Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, July 9, 2012

Aku bangga jadi anak FELDA!


Ya, aku bangga! Sangat bangga! Dari dulu lagi.. Bukan sekarang baru nak bangga ya.  Aku memang marah bila ada anak peneroka Felda Bilut dengan selamba buat statement kat TV " dulu saya malu jadi anak FELDA, sekarang tak lagi"..


Amboi!! Mementang PM kasi imbuhan berbelas ribu, baru kau nak bangga? Ingat belas ribu yg peneroka dapat tu boleh kayakan kau sampai mati? Unless ko berjudi menang berbillion lah. Eh tapi tak haram pun kalau mamat yg nak kuar TV tu buat hehe... 

---------------------------------------------------------

Ya, aku memang bangga menjadi seorang anak peneroka. Aku kurang pasti bila arwah Abah pindah ke tanah rancangan, tapi masa tu aku belum lahir lagi. Yang pasti, kehidupan mereka memang tak senang masa memula pindah ke tanah rancangan. Masa tu mereka tak panggil FELDA, panggil tanah rancangan. Mak kata kalau semangat tak kuat memang putus harapan. Sebab tu ramai yang balik kampung semula. Sebab tak tahan dengan cabaran dan dugaan masa nak buka ladang. Ye lah kan, nak menunggu hasil bukannya sebulan dua. Makan tahun!!


Korang ingat tanam anak benih terus tegak berdiri? FELDA aku tanam sawit bukan getah... Tapikan, korang percaya tak, boleh dikira dgn jari berapa kali aku pergi kebun hehehe - pic Google


Mak pernah cerita, dek kerana kesusahan yang terlampau, pernah seorang peneroka ugut nak minum racun depan pejabat FELDA. Dia mintak bantuan lebih sikit bulan tu. Lebih kurang lah.. Bayangkan!! Bukan dia seorang, dia ugut dengan bawa anak kecil dia sekali. Ngeri kan? Sedih pun ada sebenarnya. Simpati. Mana taknya, sebelum ada hasil, pinjaman yang diberikan hanyalah RM70 sebulan (kalau tak silap aku). Memang tak cukup. Sebab tu, arwah Abah cari alternatif lain buat kerja luar sama. Kesian Abah. Sebenarnya FELDA tak kasi, tapi pepandai lah kan nak hidup. Memacam kerja Abah buat. Yg pernah aku ingat, Abah pernah jual sayur ikan. Dan yang paling lama hingga akhir hayatnya Abah bawa lori pasir.

Aku memang tak banyak memori sangat masa zaman2 kesusahan lampau keluarga aku. Masa aku lahir, zaman dah masuk 80-an, masih belum senang tapi sekurangnya tidak sesusah dulu. Abah sudah punya kereta, dan sebuah motor. Walaupun buruk tapi sangat membantu. Satu yang aku ingat sampai sekarang, pendirian Abah susah macam mana pun kereta tu dah satu keperluan. Kalau anak2 demam tengah2 malam tak kan nak naik motor redah pergi klinik. Ya, Abah aku memang seorang yang sangat prihatin. Terutama hal anak2. Pernah kereta rosak, aku demam, Abah bawak aku pergi ke klinik di bandar naik motor. Waktu tu petang. Tengah jalan pulak hujan turun. Terpaksa berhenti di pondok tepi jalan. Sepanjang perjalanan Abah suruh aku peluk dia kuat2...  Mungkin benda2 macam tu Abah tanak jadi lagi. Jadi biar buruk macam mana pun kereta, kena ada untuk keluarga.

Antara jenis kereta yang pernah Abah guna. FIAT. Lebih kurang lah macam ni bentuknya tapi warna biru tua - ehsan Google

Seronok duduk kat FELDA. Kejiranan yang rapat. Kalau kau rapat memang dah macam sedara mara. In fact aku rasa hubungan aku dgn jiran2 lagi rapat daripada hubungan sedara mara yg ada. Tapi kadang kalau yg tak berbaik tu, wah cam sinetron dah aku tgk gegaduh terpekik2.. Tak ke seronok tu? Hehehe.. memacam ragam!!

Sekarang FELDA dah banyak membangun. Pengurusan bertambah baik. Skim bantuan yang banyak. Samada dari segi bantuan kewangan, bantuan nasihat, barangan, latihan... macam2 lagi. Pilih saja mana yg bersesuaian. Tapi kadang aku geram juga. Bantuan begitu banyak, tapi belia kat FELDA ni masih ramai yang tak pandai rebut peluang. Kalau aku duduk kat FELDA banyak benda aku nak buat. Mungkin kena letak belia ni duduk kat KL ni, baru dia rasa. Bayangkan, kos belajar jahit langsir hanyalah RFM10!!!!! Kat KL?? Beratus!!!! Bukan takat tu, program ibu tunggal yg dianjurkan juga sangat menarik. Tapi, betul lah org cakap kan? Semuanya terpulang pada individu tu. Kalau dah disuap semua tapi tanak jugak tak tau lah nak buat macam mana lagi. Esok lusa FELDA tarik balik semua bantuan tu baru padan muka ko Jenab!!!!!!

