Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, April 23, 2013

Adakah anda selesa ketika memanik? Bincangkan dalam 1000 patah perkataan...



Salam to all my good readers,

Amboi, lama tak bersiaran terus tergeliat lidah kan? Hahaha.. Akak sihat dik. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk menjejak kasih di blog ini. 

Ada few projects dah siap. Dah deliver cuma tak sempat nak edit letak watermark. Akak kan suka wat menda remeh temeh ni kan, jadinya sendiri rasa lah sebab end of the day ko sorang gak nak buat semua benda. Tak pe, akak suka, akak kan superwoman!!

Baru ni ada terbaca artikel “Do your body favor when you bead?”. Well quite menarik article tu. And yes very important for us to understand our body when we do beading. Badan nak pakai lama dik, jadi jangan ambil mudah benda2 macam ni.

Ok, akak tanak cakap pasal orang lain sebab ni blog akak, so akak kiasu cakap pasal akak je hahahahaha… So akak share sket macam mana cara akak menyenangkan badan dan tangan ketika aktiviti menjahit manik ni. 

Kita buat dalam point senang sikit nak faham kan? Eceh macam gaya cikgu2 je akak ko ni.. 


  1. First thing first, akak memang kena ada meja dan kerusi. Akak kagum dgn kengkawan yang boleh jahit selamba duduk atas lantai. Woooo akak tidak buleh.. Akak perlukan kerusi yang cukup selesa untuk diduduk, almaklum badan pun sedia maklum kan hehehe, jadi akak gunakan kerusi yang boleh adjust tinggi rendah, depan belakang and yang penting agak agronomic la design dia dgn badan kita. And yes support sampai kepala. Sebabnya kadang bila penat menjahit akak take a break, sandar ke belakang.. sedapppppp…
  2. Meja – akak ada 2 jenis meja, satu jenis kayu satu lagi glass.. selalunya akak prefer yg glass, sebab kalau manik beterabur sikit akak nampak.
  3. Lampu – ini penting kalau cahaya lampu biasa kurang. Ini sangat membantu kalau ada yang rabun silau sebab kalau cahaya kurang memang boleh sakit mata. Lampu putih amatlah bagus ya.. Kagum gak dgn org yg boleh menjahit dgn lampu2 ala ala romantika ni….
  4. Kedudukan manik – oleh sebab akak right handed, selalunya manik akan akak tuangkan sedikit di atas lapik, then the rest akak ketepikan. Selalunya akak ada satu bakul manik yang akak letakkan warna2 favorite yg selalu akak guna. Jadi senang, kalau tak ada baru bukak tool box tempat akak simpan manik dalam pack kecil. Kalau tak ada gak baru bukak box lain yang stok banyak.. Ya dik, akak tamak haloba. Kalau beli manik macam tak cukup2. Selagi tak berkilo, selagi tu tak puas ati hahaha.. Selalunya akak beli manik yang stengah paun terus. Baru puas ati aku. Kenyang je rasa perut kalau tgk manik berkilo2 gitu hahahaha…

  5. Setting up the environment – pastikan dalam keadaan yang selesa suhu bilik. Akak tak mampu lagi nak pakai aircond, jadi akak akan pastikan stand fan tu ngadap kat akak. Then, TV kena on. Walaupun tak tgk tapi halwa telinga tetap penting. Kalau agak2 nak speed cepat akak on radio. Seriously, cubalah, memanik sambil mendengar radio. Pasti laju je hehehe..  Oh ya, air masak jangan lupa ya dik.. duduk berjam2 kang hydrate pulak badan.. yang sebenarnya dah duduk malas betul nak bangun.. yang sebenarnya lagi berat bontot hahaha
  6. Rest the body – kita kadang tak perasankan, bila duduk berjam2. Kadang nak kencing pun boleh tahan2.. tak elok. Jangan biasakan. Akak train diri dalam setengah jam akak sandar ke belakang. Then kelip2 mata 20 kali.. then pusing kerusi pandang TV jap.. Tapi selalunya di kecik tu lah jadi penyebab akak bergerak.. Selalunya akak dah tau dah kalau panjang benang banyak ni bape lama akak boleh jahit..  posisi duduk amat penting. Cuba suruh org ambil gambar kita masa jahit. Tgk balik ok ke tak sebenarnya. Tak dinafikan kita agak bongkok bila menjahit. Kadang akak cuba tegakkan badan, Cuma bila tegakkan badan, akak kena rapatkan badan di meja, dan body weight press on our bladder. Bila dah macam tu lelama pun tak elok gak. Kena selalu perhatikan kedudukan badan kita. Yang pasti kita beader ni memang banyak duduk kan? Sebab tu cikibonvonnnn alahai.. sedih nak cakap haha.. Akak dah pasang azam nak berjogging nanti dgn si kecik pepetang.. 
  7. Senaman jari – penting gak.. memang boleh crammed jari kalau jahit lelama. Lelagi baju yg fragile fabriknya macam crepe or shiffon.. memang kena tatang macam minyak yang penuh.. kalau ada squeeze ball for exercise bagus. Kalau tak ada just gerak2kan lah jari tu.. Akak selalunya akan buat aktiviti membelek baju hahah… jahit sket pastu belek2… perasan bila la nak siap 
  8. Senaman leher – sangat penting. Every half hour akak mesti sandar belakang.. pusing leher kiri kanan.. dulu akak main redah je.. tapi train dgn pasang alarm pada phone every half and hour..  lelama sendiri timing.. oh akak letak jam dinding depan mata akak hehehe senang aku nak tgk..


Uih.. panjang kan akak share? Kita kena buat kerja kita macam pro gak dik.. jadi kena ambil kira semua aspek.. Jangan pandang remeh temeh hal2 badan kita ni. Ni nak raya ni sure ramai yang pulun kan? Duit2 gak, tapi badan kena jaga juga ya sayangku. Akak tak amik tempahan sangat raya ni.. tapi masih lah tempahan dibuka hahahaha sempatttttt nak promote diri sendiri kekekeke…


Selamat menjahit!


p/s: alamak tak cukup 1000 words ni rasanya.. korang komen lah cukupkan hahahaha...

No comments:

Post a Comment