Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Saturday, April 27, 2013

Belajar memanik


Kepada yang berminat nak belajar manik dengan aku, nak belajar Crumble boleh, nak belajar 3D boleh, nak belajar basic pun boleh.....

Sekarang aku belum ready nak buat kelas dalam skala yang besar. Jadi aku lebih suka jemput sesiapa yang berhajat nak belajar datanglah ke rumah. Selalunya weekend. Jadi weekend ni hari Ahad aku agak free.

Sabtu lepas ada akak datang belajar Crumble advance. Jauh dia datang dari Tg Malim. Kelakar orang nya. Tak kering gusi dengar celotehnya.

Jadi kalau ada yang berhajat nak belajar memanik, boleh je PM aku di email peparidsign@gmail.com ataupun contact direct di 0132717091.

Bayaran? Boleh dirunding. Aku bukan zalim sangat. Aku faham kadang keinginan kita ni berhimpit2 dengan keadaan kita, terutamanya faktor kewangan. Jadi aku agak flexible. Kalau betul niatnya nak belajar datang je lah dulu. InsyaAllah ada jalannya..

Jadi jangan segan jangan malu Ahad ni 28 April 2013 ada yang nak belajar Crumble advance, jadi mari kita temankan mereka itu. Hehehe..




p/s: cuti sekolah nanti aku ingat nak buat kelas untuk bebudak sekolah lah... nak join tak adik2? acik tak garang tau... kita belajar simple2 je.. mak2 kata apa? sila angkat tangan undi..


No comments:

Post a Comment