Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Saturday, October 5, 2013

Antara kelas manik dan toilet itu.......


Wahai sidang pembaca yang budiman.... Anda rindu padaku? Ahahahaha..

Aku masih belum mampu menulis sekerap dulu. Hati yang tidak keruan dan keperluan yang lebih penting dari blog antara penyebab aku hampir terlupa pada password blog sendiri. Sila marah mereka. Saya tidak bersalah ehehehe...

Memanik? Ya jangan khuatir.. Aku masih bisa memanik. Alhamdulillah.

Sebelum aku teruskan coretan ini, aku pohon pada kalian yang membaca.. (apsal bahasa sinetron keluar ni? hehe) kalau lah ada apa yang aku coretkan di sini membuat hati kamu dan kamu semua terguris, membuatkan kamu terasa atau lebih teruk membuat kamu menangis teresak2 di malam hari di bawah selimut nan tebal.. atau mungkin lebih azab lagi membuat kamu meraung tergolek2 berhari2... makanya sila maklumkan pada diriku. Kerana aku tidak kenal sama kamu, mungkin apa yang aku coretkan, apa yang aku kongsikan pendapat aku membuat emosi kamu gundah. Mungkin kadang jalan ceritanya seakan dekat dengan diri kamu semua walhal mungkin juga aku tak kenal siapa kamu. 

Makanya, sekali lagi saya menyeru anda2 semua... kalau tak puas hati.. kalau terasa bisa di hati bagai ditusuk duri yang tajam... sila terus tanya pada saya... 

" Kak Pepari, coretan bertarikh sekian haribulan bertajuk demikian itu adakah berdasarkan cerita benar? Atau sekadar ilusi Kak Pepari yang suka berangan? Atau mungkin sekadar pendapat Akak sendiri? Sebab saya begitu rasa dekat dengan diri saya lalu membuatkan airmata saya tidak berhenti mengalir sejak membaca coretan akak"

Haaa............... Nampak tak? Sila tanya ya.... Akak tak suka nanti kalau korang sentap tak ada siapa nak baca blog akak lagi hahahahaha...... Adik manis ada paham dey??

Ok lah korang.. kalau ada lah macam yang aku coretkan di atas.. aku mohon maaf.. kerana apa yang aku coretkan di sini adalah berdasarkan pendapat individu aku. Kalau ada yang tidak bersetuju terserah... Kalau mahu berkongsi pendapat juga sila lah komen.. Kalau tak nak sila diam duduk jauh2.... hehehehe...

Yang sebenarnya, aku tak berapa sihat beberapa minggu ni. Bermula dengan viral fever yang menyerang satu keluarga. Kemudian melarat kepada keanginan satu badan hahaha.. tu pasal mukadimah entri ni macam hangin satu badan kan? Nasib lah korang :)

Aku tak pasti samada punca dari salah makan ataupun dari terapi sekejap yang aku buat. Tapi kalau sebab terapi tu  memang sangat bagus lah kesannya.. walaupun azab dik.... Macam angin puting beliung datang menyerang perut kau. Sekali datang menderu, sampai ke hujung usus, terus buat kau berlari ke tandas. Baru beberapa tapak keluar, dia datang lagi. Dah cerita pasal toilet pulak hahahaha... 

Nak kata food poisoning tak kot sebabnya apa yang aku makan sama je apa yg Mr BK makan.. Dia sihat walafiat je aku tengok. Aku ni bukan takat menahan sakit puting beliung dalam perut... menahan loya pun satu hal. Tak pasal2 kena letak vicks dekat hidung nak elak muntah. Memang tak ubah macam orang pregnant. Beberapa hari gak  memang aku melepek.. terbaring je tak larat dah nak buat apa. Yang best nya bila timbang berat badan turun few KGs uolss!!! Jangan jeles... Hahahahahah... Tapi lepas dah sehat sket eh dia macam ke arah nak back to normal KG pulak dah... Tension aku!

Till now kesannya masih ada. Cuma very mild. Jadi aktiviti memanik pun jalan macam biasa. Korang kalau nak belajar manik weekdays ni sementara Raya Haji boleh la PM aku ya... (sempat promo hahahah)

Alhamdulillah kelas manik berjalan lancar. Belum sedia buat di luar macam dulu. Ada juga orang Utara bertanya bila nak buat kelas di sana. Aku on je kalau korum nya cukup quota hehehe.. Ye lah dik.. kang akak gi sana, minyak lagi, accommodation lagi, venue lagi, F&B lagi semua akak tanggung dik.. kecuali lah kalau adik ada society yang memang nak buat kelas manik, nak cari orang ajar, jadi akak datang lenggang kangkung mengajar je dik.. aa tu lain cite ye... hehehe.. 

Macam korang yang aktif dengan persatuan atau kelab pun sangat dialukan kalau dah tak tau nak buat apa dengan duit kelab yang berjuta tu kan.. heheheh.. Sebabnya akak mengajar bukan takat individu sahaja, kalau persatuan or kelab or any NGO ke nak panggil akak pun boleh.. Kita belajar secara berjemaah hehehe.. 

Akak juga pernah ajar manik untuk group2 ibu tunggal ni. Jadi those yang memang berminat dengan manik ni leh pursuit for their own benefits.. boleh ambil tempahan lepas tu. Jadi secara tak langsung boleh jana ekonomi memasing. 

At the same time gak, dalam akak mengajar tu of koz akak pun tengok2 gak memana yang ada potential besar nak jadi beader tegar ni. Sebabnya, akak kadang memerlukan pembantu. So far akak belum jumpa lagi. Ada lah few, tapi derang ada komitmen lain pulak. Jadi sampai sudah tak jumpa2. Yang kita berkenan tu lah selalu nya kita tak dapat kan? Betul tak? Macam kadang kita masuk kedai kasut, dah berkenan dah bagai, eh tetiba tade size. Manjang lah tader size. Habis macam mana nak ada size kalau dah kaki beso gajah gamaknya cik kak?? Hehehehe... 

Jadi sebelum korang kebosanan dengan coretan akak ni, marilah kita buat aktiviti berfaedah sikit. Memula sila tutup mata rapat2, kemudian tarik nafas dalam2 ikut hidung.. kemudian tahan few secs, then lepaskan perlahan2 melalui mulut... Dah? Lepas tu buka mata perlahan2.... Sila cuci mata masing2 ya.. Heheheheh... As usual, enjoy!!!


Simple bead embellishment on a dress

Close up sket.. Combination of simple 3D leaf, manik pintal and of koz PepariDsign signature Crumble...


Nak close up lagi? Nanti akak share kan lagi ya bila akak rajin hehehe...



p/s: Dengan saiz yang sedemikian makanya jangan marahkan dia kalau dia hanya mampu menyarung BONIA, Crocs, Gucci, dan yang seangkatan dengannya... wakakakakakakaa.. (baca boleh, percaya jangan...)

No comments:

Post a Comment