Nuffnang Ads

"Coretan dari seorang pemanik"

Tuesday, May 21, 2013

Nilai harga diri seorang anak bernama si Tanggang....


Aku tak kenal siapa Afiq Muiz ni dgn gossip dia si budak Eina tu.. Eh ye ka eja nama macam tu? Kosser la akak nak Google benda tak berpekdah ni hehehe.. Akak kan ilmiah orang nya hahaha...

Cuma bila kesempatan tengok kat Melodi Ahad lepas baru lah aku perasan muka pelakon ni. Citer apa ya dia berlakon? Entah.. Akak tak pernah tengok so far. Uii beriya akak siap berhenti masak jap semata nak tgk Melodi. Sebabnya tetiba terdengar suara ibu menangis di TV. Terus akak matikan api zassss duduk jap depan TV. Kak Nammmmm sangat kan??

Sedih nya lahai ye?? Credit pic to wanista.com


Oh kisahnya begitu. Sedih. Dah la dekat dgn sambutan Hari Ibu itu sendiri. Tergamak pulak seorang anak cakap macam tu sekali dekat ibu kandung dia?


Sedih lagi hati seorang ibu ini..... Credit pic from beautifulnara.com

Aku rasa, walaupun lah kekdahnya dia yang betul, tak perlulah sampai macam tu. Buat kenyataan terbuka macam tu. Buka pekung di dada. Lelagi si Eina yang aku nampak lelebih. Menangis dgn mekap 18 tiang.. Adoi kenapa mekap cam tu dik? Takut akak tgk. Lagi bila ko nangis2 cam tu. Ngeri dik!

Tiada nilai seorang ibu letakkan untuk besarkan seorang anak. Betul sekali. Kenapa sampai tergamak keluarkan statement yang ibunya tidak sayang padanya? Hanya sayang pada duit sahaja?

Buruk baik hal keluarga,. lagilah membabitkan seorang ibu yang melahirkan kita tak perlulah kita cerita di khalayak ramai. Sebaiknya berdiam diri adalah lebih baik pada aku. Lihat contoh Najwa Latif. Yang pada aku punya akal fikiran sempadan apabila dituduh bapanya dia seorang anak derhaka, dia mengambil pendekatan yang berbeza dgn Afiz ni. Diasak bagaimana oleh wartawan sampaikan bergenang airmatanya pun dia tetap menjawab " No komen". Di usia belasan tahun, aku lihat dia seorang anak yang baik. Tahu menilai mana baik mana buruknya. Kita doakan dia terus berjaya.

Berbalik kepada Afiq, kenapa akak terpanggil nak celoteh cerita dia. Sebab akak rasa dia buat publisiti murahan. Tapi yang akak tak boleh terima si Eina tu lelebih pulak hahaha.. Ko diam2 dah lah. Kalau kau diam2 je.. entah2 org lagi simpati dgn ko. Ni ko sama naik tocang malah lebih kuah dari sudu orang pun jadi menyampah. Tak kenal tapi dah menyampah.. Sian ko dik.. Eh kena saman tak kalau tulis macam ni?? Kang tak pasal lak akak dapat surat saman... ngeri mak uolss!!!

Sebagai anak, aku rasa jahat macam mana pun ibu kita, tetap syurga itu di bawah tapak kaki dia. Tetap wajibbbbb!!!! Jangankan bersuara tinggi, kadang kita menjawab dalam hati pun padahnya azab dik... Walau sedetik ah pun... Betapa mulianya Allah letakkan darjat seorang ibu.

Mungkin ini teladan bagi kita semua.. jangan jadi tanggang moden ya...

1 comment:

  1. aku dr mule lg masa si afiq tu mule2 belakon mmg aku tak minat dia, nsb lah terkeluar dr masterchef awl...

    ntahla kak... mmg dua2 ekor tu publisi murahan, retis airmata skit2 nngis...mmg drama sgt kn, yg tak tahan si awek lak yg lebih2... ngn makeup tebal 6inci pastu nngis bagai nk hapa, skrg nih kan kene sound dh ngn makcik dia si juliza adlizan tuh, ckp jgn campur masalah org

    yg bt geram tu kak, si eina tu siap nk saman mak si afiq tuh... aduh2la, ko mmg tak tkt kene maki ngn org ramai kot

    ReplyDelete