Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, September 12, 2013

Wira negara sebenar.......


Gila lama menyepi kan? Menyambut raya sebulan kekdahnya akak ni hahaha.. Apa yang disambut pun tak tau lah. Terabai kejap blog ni dibuatnya. Ada benda nak di cerita celoteh kan.. tapi kekangan demi kekangan asyik lah tergendala je plan tu. 

Nothing fancy about my raya. Cerita pasal raya nanti akak rangkumkan jadi satu entry padat ye..

Menonton rancangan Suatu Ketika di Astro petang tadi buat aku betul2 tersentuh. Rupanya masih cetek ilmu sejarah aku tentang Merdeka nya Tanah Melayu ini. Temubual dengan bekas tentera Harimau Malaya buat air mata aku tumpah. 

Sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bangga kerana begitu setia dan begitu tinggi semangat cinta kan negara mereka. Bayangkan, dari zaman tentera Jepun, kemudian Komunis, lebih 20 tahun juga Pak Cik Wan berjuang memegang senjata. Kemudian balik ke kampung setelah tiada lagi ganggu gugat dari keganasan membanting tulang bekerja kampung pula untuk menyara keluarga. 

Lebih menyedihkan apabila ditemukan dengan rakan2nya yang lain. Seorang sudah uzur benar. Hanya terbaring. Seorang lagi alhamdulillah masih sihat, tetapi dari gaya hidupnya aku lihat agak daif. 

Hati aku tertanya.... apakah jasa mereka ini pernah di iktiraf dan di hargai oleh mereka yang sepatutnya? Mereka juga wira yang perlu di kenang jasanya. Aku harap mereka yang sepatutnya lebih prihatin untuk menghargai jasa2 mereka yang lebih awal memperjuangkan merdekanya Tanah Melayu ini. Janganlah asyik sangat ajak orang kibar bendera sana sini. Suruh pasang kat kereta lah apa lah. Pada aku pasang kat kereta macam hilang je daulat bendera negara tu. Macam tak sesuai. Maaf lah ya. 

Kepada menteri, banyakkanlah aktiviti yang lebih berfaedah daripada sambutan konsert dan bunga api tu. Aku cadangkan supaya adakan pertandingan mencari sebanyak mungkin nama2 mereka yang pernah berjuang demi negara. Kemudian nama2 tu simpan dalam arkib. Mana yang hidup, kalau ada insentif berilah. Tidak pun pada kaum keluarga. Soal mempertahankan maruah negara satu benda yang amat tidak ramai generasi kita pada masa ini sanggup buat. Aku barangkali salah seorang. Tidak mampu aku galas tanggungjawab itu.

Tetiba akak jadi patriotik kan? Semangat dik.. 16 September ni kan Hari Malaysia.... :)


Jom tambahkan semangat cuci gambar manik akak pulak.. Saja je buat tayang gambar hehehe... 




1 comment:

  1. askar2 pejuang zmn dulu2 zmn komunis nun sebenarnye yg betul2 wira negara kan kak... sbb berjuang utk memerdekakan negara kita... berlwn ngn segala komunis, penjahat bagai... tp syg nyer diaorg mcm terabai.... pttnyer kerajaan kene bg sumbangan pd diaorang... wira negara yg sebenar kan

    ReplyDelete