Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, August 2, 2012

Aku lah pemberi harapan itu...


Aku kurang sihat sebenarnya beberapa hari ni. Biasalah sakit org perempuan setiap bulan. Alangkan yg sihat pun kalau sampai masa nya sakitnya boleh tahan bergulung guling, apatah lagi aku yg tak berapa nak sihat ni. Dua hari juga aku terbaring, susah nak bangun. Sudahnya, cuti sakit lagi lah jawabnya. Nak pergi jumpa Doc pun tak dapat sbb aku tak boleh nak bangun dari katil. Bangun dalam erti kata berjalan dgn sopan santun ye adik2.. Setakat papah2 pergi tandas tu jalan senget2 boleh lah pelan2....

Bila dah kurang sket baru berkesempatan jumpa Doc. Sebenarnya ada sebab aku jumpa dia. Doc dah pesan kalau ada symptoms kaki kebas dari pinggang ke bawah jumpa dia. So since Monday kat opis aku dah rasa kebas tu. Kaki terasa berat sangat nak jalan. Selasa and Rabu still berat and kebas. Worst part kaki kanan aku bengkak semacam! Tak pernah pula kaki belah kanan bengkak. Sebabnya symptoms aku selalu belah kiri je. Ni siap bengkak nampak urat bagai. Jakun kejap aku tgk urat2 tu timbul hehehe.. Tu yg aku jumpa Doc, nak confirm kan takut the problem discs getting worst.

Tapi tadi bila aku cerita ceriti kat dia sume symptoms, alhmadulillah dia cakap jgn risau sangat. Due to aku nya PMS pun ye gak tu.. its combination. Ye lah kan, dah saraf tunjang problem, bila ada benda kecil sket je terkucil dia jadi involve the whole body. And yes aku lupa, aku ada high inflammable cell which is memang senang sangat sakit badan aku.

Bila jad last patient, session aku jadi lama dgn Doc ni.. A very fatherly person.. Sangat lembut, sopan santun org nya. Sangat supportive. He asked about my work my life macam mana so far. FYI, aku dah jumpa Doc ni since 2009 lagi. So sedikit sebanyak dia tahu pasal personal life aku.

Tadi dia buat aku rasa nak menangis Despite of apa yg aku tempuhi for past few years ni, he told me that I am very lucky person. Sbb aku ada FAMILY!! Aku ada suami, aku ada anak.

"What else you want Umi? Forget about ur work. Do you remember when the 1st time you asked me whether you will be ok or not if you're pregnant? See now? You already have a kid!!. I have lots of patients asked me the same questions. And do you know what? I will tell them your story. How you survive. There was a Chinese lady asked me the same question. The moment I told her about you, she cried immediately. Because she believes that she has a hope. Your story give hope to them. Can't you see?"

Sumpah.. Air mata aku dah bergenang. Tapi aku kan suka control macho hehehe.. jadi aku macam tersipu2 kontrol senyum kambing..

Subhanallah... Aku tak pernah pun terfikir sampai ke arah tu. Tak pernah terfikir cerita aku beri satu harapan kat org lain. Bukan sorang dua.

Tapi tadi Doc Harwant buka minda aku. Buka mata aku. Betapa bertuah nya aku. Betapa aku patut bersyukur padaNya. Dihimpit segala masalah ciptaan manusia bukanlah sepatutnya satu benda yg perlu bebani kepala ku. Aku punya anak kecil yg perlu aku besarkan. Satu tanggungjawab besar amanah yg diberikan. Punya suami yg perlu di jaga sama. Eh ke dia jaga aku? hehehehe...

Dalam masa yg sama aku cukup tak sangka ada yg inspired bila dgr cerite aku. Sebenarnya bila kau cakap pasal slip disc problem, masalah nya perlbagai. Setiap pesakit tak sama symptoms nya. In general org akan cakap slip disc problem. Tapi problem nya macam mana? Yg tu kena amik tau. Setakat tergelincir dari takuk asal maybe boleh urut2 tolak2 masuk balik ye tak? Tapi kalau dah hancur macam tahu jepun tu kau nak suruh aku urut tang mana pulak? Urut2 boleh cantum naik balik ke disc tu? Lagi hancur jahanam karang sape nak jawab? Wah emo lak akak ko ni hahaha

Bila kau jumpa orthopedic pun tak sama response derang. Aku dah usung MRI aku jumpa few ortho yg dikatakan antara the best. Quite a few tak galakkan aku get pregnant. Sebenarnya Dr Harwant ni sorang je yg support aku pregnant tanpa sebarang doubt!


