Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Monday, September 16, 2013

Mana satu berbaloi?


Korang sedia maklumkan, aku memang ada jual nota jahitan manik Crumble dan juga 3D teknik daun dan juga teknik balut batu.

Ramai yang bertanya, mana lagi ok samada datang belajar ataupun cukup dengan beli nota yang aku sediakan.

Ok ini jawapan subjektif. Sebabnya sedia maklum, penerimaan orang ni lain2. Pemahaman orang juga lain2. Karakter kita juga beza. Rambut apatah lagi. Akak sampai skang kempunan nak warnakan rambut dengan warna Mahagony hehehehe... Mr BK tak kasi.. Ye la haram... saje je akak kan gatal suka tengok macam best je..

Bila ramai yang bertanya, jadi aku bagikan jawapan yang aku rasa seikhlas hati aku lah. Jadi kalau ada yang tak sependapat, aku ok je. No harm.

Benda2 yang perlukan kemahiran ni, personally untuk diri aku sendiri, aku lebih suka attend kelas dari aku beli nota rujukan. Sebab aku jenis orang yang sangat fizikal. Aku mahu lihat, sentuh, pegang, tak cukup tu kelebet2 benda2 yang cikgu aku ajar hahahaha...

Bila attend kelas, secara tak langsung methodnya interaktif. Its one to one learning session. Bila kau tak faham, immediately boleh tanya terus on the spot. Bila confuse atau ada benda yang kadang maybe tak related directly tapi secara indirect pun ko boleh dapatkan jawapan tu terus masa kelas.

Kalau nota rujukan, dia hanya 1 way learning je. Kau je belek dia kelebet dia, pusing sana sini. Dia senyap tang tu gak. Jadinya kau terus samada akan dapat jawapan yang kau nak ataupun kau fed up then kau biar je projek yang kau nak buat.

Belajar secara berguru lebih banyak manfaatnya. Lebih2 lagi kalau kau dapat cikgu macam aku hahahaha... Terlebih2 karang akak bagi ko. Takut sponge ko tak cukup nak  tampu air yang akak curah nanti. Eh, tapi kan, ada juga student yang akak pernah jumpa, dia tak bape suka bila akak share bebanyak tips dgn dia. Kadang akak suka cerita and share tips memanik yang luar dari module. Tapi dia rasa dia pening. Dia taleh nak absorb bebanyak.

Ye la kot kan... Duduk dari pagi sampai petang ngadap manik je. Orang yang tak biasa memang boleh pening kepala. Penat satu badan. Tu yang taleh nak absorb lain dah bila akak pot pet benda lain hehehe.. Taleh nak salah kan gak kan?

So kesimpulannya, kalau tanya akak, ada masa terluang, pergilah kelas instead beli nota je. Kalau nak senang akak jawap je beli lah nota akak. Pastu duit masuk akak duk goyang kaki je hehehe.. Tapi bukan tu niat aku sedari awal aku mulakan mengajar. Terpulang pada diri masing2 ya...

Oh.. sebut pasal nota, yes nota akak masih ada lagi.. hehehehe :)

p/s:  Ada yang tanya bila nak buat kelas kat luar KL? Bila ya? Lepas Raya Haji ok ke? Mana nak pergi dulu ya?? Sila vote...


Mini Crumble plus Netting...

No comments:

Post a Comment