Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, January 15, 2013

Luahan hati seorang IBU



Memang seronok memerhatikan gelagat orang ni kan? Ada kalanya boleh mencuit hati kita. Ada kalanya buat kita tergelak sengsorang. Tapi kadang buat kita rasa meluat pun ada jugak.

Suasana di pejabat aku ni berkonsepkan open concept. Tak ada dah cubical tinggi macam menara yg mana kalau kau nak tidur pun org tak perasan. Bila dah open concept ni nak bergossip lelebih kat telefon pun susah dah. Kena lah bergossip pelan2.. Nak gak kan ko??

Aku perhatikan, ada sesetengah ‘kakak’ di opis aku ni macam ala ala mentel bila cakap dgn bos lelaki. Dengan lenggok bahasa tonasi nya.. Alahai.. Geli geleman aku dengar. No! Mereka bukan lah secretary ke ape ke pada boss2 ni.. Tapi cara melayan amboii kemain.. Siap tanya, boss nak kopi boss? Saya boleh buatkan.. 

Aku memang bukan jenis banyak cakap di pejabat ni. Kadang org macam kompius je tgk aku, bila jadi emcee kemain lagi, tapi bila kat opis senyap je… berat mulut. Kalau tak kena regu aku memang lebih suka tak bercakap. 

Hubungan dgn boss pun macam tu jugak. Aku lebih suka cakap pasal kerja. Boleh la nak layan gossip2 lain sekali sekala. Lepas kejadian aku terlalu rapat dgn sorang boss ni sampai di label boss pet maka aku ambil tindakan untuk ada gap sedikit. Ala bukan rapat mana pun, kadang bila meeting berjela2 sampai lunch hour so we all gi la makan sama. Huihhh tak boleh ko!! Jadi issue….. Bukan lelaki pun boss aku tu hehehe.. Ntah apa nak di jakikan pun aku tatau. 

Tapi ada sesetengah boss suka bercerita, suka bercakap2 dgn staff dia. It’s ok.. no harm pun pada aku. Tapi still kena ada limit lah kot. Ada sesetengah boss tak suka cara aku. Entah, aku tak reti nak gelak2 tak tentu pasal, cerita bukan2, gossip sana sini… lelagi lah kalau boss lelaki. Memang tak reti. Mungkin ni bahana nya sekolah semua pempuan dulu hahahahahaha…

Oh, aku ada situasi untuk kita para ibu2 moden ni hayati dan fikirkan. Lagi baik kalau anda boleh komen sekali. 

Bayangkan ya, kita ibu bekerja, khasnya di Klang Valley. Ada yang seawal 630 pagi dah keluar rumah. Almaklum traffic KL ni macam mana. Kalau ada maid, tinggal lah sang anak yang mungkin masih lagi ketiduran saat kita langkah keluar rumah. Kalau dihantar ke nursery, mungkin masih lena terlentok saat bertukar kendong. 

Seharian kita tak bersamanya. Sarapannya, makan tengaharinya, minum petangnya tak dapat diladeni kita sebagai seorang ibu. Apa perasaan kita ya? Kalau sang anak masih kecil, terlepas kita saat dia comot disuap makanan. Terepas saat dia mungkin terbatuk ketika minum air. Saat dia dimandikan selepas makan, saat dia bermain2 selepas selesa makan dan dimandikan. Apa perasaan kita ya? 

Pulangnya kita bukan waktu petang. Paling awal mungkin saat matahari terbenam. Pulangnya kita kadang dalam keadaan kelam kabut. Kalau yang rajin mahu sediakan makan malam lagilah kan? Kalau tidak pun makan di kedai. Sampai di rumah, selepas bersihkan diri, barulah ada masa terluang untuk si kecil. Itupun kalau si kecil tidak mengantuk lagi. Dapatlah bermain bermanja sejam dua. Penat dia ketiduran, kita pun kadang terikut sama. Habis berlalu kejadian 1 hari. Berapa jam yang kita dapat luangkan bersama si anak?4 jam?5 jam?

