Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, July 23, 2012

Sesekali mengglamourkan diri...


Ini adalah baju yang aku pakai semasa gathering para Pemanik bulan April lepas. Macam aku cakap, aku masih perlu banyak belajar bab 3D ni. Satunya kenapa aku belum berapa mahir sbb aku kurang minat dgn 3D ni. Alasan kan? Hehehe.. Baju yg. satu ni pun aku manikkan gara2 dijemput menjadi MC tak bertauliah pada majlis tu. Jadi, aku gigihkan juga manikkan.

Kelakar nya baju ni terpilih Top 10 Beaded Dress!! Huih tak pernah dalam sejarah hidup aku tercalon best dress ke bagai kakakakaka... Masa ni aku dok explain pasal design aku kat juri. Sape juri dia?? Jeng jeng jeng....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Hatta Dolmat!!!!! Yg bestnya, dia duduk depan finalist semua. Bila turn aku, tetiba dia bangun and belek baju aku. Wahhhh!!! Akak ko ni punya happy and nervous tak usah cakap lah kan? Bangga kejap dgn diri sendiri.. Sangat humble HD ni.. Cakap pun sopan je. Akak suka dik!!! (Ceh, mementang dia bangun belek baju ko kan????)


Aku memang tidak punya baju yg. berbling². Ada, tapi semuanya tak siap!!! And aku manikkan pun sebab purposely nak attend majlis yg aku rasa ada kena mengena dgn manik. Ye lah dah pergi majlis manik² ni, nak tanak kenalah ada sedikit bling² nya. Seingat aku, ada 4 pasang je kot baju aku yg bermanik. Itu pun semuanya tak siap!! Termasuklah yg aku pakai masa gathering ni hehehe..

Baju pertama yg aku manikkan kerana nak pergi launching event buku manik RJ. Dah dekat 3 tahun kot baju tu. Banyak tu jugak lah tak ada penambahan langsung sampai sekarang. Then baju ke dua aku pakai untuk event peniagawati di JB tahun lepas. Itu pun sikit sangat maniknya di bahagian lengan. Tu pun atas budi baik Mr BK yg rajin jahitkan batu dan manik. Hehehe.. Ko ado dik? Nak gi event bagai laki ko yg jahitkan manik kekekeke.... Yg best nya dia yg beriya nak jahit. Aku dah cakap tak payah sbb dah suntuk. Tapi sbb member dah offer sangat, silakan.. Ramai pulak yg puji masa event tu. Kembang setaman lah Mr BK.

Yg ke 3 saja je nak gegedik ngan BFF aku pergi event Rahim Simon launched his own kedai. Tak siap gak, tapi org bukan tau kan? hehehe.. Baju yg sama aku pakai masa kuar kat MHI end of last year. Merah menyala mak ngah!! Baju tu kira semenggah sikit sbb aku applied applique beaded stone and aku tambah manik sket2.. Nak cepat punya pasal kena pandai guna trick. Tapi sampai sekarang aku agak menyesal guna applique beaded crystal stone tu, sbbnya batu tu ala ala macam batu brooch. Dia ada pemegang besi for each of crystal stone tu. Jadi ko tau lah, senang je tersangkut. Tersangkut kat tudung lah. Baju baby lah. Eiii... aku dah lah jenis ganas.. Tu salah satu sebab aku tak suka pakai baju bermanik ni hehe..

So ini adalah baju yg ke -4 dalam koleksi aku yg ada manik. Somehow aku rasa memang aku perlu banyak lagi baju bermanik ni. Sebabnya bila ada projek nak amik gambar ke or macam tahun lepas nak kuar MHI TV3, mengagau² aku nak kena pinjam balik baju customer aku. So lepas raya ni aku dah berazam untuk memanikkan baju sendiri sahaja. Harap maklum.. Hehee..

Baju ni materialnya lycra. Baru aku tahu jahit di kain lycra sebenarnya lagi mencabar dari shiffon yg selama ni aku rasa dah cukup mencabar. Kainnya berat dan stretchable. Bab senang stretch tu lah Mr BK surrender jahitkan manik di bahagian kainnya. Habis tertarik² kain jadi senget benget aku tgk.

