Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, January 22, 2013

Coretan buat kau bernama DIK.....



Dik…

Aku menulis bukan kerana ada cemburu di hati aku. Ikhlas nya ini sekadar renungan buat aku sendiri supaya sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Dan buat diri kau, terpulang, kalau boleh kau jadikan renungan, renungkanlah supaya boleh jadi panduan hidup.


Dik,
Mungkin kerana relatif masa yang jauh berbeza membuatkan kita berlainan cara. Dan mungkin kerana relatifnya nilai erti mampu dalam hidup maka kita juga berbeza gaya.


Dik,

Dahulu aku tidak pernah terfikir pun unuk bergaya leih daripada apa yang aku mampu. Lagi pula waktu aku masih belajar. Apa yang ada dan disediakan oleh Mak dan Abah itulah yang aku ambil. Kalau aku mahu sesuatu yang dibeli sendiri pun selalunya yang biasa2 sahaja. Tiada sebarang jenama. Asal cantik dan sesuai sedap mata memandang aku beli.


Dik,

Dahulu aku belajar di university swasta yang sememangnya diketahui kos nya yang mahal. Walaupun mendapat tajaan biasiswa, masih belum mencukupi. Tapi tetap bersyukur kerana sekurangnya segala yuran dapat dijelaskan. Bakinya baru aku gunakan untuk keperluan meneruskan hidup hingga semester yang berikutnya. 


Dik,

Walaupun aku mewakili university dalam sukan bola keranjang, aku tidak pernah berpeluang membeli kasut berjenama. Walau di hati kecil kadang teringin nak menyarung kasut berjenama FILA, ataupun Nike yang menjadi kegilaan masa tu. Apa yang aku sarung hanyalah kasut yang sudah dipakai oleh Abang aku terlebih dahulu. Jenama PUMA. Aku memang sayang sangat kasut tu. Sampai riwayatnya berakhir bila tapaknya dah tercabut dan tak boleh diselamatkan lagi. Aku gantikannya dengan yang baru hanya berjenama POWER sahaja. 


Dik,

Aku tidak pernah punya kasut khas untuk ke kelas, untuk berjalan. Apatah lagi untuk aku hadiri segala majlis social ketika aku belajar. Aku hanya pakai sandal bertali seperti sneaker orang mendaki gunung sebab ianya tahan dan lagi satu yang penting aku muat pakai. Sedia maklum kaki ku yang bersaiz besar memang susah nak cari kasut perempuan bersaiz seperti  kaki ku ini. Ada.. Bukan tidak ada. Tapi harganya yang mencecah ratusan ringgit buat aku abaikan sahaja segala anganku. Duit sebanyak itu sebaiknya aku gunakan untuk belanja.


Dik,

Bila berpindah ke kampus Cyberjaya, hanya sekali sahaja Mak dan Abah hantar; ketika memula masuk kampus. Alahai betapa sedihnya keadaan kampus ketika itu. Dengan jalan tidak bertar. Kampus yang tidak siap. Malah ketika sehingga kami duduk pun CF tidak lulus lagi. Bas untuk ke bandar uzur benar keadaannya. Sudah lah uzur, susah betul bas nak masuk ke tempat aku belajar dulu. Bandar berdekatan pula agak jauh aku kira masa itu. Mungkin dengan tiada laluan seperti sekarang, ditambah pula dengan bas yang daif. Berdiri bersama pekerja kontrak Indon dan Bangla. 


Dik,

Di kala aku hampir keputusan wang, mungkin aku jarang makan Magie kerana aku tidak berapa gemar. Tapi aku mencari inisiatif sendiri untuk berjimat. Nasib baik ada kedai vegetarian di food court. Jadi aku lebih kerap ke kedai tersebut. Walaupun berunsur veggie semua menunya, tapi sedap je aku rasa. 