Anak2 FELDA juga tak kurang dapat imbuhannya. Kalau kau cemerlang dalam periksa dapat imbuhan. Banyak juga aku dgr. Ratus juga dapatnya. Apa lagi adik2? PMR, SPM ni buatlah bebetul... Nak masuk IPTA pun senang, ada bantuan pinjaman FELDA. Yang menariknya pinjaman FELDA ni, banyak mana kau pinjam, banyak tu sahaja yg ko kena pulang balik. Tak ada interest. Bagus kan?? Dapat masuk IPTA diberi wang saguhati. Ah.. terlalu banyak faedah nya jadi anak FELDA. 

Tapi aku sedih. Sebab, Abah tak sempat nak merasa semua ni. Abah pergi dulu sebelum dapat rasa kesenangan yang Abah tuai dgn keringat tulang empat keratnya. Mak selalu mengalir air mata bila terkenang kan zaman susah payahnya bersama Abah. Lagi pula lepas Emak ubah suai rumah lama. Abah tak sempat rasa. Tapi aku tau, Abah pasti bangga dgn Emak. Bangga dengan segala keputusan yang Emak buat demi kami. Dan aku harap Abah bangga dgn anak2 nya. Walaupun kadang cara kami layan Emak mungkin tak sama dgn Abah. 

Baru2 ni bila PM umumkan wang imbuhan sempena FELDA nak masuk bursa, aku agak takut sebenarnya. Bukan aku tak suka. Akulah insan yang gembira. Gembira untuk Emak aku. Tapi bila aku dgr ucapan PM secara live, " kita beri juga pada anak2...." wah kepala aku tak lain tak fikir, nanti ada pulak yg bergaduh2 pasal duit imbuhan ni.

Sebabnya duit tu diberi secara berperingkat. Dan Emak beritahu aku, bahagian yg diberikan pada anak tu, cek nya ditulis atas nama anak. Buatnya anak tu hilang ingatan kejap nampak RM5k tertulis atas nama dia? Tak ke haru???? Bahaya juga buat cam tu hehehe.. Pastu nanti ada pulak yg pandai twist, " Eh, PM kata ni duit anak2... " Adusss.. tak ke haru biru? Tapi pandai kan PM kita mencuri hati pengundi? Eheheheheheh... Satu keluarga anak beranak di curi hatinya... Kalau bagus kita sentiasa sokong kan? Kadang yang duduk atas sana memang lah semangat and bagus, tapi yg kaki2 bawahan ni yg buat spoil. Opss.. melalut dah cakap pasal politik hahahaha...


Org cakap sedap biji sawit ni. Aku tak pernah makan. Cendol santan sawit kelapa aku pernah makan. Sedap!!!! - pic Google

Kesimpulannya, tak perlu lah nak malu mana asal usul kita. Berbangga lah dgn tempat kita dibesarkan. Sedikit sebanyak aku rasa, duduk di FELDA banyak membentuk siapa aku pada hari ini. Terima kasih FELDA!


p/s: tetiba aku rasa cam nak buat entry ala ala berepisode " Aku anak FELDA I, II, III, IV...." hahahahahahaha.....




4 comments:

  1. Tak salah sebab kakak nak juga membaca pendapat penduduk felda sendiri dgn isu terkini. (Politik sikit ye hihi...) Sekarang pemimpin memang bergantung harap pada pengundi felda kalau org felda pun berpaling alamat menangis tak berlagulah PRU kali ini.

    Harap undi org di bandar memang payahlah...

    Seronoknya kakak ke majlis org felda mereka gotong-royong, makanan mewah syok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. part tu memang betul kak.. pandai strategy mereka menjelang PRU ni hehe..

      bab kendiri memang meriah.. tapi kadang saya rasa lebih pada membazir pun ada gak.. ape tak nya, nak rewang besar ada rewang kecil, org rewang kecil kena masak untuk org rewang besar, org rewang besar masak untuk kenduri.. hehehe rewang atas rewang... banyak makanan nak kena masak.. :)

      Delete
  2. biji sawit tu bakar n cicah dgn gula merah yg likat ala2 strawberry coklat. sedap tau umi!

    bingka ubi kayu pun sedap gak.

    banyak la memori jadi anak felda ni yg buat akak bangga sgt2 esp dpt sama2 tlg abah g kebun kelapa sawit. kalau nk dibelogkan, xtau la panjang mana... hehe

    Hidup Felda! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. malu nak cakap tak pernah rasa pun biji sawit tu pun kak!! masuk kebun pun boleh kira bape kali.. sbb Abah dulu pun upah je kan kat org, sebok kerja luar. Memang banyak memori jadi anak Felda ni.. Aha.. mandi kat anak sungai dalam kebun tu adalah banyak kali gak bila air tak ada.. Seronok!!!

      Delete