Aku pernah cuti sakit yang panjang. Walupun kebanyak urusan dilakukan oleh Mr BK, tapi melihat si kecil ada di depan mata adalah saat yang amat bahagia. Melihat dia tersenyum, ketawa, menangis, kadang aku rasa aku tidak mahu lepaskan walaupun sesaat pun saat itu. 

Bila direnungkan buat aku tertanya2, sudah cukupkah apa yang aku beri pada si kecil sebagai seorang ibu? 5 hari seminggu bekerja dari pagi hingga ke petang. Sampai di rumah malam, cuma ada sejam dua sahaja untuk bermanja. Hujung minggu sahaja lah dapat melepaskan rindu sepanjang hari.
Ada yang cuba ‘menebus’ kembali masa yang berlalu dgn membawa anak jalan2, makan2 di hujung minggu. Soalnya, berbaloikah? 

Tapi soalnya, duduk di bandar berstatus seperti KL kalau ibu dan bapa tak bekerja memang agak sukar barangkali. Aku tak nafikan. Banyak mana yang hendak kita kejar haruslah setimpal dgn banyak mana yang kena kita cicirkan. Tepuk dada tanya selera.



4 comments:

  1. aku sorg surirumah sepenuh masa. berhenti kerja kerana berkahwin.jadi menjaga anak tiada masaalah bgku.anak 4 org semua aku jaga sendiri tanpa bantuan kecuali semasa dlm pantang.aku melahirkan selang setahun.suami tidak ambil pusing tentang anak cuma beri duit utk belanja rumah. cukup xcukup pandai2 akulah. aku x pernah pedulikan kesihatan diriku yg aku utamakan adalah anak2ku.dari tadika hingga ke sekolah menengah semua anak2 aku yg hantar dan jemput dr sekolah. boleh bayangkan x sek ren pg ptg , keb dan agama sediakan bekalan hantar naik basikal dgn anak yg kecil kdg2 tinggalkan dirumah sendirian.ajar mengaji, membaca rumi dan jawi, menulis dan mengira,salat dan wudhuk dan ajaran islam semuanya aku ajar sendiri.utk pengetahuan suami ku seorg yg kurg normal.tentu sekali dlm kesibukan aku mengurus anak2 pasti ada sesekali melakukan kesilapan. aku juga seorg manusia yg punya perasaan.syukur segala jerih perih anak2ku semua berjaya ke u dlm jurusan professional.tapi yg paling aku sesalkan seribu pengorbanan ku tidak dihargai malah kesilapan ku yg selalu di ulang2 utk menjatuhkan maruahku sebagai ibu. dgn suami yg sakit dan hidup miskin tentu berjalan makan angin tiada dlm kamus kehidupan mereka semasa kecil.setiap kesilapanku sentiasa ber ulang2 dikatakan oleh mereka.aku merasa diriku tidak dihargai selayaknya seorg ibu namun aku tetap lega kerna mereka pasti menjadi seorg yg Berjaya didunia mohon di akhirat juga hendaknya. disetiap hembusan nafasku aku mengampunkan dan meredhai kesemua anak2 ku. aku mohan kpdMU sekiranya sudah sampai ajalku aku rela pergi... aku akui sebagai ibu aku juga melakukan kesilapan dlm membesarkan anak2.jgn sampai aku sakit terlentang ya tuhan sedangkan sihat begini pun diherdik2. tulang 4 kerat aku yg tua ini juga masih digunakan dlm mengurus semua kerja rumah.di dunia ini tiada istilah pulang ke pangkal jalan kerna sekali kita silap akan selamanya kesilapan itu mengekori dan menghantui kita sampai mati.fikir2kanlah lebih baik bekerja dari jadi surirumah, bebanan dan tekanan mental selamanya.segala jerih perih tidak dinilai yg dpt hanya senua org menunding jari pd diri kita persalahkan dlm segala hal

    ReplyDelete