Aku manikkan di bahagian sebelah bahu sahaja. Konon stylo sangat lah hahahaha.. Daun² ala 3D tu aku dah buat lama masa aku dalam proses memupuk minat 3D. Tu kira daun try and error. Aku buat masa kena warded lepas operation dulu. Seminggu lebih kat hospital pun boring jugak. Jadi aku dah prepare bawak manik, practise 3D. 


Cak? Model kenit PepariDsign... hehehehe.... 


Bahu sebelah kiri. Juraian manik di tepi.


Close up

Another close up

Perasan tak batu kuning tu? Aku suka sangat batu tu!! Tak tau kenapa. Tapi nampak sangat elegant dan cantik bila dibalut dgn batu kelilingnya. Nantikan nota 3D aku ya. Nanti aku tunjukkan macam mana step by step nak jahit manik di tepi batu ala cabochon vs batu ala sew on stone yg nipis tu. Ya deknon, ada beza sket.. Kalau tak jadi tembok perigi manik ko kalau salah step hehehe.. 

And perasan tak bentuk yg bulat2 tu? Yg pakai  manik sahaja. Sebenarnya dalam kepala aku benda lain yg aku nak buat. Tapi bila aku buat2 jadi lain. Eh, cantik jugak hahahaha (sekali lagi riak di bulan Ramadhan.. MasyaAllah ) :)

Yg bestnya, bila ada org suh ajar aku jadi terkulat2.. Sbb nya masabuat benda tu aku main belasah je. Bila nak ajar org, aku kena practice semula. Berkali2 aku kena buat hahahaha.. Tape yg tu pun akak akan share dalam nota 3D akak ya. Eh tapi yg tu kena beli lah dik. Sbb akak akan provide manik sekali. Jadi ko beli, pastu tinggal jahit je atas kain. Kain pun akak bagi tau. Baik kan akak? :P


The juraiss part... Yg ni dah kira ngelat sbb aku dah tak cukup masa. Aku belasah je buat jurai ala ala tirai langsir hahahaha.. Rasanya ada masa nanti aku nak bukak semula, buat benda lain. Ni angan2 ni hehe


And finally, terimalah model kenit PepariDsign sekali lagi. Dia memang suka membelek benda2 yg bling2 ni. Ada one time, duduk dalam walker sebelah aku senyap je dia. Bila aku toleh wah seronoknya dia membelek lengan baju yg aku dah manikkan. Patutlah senyap sunyi tak berbunyi. 


Khusyuk nya dik!!


 Cantik tak baju Mama saya jahit???


Ok, selesai sudah entry aku perasan glamor macam artis... Kasi chance lah ya.. :)




5 comments:

  1. siap ada kuar tang akak jd finalist ni kt majalah mingguan wanita bumper kan... glamers gitu.. i like...

    akak ckp tak minat 3d tp bukan main lawo... dana ni ntah bile nk belajar bt 3d ntah la... hampes 1 pun tak tau... hehehhe

    wah2 mana tumpahnyer kuah kalu tak ke nasi kan, si kecik tu dh menampakkan minat la tu...bgs2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Dana, gambar seciput je kat mag tu hehe.. Tapi akak suke sbb nampak macam akak kau ni slim kan? Hahahaha...

      Tu basic je Dana, org lain dah ke bulan bintang, akak terkial² baru explore buat daun hehe... Lepas raya kena ngeteh milo ais kat kantin awak lah.. Ada lagi tak?

      Delete
    2. heheheh... tp akak ada gk asas dr dana tak tau hapa lg...huhuhui...
      ok2 blh je,dana banjer ek... milo ais tu ada lg kak, tak tukar2 org lg, msh mletops lg

      Delete
  2. Ya allah adik...memang mama adik paaaandaaai sangat. Auntie sampai melopong tengok juraian dan jalinan yg mama adik buat. Tak payah tanyalah cantik atau tak cantik pada auntie sayang..

    Peparid kalau kakak dekat rasanya kakak pun nak tempah juga. Sungguh kakak terpikat sesangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Mekasey Aunty Zakie..

      Mama cakap boleh je nak jahitkan untuk Aunty.. :)

      -------------------

      Perasan jadi bebudak kejap hahaha.. I'allah kak ada rezeki dipertemukan jodoh manik dgn akak :P

      Delete