Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, September 16, 2013

Mahsuri, satu sejarah atau mitos?


Maaf lah ya sebab entry aku berunsur sejarah pulak kali ni. Ni gara2 menonton rancangan "Suatu Ketika" la ni. Seronok gak layan sejarah ni.

Cerita kali ini tentang Mahsuri. Memang agak berbeza cerita yang dibawa dari apa yang aku tahu. Deraman yang aku tahu selama ini digambarkan watak antagonis. Tapi dalam cerita tadi yang aku tonton, terdapat salah faham. Deraman merupakan seorang pendatang di Langkawi. Hubungannya agak mesra dengan keluarga Pandak Maya. Dikatakan isteri kepada Tok Penghulu Datuk Sri Kerma Jaya memfitnah hubungan mereka sebagai skandal lalu mendesak suaminya untuk jatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri. Dikatakan juga, tubuh Mahsuri tidak lut sebarang senjata sehinggalah Mahsuri sendiri membuka rahsia supaya menggunakan keris di rumahnya. Hanya selepas itu tubuh Mahsuri berjaya ditikam, dan keluarlah darah putih yang membawa sekali sumpah keramat selama 7 keturunan.


Ilustrasi Mahsuri. Pic: Google

Satu persatu peristiwa berlaku membinasakan Langkawi. Kemuncaknya apabila Siam menawan Langkawi. Habis semua dimusnahkan, termasuklah sawah padi. Dikatakan padi di situ tidak hangus menjadi abu seperti padi biasa. Padi bertukar menjadi hitam, tetapi tidak peroi hancur. Bila ditemuramah generasi ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya, terbit juga rasa simpati. Bukan sahaja harta benda, sumber makanan, Datuk Sri Kerma Jaya juga dikatakan mati di tangan Siam.

Dan bermulalah mimpi ngeri warisnya apabila dikatakan terpaksa berpindah randah sehingga menukar nama keluarga kepada Wan dipangkalnya untuk mengelak dari dibunuh tentera Siam.

Penerbit berjaya juga mengesan waris ke 6 Datuk Sri Kerma Jaya. Sudah lewat usianya. Namun masih ingat cerita2 yang diturunkan dari nenek moyangnya. Terdetik di hati aku, bagaimana mereka mengesahkan yang Nenek itu waris sah kepada Datuk Sri Kerma Jaya? Susahkan nak sahihkan? Macam cerita Mat Kilau dulu bila kembali ke pangkuan orang ramai setelah diisytiharkan mati. Namun beliau adalah tokoh perang, membuatkan negeri Pahang menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat samada betul atau tidak beliau adalah Mat Kilau. Bukan senang AJK yang dilantik nak isytiharkan kesahihannya, tempoh masa lebih dari 6 bulan diperlukan untuk mengumpul semua bukti.

Namun, satu fakta yang menarik perhatian aku adalah, apabila Mat Kilau menjadi sangat nazak tidak lama selepas kesahihannya sebagai Mat Kilau disahkan. Kononnya, beliau telah dimakan sumpah kerana telah berjanji dengan Tok Gajah dan Datuk Bahaman untuk tidak menceritakan cerita silam mereka kepada sesiapa pun selepas mereka berpisah membawa diri masing2 apabila menjadi buruan.

Wah... Kak Pepari lepas ni leh jadi Cikgu Sejarah kan? Sure cemerlang bebudak sekolah semua hehehehe..... Puiii!! Baru tengok dokumentari sehari dua dah berangan wahahahahahhaa....

Tapi seriously, seronok sebenarnya Sejarah ni. Antara subjek yang paling aku suka waktu sekolah dulu. Kalau kena gaya dengan cikgu yang mengajarnya memang sangat best! Teringat Cikgu Saedah. Sangat sporting. Mengajar aku Sejarah waktu di tingkatan 5. Senang sahaja dia. Dia tak kesah murid nak tidur ke buat kerja lain ke waktu kelas, tapi SPM korang make sure dapat A1. Hehehehe... Memang adalah yang ketiduran masa dia mengajar. No! Bukan sebab dia tak best. Dia sangat best!! Ada elemen kelakar. Dan beliau sangat expressive. Bercerita bagaimana lanun Bugis masuk ke Johor. Bagaimana hebatnya orang Jawa. Haruslah dia up lelebih pasal keturunan Jawa ni sebab dia memang sangat Jawa okesss... hehehehe.. Ohh.. sangat mengimbau... :)



Aisyah. Generasi ke 7 Mahsuri. Cantikkan??
Pic: Ehsan Beautifulnara



Ok... yang ni tak ada kaitan dengan memana keturunan kat atas tadi ya..Kompemmmm.... Hehehehe

No comments:

Post a Comment