Atau, kadang kala aku mengambil upah melukis. Syukur dengan bakat melukis yang aku ada. Dapatlah 20-30 ringgit. Syukur juga sebab course yang aku ambil memang foundationnya kena melukis. Jadi memana kengkawan yang ada problem nak melukis, nak sketch animation, aku tolong.
Dan Dik, setiap kali Mak atau Abah bertanya, selagi boleh aku tidak mahu mereka tahu apa yang aku makan. Biarlah Abah dah bersusah payah cari duit untuk aku belajar. Tidak payah disusahkan lagi fikiran mereka dengan sekelumit kesusahan yang aku lalui. 


Dik,

Setiap kali cuti semester. Bilik asrama kena dikosongkan. Semua barang kena disimpan di bilik rehat. Jadi pepandailah kau kemas barang sebaiknya. Almaklum bila dah disimpan bersama barang orang lain nanti silap hari bulan memang berterabur. 

Sebolehnya aku minimumkan barang yang perlu aku bawa pulang ke kampong. Kalau boleh mahu saja aku tinggal semua di asrama. Tapi barang berharga seperti computer aku tinggalkan bersama kawan yang duduk di KL. Atau mereka yang menyewa rumah sendiri. 


Dik,

Sebut pasal computer. Aku sendiri yang angkatnya dari tingkat 4 ke bawah. Ulang alik ke atas ke bawah berkali2. Perlu diingatkan, monitor PC pada zaman itu memang boleh tahan saiz dan beratnya. Lagi pula monitor aku saiznya 17”. Kau bayangkanlah dik. Walau kadang bila cuti panjang Abang aku dari Melaka datang untuk ambil barang2, tetap aku sendiri yang ulang alik memunggah segala barang.


Dik,

Aku jarang sekali berpeluang mengikuti segala aktiviti luar yang berbayar ketika belajar di university. Abah akan pastikan dulu tujuan aktiviti tersebut. Sekiranya memang perlu untuk keperluan aku belajar Abah benarkan. Pernah aku merajuk kerana hasratku ingin ke Pulau di Terengganu bersama rakan tidak dibenarkan oleh Abah. Aku akur Dik, walaupun dalam hati memberontak juga.


Dik, 

Cermin mata memang nyawaku yang kedua. Memang sangat aku jaga cermin mata ku. Tapi kadangkala ada masa memang aku cuai. Bila cuai, pecah.. perlu diganti baru. Harga untuk cermin mata baru pada masa itu memang sangat mahal aku rasa. Mungkin kerana power yang terlalu tinggi dan perlu ditempah khas. Aku paling takut nak bagitau Mak dan Abah kalau pecah cermin mata ku. Sebab aku rasa bersalah sangat. Abah perlu member sekurangnya 700 untuk aku buat yang baru. Masa tu aku tak perlukan bingkai yang berjenama. Akan aku cari bingkai yang paling murah. Tidak pernah langsung aku terfikir nak berbingkai kan cermin mata berjenama Rayban ke Gucci ke.. Apa tidaknya, kos cermin sahaja dah 6-7 ratus…. 


Dik,

Paling aku ingat, dan paling aku tidak boleh lupa. Di tahun akhir memang banyak duit yang perlu digunakan. Aku kadang terlintas juga rasa kesal mengambil course tersebut kerana memang perlukan duit yang banyak. Thesis yang perlu aku siapkan perlukan banyak material. Walaupun mendapat bantuan daripada Abah, dan memang agak banyak juga Abah bantu. Akhirnya aku terpaksa jual handphone cikai yang ku pakai untuk membeli keperluan thesis. 


Dik,

Sesungguhnya kau sangat beruntung. Ketika di sekolah menengah lagi kau sudah merasa memakai barangan berjenama. Almaklum akak2 semua dah bekerja. Kasut pengawas berjenama Nike. Alangkah beruntungnya kau. 


Dik, 

Aku memang agak ralat bila tahu kau gunakan duit PTPTN untuk belikan handphone yang kononnya lebih canggih. Ingat lagi dulu; kalau ada lebih duit biasiswa aku belikan kain ela sepasang buat Mak, buat akak2 ku. Tapi kau? Alangkah baiknya kalau duit tu buat belanja keperluan diri kau sendiri.

