Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Sunday, September 29, 2013

Berapa lama aku harus tunggu jawapan dari kau sahabat?


Rasa ralat, Rasa terkilan yang amat sangat.

Aku tak faham kenapa manusia yang punya akal fikiran, punya mulut untuk bertanya mengambil langkah untuk suka membuat andaian sendiri. 

Aku benci bila aku bertanya tapi orang senyap membisu. Kalau betul marahkan aku, sila luahkan. Sila beritahu aku. Alang2 aku dah bertanya. Tapi segelintir umat masih mengambil jalan untuk terus senyap. 

Aku kurang pasti puncanya kalau betul marahkan aku sangat, Aku cuba kaji dan selidik. Rasanya aku dapat agak. 

Tuan2 dan puan2 sekalian,

Secara logiknya, sekiranya aku ingin mengutuk seseorang itu, adakah aku akan bercerita di sini sedangkan aku tahu dia juga membaca blog aku? Bukankah bodoh tindakan aku itu wahai tuan2 dan puan2.. opss kalau ada yang berpangkat Datuk/Datin maaf lah ya tak perasan tadi hehe... 

Aku rasa orang tersebut telah terasa dengan salah satu entry aku di blog ini. Ini hasil dari risikan aku lah. Tapi sayangnya, oleh kerana paranoid mungkin, orang tersebut telah kesentapan dengan aku tanpa mengambil tau duduk cerita yang sebenarnya.

Aku yang menyedari ada kelainan dari orang itu telah bertanyakan terus kepadanya apa salah aku. Kenapa buat macam tu menjadi dingin secara tiba2. Pertanyaan aku tidak dijawab langsung. OK. Mungkin masih marah, Aku masih menunggu jawapan dari orang tersebut. 

Kalau betul marah dan sentap, sila beritahu aku. Kalau betul aku tidak layak lagi jadi teman buat mu padahal suatu ketika orang itu mencanang sana sini kononnya aku BFFnya, sila beritahu aku juga. Aku mahu kepastian. Aku tidak suka duduk dalam keadaan tertanya2. 

Aku pohon, kalau betullah telahan aku ini, tanyalah dulu aku setiap entry di blog ini. Tolonglah jangan suka buat andaian sendiri. Cerita mungkin sama tapi orang mungkin berbeza. Dan kau juga pernah berkobar2 berceritakan sanggup untuk bersemuka untuk kebenaran. Jadi aku tidak nampak sebarang masalah untuk kau bersemuka. 

Kalau sekali lagi ada yang terasa dengan entry ini aku mohon maaf. 


No comments:

Post a Comment