Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Thursday, May 2, 2013

Warna warni manik dan kehidupan


Warna hidup dengan warna manik dalam hidup aku kadang macam ada persamaan.

Kadang bila emosi swing melanda, kalau ke laut, biru lah dia. Kalau ke hutan, hijau lah dia.. Kalau tertonggeng ke tanah, coklat lah dia... hehehehe.. Dah rentikan karut ini wahai Umi..

Kawan2 sihat? Aku sihat alhamdulillah.

Humairah kedemamam. Alhamdulillah tak bape teruk, dan paling bersyukur hanya demam sahaja. Memang risau kalau dia mula batuk. Senang sangat nanti kena lung infection. Karang tak pasal asyik nak berpicnic je hehe..

Kali ni aku just nak share satu lagi collection Crumble dari PepariDsign. Baju yang warnanya agak gelap; warna ala ala hijau lumut. Mulanya mahu ku padankan dgn material filigree, tapi warna filigree yang agak gelap agak tak padan. Jadi aku decided up kan warna baju dgn warna yang agak colorful.

Nothing special, again it's Crumble from me :) . So jom kita cuci mata...


 
Warna warni hidup kita....  Cantik tak? Please cakap cantik... hehehe...
 

Cuba ko teka ada berapa warna semua? 
 

Manik di bahagian hujung lengan.. di bawa ke atas dengan lingkaran pintal.. Tapi sebab laki den yang amik gambar, hancussss............



Rasanya aku perlu untuk share di sini tentang harga upah manik dari PepariDsign. Dulu aku pernah cerita dan celoteh panjang macam mana harga manik.. Sila cari.. Cuma aku tak share exactly berapa sekian harganya untuk sekian design.

Unfair aku nak declare terus bagi fix price sbb memanik adalah kerjatangan yang tak sama setiap hasilnya. Jadi untuk memudahkan yang bertanya berapa range harga manik yang aku kenakan aku share kan sedikit. Jangan korang tergezut sudah lah.. Kang tade pulak nak hantar baju kat akak kekekekekeke... 

Baiklah, untuk lengan sahaja, selalunya range of price start from 200++.. kau jangan pulak pegang bulat2 RM200 ya... kang ada pulak yang cakap eh akak cakap kat blog RM200... bukan dik.. tu harga akan bermula dari situ.. bergantung pada materials, jenis manik, jenis fabrik, design.

Korang semua tengok macam mana Crumble aku kan?? And korang juga boleh bandingkan dengan design Crumble yang dibuat oleh beader lain. Jadi korang ada akal dan mata untuk jadi hakim, sila bandingkan. Perbandingan ini perlu dan WAJIB kerana korang yang akan membayarnya. Jadi nilaikan. Bandingkan, kehalusan seni tangan memasing. Aku tidak mahu komen lanjut kerana korang sendiri yang punya kuasa mengupah kami ini sebagai beader. Buat pilihan yang terbaik.

Cuma, ya alang2 aku dah berceloteh ni, ada sedikit kekesalan kadang. Bukan apa, dengan material yang digunakan kadang aku kenal bahan yang agak murah.. terutamanya bagi yang suka menggunakan pearl. Kemudian dgn layering Crumble yang plain, ada juga dikalangan beader yang caj dgn harga yang agak mahal pada aku. 

Bandingkan; dengan harga yang kadang lagi mahal dari aku kenakan, lebar manik yang core itu kadang tidak sampai 1 inch pun. Lepas tu layering yang sangat lah nipis.. sedangkan aku minimum pun 3 layer.. material manik yang murah, contoh pearl yang dibeli dgn harga RM1/string.. Satu string ada lebih 50 biji... sedangkan aku gunakan APPLE Pearl yang harganya RM4.50/pack yang mana untuk saiz pearl 6mm adalah dalam 15 biji gitu.. Jadi korang bandingkan sendiri... Itu tak termasuk workmanship ya adik2... Kehalusan dan kesenian menjahit manik itu sendiri penting... Belum lagi bab idea mengadun warna untuk naik kan seri baju. Eh percaya tak ada beader yang caj RM100 hanya pada idea design sahaja.. Aaaaa lepas ni aku pun nak buat cam tu la hahahahaha... Berani tak dik?

Berani lah.. Kalau berani meh try satu Crumble version PepariDsign.. :P














No comments:

Post a Comment