Dik,

Belajarlah berdikari. Aku hairan kadangkala bila setiap kalu mahu pulang ke asrama, kau seolah seperti budak yang baru nak berdaftar!!! Dengan segala barang yang mahu di bawa. Padahal pada aku barang2 yang kau bawa boleh dibeli sahaja di tempat kau sana nanti. Tidak perlu berbondong2 dengan beg besar sehingga buatkan hati orang tua itu risau. 

Beruntunglah kau sebab masih ada Abang yang mahu menghantar kan kau pulang. 


Dik, 

Aku tak marah kalau kau betul2 aktif dalam sebarang aktiviti social. Tapi kadang keterlaluan. Dan aku yakin kadang kau tidak terlibat pun dalam aktiviti dinner2 tersebut. Kau hanya mahu keseronokan. Lebih aku sedih setiap kali majlis, dari atas hingga ke bawah semuanya kau mahu yang baru. 


Dik, 

Sumber kewangan kau hanyalah satu. Dan mungkin sedikit dari PTPTN. Jadi tak perlulah nak bergaya dengan barangan yang berjenama. Aku tahu cermin mata mu yang baru berjenama Rayban. Perlukah begitu mahal? Dan yang kadang menyakitkan hati aku, kau bukan pakai cermin mata yang dah dibuat. Kadang cara kau tinggalkan di tepi2 meja buat aku terfikir kau memang langsung tidak pandai menghargai. 


Dik, 

Bila ku lihat sandal mu berjenama Scholl, kasut mu berjenama Clarks. Buat hati kecil ku menangis Dik. Bukan aku cemburu. Tapi aku sedih mengenangkan betapa beruntungnya kau semasa belajar sudah merasa nikmat itu. Sedangkan aku hanya merasanya ketika sudah bekerja. Itupun setelah beberapa tahun bekerja. Dan aku sangat sedih bila kau seolah2 seperti orang kaya sahaja lagaknya. Bertukar tidak sampai setahun!! Untuk pengetahuan kau Dik, aku masih menyarung kasut Crocs ku yang sudah ku sarungkan sebelum aku mengandung lagi. Bayangkanlah Dik.


Dik,

Bila ku tahu kau hanya berbuka dengan sebungkus Magie, lantas aku menelefonmu. Sudah tiada wangkah di tangan? Tapi bila mendengar jawapanmu yang sebenarnya malas mahu membeli juadah walaupun hakikatnya wang ada di tangan, buat hati aku kecewa. Hanya kerana MALAS? Mudahnya kau memberi jawapan. Sedangkan kau tidak tahu hakikat nya kau berikan satu impak yang besar.

Sanggup kau gundahkan hati orang tua itu. Sanggup kau tengok dia juga turut mahu berkongsi rasa kesusahan yang kau sengaja ciptakan dengan berbuka sebungkus Magie juga. Sanggup kau lihat? Aku yang mendengar ceritanya pun sudah tidak sangup Dik…..


Dik

Bersyukurla dengan nikmat dunia yang kau rasa sekarang. Segala kemewahan yang diberi. Gunakanlah sebaiknya. Aku tak marah sekiranya cara kau kena. Tapi kadang hati ini kecewa pedih bila melihat cara kau yang seoalah2 take things for granted dengan apa yang kau perolehi. 


Dik,

Aku juga pernah lalui saat2 di mana kau lalui sekarang. Apatah lagi buat kau yang pertama kali berjauhan dari keluarga. Dugaan di depan mata mu begiu besar Dik. Silap jalan memang boleh hanyut tersasar. Kalau jumpa dahan berpaut beruntunglah kau. Aku takut kau terus hanyut ke tempat yang lebih dalam. Lagi ngeri jika sudah sampai ke lautan dalam yang tidak beretepian. 

Dik, 

Matanglah. Usia mu sudah menginjak dewasa. Akal yang ada gunakanlah sebaiknya. Ada beza antara kita manusia dengan haiwan rakyat jelata. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




  Ingatlah Dik.....

No comments:

Post a Comment