Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Friday, December 21, 2012

Luahan rasa seorang anak.....


Bermacam dugaan yang datang.

Sehari sebelum nikah adik aku, Mak jatuh. Aku rasa Mak pitam dulu baru jatuh. Sebabnya lebam dan bengkak di bucu mata dan kepalanya sangat teruk. Masa memula tengok aku mengucap panjang.

Malam sebelumnya aku urut satu badannya. Sebelum tu Mak dah memang tak sihat. Masuk hospital kejap kena masuk air sebab muntah2 sama macam aku kena macam aku cerita sebelum ni. Yang bestnya Mak kena sehari selepas aku kena. Entahlah.. Lepas urut tu Mak nampak lega. Nampak dia kuat sedikit. Aku pun bukan pandai urut sangat, setakat hilang2kan lenguh boleh lah. Tapi Mak cakap tangan aku sedap bila urut dia. Macam tangan arwah Abah. Berapa kali Mak cakap macam tu masa malam aku urut dia. Bergenang juga air mata ni dibuatnya.

Alhamdulillah Mak is getting better. Lebam dah berkurangan tapi masih nampak juga. Bayangkan adalah besar botol mineral kecil tu masa memula jatuh. Aku tuam dgn ais sampai Mak tertidur. Aku temankan Mak tidur dalam bilik. Aku tak sampai hati nak tinggalkan Mak sorang dalam bilik walaupun dia tidur. Mahu dibawa ke klinik pun jenuh dipujuk. Nasib baik mahu juga dia pergi.

Kejadian Mak jatuh buat aku terfikir. Apa jadi kalau Mak jatuh masa tiada sorang pun di rumah? Nauzubillah!!! Buat aku berfikir panjang. Apa pengorbanan aku sebagai anak? Betul lah org cakap. Anak 10 orang boleh dijaga oleh ibu bapa, tapi sorang anak pun taleh jaga ibu bapa macam mana dia orang jaga kita kan? Aku sedih. Terikat dgn tanggungjawab kerja di KL. Dalam masa yang sama Mak di Johor. Bukan aku tidak ada adik beradik yang lain. Tapi aku fikir masing2 ada komitmen pada keluarga. Kalau mereka terfikir keadaan Mak, alhamdulillah. Pepandai lah memasing jalankan tanggungjawab mereka. Dah besar.

Masa masuk hospital sebelum ini pun jiran aku yang hantarkan. Aku betul2 sedih. Dalam 6 orang anak yang Mak ada, tapi bila Mak sakit begitu secara mendadak, yang datang membantu anak jiranku. Alangkah bagusnya kalau aku yg ada di rumah. 

Dah lama bergelumang dalam kepala aku. Sebelum Mak jatuh aku dah terfikir untuk pulang semula ke Johor untuk lebih dekat dgn Mak. Samada masih bekerja atau pun aku nekad berhenti kerja dan fokus pada small bisness aku. Entahlah.

Ramai yang suruh aku fikirkan semula keputusan balik ke kampung. Memang betul gaji yang aku dapat sekarang lumayan,siapa nak beri kan? Tetapi dalam masa yang sama aku yakin dgn bisness kecilan aku ini aku mampu untuk dapat sama atau lebih. Cuma faktor usaha, dan yang paling penting kesihatan aku kena dalam keadaan yg baik. Dan aku pernah buktikan semasa aku ambil unpaid leave ketika aku mengandung dahulu.

Tapi dalam masa yang sama aku fikirkan keselesaan suamiku nanti. Rumah Mak memang besar. Apa taknya, 40 x 70 kaki... Memang boleh main dodge ball kat hall rumah Mak tu. Lagi pulak siap ditambah lagi dapur di belakang bila rumah baru siap dulu. Dalam plan asal tak pulak dia nak tambah. Cumanya aku takut ada benda2 yang tak diingini terjadi, takut ada kejadian mengungkit ke nanti, kejadian Mak terasa hati ke nanti.. ahhhh banyaknya yang aku fikirkan. Almaklumlah kesah2 anak menantu tinggal serumah dgn orang tua ni banyak kesahnya kan. Tapi aku betul2 sedih kenangkan Mak yang tinggal seorang diri.

