Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, August 7, 2012

Crumble "Eclipse"


Alahai sian adik akak ye terkontang kanting jahit manik sorang2 ye dik? hehehe.. Akak tak beberapa nak sihat lah dik recently. Akak pun tak tau kenapa. Rasa dah penuh berhati2 menjaga pergerakan bagai nih.. Cuma semalam terkucil sikit bila lepas meeting kat opis akak bawak beh laptop tu simpan dalam opis boss.. Sebelum tu akak mintak adik admin tu set up kan, tapi dah habes meeting pun lambat almost 6pm, org pun dah tak ramai kat opis nak tanak akak angkat je la beg tu. Tak lah berat mana pun. Tapi tah kenapa tgh malam tadi punya seksa akak nak bergerak atas katil. Sudahnya akak sedar 3.30am pagi tadi tapi bangun nya nak dekat jam 5am... Punya lama akak amik masa nak bangun. Seb baik Mr BK sempat sahur. Akak tak per kalau terlajak azan pun nak makan lagi hehehehe..

--------------------------------------------------------------

Ok stop cite pasal sakit.. Akak sihat.. :)

Jom kita cuci mata dgn. koleksi jahitan manik PepariDsign yg lama2 ya. Yg baru akak tak sempat nak edit gambar bagai dik.

Design kali ini menjadi pilihan akak untuk dikongsi bersama adalah untuk Mak kawan akak masa sekolah dulu. Kelas kan mak dia? Mak akak? Mau dia cabut segala manik tu karang ada lah hahaha.. Ye dik, mak akak macam akak gak, simple je.. Tgk la mak dia sape ehehehe.. Kalau mak beli baju jubah ada manik sikit pun karang balik rumah dia tetas segala manik tu hahahaha..  Tapi yg best tu bila dia tgk akak gigih jahit manik karang tetiba "ko jahit la sket kat baju mak hahaha,..." comel la mak saya..

Baju nya plain color kelabu. Nak dipakai sempena majlis perkahwinan anaknya. Sebab tu nak glamz sket lah. Tak kan ko sorang je dik nak glamz... Cuba beri kelainan kali ini, design ini dinamakan "Eclips". Kenapa? Sbb ala ala gerhana bulan gitu bila siap.

Material manik akak combine applique beaded crystal, yg dah siap bertampal tu. Tapi AWAS ya adik2, walaupun benda2 macam tu membantu kita dalam proses jahitan manik, tapi kita kena jahit sekemas yg mungkin. Applique yg akak guna kali ini ada kombinasi kristal stone and manik, jadi untuk maniknya akak kena susup sekali lagi jahitannya. Sebab selalunya yg ready made dah siap jahit maniknya ni tak kuat jahitannya. And then bila dah di gam kan di atas kain (yg jenis ni bergam) perlu juga di jahit sembat di tepinya. Perlu disembat halus ya. Jgn kasar2. Tak cantik. And kita nak pegangan dia kuat. Jadi kalau di basuh, di gosok benda tu tak tertanggal. Mcam mana rupanya benda yg akak cite ni?


Yg silver bulat kat tengah tu lah yg di tampal. 

Ok, just nak share, this thing ada banyak gred tau qualitasi nya.. Kalau beli di GM plaza lain kualitinya. Made in China. Cantik tapi tak cukup shine. Nampak sangat beza dgn yg akak guna. This one made in Korea. Jadi harganya slightly mahal dari yg jual di Plaza GM. Tapi hari tu tgk harga dia lebih kurang je dia letak. Which is jahat lah. Tapi akak somehow still rasa supplier kat JB supply barang yg lagi high quality dari KL. Suppliers KL jangan marah ya!! I love you Michelle hehehe..


 Bahagian lengan yg di "Crumble" kan..


Overall look. Simple yet nice (perasan haha)


So pada sesiapa yg tengah and masih menjahit manik for Raya, perhaps these pics can give idea and inspiration for you. Enjoy!!

Selamat berbuka puasa. 

p/s: aku suka sangat kuih biji nangka bulan puasa ni. Hari2 mesti mau. sebab tu org lain kurus akak badan naik di bulan puasa. ngeri je tgk penimbang kat tepi pintu tu.. Haruuuuu

7 comments:

  1. akak ni mmg tau, lenkali jgn bwk brg brt, tolak je letak kt troli lenkali...

    cantiknyer kak, cantik sgt (ini akak kata simple! oh pls) dana ada 3 lai baju lg nih kak, aduhla tensen

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa troli.. apo nak buek, ingat tak la datang effect kan? lepas ni memang kena xtra lagi careful

      simple je sbb kat leher buat macam tu je.. kalau tak jenuh nak penuhkan leher tu.. ada kesah tersendiri gak design ni tapi segan nak cite hahaha

      Delete
  2. Mak sebenarnya suka tapi mungkin malu. Bila lihat anak dia buat cantik itu yg teringin juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada sehelai baju yg dia berkenan bila saya dah manikkan. tapi lepas tu sampai sudah saya tak nampak dia pakai. Bila di tanya malu nak pakai hahaha.. sebenarnya dia teruja bila kengkawan mengaji dok tanya kenapa mak tak pakai buat promosi untuk anak hehehe.. Baik mak tolong promosi untuk anak :) Tapi lagi best skarang Mak jadi penasihat bila letak harga manik.. Marah betul dia bila org nak murah2.. mungkin Mak pun dulu tailor jadi dia appreciate kerja2 tangan macam ni :)

      Delete
  3. Ehem..mcm kenal je baju tu..ko tau mi..baju lain yg 3 almari tu semua berhimpit2..baju yg ni..aku balik tgk digantungnya asing..siap bungkus plastik..aku tanya dia.."apasal mak tak beli almari yg mcm kat muzium tu..yg display baju2 sultan pernah pakai tu?"...dia jawab..."haa..kat mana eh nak beli"..hadoi..syg bebenor kat baju dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem.. kem salam nanti ya kat baju tu hehe.. Kelakar gak mak ko ni kan? Sure muka dia slamber je masa ckp tu.. Sure ko bengang je hahaha.. :P well kem salam kat mak ye.. nanti jgn serik kalau ada majlis lagi.. eh sape lak nak kawen kan? majlis anniversary mak ko la pulak :)

      Delete
  4. kak, kalau nak design macam ni berapa kak? email ya-- mrssyediz[at]gmail[dot]com

    ReplyDelete