Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, August 31, 2012

Sedalam mana erti MERDEKA?


Maaflah.. Kalau nak kata aku kolot, maka kolotlah aku. Tapi memang aku tak berkenan dgn cara sambutan Merdeka yg diadakan. Pada aku semuanya PALSU! Semuanya disuakan. Dipaksa. Dipaksa untuk mengibar bendera. Seperti budak kecil sahaja lagaknya. Kalau budak kecil comel lagi aku kira. Tapi kalau orang dewasa? Jelek pula aku mahu menontonnya.

Maaflah, sekadar mengibar bendera belum cukup untuk aku katakan kau patriotik. Memang betul kita perlukan mereka yg bergelar belia untuk meneruskan nilai nasional negara kita. Tapi perlu banyak lagi yang usaha yang perlu dibuat dan dipertingkatkan. Tapi aku hargai usaha yg dilakukan. Semoga dari usaha mengibarkan bendera kecil itu akan berjaya menerapkan nilai kebangsaan pada diri mereka.

Aku? Memang aku akui aku bukanlah patriotik mana. Tapi aku tidak perlu hipokrit menunjuk pada semua orang. Segala konvoi, segala perarakan yang aku kira agak berlebihan. Semalam sewaktu pulang menemani Mr BK bermain bowling memang sudah larut malam. Mat rempit penuh sana sini. Menjerit di atas motor sambil mengibar bendera negara kita. Aku malu sebenarnya. Begitukah mereka meraikan nilai kemerdekaan kita selama lebih 5 dekad? Aku teringin betul menyelami hati dan perasaan mereka.

Aku sangat berharap nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang dapat dipelihara untuk bertahun lamanya demi generasi anak2 kita. Demi anak aku Humairah. Nilai kemerdekaan yang tiada harga nya buat mereka pejuang negara yang pernah terkorban hingga ke menitisnya darah di bumi sendiri. Buat mereka yang telah berkorban anggota badan. Di mana mereka sekiranya masih mereka hidup? Sejauh mana usaha kita menjejaki mereka ini? Apakah hanya menjelangnya musim sambutan kemerdekaan maka bantuan pun datang dihulur?

Apakah nilai pengorbanan mereka jika dibandingkan dengan nilai pingat Olimpik yang berjaya dibawa pulang oleh atlet negara kita. Apakah mereka ini tidak layak untuk diberi bantuan sepanjang zaman? Atau cukupkah hanya bantuan sekali setahun di bulan kemerdekaan? Siapalah aku untuk  menjawab semua persoalan ini.

Sejujurnya, aku seperti tidak sanggup menggambarkan kesusahan yang pernah dialami oleh mereka yang berkesempatan merasai erti hidup sebelum merdeka. Saat pejuang kita berjuang untuk satu nilai nasional sebuah negara. Segala kepayahan untuk meneruskan sisa kesinambungan hidup. Apatah lagi kalau aku bayangkan kezaliman zaman Jepun menjajah. Na'uzubillah... Melihat keadaan di Syria sahaja sudah menggigit rasa sayu di hatiku.

Aku berharap, agar ramai rakyat Malaysia yang akan terus berdoa untuk kemakmuran Malaysia. Bukan setakat berdoa, tapi mempraktiskan cara hidup yang lebih positif untuk kita terus menikmati erti kemerdekaan ini.

Selamat Hari Merdeka!

No comments:

Post a Comment