Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, July 2, 2012

Jom Kita Ber "Crumble" Lagi!!

Kadang kan bila customer hantar baju nak buat Crumble dekat bajunya, aku agak sedikit upset... Sebabnya? Ehehehehe.. Sebab kadang jemu gak asyik buat Crumble je ehehe.. Kadang aku mengharapkan customer untuk tidak buat sebarang pilihan. Serah sahaja pada aku. Wah macam baju sendiri kan? Kekekeke.. Tak lah begitu.. Kadang bila dah buat Crumble je manjang rasa otak jadi tepu. Nasib baik leh play around and explore colors combination Crumble ni, jadi aku on sahaja lah. Kita layankan lah kehendak customer ni kan?? Cantik di mata mereka, alhamdulillah....

Ok baju ni nak dipakai masa Konvo katanya. Padanan kain yg agak warna warni belangnya. Pintanya simple sahaja. Oh inilah simple version aku ya kengkawan. Kawan aku kata ni bukan simple, ni dah heavy dah... Alahai, cemana ya? Aku kan dah tak reti dah nak simple2 nih.. Mungkin aku kena rewind semula timeline skill aku nih..



Hujung lengan..


Bahagian belakang lipatan lengan...


Ok, ni aku nak cerita sikit. Ramai yg bertanya, bila jahit baju yg nipis macam kain shiffon or opel ke aku jahit double ke sekali dgn lipatan bawah tu? Jawapannya? TAK!! Walaupun bahagian lipatan bawah tak nampak, sebolehnya aku akan curi jahit, supaya tak nampak benang berselirat kat bawah tu. Pada aku, nak cantik dan kemas bukan sahaja kat atas, bawah pun kena nampak kemas juga. Jadi nampak ya? Jgn cucuk jarum tu terus ke bawah.. Tak cantik lah dik nampak selirat macam tu... :)


Close up

Ok geng.. Enjoy!!!

6 comments:

  1. Sungguh-sungguh tak terkata kakak tengok. Cantik sangatlah. Bolah lawan boutique terkini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... tak terlawan lah kalau butik ni kak.. butik takat rumah boleh la hehehehe... Jom K Zakie jom!! wah bakar sket akak kasi Crumble tahun ni :)

      Delete
  2. Salam kenal. Terpaku tatkala melangkah kaki. Sungguh terpesona. Teringin sekali mencuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan Asmar...

      Terima kasih.. Cubalah! Pasti puas hati kalau dapat jahit sendiri.. :) Saya sendiri tak berapa minat bermanik di baju.. tapi suka tgk org pakai and jahitkan untuk org :) hehehe

      Delete
  3. As salam..Sy penah beli note crumble n manik ngan Umi kt tesco kinrara..ms tu Umi br lg lps pntg..dasat la Umi ni..setiap design mesti marbeles!!nk tanye apa rahsia kalu x nk bg benang terbelit?sy selalu jer facing mslh benang terbelit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Sharmila,

      Rasanya saya ingat kat awak lagi.. dah try dah berCrumble? :) Hopefully dapat buat ya.. kalay ada yg tak paham jgn la sesegan contact saya..

      ok..selalunya saya kalau nak jahit Crumble benang tu memang panjang dalam 2 depa sekali masukkan.. panjang eh? hehehe sbb pemalas nak masukkan benang.. and jahit Crumble memang pakai banyak benang.. selalunya sebelum jahit tu, saya regangkan benang dahulu. belit sikit di jari sebelah tangan kiri dan juga kanan, kemudian tegangkan betul2.. then macam kita petik gitar tu, ibu jari belah kanan petik benang tu, kalau bebetul regang and kuat buat kadang boleh berbunyi2 benang tu..

      or else, boleh kot try Heaven Thread yg memang khas untuk licinkan benang, cuma saya tak suka guna sbb agak sticky. Kalau guna lilin biasa pun ok gak.. Just lalukan benang tu kat lilin b4 jahit. Lilin biasa tak bape sticky compared to Heaven Thread..

      Or cara tradisional nya,dah beberapa kali jahit tu, stop kejap and pusing2kan jarum kita beberapa kali. Sebenarnya benang tu terbelit sbb bila kita tarik banyak kali dia terpusing2, jadi kita kena pusing kan balik dari arah yg terbalik.. tapi kadang dah seronok jahit lupa kan? dah terbelit baru nak menyesal hehehehe...

      Selamat memanik and berpuasa!!

      Delete