaan di L4 dan L5 memang sudah tidak ada. Cumanya sekarang ini aku berhadapan dgn komplikasi scar tissue which is considered normal healing process after a spine surgery. Lagi pulak aku dah buat 3 kali operation di tempat yg sama. Tissue tu kena potong dan potong lagi. Dalam tu ada berjuta nerve yg kita tak tahu mana ending nya bukan?

Jadi komplikasi aku sekarang lebih kepada mekanikal pain. Which is explain setiap movement aku kena berhati2 kalau tak sakitnya macam mau tercabut usus perut. Serious. Memang cramped perut and pinggang ni. Kena tarik nafas dalam2 then lepas perlahan2. Nanti kalau rajin aku story pasal mechanical pain ni ya.

Setiap hari aku perlukan 3-4 jam untuk stabil jalan dan duduk seperti biasa selepas bangun dari tidur. Sebab itu aku selalu lambat ke pejabat. Untuk bangun dari katil sahaja dekat setengah jam. Sekarang dah improve tak lama macam dulu. Ada pernah sampai sejam setengah baru boleh bangun. Tu tak termasuk yg kronik tengahari baru boleh bangun lepas makan ubat tahan sakit. Yg tu jawapannya terus tak masuk opis. 

Bila bangun, memang kena berpaut pada almari untuk berdiri. Bukan boleh berdiri betul. Tersenget2 jalan ke bilik air. Kalau kuat tak perlu berpaut pada dinding. Cukup sekadar tangan di pinggang. Tapi kalau tak kuat macam pagi tadi nasib baik tak bersepai jatuh botol perfume aku. Sebabnya tak tahu kenapa tetiba pinggang aku tak ada rasa upaya nak support badan aku berdiri. Rasa nak terduduk terus, jadi aku berpaut pada almari solek. Terus bangun Humairah sebab terkejut bunyi barang jatuh. 

Bila dah lepas qada’ hajat baru rasa lega sedikit. Boleh bangun dgn rasa kurang sakit. Boleh terus mandi atau aku tanak bubur Humairah terlebih dahulu. Buat sedikit stretching. Solat aku kira adalah terapi yg baik untuk badan aku. Betul, aku tak tipu. 

Biar aku berterus terang sahaja. Aku sebenarnya sudah kehabisan cuti sakit untuk tahun ini. Jadi untuk setiap cuti sakit aku akan dipotong gaji. Cuba kau bayangkan. Mana maunya kau cuti kalau gaji dipotong bukan? Tapi sakit ini bukan main2, nak tak nak aku memang terpaksa ambil cuti sakit juga bila terdesak. Dan jangan kau tanya berapa hari sudah aku MC dgn dipotong gaji. Kecuali kau mahu bayar ganti ruginya hehe.. 

Tapi orang mungkin punya persepsi lain. Aku mungkin ambil kesempatan atas sakit ku ini. Sikit2 nak MC. Bukan sedikit ya gaji yang di potong bila aku tidak masuk opis. Jadi timbangkan lah, aku sememangnya pergunakan sakit aku atau tidak jika ini hakikatnya yang aku tanggung sekarang. Aku redha sebab Allah itu Maha Kaya. Maha Pemurah. Begitu banyak yang telah diberi.. ditunjukkan kepada ku. Cuma mungkin aku ini belum sedar. 

Atau mahu penampar berdas2 baru nak sedar hehehe.. Ampunkanlah aku Ya Allah…

p/s: Kalau kau? Dipotong gaji seperti aku mahu?

1 comment: