Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, May 21, 2013

Simple 3D Beading Embroidery Version PepariDsign... Jom!!!


Salam Uols!!

Lama kan akak tak bersiaran.. adalah kesah nya tu.. hehe.. rindu tak ngan akak? Alahai akak sorang je la rindu kat blog ni hahaha...

Alkesahnya, tak bape nak sihat.. sihat badan dan minda.. celaru bagai la dik non.. penat akak.. Otak tak berapa nak tenang jadi baik kita tayah serabut nak berceloteh. Karang merapu meraban.

Okes, akak dah tenang sikit dah ni. Mari kita buat siaran lintas langsung dari PepariDsign Collection.

Tuan baju ni memang akak suka orangnya. Pilihan baju yang suka mencabar kreativiti akak. Pilihan kain yang rare dan juga warnanya. Kali ni warnanya 3 tone; kelabu, biru and a bit pinkish.. Cuba ko pikir nak buat color tone cemana tu?? Hazab tau akak nak godeh otak hahaha.. Tak lah.. akak suka je..

She wants something simple yet nampak alive. Akak being typical, tetiba je uih nak alive jom lah buat 3D. Simple version je la. Akak bukan lah pandai mana buat manik 3D ni kan. And akak try buat kelainan sedikit untuk baju ni.

Kali ni akak buat heavy main focus di bahagian siku lengan. Enhance kan di situ kemudian bawa sedikit ke atas bahu. Dan di sebelah lengan pula akak enhance kan pula di bahagian bahu. Di bahagian sikunya lite2 je. Kiranya design ni tak symmetry. Akak kan suka benda2 yg freestylo ni.

Tips untuk combine 3D dgn jahitan manik biasa atas baju ni pada akak depending pada individu. Sebenarnya kalau nak ikut senang jahit jahit yang flat dulu baru jahit 3D nya. Sbb nanti benang tu tade lah senang tersangkut kat manik yang tersembul tu. Tapi, kadang kita perlukan penanda. Penanda apa pulak Kak Pepari ni? hehehe..

Macam ni, certain design kita nak nampakkan sesuatu. Contoh dalam design ni akak nak nampak kan batu dan juga daun tu (sila dapatkan nota 3D Release 1 & 2 PepariDsign untuk belajar macam mana hehehehe...sempat promo kan?). Then, yang mini Crumble tepi2 tu akak tambah kendian. Sebabnya akak buat yang 3D dulu nak tgk balance macam mana. Then lepas tu final touch yang tabur2 tu and also 3D yang macam bentuk reben berbelit tu. Yang tu akak jahit loose baru jahit kat baju. Nak jahit terus kat baju pun boleh.

Ok stop celoteh. Akak ko ni kalau dapat mengetuk keyboard memang macam tak cukup tanah je kan?  Hahaha.. Jom lah kita cuci mata. Kali ni akak rajin share banyak sket gambar. Tapi Rizalman cakap tak elok share bebanyak. Nanti banyak yang suka plagiat, tak menggalakkan minda orang. Orang jadi tak produktive tak innovative. Which is true sangat. Tapi sapelah akak nak bandingkan dgn Rizalman tu kan? Akak pasrah dik.. hehehe

Jom!!




Bahagian atas bahu di bawa sedikit ke bahagian belakang


 Close up di bahagian bahu depan (side yang heavy)


Main focus dekat bahagian siku baju...


 Close up


 More close up


Simple touch bahagian bahu di lengan yang heavy tadi...


Well... akak suka gak dgn design yang ini. Sebab buat something difference. Ye lah manjang orang nak Crumble je kan.. Yang best nya, ramai lak yg suka dgn design ni. Siap nak buat baju dgn kain 3 tone macam ni gak hahaha.. Termasuk lah akak.. Boleh?

Lepas ni tunggu another design from PepariDsign on patching lace pulak ya. So korang kena rerajinlah singgah sini tengok bila lah akak nak share kan design tu... Jangan malas tau!!!!! Janji tau... Akak sayang korang.. Muah sket..


2 comments:

  1. aduhla kak... gini gaya ko kata tak pandai 3d? nyampah tau...

    cantik gile kak, dana tak reti lah kalu nk jht kt bhg siku2 nih... tak tau camne gaya nk jht tuh... mcm pyh lg2 kalu yg lengan kecik tuh...

    ReplyDelete
  2. Dana... memang payah la dik oi bila part lengan baju kecik.. tau je la size tangan akak cemana.. dapat baju pulak saiz normal2 je hahaha.. berpeluh2 tangan nak seluk takut lengan baju pecah kekeke.. ada satu lagi baju tu akak dapat orgnya size xs... pensannnn....

    ala dana.. yg ni simple.. Dana memang boleh buat punya.. Jom kita buat sesama.. pengeras nya ayam nengkong sekor hahahahahaha...

    ReplyDelete