Bila sorang2, Mak kurang makan. Bayangkan, kalau dah makan pagi dia tak makan tengahari sampai la malam. Mana tak nya sakit perut, gastrik semua tu datang. Bila disuruh makan jawabnya malas. Tapi Mak akan makan bila anak2 balik rumah. Sebenarnya Mak kesunyian. Mak tak ada kawan nak bercerita, nak mengadu nasib, nak luahkan perasaan. Memang aku boleh dikatakan setiap hari telefon bertanya khabar, tapi tak sama dgn adanya seseorang di sisinya. Memang akak aku juga rajin menjenguknya di hujung minggu, tapi tak sama dgn adanya seseorang disisinya di dalam rumah yang besar begitu.

Teringat dulu masa aku berpantang lama di rumah Mak. Walaupun dalam hari, aku masih boleh memasak. Memang ketara sangat nampak berat badan mak bertambah. Mak aku naik sampai 4kg sepanjang aku berada di rumah. Seronok tengok Mak makan. Kadang ye je dia cakap tanak makan, tapi bila tgk aku dan Mr BK makan dia pun join sama hehehe.. Comel lahai...

Baru ni bila telefon Mak bagitau dia tak boleh tidur. Kena tidur di ruang tamu sambil TV di hidupkan. Seolah tidak boleh tidur bila sendirian. Kasihan Mak. Bila tak boleh tidur, kepala pun jadi sakit. Berhari2 lamanya. Mak memang agak fragile selepas arwah Abah pergi. Lepas arwah meninggal, agak lama Mak nak pulih semangatnya.

Aku perlukan sokongan, perlukan kata semangat, perlukan yang membina. Kalau ada yang sudi memberi pendapat amat aku hargai.

Sebenarnya aku dah beberapa kali buat solat istikharah minta penunjuk, sudah 2 kali aku mimpikan Mak.. Subhanallah.. Ya Allah bantulah aku. Berilah petunjuk dan hidayahMu.....

4 comments:

  1. dana tak tau nk ckp camne, tp kalu dh akak solat istiharah n mimpikan mak akak, mungkin akak ptt balik jb duduk ngn mak akak... mungkin dgn berkorban mcmtu, ada hikmah n ganjaran besar menanti akak di sana...

    dana sentiasa doakan yg terbaik bt akak n juga semoga mak akak sihat2 selalu, cumanyer kalu akak balik johor dana akak rindu kan akak....

    ReplyDelete
  2. untong mak akak dpt anak mcm akak... sy pon rase mak saye mcm ni...mksd sye ade anak2 dekat tp komitmen yg kurang...sy pon xthu kat mane silapnya...kdg2 sy col mak die sedih je...cme bezanya, mak masih ade ayah...sy x kate sy baik...tp saye selalu berharap sy dpt bt sesuatu utk emak...akak da keje, sekurang-kurangnya akak da bg something kat mak, sy belajar lagi....masih menyusahkan emak...
    saya harap akak dpt membuat keputusan terbaik...semoga allah memberkati akak sekeluarga. in sha allah...

    ReplyDelete
  3. salam.sy rs keputusan istikharah tu dh jelas.baliklah duduk dgn mak.sy pun ada pglmn lbh krg serupa dgn awak.insylh rezeki Allah bg.

    ReplyDelete
  4. situasi sy samalah dgn akak.ayah baru meninggal bulan april 2012. mak duk sorang2 dlm rumah kg yg agak besar. adik beradik sy 13 orang kak, tp xde pun yg boleh duduk serumah dgn mak. kalau ajak duk kat umah kita sah2 lah dia x mau.

    sy mmg la nk sgt duk kat kg ngan mak tp kena la pikirkan hubby kan...

    mak sy sampai tahap pernah kata, kalau lah dulu x antar anak mengaji tinggi, tentu si anak keje kg je...dan tentulah boleh tinggal bersama...kesian mak

    sikit nyer lah jasa dan pengorbanan sy utk mak

    moga2 mak2 kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah selalu...

    ReplyDelete