Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Wednesday, December 5, 2012

Muntah IJO



Semalam keadaan kesihatan aku memang tak bagus. Muntah dari pagi hingga ke petang!! Rasanya tak pernah lagi aku muntah begini teruk. Datang dengan pakej sekali ceret beret. Yang keluar hanyalah air sahaja! 

Malam masa tidur aku sudah rasa semacam. Badan ku seram sejuk. Aku jarang berselimut kalau tidur, tapi malam kelmarin aku berselimut hingga ke pagi.

Paginya aku muntah tanpa sempat aku ke bilik air. Habis cadar dan bantal. Padahal baru sahaja ditukar oleh cik abang. Entah kenapa tidak boleh ditahan2 dan semacam tak sedar bila muntah. Bangun terus mandi. Menggigil aku! Keluar dari toilet terus berselubung di bawah selimut tebal. Kesian si kecik, terpinga2 sebab bangun dalam keadaan terkejut. Nasib baik mood dia ok. 

Tak tahu berapa kali aku muntah. Cream creaker and oats yg aku cuba makan untuk alas perut pun habis keluar semua. Termasuklah ubat biji2 hitam tu. Semuanya out!! Sudahnya melepek aku seharian di atas katil. Nak bangun pun dah tak larat. Kesian Mr ISBK sbb dialah yg kena cuci bila aku muntah atas tilam. 

By noon, aku suruh Mr ISBK beli 100plus. Alhamdulillah muntah kurang. Mr ISBK paksa aku makan nasi + sup ayam yg dia beli. Adalah 4 sudu macam tu aku telan. Tu pun makan sama kepala terlentok2 atas meja. Masa ni kepala dah berat. Sakit bukan kepalang. 

Nak ke klinik pun tak larat nak bangun. Petang, aku minta pain killer dari Mr ISBK, Alhamdulillah, ada kurangnya rasa tak sedap badan aku. Lewat senja baru aku betul2 larat bangun. Lepas Maghrib baru aku pergi ke klinik. Dapat sedas injection untuk stop kan muntah2. Ubat? Jangan cerita lah. Sebeban!!! Jenuh nak telan. 

Today, ada sikit rasa mual nak muntah tapi boleh dikontrol lagi. Perut pun ada rasa kurang sedap.

Tak pernah aku kena macam ni teruk sekali. Tapi yg best nya selera makan tak ada hehehehe.. berangan leh kurus wakakakakaka…. Hari ni pun makan nasi separuh tak habis.. Lagi la berangan aku ni kan? Muehehehe…

1 comment:

  1. naper jd camtu kak? ke sbb mkn popia nestum aku kak? ohooo...

    skrg nih dh ok lum? banyakkan rehat n minum air suam lbh yek kak

    ReplyDelete