" You don't worry about you. I am here for you. You focus on your family planning"... 


Dia antara mereka yg sangat happy bila aku bagitau aku pregnant. Berkali2 dia salam Mr BK... Suka sangat dia.

Kita ni kadang selalu tak sedar kan? Kena ada org yg selalu sedarkan kita. Kadang org tu bukan pun dari darah daging kita. Tapi kesedaran yg kita terima kadang menusuk kalbu.

Aku bukan nak promote tapi aku rasa dia memang antara Doc yg terbaik pernah aku jumpa. Bukan sahaja dari kepakarannya, tapi juga dari cara dia berinteraksi dgn pesakit. A very good listener. Setelah bertahun2 jumpa ortho dgn jawapan yg sama " biasalah tu sakit2 belakang kalau dah slip disc", tapi with him, straight away he sent me to do blood test. And the results? High inflammable cell.. Explain everything. So in my case, not only fixing the disc, but to manage the pain. Tho the discs are fixed, still I have the pain problem. See? Faham tak?

Selalu org akan tanya aku, eh dah operate pun sakit lagi ke? tak baik2 ke?

Again, macam aku cakap, selalunya kes slip disc ni dia tak sembuh 100% macam kau baik demam. Kau boleh guna thermo tu ukur suhu oooohhhh dah baik dah. Kiranya kau ada kayu pengukur kau. Tapi kalau slip disc ni lebih kepada membetulkan apa yg rosak. Jadi kadang ada symptoms lain yg still ada. Contoh, scar tissue.. nerve problem..

Tapelah.. cite panjang2 pun kang end of the road org tanya aku same question gak hahaha.. Nanti aku rakam statement bawak ke hulu hilir.. Tekan je rewind button.

Projek manik akak apa cerita? Tak jalan lah dik dah bape hari tak bangun ni. Seram sejuk gak akak ni. Jahit dah la tak selaju dulu. Adik nak tolong akak?? Jom lah.

4 comments:

  1. bergenang air mata baca apa yg doc tu ckp kt akak...
    dlm sedu ada terselit rasa bangga, tak sangka kite di jadikan inspirasi kan... heheeh

    biarlah org nk berkata kak, kadang tu cume kite yg lbh memahami apa yg kite rasa...
    psl memanik tu, bt yg termampu je kak, jgn dipaksa2 bdn tu kak... kesian kt bdn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lagi la Dana, terkebil2 menahan rasa masa dalam bilik tu. Seb baik sorang je masa tu. Mr BK susukan budak kecik kat kete.

      Kadang tak boleh gak nak biar org kata. Kita kena kata diorang balik hahahaha...

      Laju nya ko jahit baju dik.. meh la teman akak yg slow macam kekura ni..

      Delete
  2. Hi, nak share dgn u, i baru dpt slip disc l4 n l5 bln 3 ari tu. Hubby tanya kat doc bole pregnan tak, n doc ckp utk sementara waktu jgn dulu, tp this week i dpt tau i pregnan. Happy sgt, tp ada rasa bimbang bila fikir slip disc ni.

    ReplyDelete
  3. Hai cik Anon..

    Teringat bila few orthophedics pun fdback yg sama pada I.. in fact lepas operate in 2003 doc advice not to concieve for at least 2 years.. tapi masa tu muda belia memang tade plan nak kawin lagi hehe..

    my advice, jaga kandungan baik2.. betul kita ada slip disc. tapi percayalah insyaAllah dipermudahkan... kalau nak saya recommend jumpa doctor Harwant Singh di Pantai Specialist... try la jumpa dia.. and congrats!!

    ReplyDelete